Temuduga Dan Tugas Pegawai Belia Dan Sukan
Jawatan:Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41
Ketika ini memang ramai yang memohon jawatan dalam kerja kerajaan. Salah satu jawatan yang popular adalah Pegawai Belia Dan Sukan. Pegawai Belia Dan Sukan adalah salah satu jawatan di sektor kerja kerajaan yang memerlukan kakitangan yang ramai pada tahun 2011 ini.Memang ramai yang memohon jawatan temuduga Pegawai Belia Dan Sukan ini adalah dari mereka yang berkelayakan Ijazah/Sarjana/PHD.Memang ramai yang berminat dengan jawatan hebat dalam sektor kerja kerajaan ini.Jom lihat statistik seperti dibawah:
Pada tahun 2011 ini sahaja,seramai
10719 orang pemohon
287 orang yang dipanggil temuduga
85 kekosongan jawatan
30 calon simpanan
Pada 27/9/2011 – 30/9/2011,seramai 287 orang calon di seluruh Malaysia dipanggil untuk temuduga.Hanya 2.6 peratus sahaja layak dipanggil temuduga!
Kepada anda yang berada dalam 2.6 peratus ini,saya ucapkan tahniah dan selamat maju jaya.Memandangkan ramai yang menanyakan tips kepada saya, saya berikan sedikit tips ini.Mungkin sedikit membantu.
Untuk calon(anda) yang bakal menghadirinya,apa yang perlu difokuskan adalah:
Tugas-tugas Pegawai Belia Dan Sukan – skop kerja, bidang tugas, tanggungjawab
Gred jawatan, gaji, kementerian
Soalan-soalan umum STANDARD dari SPA untuk uji kelayakan, kejujuran, keikhlasan, integrity, pengetahuan am dan semasa, pertuturan, adab, kebolehan menyelesaikan masalah dan lain-lain dalam ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ada diterangkan dengan lengkap)
Untuk makluman, bagi jawatan Pegawai Belia Dan Sukan,info ringkas boleh dirujuk seperti dibawah:
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kementerian/Jabatan: Kementerian Belia dan Sukan
Jadual Gaji:
P1T1 RM1688.89 – P1T27 RM4638.89
P2T1 RM1783.51 – P2T27 RM4917.16
P3T1 RM1882.31 – P3T27 RM5219.23
Syarat Lantikan:
Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T3 RM1869.79]; dan
lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Pegawai Belia dan Sukan Gred S41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
mempunyai kelayakan di atas; atau
lulus Peperiksaan Khas; dan
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
Merangka dasar, merancang program serta aktiviti berkaitan kegiatan belia dan sukan di peringkat Kementerian/Jabatan.Meliputi memberikan bantuan dalam bentuk pinjaman kewangan, memberikan nasihat kepakaran serta penyeliaan berterusan bagi mengembangkan program-program belia dan sukan.
Informasi ini berdasarkan daripada SPA.
Di samping maklumat di atas, saya berikan sedikit informasi lagi berkenaan jawatan Pegawai Belia Dan Sukan seperti yang tertera di bawah:
Pengurusan dan Pentadbiran Organisasi
1. Penambahbaikan dalam pengurusan dan kecekapan organisasi atau dalam jabatan anda.
2. Mengetahui dan mempraktikkan tatacara dan keselamatan pejabat.
Penyeliaan Dan Kaunseling
1.Merancang dan mengadakan keperluan bimbingan dan kaunseling.
2.Merancang dan mengendalikan sesi kaunseling.
3.Kaedah memberikan motivasi.
Pengurusan Kewangan
1.Menguruskan akaun awam seperti akaun terimaan,akaun bayaran dan sistem belanjawan negara.
2.Menguruskan perolehan kerajaan seperti bekalan,perkhidmatan dan kerja.
3.Menguruskan aset inventori,tatacara hapus kira dan tatacara pelupusan.
4.Mengetahui pengurusan stor iaitu verifikasi stor dan pemeriksaan stor.
Pembangunan Sosial Untuk Belia
1.Perancangan dan penyelarasan program pengukuhan NGO belia.
2.Program pertukaran belia.
3.Program Integrasi Nasional.
4.Program Pembangunan Kepimpinan Belia Asean.
Pembangunan Rekreasi
1.Meningkatkan infrastruktur,pengerak,penggalakkan dan sukarelawan bagi membangunkan rekreasi.
2.Penyelarasan program rekreasi bersama badan-badan rekreasi dalam budaya hidup sihat.
Saranan saya untuk anda,buatlah persediaan yang terbaik jika anda mahu kejayaan dalam temuduga kerja kerajaan Pegawai Belia Dan Sukan yang bakal anda hadiri.
Untuk menghadiri temuduga, sememangnya kita perlu membuat persiapan rapi yang awal. Dengan membuat persiapan awal ianya membantu kita untuk menjadi lebih tenang, berkeyakinan.
Tips saya, untuk membuat persiapan beberapa pendekatan boleh diambil:
1. Cari bahan-bahan rujukan temuduga.Salah satunya Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
2. Tanyakan pengalaman rakan-rakan yang pernah hadiri temuduga kerja tersebut.
3. Buat carian maklumat di Google berkenaan jawatan tersebut.
4. Dan boleh juga layari perkongsian di blog saya di kerja-kerajaan.com/blog
5. Berbincang di ruangan komen di post ini.
Bahan Rujukan
Jika anda rajin, anda boleh menambah bahan pembacaan anda dengan membaca bahan-bahan rujukan berikut yang boleh didapati di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Kementerian Belia Dan Sukan.
1.Perintah Am
2.Arahan Perbendaharaan
3.Tatacara Pengurusan Stor
4.Pekeliling Perkhidmatan / Surat Pekeliling Perkhidmatan
5.Pekeliling Perbendaharaan / Surat Pekeliling Perbendaharaan
6.Arahan Perkhidmatan
7.Arahan Keselamatan
8.Pekeliling-pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
– PKPA Bil. 1 Tahun 1991
– PKPA Bil. 2 Tahun 1991
– PKPA Bil. 4 Tahun 1991
– PKPA Bil. 6 Tahun 1991
– PKPA Bil. 7 Tahun 1991
– PKPA Bil. 8 Tahun 1991
– PKPA Bil. 10 Tahun 1991
– PKPA Bil. 1 Tahun 1992
– PKPA Bil. 3 Tahun 1993
9.Buku “Upholding The Integrity of The Malaysian Civil Service”
10.Buku Pelan Integriti Nasional
11.Perlembagaan Persekutuan
– Bahagian II (Kebebasan Asasi)
– Bahagian III (Kewarganegaraan)
– Bahagian IV (Persekutuan)
12.Dasar-dasar kerajaan yang berkaitan seperti di dalam sukatan peperiksaan ini.
xiii. Dasar-dasar Pembangunan Malaysia (INTAN)
xiv. Tonggak Dua Belas (INTAN)
xv. Citra Karya (INTAN)
xvi. Wawasan 2020
xvii. Prinsip Islam Hadhari
13.Kertas Pelaksanaan Program 3 S
14.Kertas garis Panduan Anugerah Belia Negara
15.Kertas pelaksanaan Hari Belia Negara
16.Kertas-kertas maklumat aktiviti pembangunan sahsiah
17.Kertas Pelaksanaan Tabung Amanah Pembangunan Ekonomi Belia
18.Kertas Pelaksanaan Program Persijilan Sains Komputer
19.Risalah Maklumat Program Rakan Muda – 2001
20.Risalah Fasa Pembangunan Rakan Muda dan Pensektoran Rakan Muda
21.Risalah dan Kertas Maklumat Program Pertukaran Belia Antarabangsa
x Laporan Persidangan/Seminar/Program Belia Antarabangsa
xi. Kajian Belia Lepak – 1993
xii. Tatacara Menubuhkan Pertubuhan Belia
xiii. Lima Agenda Arus Perdana Memperkasa Persatuan Belia
xviii. Tabung Amanah Pembangunan Ekonomi Belia
xvi. Program IT – Base
22.Dasar Pembangunan Belia Negara
23.Buku Wawasan Program Rakan Muda
24.Buku maklumat Anugerah Remaja Perdana (ARP) Rakan Muda – 2001 terbitan
25.Pusat Belia Antarabangsa dengan kerjasama KBS
iv. Kod Amalan Program Rakan Muda
v. Rukun Rakan Muda
vi. Perlembagaan Majlis Perundingan Belia Negara
vii. Pergerakan Belia di Malaysia – Dr. Fauzi B. Hj. Mohd. Basri
viii. Persatuan Belia di Malaysia – Perkembangan dan Penyerlahan
26.Potensi – Azimi Hamzah, Turiman Suandi Ezhar Tamam, Unit Pengajian Pembangunan Belia,UPM 2002
27.Belia dan Masyarakat – Azizan Bahari, Belia dan Masyarakat, Akedemi Art and Printing Services Sdn. Bhd.
28.Gerakan Belia di Malaysia – Husein Mohamad, Gateway Publishing House. Kuala Lumpur, 1992.
29.Laporan-laporan Tahunan Bahagian Pembangunan Belia KBS
30.Pengukuhan Sinergi Belia dan Negara, Azimi Hamzah, Turiman Suandi, UPM
31.Dasar Sukan Negara
32.Risalah Malaysia Cergas
33.Gimnasium Rakyat
34.Pelancaran Tahun Sukan Untuk Semua – Risalah Sukan Untuk Semua
Jogging Untuk Anda
35.Abdul Rahim Ahmad, Mengimplementasikan “Prinsip Sukan Untuk Semua” dalam konteks sosio-ekonomi dan kebudayaan di negara-negara Asia dan Pasifik.
36.Laporan Tahunan Bahagian Pembangunan Sukan
37.Akta Pembangunan Sukan 1997
38.Majlis Kecergasan Kebangsaan
39.Kertas konsep dan profail projek Bahagian Pembangunan Sukan
40.Development of Instructional Learning Materials
41.Learning Guide
Anda ada pengalaman yang nak dikongsikan? Jom kongsi di sini. Atau nak discuss dengan pembaca lain? Berikan komen anda!
Thanks so much for the informative entry!
i am one of the candidates~wish me luck guys..InsyaAllah
Salam…
Saya salah seorang yg berjaya lulus interview tuhari..tapi, elok2 lulus jerk…kerajaan pulak bekukanh pengambilan sebab nk laksanakan SBPA..katanya bulan januari akan keluarkan surat tawaran…aduhh…risaunya rasa..
ada tak sapa2 kat sini yang tau perkembangan berkenaan tu..tuhari dia kata pling lewat bulan february start kjer n trus g kursus…tp masalahnya…kalau x tau awal2,,mcmna nk bg notis kt tpt kerja sekarang…
aduhh…ada sapa2 blh bg idea tak..
cecomot2040, sy pun berjy interview tp sampai la xde jawapan…kene tggu bulan 4 katenye lepas sbpa kaji semula…
salam..
boleh share sikit pengalaman interview ni?
apa yang ditanya etc.. terima kasih
kepada cecomot2040,saya akan ditemuduga utk jatwan ini pada 8.2.2014 ni boleh tak bagi hint intw tu tak?
Assalamualaikum…
saya dapat pggilan peperiksaan pd 8.2.2014 nanti. xda gambaran lg soklan dia cam ne.. mohon pada yg pernah amek exam PBS kasi ‘pencerahan’ sikit kat saya~~~
TQVM
leh bg tip x..exam dia cmna
ada tak sapa2 yg masih lg bergelar calon simpanan untuk jawatan ni?
hai korang semua..tahniah sbb dpt interview..tp nk tnya korang kna panggil interview trus ke? atau exam dulu? pnah dulu kena inteview tuk jawatan ni..nk share sikit la..biasanya soalan dia tanya berkaitan peranan dan tugas2 sbg PBS S41. dan jgn lupa juga dngan tugas2 korang skg ni..tu pun akan disoal..
skop kerjnya ape…dh search tp x jmpa
Slm..nk tnya if exam salu soalan2 yg kuar bkenaan ape ek? Hope Sape yg pnh pegi bley r share.tq..
sy pon dpt exam 8.2.2014 ni jgak tp blur xtaw nk baca apa.. Risau sngt.. Please share any tips..
Alhamdullilah dapat panggilan exam dari SPA menerusi SMS dan email.. Risau jugak soalan ditanya.. Berminat sangat jawatan ini.. Harap-harap dapat Kongsi pengalaman dari calon yg dilantik terdahulu.. Semoga ada sinar pada tahun 2014 ini..
Saya pun bakal duduki exam 8.2..tak tahu nak baca ape
sayapun ambil exam ni 8/2…risau juga ni..
kawan2 semua jom buat yg terbaik..kawan pon x thu sgt psl exam ni tp spe yg akn g exam 8.2 kt gambang, Pahang nnt?
salam..boleh tak bagi tips2 menghadapi exam peg. belia dan sukan? thank you 🙂
saya ada tips untuk exam ni. baca kat sini:
https://jvsecurepay.com/access/22wb/577
salam..nak tanya,sya telah buat pembayaran ke akaun bank islam atas nama SYED MOHD FAIZ SYED JAHAYA.so,mcm mne nk attach bukti pembayaran tersebut???..sya just ambil gambar..tp x boleh nk attach..mohon pencerahan..
Bulan Jun 2014 khabarnya akan diadakan peperiksaan SPA untuk jawatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan pula. Terima kasih atas kesudian tuan admin menyiarkan beberapa contoh soalan ini. Kami sudah pun update untuk sesi peperiksaan SPA 2014. Jangan lupa baca! 🙂
kebiasaannya peperiksaan Pegawai Belia dan Sukan S41 diadakan awal tahun seperti 2014.