• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar

Blog Temuduga Kerja Kerajaan

Info, Tips & Panduan Temuduga Kerja Kerajaan

  • Lepasan Ijazah / Sarjana
  • Lepasan SPM/SPMV/Sijil
  • Lepasan Diploma/STPM
  • Peperiksaan Online
  • Tips & Panduan
    • Berita / Semasa

Ujian Sahsiah dan Minat Pegawai Hal Ehwal Islam S41

April 5, 2011 by Tim Infokerjaya 2 Comments

Ujian Sahsiah dan Minat Pegawai Hal Ehwal Islam S41

Ujian Sahsiah dan Minat antara ujian baru yang dijalankan oleh pihak SPA untuk menilai calon-calon temuduga kerja kerajaan bagi jawatan Pegawai hal Ehwal Islam yang bakal dijalankan pada 12 April 2011 ini. Berikut sedikit informasi berkenaan ujian tersebut.

BAHAGIAN 1:
PSIKOLOGI [SAHSIAH DAN MINAT]

“Penerangan Format dan Contoh Soalan”

SEKSYEN A dan B:
Sahsiah Diri dan Minat

SEKSYEN A dan B – SAHSIAH DIRI & MINAT

Penerangan Format
Dalam edaran umum oleh SPA, ianya adalah 2 bahagian yang berlainan di bawah penilaian ‘PSIKOLOGI’. Sahsiah Diri dinialai dengan 200 soalan dalam masa 40 minit dan Minat dinilai dengan 227 soalan dalam masa 40 minit juga. Formatnya mungkin berubah tapi begitulah buat masa sekarang melalui edaran makluman oleh pihak SPA. Dalam contoh ini kami gabungkan kedua-dua bahagian dalam rangkuman contoh soalan untuk memberikan gambaran umum bagaimana soalan jenis ini ditanya

CONTOH SOALAN;
1. Saya hanya dengar sahaja semasa ada perbincangan.
A. Ya B. Tidak
2. Saya berusaha menyimpan perasaan marah semasa saya dimarahi.
A. Ya B. Tidak
3. Saya akan sembunyi diri dalam bilik apabila merasa sedih.
A.Ya B. Tidak
4. Cara yang terbaik ialah mengundur diri daripada mencuba jika ada risiko gagal.
A. Ya B. Tidak
5. Kita harus mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat untuk melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna.
A. Ya B. Tidak
6. Untuk menghilangkan bosan bekerja, saya menghiburkan diri.
A. Ya B. Tidak
7. Sebarang kerja yang orang lain tidak mampu laksanakan, saya berusaha lakukannya.
A. Ya B. Tidak
8. Jika dikongkong dengan rutin tetap, saya tidak suka bekerja.
A. Ya B. Tidak
9. Jika tiada orang yang rela membantu, kerja tidak dapat diselesaikan.
A. Ya B. Tidak
10. Saya bekerja secara kerjasama dengan orang lain untuk mengelak tanggungjawab.
A. Ya B. Tidak
11. Jika tiada sesuatu sistem yang teratur, kerja tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
A. Ya B. Tidak
12. Apabila dikritik saya mudah mengawal emosi marah.
A. Ya B. Tidak
13. Saya berusaha menangani tekanan itu jika emosi ditekan.
A.Ya B. Tidak
14. Walaupun mungkin ada risiko gagal, saya berani mencuba.
A. Ya B. Tidak
15. Saya tidak akan merasa seronok jika tiada kerja.
A.Ya B. Tidak
16. Jika tiada risiko saya hanya mencuba.
A. Ya B. Tidak
17. Mesti ada semangat dan motivasi belajar jika hendak belajar dengan berkesan.
A. Ya B. Tidak
18. Saya menumpukan aktiviti yang digemari untuk melupakan kekecewaan.
A. Ya B. Tidak
19. Pengalaman pahit yang sering mengganggu saya sukar dikikis.
A. Ya B. Tidak
20. Saya akan menghebahkan prestasi saya apabila ada peluang untuk mendapat pandangan tinggi orang lain.
A. Ya B. Tidak

NOTA: Walaupun soalan ini nampak mudah, tetapi ada perangkapnya (sebab itu tiada jawapan diberikan) dan ramai calon GAGAL disebabkan Bahagian Sahsiah dan Minat. Download bahagian seterusnya di dalam ebook percuma di bawah:

https://kerja-kerajaan.com/PegawaiHalEhwalIslam/

Filed Under: Lepasan Ijazah / Sarjana Tagged With: contoh jawapan, contoh soalan, Pegawai Hal Ehwal Islam S41, S41, spa, Ujian Sahsiah dan Minat, ujian SPA

Reader Interactions

Comments

  1. Razlan says

    April 9, 2011 at 11:56 pm

    Terima kasih pada tuan jamal,rujukan peperiksaan ne sesuai untuk salah seorang member saya yang bakal mohon jawatan ne ,kelak saya akan syorkan kepada dia

    Reply
  2. UMMU says

    December 22, 2012 at 9:54 am

    Saya nk tau ada tak buku panduan temuduga peg. hal ehwal islam? Harap sesiapa dapat membantu..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Daftar Percuma

Dapatkan Tips Peperiksaan dan Panduan Temuduga Kerja Kerajaan Terkini dari Blog Kerja Kerajaan secara percuma. Daftar di bawah.

Panduan Kerja Kerajaan

Panduan Separa Perubatan

Terkini Dari Blog Kerja Kerajaan

  • ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”
  • Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?
  • Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
  • Temuduga Latihan Separa Perubatan
  • Peperiksaan Online Pereka
  • Penolong Pegawai Penerangan
  • Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
  • Peperiksaan Online Penguasa Kastam – FORMAT & TIPS
  • Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41 2014
  • Punca GAGAL Temuduga Kerja Kerajaan
  • Soalan Exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
  • Panduan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
  • Tips Exam Pegawai Penerangan Gred S41
  • 1,452 Pelatih Separa Perubatan Diperlukan
  • 100 KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN GRED N17

Tips Kerjaya Mengikut Kategori

  • Berita / Semasa
  • Lepasan Diploma/STPM
  • Lepasan Ijazah / Sarjana
  • Lepasan SPM/SPMV/Sijil
  • peperiksaan
  • Peperiksaan Online
  • Tips/Panduan/Motivasi

Komen Pembaca

  • Ikhwan on Peperiksaan Online Penguasa Kastam – FORMAT & TIPS
  • Ikhwan on Peperiksaan Penerbit Rancangan Gred B41
  • liza on ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”
  • wanie wanie on Tips Exam Pegawai Penerangan Gred S41
  • su on Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

© 2023, TIM INFOKERJAYA