Arkitek J41
Temuduga Arkitek J41 bakal dilangsungkan pada 22-10-2013 mengikut jadual terkini temuduga sektor awam.
Syarat Lantikan Arkitek J41
Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,567.28 ]dan
LULUS B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Arkitek J41
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Teknik (Seni bina) adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Arkitek Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
Mempunyai kelayakan di atas; atau
LULUS Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Arkitek Malaysia/Persatuan Arkitek Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas Arkitek J41
Merancang, mereka bentuk bangunan baru, menerima dan mengkaji ringkasan projek (project’s brief), melawat tapak projek, menyediakan lukisan, lakaran reka bentuk (sketch drawings) reka bentuk terperinci, lukisan kerja (working drawings) dan penentuan (specifications).
Leave a Reply