• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar

Blog Temuduga Kerja Kerajaan

Info, Tips & Panduan Temuduga Kerja Kerajaan

  • Lepasan Ijazah / Sarjana
  • Lepasan SPM/SPMV/Sijil
  • Lepasan Diploma/STPM
  • Peperiksaan Online
  • Tips & Panduan
    • Berita / Semasa

Temuduga Latihan Separa Perubatan 2014

October 13, 2013 by Tim Infokerjaya 79 Comments

Berdasarkan jadual terbaru di Portal SPA, seisi temuduga & peperiksaan bagi pengambilan pelatih untuk Latihan Separa Perubatan 2014 bakal dilangsungkan bermula 20 Oktober – 1 November 2013.

 

 

KLIK SINI UNTUK SEMAKAN LAYAK TEMUDUGA & PEPERIKSAAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN 2013

 

 

Jika anda layak menduduki seisi temuduga tersebut, tahniah admin ucapkan. Untuk artikel kali ini, admin bincangkan tentang program Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan oleh pihak SPA dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

 

Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan oleh Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat menceburi bidang kerjaya separa perubatan dalam pelbagai bidang di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Terdapat 10 pilihan bidang latihan peringkat diploma dan 3 pilihan bidang latihan peringkat sijil.

 

 

 

 

Calon yang terpilih akan menjalani latihan selama 2 ½ tahun (sijil) atau 3 tahun (sijil) di kolej kejururawatan atau institusi yang ditetapkan oleh pihak KKM. Sepanjang tempoh latihan, pelatih akan menerima elaun bulanan serta beberapa elaun lain.

 

 

Pelatih yang LULUS Latihan Separa Perubatan peringkat sijil atau diploma bakal dilantik dalam jawatan (mengikut bidang latihan) dalam KKM untuk menyertai staf paramedik di hospital atau klinik kesihatan kerajaan. Bagi lulusan sijil akan bermula sebagai staf separa perubatan Gred U17/Gred U19, manakala lulusan latihan peringkat diploma sebagai staf separa perubatan Gred U29.

 

 

Profesion dalam bidang ini sememangnya memerlukan jumlah tenaga kerja yang ramai dan terlatih dalam menguruskan aspek perubatan, penjagaan diri dan kesihatan pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.

 

 

Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) merupakan platform terbaik untuk lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berusia 18 hingga 25 tahun yang berminat menceburi bidang kerjaya di KKM.

 

 


Sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan dijalankan 2 kali setahun, iaitu :

Seisi Januari
Seisi Julai

 

 

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan mengumumkan atau mengiklankan tentang pengambilan pelatih Separa Perubatan di portal SPA.

 

 

Pelatih Separa Perubatan akan menjalani seisi latihan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kolej Swasta yang diiktiraf oleh kerajaan.

 

 

Tempoh latihan :

 

 

Latihan Separa Perubatan Peringkat Diploma : 3 tahun
Latihan Separa Perubatan Peringkat Sijil : 2 ½ tahun

 

 

Kesinambungan dari latihan yang ditawarkan ini, pihak KKM telah menubuhkan Bahagian Pengurusan Latihan KKM bagi pihak KKM melatih bakal anggota paramedik untuk Latihan Separa Perubatan peringkat sijil atau diploma.

 

 

 

Bacaan Tambahan:

  • Soalan Peperiksaan Penguasa KastamSoalan Peperiksaan Penguasa Kastam
  • ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?””Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”
  • Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?

Filed Under: Lepasan SPM/SPMV/Sijil

Reader Interactions

Comments

  1. EMILY BINTI ABDUL JALIL says

    January 21, 2014 at 10:35 pm

    Saya sedang belajar diploma teknologi makmal perubatan di kolej ptpl sabah..sebelum ini saya telah tamat sijil sains kesihatan di kolej yang sama dan pointer semasa sijil semuanya 3 point ke atas..adakah saya layak untuk mengikuti latihan separa perubatan atau adakah saya layak untuk menjawat jawatan yang ditawarkan.? Umur saya sekarang 27 tahun..

    Reply
    • enie says

      October 24, 2014 at 10:54 am

      tak silap sy umur yg dibenarkan tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan. kalau salah sila betulkan. TQ

      Reply
    • anonymous says

      January 10, 2015 at 5:53 am

      Kalau tgok syarat umur smpai 25 tahun sahaja. Tapi itu adalah syarat utk mengikuti latihan. Kalau dah ada sijil buat apa nak ikut latihan lagi kan. Utk memohon jawatan sebagai pembantu makmal pula sila semak dengan spa berapa had umur yg boleh memohon. Rasanya kalau dah ada diploma teknologi makmal perubatan, anda sepatutnya memohon terus jawatan pembantu makmal perubatan di spa8. Bukan memohon latihan ya. Sebab anda sudah ada diploma. Gud luck! 🙂

      Reply
  2. Nur Afifah says

    April 17, 2014 at 11:59 am

    salam..sya nk tnya mcna nk semak keputusan temuduga separa perubatan bg pelajar lepasan spm 2013 utk kemasukkan sesi julai 2014…??

    Reply
  3. Ain says

    April 25, 2014 at 2:42 pm

    macam mana nak semak keputusan temuduga separa perubatan bagi pelajar lepasan SPM 2013 untuk kemasukkan sesi julai 2014?

    Reply
  4. laksmidarshini says

    May 10, 2014 at 1:06 pm

    bilakah tarikh tutup permohonan latihan separa perubatan seisi julai 2014…dan kita boleh semak keputusannya?

    Reply
  5. kala velaitham says

    May 25, 2014 at 5:10 am

    jikalau sy terlepas kemasukan pd thn jan 2013,jawatan pembantu pembedahan pergigian u17,boleh ke saya mendapat temuduga sekali lagi?

    Reply
  6. mimieazlan says

    June 1, 2014 at 8:35 pm

    Bila trikh result tmuduga lathn spara kjururwtn kluar?

    Reply
  7. mimieazlan says

    June 1, 2014 at 8:37 pm

    Klu boleh tlg reply, tq.

    Reply
  8. Ain says

    June 12, 2014 at 11:09 pm

    please reply. I’m begging :'(

    Reply
  9. Derah says

    June 25, 2014 at 5:54 pm

    Bila tarikh pengambilan lepasan 2013 tuk msuk JM tahun 2014 ? Bulan berapa ? Pls reply

    Reply
  10. jamilah jalil says

    July 15, 2014 at 12:04 am

    salam, anak saya telah mendaftar latihan separa perubatan bidang farmasi dan pergigian baru baru ini selepas spm 2014, bila dapat tahu temuduga nya berjaya atau tidak.

    Reply
    • Farhana mohamad says

      September 17, 2014 at 11:29 am

      waalaikumsalam.
      maaf, berdasarkan pengalaman saya, segala permohonan akan dihantar melalui surat/sms. samada untuk temuduga dan juga jawapan.

      Reply
  11. zubaidah says

    August 11, 2014 at 4:00 pm

    Salam, anak sya telah mendaftar atas nama Nurul syuhadah binti Jasni no k/p 960626105444 tetapi masih tidak dapat keputusan apa-apa.

    Reply
    • Farhana mohamad says

      September 17, 2014 at 11:30 am

      Waalaikumsalam puan zubaidah. mungkin ia ambil sedikit masa . 🙂

      Reply
  12. zubaidah says

    August 11, 2014 at 4:03 pm

    Tolanglah semak nama anak saya.

    Reply
  13. Ar Yuniey says

    September 17, 2014 at 2:20 pm

    Salam..sya ingin bertanye..sy dpt twaran interview bg spara perubatan..tapi sye keliru bg penempatan peperiksaan online..peperiksaan ini dbuat dkat pusat atau boleh dibuat dkt rumah sahaja..bgi daftar kehadiran 2 saye dah daftar dkat putrajaya..mohon pnjelasan..tq

    Reply
  14. aliys says

    September 17, 2014 at 10:11 pm

    Exam online tu buat mane mane tempat boleh xkisah..cc kat umah ke..

    Reply
  15. aryne roger says

    September 18, 2014 at 8:33 am

    Ya nak tau juga exam on line tu buat kat rumah saja pun bole kah?

    Reply
  16. nabila says

    September 20, 2014 at 11:24 am

    saya dah berkahwin kalau dapat boleh tak pohon untk bljaq dekat tempat sendri??

    Reply
  17. Ali Wowberita says

    September 20, 2014 at 2:24 pm

    tahniah kepada semua yg berjaya dalam peperiksaan online. yg tak dapat tu jangan putus asa,mungkin belum rezeki anda lagi.

    Reply
  18. nabila says

    September 22, 2014 at 2:04 pm

    Macam mana nk check dh dpt temuduga ke tak??

    Reply
  19. bb says

    September 23, 2014 at 5:10 am

    salam..ada siapa2 kat sini yg lulus exam 20 hb lalu?

    Reply
    • Alwani says

      September 23, 2014 at 11:31 am

      Hi bb, sy lulus alhamdullilah. 🙂

      Reply
    • niza says

      September 23, 2014 at 6:47 pm

      sy lulus jga..bleh spa2 bgi tips tuk temuduga separa perubatan x? sy first time nih

      Reply
  20. mya says

    September 23, 2014 at 2:36 pm

    Hai bb.. sy pown lulus..

    Reply
  21. sathiya says

    September 23, 2014 at 7:52 pm

    salam.. separa perubatan bertaraf diploma ini macam mana?
    kena study ke?

    Reply
  22. john says

    September 25, 2014 at 10:26 am

    jgn bg detail…bg no ic bagai…bhaya woo…

    Reply
  23. john says

    September 25, 2014 at 10:29 am

    aku pon llus gak..klAu ade group whatsapp fb etc aku nk join…study untuk ujian khusus sblom interview…boleh refer kt stu… wechat id : jsean666

    Reply
  24. fatihah says

    September 26, 2014 at 9:41 am

    Alhamdulilah…lulus..

    Reply
  25. Ling says

    September 27, 2014 at 8:38 am

    Dah byk kali interview , peperiksaan secara online utk separa perubatan gagal jua …Sedih amat…4tahun sudah menanti peluang

    Reply
  26. farhan says

    September 27, 2014 at 6:58 pm

    Sy nk tnye sy dh llus ujuan online 20/9 ary uh bile tarikh tmuduga

    Reply
  27. izan says

    September 28, 2014 at 5:13 am

    Saya lulus exam on9 ..20/9/2014..

    Bilakah tarikh temuduga?
    Adakah perempuan sudah berkahwin boleh memohon latihan separa perubatan tersebut?

    Rata2 . Syarat perempuan/lelaki belum berkahwin..
    Ada syarat tersebut hampir semua jawatan

    Reply
  28. farah says

    September 30, 2014 at 11:24 am

    salam..yg lulus exam on9 20hb/09..tarikh iv akan dmaklumkan kemudian…tarikh iv utk separa perubatan taraf diploma bermula 20/10. jika tersilap tlg betulkan…tq

    Reply
  29. sharel says

    October 1, 2014 at 7:55 pm

    salam..die hantar surat x untuk interview?? sy dah lulus exam tu

    Reply
  30. shaniz says

    October 4, 2014 at 1:53 pm

    Hello, saya nak tumpang tnya.. saya da lulus ujian 20hb hri tue knp nama saya x da dlm sistem semakan layak temu duga tue yer?

    Reply
    • enie says

      October 24, 2014 at 10:58 am

      sy pon sama. ada jugak cek tp x kua pape. so just wait.

      Reply
  31. jue says

    October 7, 2014 at 7:07 pm

    pihak spa terima tak klau kita bagitahu yg kita student lg ?

    Reply
  32. abdullah says

    October 8, 2014 at 12:53 pm

    Nak tanya, bagaimanakah cara temuduga akan dipanggil, melaui email, sms atau surat?. Adakah telah ada keluar surat menyuarat untuk panggilan temuduga untuk 2014 (untuk 20 Oktober- 1 November ini)..mohon penjelasan dari pihak tuan..Terima kasih atas kerjasama yg diberikan…

    Reply
  33. siti says

    October 10, 2014 at 11:57 am

    Hai jue. Saya pun lulus utk ujian 20 hb lepas. Untuk temuduga akan dtg, ada la kwn yg dh msuk SPa bg tips. DEpends on la yang temuduga kita tu. Kwn sy pegi iv tu msa bljr kat matrik. Dia cakap jujur. Stgh org ckp jgn penah bgthu kat org yg iv kita tu kita tgh stdy. Tapi, kalau kita jwb dengan jujur. Dan alasan yg kita bg munasabah sebab apa kita inginkan jwtan tu inshallah kita berpeluang. Sekadar berkongsi

    Reply
  34. aishah says

    October 22, 2014 at 6:28 pm

    Sye lulus exam online .. tp sye cek yg tmudge tu , dye x tulis ape2 pon dlm kotak tu … xda tarikh , xda jawatan pon .. knape erk ? Boleh tlong trang kn x ?

    Reply
  35. faz says

    October 22, 2014 at 9:27 pm

    Sy dh thu bila sy interview.bleh x bg tips utk lulus interview separa perubatan tersebut?

    Reply
    • Nuramiraaishah Mohamed says

      October 23, 2014 at 9:05 am

      Cek kt mana yang temuduga 2

      Reply
      • eira says

        October 23, 2014 at 10:59 pm

        Cek kt email u…

        Reply
  36. eira says

    October 23, 2014 at 10:59 pm

    Sape cni blh iv pd 28/10/14… Blh bg tips x cmne nk bg lulus iv…huhuhu….klu ad group watsap blh r join me skli..0179611873

    Reply
    • enie says

      October 24, 2014 at 10:58 am

      tips dia tenang n confident 🙂

      Reply
  37. enie says

    October 24, 2014 at 10:49 am

    assalam n morning. sy pon dpt interview pd 28/10 ni. tp berbelah bagi nak g ke x. sebelum ni kalo interview spa dpt surat, msg kt phone n email. tp kali ni dpt email je. pastu ade position utk dua jwtn n time yg sama. mmg dilanda kekeliruan betul. time interview pon awal pg. macam pelik je..huhu. bru tny pndpt kengkwn psl isu blacklist tu. blacklist tu utk mereka yg dapat tawaran tp x pegi ruopanye. so selamat la kalo x dpt pegi interview (pdhl berkira2 lg ni.kalo x pegi rugi sbb umur da plg max utk offer ni). sy da lama tgl zmn skolah bidang ni. lps skolah continue stdy pon bdg len. ditambah plak skg ni kje bdg len plak. bercampur. serabut. just utk mereka yg nk interview ni just calm. salu nye yg interview tu tny soalan general. tp utk interview yg ini sy sdri pon taktahu nak study ape. any IDEA ?

    Reply
  38. iza says

    October 24, 2014 at 2:34 pm

    sy lulus jugak..siapa tarikh intrve dia 6/11/2014..boleh join sekali..

    Reply
    • eppul says

      October 25, 2014 at 9:10 pm

      intrve kat mana?jawatan apa?

      Reply
      • iza says

        November 3, 2014 at 11:41 am

        intrvw dekat putrajaya..intrvw untuk latihan jururawat..awak pulak?

        Reply
    • nana says

      October 31, 2014 at 5:54 pm

      interview kat mne?

      Reply
      • iza says

        November 3, 2014 at 11:41 am

        intrvw dekat putrajy..awak?

        Reply
  39. saliena says

    October 24, 2014 at 4:59 pm

    Alhamdulilah saya pun dapat jugak iv ni 29hb10 di johor. First time iv s.p.a ni. Harap sangat dapat . Nervousss

    Reply
    • bella says

      October 24, 2014 at 9:03 pm

      saliena,sama la kita 2..sy pn 29hb jgk tpi kt kelantan…gud luck 2 all yg dpt iv separa perubatan this oktober..

      Reply
      • saliena says

        October 28, 2014 at 11:49 pm

        Thankyouu :). Gudluck jugak utk awk bella..

        Reply
  40. SYAHMI says

    October 25, 2014 at 1:11 am

    ASSALAM. SAYA SYAHMI SEORG PELAJAR IPTA YG INGIN MEMOHON JAWATAN PELATIH SEPARA PERUBATAN . BILAKAH SESI PENGAMBILAN DI BUKA UNTUK SAYA MEMOHON JAWATAN TERSEBUT. SAYA INIGIN MEMOHON JAWATAN TERSEBUT KERANA INGIN MEMBANTU IBU SAYA YANG BERADA DALAM KEADAAN SESAK DAN DIA SEORANNG OKU. HSAYA INGIN MEMULIHKAN SEMULA KESIHATAN NYA DAN CUBA MGEMBIRAKAN DIA . KERANA SAYA SEDANG BELAJAR PADA WAKTU INI SANGAT MEMERLUKAN WANG,. SAYA INGIN MENCUBA BIDANG INI. HARAP TUAN DAN PUAN YG BERADA DI DALAM FORUM DAN BLOG INI DAPAT MEMBANTU SAYA SEDIKIT SEBANYAK.

    Reply
  41. ariff says

    October 25, 2014 at 12:54 pm

    Shaymi, Kalau baru nak apply. Tarikh tutup Feb 2015. Interview in April 2015

    Reply
    • lavender says

      February 11, 2015 at 3:03 pm

      Ariff..klau lpsan ijazah nk apply separa perubatan x payah letak kelulusan ijazah ke..?tkot spa x ambik lpsan ijazah

      Reply
  42. nur says

    October 25, 2014 at 1:14 pm

    sya plak dpt interview pd 4 /11 nie untuk lima jawatan yang diberikan dalam separa perubatan. dan ini kali pertama interview, agak nervous… x tau ape yang perlu dilaku kan masa interview. boleh bagi tips x pasal interview nie? n lg satu soalan, ada orang kata SPA akan hantar surat ke rumah, betol ke?? tp sy dapat emel shja..

    Reply
  43. nurhafiza says

    October 25, 2014 at 5:17 pm

    Alhamdulillah..sye pon dpt utk iv pda 4hb ni..utk latihan separa perubatan cara kerja di alor star…ada x tip2s untk Lulus 1st iv spa??

    Reply
    • nurul says

      October 27, 2014 at 3:36 pm

      Salam,nurhafiza saya pon dpt interview kt alor star tp 3/11..

      Reply
  44. Shakyilla says

    October 25, 2014 at 8:08 pm

    Saya pon lulus jugak exam hri2…iv 30/10/14 ni…rasa berbelah bagi.nk pergi @ tak, tak pergi takot kena balcklist..belajar bidang lain, kerja pon bidang lain…memang niat hati nk kerja kerajaan…dah lama tunggu…akhirnya dpt juga..bukan senang nk dpt interview spa

    Reply
    • elin says

      October 26, 2014 at 8:20 pm

      Jika awk buka lmn web spa, dia aa bgtau jika Xpergi dia xblacklist… dia ada bgtau dlm ‘soalan lazim’ ditanya

      Reply
  45. ayu says

    October 25, 2014 at 10:54 pm

    hi sy ayu.. sy pn dh llus interview… isnin 27/10 nie… bole x sape2 bg tips… general knowledges sy low la… nk jwb ape pn xthu.. first time.. tp nk sgt2 … 1 lg msalah.. klu berkawin dia trima ke x ye ?

    Reply
    • nurul says

      October 27, 2014 at 3:38 pm

      Ayu,awk dh lps interview ke??bleh bg tips temuduga??

      Reply
  46. aiden says

    October 26, 2014 at 6:30 pm

    salam..
    saya pun lulus untuk temuduga spa kali ni.. untuk pengetahuan semua, saya dah 3 kali iv untuk separa perubatan ni.. kali y pertama mungkin saya kurang bersedia sebab baru first time iv.. kali kedua iv saya berjaya, tp oleh kerana saya tukar tarikh temuduga saya, panel cakap kemungkinan besar saya tak diambil untuk pengambilan tu sebab quota y mereka ambil hanya la mereka y ditetapkan iv pada hari tersebut.. so nasihat saya JANGAN tukar tarikh temuduga anda… dan untuk pertama kali nya kali ni spa buat peperiksaan online, selalu nya takda.. biasa diorang buat ujian minat sahaja masa temuduga kita, tapi kali ni pihak spa buat tapisan melalui exam tersebut.. bagi pendapat saya ada keburukan dan kelebihan la sistem y mereka perkenalkan ni… tips y boleh saya bagi melalui pengalaman temuduga saya y lalu, masa iv kena confident, senyum, kalau nak menipu tu boleh tp buat sejujur y boleh (tipu kalau2 ada calon y masih study sekrg sbb kebnykan nya panel akan nasihat untuk teruskan study dulu).. dan pada akhir iv tu, panel akan tanya “ada apa2 soalan atau benda y awak ingin tanya?” pada masa ini la awak terangkan y awak betul berminat tntang kos ni, kalau boleh awak berikrar akan belajar bersungguh sungguh dan xkan sia2 peluang y mereka bagi” (serius saya buat mcam ni masa temuduga sya y kedua, panel terus angguk kepala dan cari nama saya di kertas, tapi malang nya saya tukar tarikh iv saya… hmmm) so peluang ketiga saya pada 30hb nov ni.. harap2 kali ni saya lulus temuduga la.. doakan saya.. apa2 pun semua rezeki Allah swt y tentukan, saya hnya tahu merancang shja.. in sha allah kalau ini rezeki saya, saya janji saya akan bagi tips2 y boleh mmbantu calon2 temdga untuk rujukan pd masa hadapan.. amin

    Reply
  47. aiden says

    October 26, 2014 at 6:33 pm

    ayu
    October 25, 2014 at 10:54 pm
    hi sy ayu.. sy pn dh llus interview… isnin 27/10 nie… bole x sape2 bg tips… general knowledges sy low la… nk jwb ape pn xthu.. first time.. tp nk sgt2 … 1 lg msalah.. klu berkawin dia trima ke x ye ?

    jawapan:
    untuk mereka y sudah berkahwin pihak spa tak akan ambil sebab syarat2 umum untuk mereka y berumur 18-25 dan belum berkahwin… tapi apa2 pun cuba cntact pihak spa untuk mendapat penerangan y sahih..

    Reply
  48. anna sparrow says

    October 28, 2014 at 1:53 am

    hiii.. intrv sy esk pkl 2 ptg.. agk tkt jgk lah.. wish me luck okeyy..

    Reply
  49. saliena says

    October 28, 2014 at 11:43 pm

    Thank youuu to aiden utk tips yg diberi. Untuk semua calon temuduga buat yg terbaik dan semoga berjaya .

    Reply
  50. nur says

    October 29, 2014 at 6:43 pm

    Perlu x saya jujur yg saya study stpm or tipu? Saya pening lh. Saya dengar2 klau kita gitau yg kita study,spa sruh kita truskn pelajran ttp saya nak sgt2 separa perubatan n berminat. Tlong bg cdangan? Thanks:-)

    Reply
  51. nur says

    October 29, 2014 at 6:45 pm

    Esk ptg saya tmuduga. Pleasee bg cdangan. Thanks

    Reply
  52. Ctie says

    October 30, 2014 at 8:41 pm

    Sy da iv..tp sy akn brkhwin hujng thn ni..agknye sy akn dterima or x yew??boleh x klau sy rhsiakn status sy?sbb sume prsiapan da dlakukn n sume saudra mara da taw..n bleh ke klau sy mnx tukar tmpat yg trdkat ngn tmpat tggal sy??

    Reply
  53. Jackson says

    November 16, 2014 at 10:52 pm

    Hello 🙂 Tumpang tanya keputusan temudaga separa perubatan sesi 2014 bila keluar? thanks ^^

    Reply
  54. ikhwan says

    December 2, 2014 at 2:37 am

    yang penting jujur dalam temuduga 🙂

    Reply
  55. junaidah says

    December 11, 2014 at 6:06 pm

    Suami saya dapat sambung pen pegawai persekitara sesi januari 2015…bolehkah suami saya membuat penangguhan untuk kemasukan julai 2015…atas sebab2 peribadi

    Reply
  56. Noor Syafiqah Jacchim says

    January 29, 2015 at 9:38 am

    Assalammualaikum..apa yang dimaksudkan dengan TIDAK MELEPASI SYARAT2 YANG DITETAPKAN OLEH PIHAK SPA?smpai sekrg sya tak pernah dapat2 tawaran temuduga

    Reply
  57. hidayah says

    February 11, 2015 at 2:43 pm

    Salam..sy nk mntk pncerahan..sy lpsan ijazah yg masih belum dpt pkerjaan untuk menampung.keluarga…jd sy nk apply masuk latihan separa perubatan.perlu ke x sy masukkan maklumat ijazah sy.untuk apply nnt.??ataupon x payah msukkan tkot spa x ambik lpsan ijazah untuk latihan separa perubatan…tlg sy…

    Reply
  58. husna says

    March 12, 2015 at 8:49 am

    assalamualaikum…berapa lama atau hari nak tggu lulus kemasukan spa ni??

    Reply
  59. afhamikhwan says

    March 14, 2015 at 8:07 am

    Bila boleh memohon separa perubatan 2015

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Daftar Percuma

Dapatkan Tips Peperiksaan dan Panduan Temuduga Kerja Kerajaan Terkini dari Blog Kerja Kerajaan secara percuma. Daftar di bawah.

Panduan Kerja Kerajaan

Panduan Separa Perubatan

Terkini Dari Blog Kerja Kerajaan

  • ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”
  • Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?
  • Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
  • Temuduga Latihan Separa Perubatan
  • Peperiksaan Online Pereka
  • Penolong Pegawai Penerangan
  • Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
  • Peperiksaan Online Penguasa Kastam – FORMAT & TIPS
  • Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41 2014
  • Punca GAGAL Temuduga Kerja Kerajaan
  • Soalan Exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
  • Panduan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
  • Tips Exam Pegawai Penerangan Gred S41
  • 1,452 Pelatih Separa Perubatan Diperlukan
  • 100 KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN GRED N17

Tips Kerjaya Mengikut Kategori

  • Berita / Semasa
  • Lepasan Diploma/STPM
  • Lepasan Ijazah / Sarjana
  • Lepasan SPM/SPMV/Sijil
  • peperiksaan
  • Peperiksaan Online
  • Tips/Panduan/Motivasi

Komen Pembaca

  • ikhwanfahmi on Penolong Penguasa Kastam
  • ikhwanfahmi on Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
  • ikhwanfahmi on Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?
  • Ikhwan on Peperiksaan Online Penguasa Kastam – FORMAT & TIPS
  • Ikhwan on Peperiksaan Penerbit Rancangan Gred B41

© 2021, TIM INFOKERJAYA