• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar

Blog Temuduga Kerja Kerajaan

Info, Tips & Panduan Temuduga Kerja Kerajaan

  • Lepasan Ijazah / Sarjana
  • Lepasan SPM/SPMV/Sijil
  • Lepasan Diploma/STPM
  • Peperiksaan Online
  • Tips & Panduan
    • Berita / Semasa

Temuduga Dan Tugas Pegawai Penerangan

September 20, 2011 by Tim Infokerjaya 3 Comments

Temuduga Dan Tugas Pegawai Penerangan

 

Pegawai Penerangan
Pegawai Penerangan

Jawatan:Pegawai Penerangan Gred S41

 

Ketika ini memang ramai yang memohon jawatan dalam kerja kerajaan.Salah satu jawatan yang popular adalah Pegawai Penerangan.Pegawai Penerangan adalah salah satu jawatan di sektor kerja kerajaan yang memerlukan kakitangan yang ramai pada tahun 2011 ini.Memang ramai yang memohon jawatan temuduga Pegawai Penerangan ini adalah dari mereka yang berkelayakan Ijazah/Sarjana/PHD.Memang ramai yang berminat dengan jawatan hebat dalam sektor kerja kerajaan ini.Jom lihat statistik seperti dibawah:

Pada tahun 2011 ini sahaja,seramai

16115 orang pemohon

304 orang yang dipanggil temuduga

23 kekosongan jawatan

30 calon simpanan

Pada 20/9/2011 – 23/9/2011,seramai 304 orang calon di seluruh Malaysia dipanggil untuk temuduga.Hanya 1.9 peratus sahaja layak dipanggil temuduga!

 

Kepada anda yang berada dalam 1.9 peratus ini,saya ucapkan tahniah dan selamat maju jaya.Memandangkan ramai yang menanyakan tips kepada saya, saya berikan sedikit tips ini.Mungkin sedikit membantu.

 

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem/Jab: Kementerian Penerangan dan Kementerian Kesihatan

Jadual Gaji:

P1T1 RM1688.89 – P1T27 RM4638.89

P2T1 RM1783.51 – P2T27 RM4917.16

P3T1 RM1882.31 – P3T27 RM5219.23

 

Syarat Lantikan:     

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

 

[Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T1];atau

Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

 

[Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T3];atau

Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

[Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T3];atau

Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

 

[Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T3]; dan

lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

[Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang Komunikasi Massa, Sains Kemasyarakatan, Sains Sosial dan Pembangunan Sumber Manusia bergantung kepada keperluan agensi].

 

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penerangan adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Pegawai Penerangan Gred S41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

mempunyai kelayakan di atas; atau

lulus Peperiksaan Khas; dan

berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

 

Deskripsi Tugas:     

Bertanggungjawab menguruskan sidang akhbar, draf kenyataan akhbar, nota-nota taklimat dan maklumat, pengurusan penerbitan, pameran, laporan tahunan dan bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian/Jabatan. Bagi Kementerian Kesihatan, tugas-tugasnya ialah bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelaras dan menilai program-program pendidikan kesihatan dan menilai penggunaan media dan alat pandang dengar serta bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyelenggaraan bahagian ‘non-print’ Pusat Pendidikan Kesihatan dan Komunikasi termasuk unit bergerak.

 

Informasi ini berdasarkan daripada SPA.

Di samping maklumat di atas, saya berikan sedikit informasi lagi berkenaan jawatan Pegawai Penerangan seperti yang tertera di bawah:

 

1.Mengetahui konsep-konsep pelaksanaan rancangan atau kempen jabatan di peringkat negeri dan daerah.

2.Mengetahui dan mempraktikkan cara-cara mengumpul,merumus, menganalisa Laporan Khas, reaksi dan pendapat umum.

3.Merancang dan menyelia kempen Geraksaraf.Teknik-teknik perancangan      dan cara mengumpul data  dan  membuat analisis kedudukan kawasan.

 

 

 

 

 

 

Saranan saya untuk anda,buatlah persediaan yang terbaik jika anda mahu kejayaan dalam temuduga kerja kerajaan Pegawai Belia Dan Sukan yang bakal anda hadiri.

Untuk menghadiri temuduga, sememangnya kita perlu membuat persiapan rapi yang awal. Dengan membuat persiapan awal ianya membantu kita untuk menjadi lebih tenang, berkeyakinan.

Tips saya, untuk membuat persiapan beberapa pendekatan boleh diambil:

1. Cari bahan-bahan rujukan temuduga.Salah satunya Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

2. Tanyakan pengalaman rakan-rakan yang pernah hadiri temuduga kerja tersebut.

3. Buat carian maklumat di Google berkenaan jawatan tersebut.

4. Dan boleh juga layari perkongsian di blog saya di kerja-kerajaan.com/blog

5. Berbincang di ruangan komen di post ini.

 

Bahan Rujukan

Jika anda rajin, anda boleh menambah bahan pembacaan anda dengan membaca bahan-bahan rujukan berikut yang boleh didapati di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan.

 

1.Perucapan umum oleh Gary T. hunt – DBP(Terjemahan : Asiah Surji & Mohd Nordin Salji)

2.The Art of Public Speaking (Stephen E. Lucas)Fifth Edition

3.Perhubungan Awam oleh Hamdan Adnan – BIROTEKS Institut Teknologi MARA, 1987

4.Perhubungan Awam oleh Mohd Hamdan Haji Adnan – DBP 1988

5.Komunikasi, Md. Salleh Kassim – DBP 1985

6.Komunikasi, Samsudin A. Rahim – DBP 1993

7.Komunikasi, Gary T. hunt –DBP 1990

8.Teknik Perhubungan Awam oleh Mohd. Hamdan Adnan – DBP

 

 

 

 

 

9.Perhubungan Awam dan Media oleh Adzman Abbas  – Longman Malaysia

10.Penyuntingan Kopi oleh Judith Butcher – DBP

11.Kewartawanan Teori dan Praktis oleh Mohd Salleh Kassim – DBP

12.Empat Teori Akhbar oleh Fred S. Siebert, Theodore Peterson dan Wilbur Schramm – DBP

 

 

Untuk peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan boleh terus klik link ini

Sekian saja. Jika anda ada info, atau ingin berkongsi, boleh berika komen di bawah.

Bacaan Tambahan:

  • Soalan Peperiksaan Penguasa KastamSoalan Peperiksaan Penguasa Kastam
  • ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?””Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”
  • Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?

Filed Under: Lepasan Ijazah / Sarjana Tagged With: kerja kerajaan, PEGAWAI PENERANGAN, temuduga, Temuduga Dan Tugas Pegawai Penerangan

Reader Interactions

Comments

  1. obat ampuh wasir says

    August 31, 2013 at 9:49 am

    Hurrah, that’s what I was exploring for, what a data! present here at this blog, thanks admin of this web site.

    Reply
  2. kutil di kelamin says

    September 2, 2013 at 11:44 am

    I do believe all of the ideas you have presented on your post.

    Reply
  3. zalnun says

    February 27, 2014 at 8:10 pm

    Info berguna ni. Terima kasih admin 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Daftar Percuma

Dapatkan Tips Peperiksaan dan Panduan Temuduga Kerja Kerajaan Terkini dari Blog Kerja Kerajaan secara percuma. Daftar di bawah.

Panduan Kerja Kerajaan

Panduan Separa Perubatan

Terkini Dari Blog Kerja Kerajaan

  • ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”
  • Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?
  • Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
  • Temuduga Latihan Separa Perubatan
  • Peperiksaan Online Pereka
  • Penolong Pegawai Penerangan
  • Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
  • Peperiksaan Online Penguasa Kastam – FORMAT & TIPS
  • Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41 2014
  • Punca GAGAL Temuduga Kerja Kerajaan
  • Soalan Exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
  • Panduan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
  • Tips Exam Pegawai Penerangan Gred S41
  • 1,452 Pelatih Separa Perubatan Diperlukan
  • 100 KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN GRED N17

Tips Kerjaya Mengikut Kategori

  • Berita / Semasa
  • Lepasan Diploma/STPM
  • Lepasan Ijazah / Sarjana
  • Lepasan SPM/SPMV/Sijil
  • peperiksaan
  • Peperiksaan Online
  • Tips/Panduan/Motivasi

Komen Pembaca

  • ikhwanfahmi on Penolong Penguasa Kastam
  • ikhwanfahmi on Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
  • ikhwanfahmi on Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?
  • Ikhwan on Peperiksaan Online Penguasa Kastam – FORMAT & TIPS
  • Ikhwan on Peperiksaan Penerbit Rancangan Gred B41

© 2021, TIM INFOKERJAYA