Pegawai Sains Gred C41
Mengikut takwim temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), seisi temuduga untuk kerja kerajaan Pegawai Sains Gred C41/Pegawai Sains Gred C41 (Kimia Hayat) bakal dilangsungkan bermula 30 Julai 2013 – 02 Ogos 2013.
Anda ada memohon jawatan Pegawai Sains Gred C41 semasa mengisi borang permohonan online SPA8i ? Jika YA, anda boleh membuat semakan calon layak temuduga menggunakan link berikut :
–>KLIK SINI UNTUK SEMAKAN LAYAK TEMUDUGA
Buat calon yang dipanggil ke seisi temuduga ini, gunakanlah peluang ini sebaiknya untuk menampilkan prestasi optimum agar mampu memikat panel menemuduga untuk memilih anda menjawat jawatan Pegawai Sains Gred C41.
Info Tentang Jawatan Pegawai Sains Gred C41
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab.: Kementerian Kesihatan Malaysia
Jadual Gaji:
–>Gaji Minimum : RM 1,939.89
–>Gaji Maksimum : RM 6,873.16
–>Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 225.00
Pecahan Bidang Pegawai Sains Gred C41
Kementerian Kesihatan Malaysia :
Mikrobiologi- bidang Mikrobiologi
Kimia Hayat- bidang Biokimia
Genetik – Genetik dan Biologi Molekul, Biologi Sel
Embriologi – Biologi, Genetik
Forensik – Sains Forensik
Fizik – Fizik Perubatan, Fizik Kesihatan, Sinaran Perubatan
Biomedikal- Bioperubatan, Teknologi Makmal Perubatan
Kaji Serangga- Pengurusan Vektor dan Parasit, Entomologi, Entomologi Gunaan
Pemakanan- Sains Pemakanan/Nutrition, Pemakanan dan Kesihatan Komuniti, Sains Makanan dan Pemakanan
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi :
Biologi/Kaji Hayat, Bioteknologi, Kimia, Sains pertanian, Perikanan, Mikrobiologi, Oseanografi, Sains Marin.
Bagi seisi temuduga jawatan Pegawai Sains Gred C41, data pengambilan adalah seperti berikut :
Jumlah Permohonan = 47,890
Jumlah Calon Temuduga = 442
Tips Persediaan Menghadiri Temuduga Pegawai Sains Gred C41
–>Penyediaan dokumen-dokumen penting yang diperlukan semasa seisi temuduga nanti.
–>Meningkatkan pengetahuan & kemahiran yang berkaitan dengan jawatan.
–>Tingkatkan pengetahuan tentang jabatan / kementerian bagi jawatan yang anda hadiri untuk seisi temuduga.
–>Meningkatkan pengetahuan am dengan isu-isu semasa dalam negara & luar negara.
–>Mohon doa & minta restu dari ibu-bapa.
Koleksi Tip Temuduga Blog Kerja Kerajaan
Klik LINK berikut –> https://www.kerja-kerajaan.com/blog/category/motivasi/
Pegawai Sains Gred C41
Sy dpt temuduga 17hb ni sbg pgwai sains c41 kaji serangga…sy nk ty knentrian mna sy nk tingktkn pngethuan? Mosti atau kmtrian ksihatn mlysia?
Sy bljr bkn dlm bidg kaji sergga…mcmna sy nk hadapi temuduga ni? Sy dlm bidng sains pngurusn alam skitar…