• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar

Blog Temuduga Kerja Kerajaan

Info, Tips & Panduan Temuduga Kerja Kerajaan

  • Lepasan Ijazah / Sarjana
  • Lepasan SPM/SPMV/Sijil
  • Lepasan Diploma/STPM
  • Peperiksaan Online
  • Tips & Panduan
    • Berita / Semasa

Tips Temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

May 14, 2013 by Tim Infokerjaya 2 Comments

Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

 

Ramai yang bertanyakan admin tentang tips temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27. Ramai rakan-rakan yang dipanggil sebagai calon yang bakal menduduki seisi temuduga.Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 merupakan jawatan kerajaan dalam Kumpulan Sokongan I yang memerlukan kelayakan Diploma/STPM untuk memohon. Pihak SPA telah mengumumkan seisi temuduga bagi pengambilan jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 pada bulan Mei & Jun 2013.

 

Di sini admin kongsikan beberapa tips yang diharap dapat membantu calon-calon membuat persediaan temuduga jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27.

 

KLIK SINI Untuk Rujukan Efektif Temuduga Kerja Kerajaan. Sesuai Untuk Temuduga Semua Jawatan Kerajaan.

 

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

 

Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

 

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

 

Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 meliputi 4 aspek utama iaitu POLC (Planning, Organizing, Controlling & Leading).

 

Di samping maklumat di atas, saya berikan sedikit info lagi berkenaan jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 seperti yang tertera di bawah:

 

  • Pengurusan

Penyeliaan dan kepimpinan dalam jabatan/organisasi. Maknanya anda terlibat membantu dalam tugasan mengurus/selia/memimpin jabatan/ anda berkhidmat termasuk kakitangannya.
Menyelesai masalah dan membuat keputusan dari isu-isu yang timbul berkaitan petadbiran/ penyeliaan jabatan anda
Mengurus perjalanan tugas/projek/perjalanan satu-satu jabatan termasuk pengurusan kakitangan

 

  • Aspek Pentadbiran Pejabat

Sistem Fail dan Rekod – mengurus dengan efektif sistem failing/rekod unit/jabatan termasuk membuka fail baru, penutupan fail/rekod, pembukaan semula, pelupusan, arkib dan sebagainya.
Surat menyurat – menguruskan penyediaan surat, penghantaran surat – keluar dan masuk.
Pengurusan mesyuarat – penganjuran mesyuarat, penyediaan minit mensyuarat.
Perhubungan – berkomunikasi dengan pelanggan kerajaan, termasuk rakyat.
Arahan Keselamatan – memastikan panduan keselamatan disediakan di setiap unit/jabatan.
Etika dan Protokol – menguruskan/menerangkan etika/protocol kerja kepada kakitangan.

 

  • Hal-Hal Kewangan

Belanjawan dan perakaunan – menguruskan perbelanjaan unit/jabatan untuk kursus, majlis, mesyuarat dan menyediakan akaun untuk kesemua perbelanjaan.
Prosedur pembelian, stok, penjualan dan sewaan – menyediakan prosedur dalam urusan pembelian, stok, jual dan sewaan termasuk penyediaan invois.
Pembayaran dan penerimaan – menguruskan urusan pembayaran dan penerimaan kos untuk pembelian, jualan, sewaan dan stok.
Tuntutan – menguruskan tuntutan termasuk tuntutan dari pelanggan kerajaan, kakitangan berkaitan OT, Claim, gaji dll.

 

  • Hal Teknologi Maklumat

i)Penggunaan/kemahiran computer – Microsoft office – word, power point, excel dll

ii)Penggunaan internet

iii)Penggunaan aplikasi, system yang berkaitan

 

Itulah antara yang berkaitan dengan tugas Penolong Pegawai Tadbir N27 ini. Sebenarnya, soalan berkaitan dengan jawatan ini tidaklah terlalu banyak. Ini kerana soalan teknikal (berkaitan tugas) penilaiannya lebih kurang (30-40%) sahaja. Lebih kurang 60-70% lagi adalah penilaian yang diberikan oleh panel Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang meliputi perkara-perkara berikut :

 

i)Pertuturan – BM dan BI, kelancaran, susunana ayat, dll

ii)Kejujuran – dari segi usaha, cara menjawab, kesungguhan

iii)Pengetahuan am dan isu semasa – peka atau tidak

iv)Isu kenegaraan – isu dipetik dari rukun Negara – tuhan, sultan/raja, dan lain-lain

v)Kebolehan bekerjasama, bertanggungjawab

vi)Integriti – contoh kes, maksud, pelaksanaan

 

KLIK SINI Untuk Rujukan Efektif Temuduga Kerja Kerajaan. Sesuai Untuk Temuduga Semua Jawatan Kerajaan.

 

Apapun, nasihat saya, buatlah persediaan yang terbaik jika anda mahu kejayaan dalam temuduga kerja kerajaan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 yang bakal anda hadiri.

 

Salam SUKSESS dari admin!

 

 

Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

Bacaan Tambahan:

  • Soalan Peperiksaan Penguasa KastamSoalan Peperiksaan Penguasa Kastam
  • ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?””Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”
  • Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?

Filed Under: Lepasan Diploma/STPM Tagged With: Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, soalan temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

Reader Interactions

Comments

  1. gejala kutil kelamin says

    September 2, 2013 at 11:44 am

    I really enjoy looking at on this web site , it holds great posts .

    Reply
  2. obat kutil kelamin alami says

    October 16, 2013 at 5:50 pm

    lengthen them a bit from next time? Thanks for the post.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Daftar Percuma

Dapatkan Tips Peperiksaan dan Panduan Temuduga Kerja Kerajaan Terkini dari Blog Kerja Kerajaan secara percuma. Daftar di bawah.

Panduan Kerja Kerajaan

Panduan Separa Perubatan

Terkini Dari Blog Kerja Kerajaan

  • ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”
  • Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?
  • Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
  • Temuduga Latihan Separa Perubatan
  • Peperiksaan Online Pereka
  • Penolong Pegawai Penerangan
  • Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
  • Peperiksaan Online Penguasa Kastam – FORMAT & TIPS
  • Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41 2014
  • Punca GAGAL Temuduga Kerja Kerajaan
  • Soalan Exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
  • Panduan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
  • Tips Exam Pegawai Penerangan Gred S41
  • 1,452 Pelatih Separa Perubatan Diperlukan
  • 100 KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN GRED N17

Tips Kerjaya Mengikut Kategori

  • Berita / Semasa
  • Lepasan Diploma/STPM
  • Lepasan Ijazah / Sarjana
  • Lepasan SPM/SPMV/Sijil
  • peperiksaan
  • Peperiksaan Online
  • Tips/Panduan/Motivasi

Komen Pembaca

  • ikhwanfahmi on Penolong Penguasa Kastam
  • ikhwanfahmi on Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
  • ikhwanfahmi on Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?
  • Ikhwan on Peperiksaan Online Penguasa Kastam – FORMAT & TIPS
  • Ikhwan on Peperiksaan Penerbit Rancangan Gred B41

© 2021, TIM INFOKERJAYA