• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar

Blog Temuduga Kerja Kerajaan

Info, Tips & Panduan Temuduga Kerja Kerajaan

  • Lepasan Ijazah / Sarjana
  • Lepasan SPM/SPMV/Sijil
  • Lepasan Diploma/STPM
  • Peperiksaan Online
  • Tips & Panduan
    • Berita / Semasa

Salah Anggapan Calon-Calon Temuduga..

August 18, 2009 by Tim Infokerjaya 65 Comments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Kali ini saya ingin memberitahu anda tentang satu isu yang agak menarik, iaitu “Salah Anggapan Calon-Calon Penemuduga..”semasa temuduga.

Biasanya, kita beranggapan kita sudah membuat yang terbaik semasa temuduga dan berasa yakin akan lulus temuduga tersebut sekiranya kita:

1534008
———————————————————————————————————
1. Memiliki Kelulusan Yang Cemerlang Samada Ijazah, Diploma mahupun Sijil
———————————————————————————————————-
Bukan begitu sebenarnya. Bukan bekas graduan yang mempunyai CGPA4.0 yang dicari oleh panel penemuduga akan tetapi adalah mereka yang mampu dan berkelayakan untuk menanggung kerja yang bakal disandang. Kelulusan yang cemerlang ini cuma membantu dari segi meningkatkan peratus kebarangkalian kita untuk dipanggil menghadiri temuduga. Jika anda memiliki keputusan yang cemerlang sekalipun, akan tetapi tidak “perform” semasa sesi temuduga [anda juga boleh gagal. Ramai calon yang beranggapan seperti ini telah gagal dalam temuduga kerja kerajaan, termasuklah saya dulu..heheheh.

————————————————————————————————————
2. Seseorang Calon Itu Mesti Banyak Bercakap SemasaTemuduga
————————————————————————————————————
Memang tidak dinafikan banyak bercakap akan membantu kita semasa temuduga. Akan tetapi apakah butiran percakapan kita? Adakah kita bercakap sesuatu yang tidak kena mengena atau tidak membawa erti berkenaan soalan yang ditanya? Jika ya, buruk padahnya yang diterima jika anda berbuat sedemikian. Apa yang penting adalah, setiap yang kita ucapkan haruslah berkaitan dengan dengan soalan yang ditanya oleh
panel penemuduga bukannya jawapan yang meleret-leret atau syok sendiri.

————————————————————————————————————
3. Lebih Lama Ditemuduga, Lebih Tinggi “chances” Untuk Lulus Temuduga
————————————————————————————————————
Cuba kita lihat, adakah seorang penyanyi yang menyanyi lama di atas pentas dalam satu program realiti seperti AF akan berjaya menjadi johan? Sudah pasti tidak. Begitu juga dengan temuduga, tidak semestinya jika akan lulus temuduga tersebut jika kita ditemuduga dalam 30-45 minit. Semuanya bergantung kepada kualiti kita dalam proses temuduga tersebut samada dari segi kebolehan kita menjawab soalan, penampilan diri
kita, kelayakan kita, bakat, kekreatifan kita dan lain-lain lagi.

———————————————————————————————————-
4. Ada Surat Sokongan/Kabel
———————————————————————————————————
Sekiranya kita memiliki kabel taupun orang dalam, tidak dinafikan kadang-kadang ianya membantu kita berjaya dalam temuduga. Akan tetapi adakah kesemuanya yang menggunakan kabel ini berjaya? Tidak sama sekali. Berapa kerat saja yang menggunakan kabel ataupun orang dalam yang berjaya dalam temuduga kerja kerajaan. Ada kabel sahaja tidak berguna jika semasa temuduga menggelabah dan gagal menawan
hati panel penemuduga.Daripada pemerhatian saya, kebanyakan calon yang berjaya dalam temuduga tersebut adalah mereka yang berusaha sendiri tanpa menggunakan sebarang bantuan dalaman. Apa yang saya tahu, melalui temuduga SPA, boleh dikatakan tiada calon yang menggunakan kabel yang berjaya dalam temuduga tersebut sekiranya calon tersebut memang benar-benar tidak layak. Lagipun, cuba kita fikirkan, kita
mahukan pekerjaan yang tetap secara halal dan bersih serta juga adil. Adakah kita sanggup untuk mendapat pekerjaan tetap secara tidak bersih dan tidak jujur?

————————————————————————————————————
5. Senang Je Soalan Yang Ditanya.
———————————————————————————————————–
Ini satu lagi anggapan salah yang sering difikirkan oleh calon. Tak semestinya kita dapat menjawab soalan yan g ditanya kita akan lulus temuduga tersebut. Ada juga calon yang tidak dapat menjawab soalan yang berjaya dalam temuduga tersebut. Mengapa? Sebenarnya panel ingin melihat kejujuran ataupun kelainan pada diri kita. Dan juga cara kita menjawabnya.. Jika soalan ditanya contohnya “Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke 5? Adakah anda jawab Datuk Seri Najib Razak? Fikir-fikirkan lah cara anda menjawab yang sesuai…

———————————————————————————————————–
6. Panel Penemuduga Sukakan Saya
———————————————————————————————————-
Suasana temuduga meriah, ceria dan ada gelak ketawa. Sudah pasti kita menyangka kita akan berjaya. Belum tentu…Ini semua taktik je..Hehehhe Tetapi tidak dinafikan juga jika panel penemuduga memang benar sukakan kita, mereka akan kelihatan mesra dan ceria.
Ada 2 kemungkinan di sini, samada kita memang benar-benar disukai atau mereka sekadar menjaga hati kita saja. Jadi jangan la gembira sangat yer…

Kesimpulan saya:
Tidak salah kita beranggapan kita akan berjaya berdasarkan dengan anggapan-anggapan yang telah dinyatakan di atas. Ini akan membuatkan kita lebih bersemangat dan berfikiran positif selalu.

Akan tetapi, kita tidak boleh pula terlalu yakin..Kelak jika keputusan yang keluar adalah mengecewakan frust menonggeng pula kita kan..Jadi walauapapun, kita hendaklah
membuat yang terbaik untuk sesi temuduga tersebut dan jangan lupa berdoa kepada tuhan semoga kita akan memeperoleh kejayaan dalam temuduga tersebut.

Sekian saja informasi dari saya. Terima kasih.

Sekian,
Admin Kerja-kerajaan.com

Sales 2018


(ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan)

Bacaan Tambahan:

  • Soalan Peperiksaan Penguasa KastamSoalan Peperiksaan Penguasa Kastam
  • ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?””Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”
  • Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?

Filed Under: Tips/Panduan/Motivasi

Reader Interactions

Comments

  1. admin says

    August 18, 2009 at 12:23 pm

    Semoga membawa manfaat kepada anda semua.

    Reply
  2. nard24 says

    August 18, 2009 at 12:28 pm

    ooo patut r aku dpt keje gomen.. time mula2 interview aku mmg igt dh x dpt.. coz sumer saingan aku hebat2 belaka.. aku juc ckp x lebih 10 min berbanding calon2 lain..

    mmg btl tip yg di beri. x semestinya panel suka bercakap dgn kita tandanya kita akan dpt keje tu…

    yg ptg kita kena jujur…

    Reply
    • admin says

      August 18, 2009 at 1:38 pm

      Betul tu saudara…Kisah saudara sendiri adalah buktinya bukan?

      Apapun tahniah buat saudara kerana sudah berjaya mendapat kerja di sektor awam:)

      Bravo!

      Reply
    • malaysiancareer says

      August 20, 2009 at 3:20 pm

      kekadang apabila terlampau banayk bercakap pemuduga tak suka,, nampak seolah over dan melampau lampau pulak.. ini pernah berlaku kepada kawan saya yang belajat kat australia kemudia balik ke Malaysia dan temuduga cikgu BI,, tapi tak dapat,, last2 dia dapat tahu penemuduga tak suka kepada dia kerana nampak seolah2 menunjuk-nunjuk

      Reply
  3. Ahmad Safari bin Tauran says

    August 18, 2009 at 12:47 pm

    salam,selagi kita bernama manusia perlukan panduan untuk membuat sesuatu,ini sebagai panduan samaada temuduga kerajaan atau swasta,kepada calon-calon teruskan usaha.saya ni tengah tunggu keputusan temuduga ni,tunggu jelah.

    Reply
    • admin says

      August 18, 2009 at 1:39 pm

      Ya ahmad Safari:) Sesuai tidak kira apa jua temuduga..swasta mahupun gov:)

      Semoga berjaya apabila result keluar nanti..

      Reply
  4. wan says

    August 19, 2009 at 1:46 am

    salam..tips yang diberikan sgt bguna..
    terima kasih saudara pengarang..
    semoga lebih byk lagi panduan diberikan utk kami yg mmerlukan 🙂

    Reply
    • admin says

      August 19, 2009 at 10:04 pm

      Insyallah..malam ni saya akan email satu tips…

      Reply
  5. haslinejamil says

    August 19, 2009 at 10:39 am

    salam… ni kali ke-5 saya dpt interview kerajaan… Skrg tgh tggu result.. hopefully ni rezeki saya kali niii…

    Reply
    • admin says

      August 19, 2009 at 10:03 pm

      Insyallah..ada rezeki sempena ramadhan ini…:)

      good luck

      Reply
  6. rai says

    August 19, 2009 at 5:07 pm

    esok saya akan interview jawatan j29..sebelum ni dah 3 kali saya interview jawatan ni…saingan amat sengit kerana kekosongan jawatan yang hendak dipenuhi 1 jer..
    harap2 saya berjaya…walaupun saya dah bekerja dengan kerajaan saya tetap mahu memajukan karier saya ke peringkat yang lebih tinggi mengikut kelayakan saya..harap saya akan berjaya..

    Reply
    • admin says

      August 19, 2009 at 10:03 pm

      rai, saya doakan anda berjaya..Buat yang terbaik semasa temuduga..Insyallah:)

      Reply
  7. wan mohd qazim says

    August 20, 2009 at 7:29 pm

    salam…sy akan interview 10/09 nie..bolah sy tahu…kelayakan jawatan itu hanyalah spm ada patut sy terus terang yang sy mempunyai diploma.

    Reply
  8. norfarhana says

    August 21, 2009 at 6:11 pm

    salam..
    sy da pegi interview 3 july lpas..
    result intrview announce 7 sept..
    insyaAllah semua b’jln lncar..
    sy hanya bykkn b’doa smntare mnunggu kptsan..
    sy akn frust skit kalau ggal..tp xpe..
    that was my 1st intrview for spa..
    wish me luck k!

    Reply
  9. admin says

    August 24, 2009 at 2:57 pm

    ok good luck farhana:)

    Reply
  10. su says

    August 28, 2009 at 1:34 am

    salam,baru2 ni pg inteview suara 2nd inteview 17 july so pas rya ni tau result.tgh bdebar tggu result..kali ni dh 3x su pg interview….hopefully dptlah..insyaallah..berkat petua2 yang diberikan dalam blog ni..sumer su dh pkai..

    Reply
  11. hayati says

    August 28, 2009 at 8:09 am

    assalamualikum…

    en.jamal sy ingin bertanya mengenai intervw spp, adakah sme ngan spa ataupun intervw spp ni lebih kepada pendidikan dan pelajaran??

    sy akan g intvw 2 sept ni utk jawatn pembantu tadbir pengkeranian dan opreasi N17.sy dah pernah g intvw untuk jwatn yg sme oleh badan berkanun tp gagal..

    Reply
    • Aida says

      September 3, 2009 at 3:20 pm

      hi hayati..me too.intervw on 11/9 nih..nerv gak 1st time ngn SPP…anybody yg dah intw post pembantu tadbir N17..pls advice?thx

      Reply
    • eyra says

      September 27, 2009 at 2:29 pm

      hi aida n hayati…sy pun dapat gak interview jawatan yang sama kat spp 2..sy interview 21 aug ri 2.nerv giler time intr 2…dia tanya kutub utara ada negeri ape,soalan 2 yang aku x leh jwb.klu ada jawapan utk soalan 2 reply ya…en.jamal bagi jawapan ya…result x kua g.hope dapat jawatan ni..korang gak.

      Reply
  12. pembeli e-book yang belum berjaya says

    August 30, 2009 at 3:29 am

    Kepada rakan-rakan yang pertama kali mendapat temuduga di Putrajaya dan bercadang bawa kereta sendiri, anda akan berhadapan dengan masalah parking yang sungguh-sungguh-sungguh extrim. Kalau dah penuh, parking saja di tempat yang jauh sikit asalkan parking yang sah. Sebab, saya pernah kena dulu, parking penuh, saya naikkan kereta parking atas devider. Ingat selesai lah masalah, “ha ha, pandainya aku parking.” Mulanya fikir begitu. Habis temuduga (dah la temuduga tu gagal), dah dapat surat dari Perbadanan Putrajaya terselit kat wiper. Kena kompaun RM100 kerana parking atas rumput, kes saya di bawah pertuduhan Akta Vandalisme. Jadi nasihat saya, bila temuduga di putrajaya, jangan buat pasal dengan rumput-rumput di sana. Anda jalan atas rumput pun silap-silap dijeritkan dari pembesar suara bangunan.

    Reply
  13. syda syakilla says

    August 31, 2009 at 9:21 pm

    salam…
    arrrrgghhhh…. tension spa tuk pembantu perangkaan da kuar. br jap td check… resultnya xdapat…

    rs nak menjerit jer… asal aku xdapat rsnye aku jwp da betol cnfident lak tu… emmmm adehla… sedey nye….

    Reply
  14. Wenn says

    September 2, 2009 at 4:33 pm

    tips-tips yg pihak anda bagi sgt bernas dan banyak manfaat kpd calon-calon yg memerlukannya tmasuk saya.

    Reply
  15. zaza says

    September 3, 2009 at 1:35 am

    alhamdullilah..berjaya gak dlm 2nd interview tuk spa…
    tq admin…

    Reply
    • admin says

      September 8, 2009 at 12:35 pm

      Tahniah Zaza:)

      Reply
  16. farhana says

    September 5, 2009 at 6:54 am

    da kuar da result n sy x dpt..
    btol2 frust ni..
    tension..

    Reply
    • admin says

      September 8, 2009 at 12:35 pm

      Bersabar Farhana..Jangan kecewa dan berputus asa..kuatkan semangat

      Reply
  17. dana says

    October 8, 2009 at 12:36 am

    salam…
    july aritu sy da g intvu SPA…result kuar 7 sept…
    xdpt..sedihnya….
    ogos aritu lak..intvu SPP..lom kuar result lg…
    doa2kan sy yer….
    tp sy nk tanya la….
    betol ke org kate klu da berkeluarga (da kawen n da ade ank) lg ssh nk dpt kj kerajaan nih….????

    Reply
  18. ani says

    October 13, 2009 at 2:28 pm

    entah la dana,
    sy rasa kalu berkeluarga lg murah rezeki kita bak dapat kerja kot

    ada info bg tahu la admin

    Reply
  19. Dwan says

    October 14, 2009 at 1:59 am

    inilah yg wat saya tension nih…
    siap gelak huhahuha dalam bilik temuduga…
    nak wat camna.nk nak tergelak..
    dah kuar blik..
    dah pkir..
    abislah aku…gelak x ingat dunia…
    result jumaat nih..
    as town planning officer..
    agak2 kalau gelak cam sy dapat x r…
    khamis td orang spa call .
    kul 9 sy x jawab..then kul 2.30 dia call lg..
    suruh fax kan trnscrip degree n ic n sjil lahir…
    hai berbunga da..tp pkir dua kali.. yg bwa dulu hilang kot…skang tngu je la..
    2 hari lg..
    symemang x confident dr stat nk g interview..
    adeih…

    Reply
    • pijah says

      January 19, 2010 at 10:21 am

      cm ner, succeed tak intebiu tu?

      Reply
  20. zamzuri says

    October 14, 2009 at 10:19 am

    sungguh bagus dan berguna tips2 ini……kalo dulu saya sering berputih mata setelah ditemuduga tapi sekarang tidak lagi….tq

    Reply
  21. dana says

    October 15, 2009 at 1:18 am

    salam..
    tu laa ani..
    sy hrp bile da kawen n da ade ank ni..moge2 dmurahkan rezki kite..
    umo sy baru 23..sy da ade ank sorang berumo 1 tahun 6 bulan..abes study,terus kawen n lom kj2 g….
    tp tu la..risau jgk bile org ckp..yg msh bujang pon ssh nk dapat kj kerajaan,inikan plak yg da kawen…
    btol ke admin??
    bleh jwb soalan sy…

    Reply
  22. Marina says

    October 15, 2009 at 9:12 am

    Haritu last minit baru tau web kerja kjaan, x sempat nak beli rahsia kerja kjaan En. Jamal punya. Result tmuduga N27 saya dah kluar 2 hari sebelum raya. Mula2 x berjaya, pastu bila check kali ke 2 Spa kata akan dtmuduga kali ke 2 pada tarikh yg. akan dtetapkan. Mcmna tu En. Jamal?

    Reply
  23. ZJB says

    October 18, 2009 at 5:44 pm

    Salam,

    Saya nak berkongsi pengalaman saya ditemuduga. Alhamdulillah sekali dipanggil temuduga SPA saya terus berjaya untuk jawatan S41 (Tetap). Skrg saya dapat 2 tawaran Tetap Kerajaan sekaligus di Kerajaan Persektuan dan Berkanun (N41). Tip2 yang dapat saya kongsikan di sini berdasarkan pengalaman saya menghadiri temuduga ialah:
    a) Setiap sesi temuduga yg saya hadiri memang lama, antara 35-45 minit. Calon2 yang lain sekejap sahaja, kesimpulannya calon hendaklah pandai menarik minat penemuduga dengan cara yang kreatif;
    b) Pastikan anda menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Peluang untuk berjaya amat cerah;
    c) Pastikan anda menjawab dengan lancar, yakin, berkemahiran dan mahir, jangan sekali-kali menjawab dengan tergagap-gagap;
    d) Pastikan anda mengetahui segala perkara/ isu-isu semasa yang berlaku di persekitaran anda;
    e) Pastikan bahasa Melayu anda lancar dan fasih;
    f) Jika anda tidak tahu menjawab soalan penemuduga, pastikan anda cuba menjawab juga dengan menggunakan kreativiti anda tetapi jangan tonjolkan anda terlalu yakin, tetapi mestilah menjawab dengan kreatif, susah saya hendak jelaskan, tetapi begitulah teknik menjawabnya, memang berbaloi;
    g) Pastikan anda memakai pakaian terbaik masa temuduga dan bagi lelaki seboleh2nya memakai kot;
    h) PNGK yang cemerlang sememangnya membantu anda. Jika anda memperolehi PNGK 3.30 ke atas, peluang anda lebih cerah;
    i) Saya berjaya ditawarkan jawatan kerajaan semuanya adalah hasil usaha saya dan tawakal kepada Allah, tiada istilah kabel- mabel, anda mestilah yakin anda mampu menjawab dengan baik dan buat seberapa banyak persediaan secukupnya;Oleh itu, jangan sekali-sekali mudah membuat kesimpulan yang calon yang berjaya menggunakan kabel, padahal prestasi diri anda semasa ditemuduga sendiri yang tidak perform.

    Sekian, salam

    Reply
  24. nurul says

    October 22, 2009 at 2:48 am

    salam..
    24/8 hr2 sya dh p tmdga spa tp xdpat…frust sgt..msa 2 sya dh dpt tips tmdga en.jamal ni tp x sempat nk bca sbbnyer sya bru je blik ke kg shri sblm trkh tmdga 2 dri jhr ke klntan…mmg dh penat sgt nk bka email pon…dh bkn rzki nmanya nk uat cmner…2gu intvw 11/11 ni la plak..nk praktik tips intvw en.jmal ,,..tgk dpt ke x…

    Reply
  25. nurul says

    October 24, 2009 at 10:51 pm

    hr2 msa 1st tmdga yg sya xdpt 2 pnmdga cba belitkan soalan dia…
    dia tya sape timbalan pengarah kesihatan ngri kelantan…so sya jwb ler dr.ismal merican..pas2 dia tya,ismail merican tggl kt mana skrg..so, sya jwb kurg pasti…then dia tya apa yg awk pasti..last2,sya pon dop trsengih je kt dia…pnmdga 2 dua2 pompuan..so,cerewet sket la..so sya nk tya kt en.jamal cmne nk jwb soalan dia klu kta btul2 x tau..xlma lg 2nd intvw lak..

    Reply
  26. nad says

    November 2, 2009 at 10:20 pm

    salam..10 nov ni sy ada temuduga di uitm. ni first time sy di temuduga. neves sgt..sy dah beli ebook ni utk prepare ape yg patut..tp sy xfasih speaking bi laa..tu yg bertambah risau..en.jamal, biasanya uitm temuduganya bm or bi??

    Reply
  27. nurul says

    November 4, 2009 at 1:55 am

    nad..awk intvw kt uitm kos pe?sy ada dpat tmdga uitm hr2 tp msa tu sy p mkn angin kbtln abg sy tggl kt penang so sy pi la kt lgkwi sbb dkt je…so,sy tlepas la intvw tu…dlu pon sy dpt uitm kt arau tp mlepas gak..sy x check…sy pon pning skrg ni nk cri buku tips tmdga kt kdai buku coz trkh tmdga sy dh dkt utk mgkuti lthan separa medic kt spa….nk bli e-book bang jamal ni pon tkut dh x sempat wlpn online je…so,bca tips free dia je…psal tmdga kt uitm mybe dlm bi…sbb uitm kan pntgkan bi…kwn2 sy yg dop uitm skrg ni yg amik asasi ada ckp cm2…tp bgntg pd kos la jgk..

    Reply
  28. nurul says

    December 11, 2009 at 1:41 am

    salam..thanks 2 admin..akhirnya sya berjaya dlm tmdga yg ke 2 ni..btul la admin..sume yg ada dlm e-book 2 dia tnya..mcm knape awk rasa awk lyak utk jwtan ini..& byk lg r dia tnya..nsib baek ade e-book 2..thanks again iya..

    Reply
  29. SHAMSIDA says

    December 17, 2009 at 7:15 pm

    akumm.saya kdg2 keliru pasal isi borng permohonan kerja..setiap kali nak isi borang msti ada kelulusan paling tinggi..sedang nk pohon adalah jawatan SPM..rasa ptt nk tulis diploma

    Reply
  30. etie says

    December 22, 2009 at 2:59 pm

    better tulis dip..

    Reply
  31. Miesha-Png says

    January 21, 2010 at 10:21 pm

    i’m so epiiiiii

    Reply
  32. wandi says

    January 29, 2010 at 2:40 pm

    salam,

    sy dh 2 kali temuduga gomen dua2 xdpt. frust giler. 2 minggu lepas tu kuar pulak result exam ptd. Bertambah hancur nya hati aku exam tu pun gagal. x tau lah nk wat cm ne. rasanya sblm temuduga n exam tu dah buat preparation yg terbaik dah dgn pakaian boleh dikatakan paling lengkap dan kemas kalau nk dibanding dgn calon lain hari tu.

    Mungkin cara jawab soklan x betul kot. Mungkin buku en. Jamal ni leh bantu kot.

    Reply
  33. hudd says

    February 1, 2010 at 3:46 pm

    salam…

    hehe~~ bile dok baca n baca n baca makin tajot plak hua~~ interbiu 4feb ni… walaupon rasa peluang amat tipissss….. tapi nak jugak cuba… wish me luck!! amek masa nak mengkhatamkan ebook ni… mmg da xsempat korek2 info kat tempat len da… ni lah cara paling mudah yg ada… thanks en jamal…

    doakan saya!! GAMBATE!!

    Reply
  34. rin xray says

    February 7, 2010 at 10:11 am

    salam..

    10 Feb ni saya akan hadiri interviu..ni masuk kali ke2.dulu jawatan pembantu pegawai latihan vokasional.3 tahun lepas, bukan rezeki saya..saya x berjaya.!!sekarang hanya ada semangat dan tawakal..saya tak mengharap sgt..cuba buat yang terbaik berbekalkan sedikit infor2 tentang jawatn tersebut…moga2 interviu kali ini tidak menghampakan saya..insyaAllah..

    Reply
    • Miesha-Png says

      February 8, 2010 at 8:06 pm

      gudluck noor…all the best

      Reply
    • Miesha-Png says

      February 8, 2010 at 8:07 pm

      silap pulak,,,,gudluck rin : )

      Reply
  35. zilah says

    March 10, 2010 at 11:41 am

    slm, sy amt perlukn pendpt saudara, sy ada kelulusn dip dlm kewngn dn perbnkn, sleps itu habis belajr sy mengikuti skim latihan graduan, kemudian sy dpt pengalaman jd guru tadika sementr shj, pengalamn keje lain jd pembantu kedai.dan selepas sy berumh tgga sy ajr tuisyen di rumh. persoalnya skrg sy sedg tunggu panggiln untuk bhgian kewngn, namun pengalamn berkerjy sy kurang dlm bidg tersebut, kalau di lihat keputusn SPM dn dip sy lyk. mcmn untuk sy menykin sy mmpu pegg jwtn tersebut.

    Reply
  36. zann says

    March 22, 2010 at 12:40 am

    salam..hangpa kira beruntungla dpt panggil interview spa….
    orang kt luar sana…xpenah skali pun…isi berpuluh kali dah.

    Reply
  37. mizz_yna says

    April 18, 2010 at 12:18 pm

    boleh x bgtau sy pasal interview untuk penolong akauntan??? kat RISDA
    please urgent sgt sok nk interview tp x ada persediaan lg..

    [email protected]

    Reply
  38. sabrina says

    May 18, 2010 at 1:56 am

    kalu kt dah kwin n ada ank memang xde pluang ke nak dpt keje kat gov? rasa menyesal pun ada coz bhenti keje kat sourthernbank..kalu tau nak dpt job dgn gov ni susah memang sy x resign ari 2..

    Reply
  39. rahman says

    May 21, 2010 at 12:56 am

    hm.. rasanya takde beza sgt pun dah kawin ke tidak.. bab kabel tu kadang2 itu sebab kita leh dapat kerja.. kawan sy interview untuk jawatan penolong pegawai teknologi maklumat.. masa interview, orang tu mintak contoh storage sekunder.. dier takleh jawab.. but, dapat jugak kerja.. sebab apa? ada kabel la .. apa lagi.. sbnrnya gini.. kalau dier tak suka awak.. awak tak dapat kerja tu.. kalau dier suka pun belum tentu dapat.. byk jer berdoa pada Allah lepas sembahyang.. kalau takat baca e-book ker.. hafal akta2 lah.. kalau bukan rezeki kita lagi.. nak buat cemana.. satu lagi.. pada yg susah nak dapat interview tu.. dinasihatkan 3 bulan sekali isi balik borang tu.. moga dapat membantu..

    Reply
  40. sabrina says

    May 25, 2010 at 4:20 am

    susah la kalu kena ada kabel..merujuk hal kabel ni,sy dah 3x alami situasi org yg ada kabel..1x,sblum intebiu 2 penemuduga suh dia msuk blk intebiu..dia ckp ayh dia penah keje kat tmpt 2..kwn ayh dia yg bw dia msuk blk..
    dia kluar sambil tsenyum2..dpt la agaknya….
    2x,sy dtg awl n xde sape2 dtg lg tp kat senarai kdatangan 2 dah tersedia nom giliran bdk yg ada kabel..sy dah abis intebiu pun dia lum sampai lg..3x,sy dtg awal gak n sy yg 1 dtg..duk x sapai 10min dtg yg ke-2,3,4,5 n 7..yg spatutnya nom 7 dpt giliran ke-6 tp puan yg ambil kdtgan kami dah siap2 tanda nom 6 jd tpaksa la dia jd yg ke-7..siap bising2 lg dia dgn kwn yg ke-5 ‘mana adil mcm ni,kt dah dtg dpt nom yg lwat sdgkan yg lum dtg dah siap btanda nom.nya’..sy diam je la…mak bdk 2 kenal rapat dgn datuk yg intebiu kami ms 2..lps kluar intebiu,sy kira org yg ada kat luar 2..dah ada 14org tp kerusi 6 lum gak dtg lg..mrh sgt bdk no7 bila sy tanya bdk yg ke-6 dah sampai lum..
    kadang2 mnyakitkan hati je g intebiu ni tp bila ngenangkan parents mharapkan ptolongan kwangan dr kt jd serba slh lak..sy ni ank ke-2 n adk-bradik sy 13org..adk2 kat bwh msih ramai lg yg bsekolah jd sy terpksa la niaga kecil2an tuk tambah pdptan suami n tuk tlg parents sy..
    sampai bila sy nak kena niaga nasi lemak yg xde jaminan ms dpn tuk ank2 sy.
    suami sy pun masih terikat dgn komitmen parents dia jd susah la kan??
    mcmne malaysia nak mbangun kalu rakyatnya msih terikat dgn “KABEL” yg diamalkan sejak dulu lg..
    yg xlayak dpt job coz ada kabel..yg spatutnya dpt terpinggir coz xde kabel..

    Reply
    • Riduan says

      June 19, 2010 at 6:42 pm

      Salam sabrina,

      tiada urusan kabel jika ditemuduga oleh spa. mungkin salah anggap sahaja~

      Reply
  41. minoz says

    June 28, 2010 at 3:31 pm

    saya betul2 terkilan n myesal sgt2 menolak tawaran uitm tahun lepas as a ASO ats faktor2 yg difkirkn balik spatutynya boleh disettlekn..yg diterkilankan sudahlah nk di select interview pn susah..tp senang2 je sy tolak:(..nasihat sy pd yg dpt offer keje..terima jek jgn di fikir byk2!biarkan Allah saja yg tunjuk jalannye..

    Reply
  42. ani says

    August 14, 2010 at 4:47 pm

    salam…
    saya bersimpati dengan sabrina..sbb saya pernah melalui perkara yang sama terutamanya dalam profesyen perguruan nih, terlalu banyak kabel sampai berselirat…sampai naik muak nak mintak jd cikgu…tapi nak buat mcmana dah minat. tp dorg tak panggil kabel..kononnya kuota plak. isk..isk…same je la..
    klu benar ckp riduan…lega la sikit hati saya nak gi temuduga spa nih.. sesapa ada tips utk jawatan pegawai latihan vokasional..dgr kata klu bwh mara siap ada praktikal kena ikat bata la bagai..klu bwh spa mcmana plak ek??

    Reply
  43. helina says

    October 4, 2010 at 12:34 pm

    ari tue aku interview spa jawatan penolong jurutera j29.. dalam interview punya la best bual… siap nasihat aku lagi kalau dapat keje nie nanti pi sambung degree balik ek.. sebab pointer dip awak sangat ok (3.5 above)… aku pun mengharap la.. sebab dah macam memberi harapan… lagipun calon lain aku tanya sume nyer pointer bawah 3… sume soalan pasal jabatan… bidang keje sume aku leh jawab… tapi bila tengok result kluar… hancur sunguh hati nie.. aku cume dapat calon simpanan jer… belum tentu dapat.. rasa macam da x de harapan jer dapat… dah la aku datang family susah.. mak ayah sakit… adik nak duit sambung belajar… nak makan pun kene jimat… sume aku dah cite time interview… aku x tau ape lagi.. yang salah
    p/s nasihat aku kepada calon laen.. jangan jadi cam aku… mengharap giler… walau pun orang yang intervie kita dah bagi harapan macam dia nak ambik kita… belakon jer sume tueh…

    Reply
  44. 5zal says

    October 4, 2010 at 12:53 pm

    Saya bersimpati dengan awak Helina.. Kadang-kadang harapan dan keyakinan perlu untuk kita memotivasikan diri kita.. tetapi pada masa yang sama kita perlu bersedia dengan kegagalan. Sikap penemuduga terlalu subjektif… walaupun dihujung intview panel memberi kita ‘Pembayang’ untuk kita sedapkan hati.. AWAS! jgn terpedaya.. mngkin pada masa tu mereka rasa kita the best, tapi calon2 lepas kita lagi power dan ini juga mempengaruhi laporan penilaian clon untuk dihantar kepada suruhanjaya pemilih.

    Helina, jgn bersedih… Calon Simpanan untuk gred J29 kebiasaanya akan mendapat tempat kerana post jawatan tersebut mempunyai permintaan yang tgi dalam gmen.
    Harap Berjaya..

    Reply
  45. Nana says

    October 27, 2010 at 10:22 pm

    bet0lke tips atas ne?? sy br je lepas intervw 1 jwtn spa f41………mcm trkena smua je cam p0int2 kat atas ne……da la 1st time intervw g0verment..fresh graduate….isi b0rang buln 6 bulan 10 dpt surat…s gi intervw ad 10/13 rg yg hadir hari tu,,,,huhu,,,,,sume hebat2..ada pengalaman byk,,,da buat yg terbaik..tng0kla ada rezeki tak.,…..

    kalu ikutkan ‘Salah Anggapan Calon-Calon Temuduga..’ semua sy alami cane ne?>????huahuahua

    Reply
  46. clara says

    November 8, 2010 at 11:28 pm

    sy bkn nk ftnah or ape2,tp sblm ni ad staf spa mntk duit dr sy lao sy nk ikt lthn spra prubatan.knp ad staf yg mcm tu ekk??

    Reply
  47. Nana says

    November 28, 2010 at 11:40 pm

    huh???pelik2..bet0 ke????/aisheh….

    Reply
  48. sarah says

    September 4, 2012 at 12:46 am

    saya dah pergi interview Pegawai Khidmat Pelanggan hari tu. and sekarang tgh tggu result. masa tgh interview, lepas diorang tanya pasal kerja tu, diorang banyak tanya pasal family. macam, adik beradik berpa org, ayah mak kerja apa, hubungan dgn adik beradik rpt tak, abg kakak buat apa, ? lepas tu, saya siap bergelak ketawa dgn mereka. so sy jadi confuse. adakah dari pada cara pertanyaan diorang tu, sy akan lulus interview nie? sy mengharap sgt sebenarnya. hmmm

    Reply
  49. niza says

    October 17, 2013 at 4:02 pm

    lpas grad thun 2009…stakat no da 11x sy dtg intview…mostly krajaan..tp 1 pun xsangkut..dr bujan n lpas tu bkahwin keja asyk pg intvew je tp xdapat2..bru2 ni pun da p intvew tp result blum kluar..sysss sgt2 la mnghrp.da 4 thun mnganggur ni. sgt mnyiksa kn..dgn pndgn serong ahli klga n org kg…kna byr ptptn g..nasib hubby byarkn tp kesian kt dia kna tnggung. fmly sorng2 n gaji pun stkt spm..brg skng da naik..hrap2 kali ni sy dpt..nk dpt keja ni smmgny bgantung pd rezki..sy rasa sy da bt shabis baik tp mgkin da xda rzki..huhu..doa kn la sy ye…

    Reply
  50. Hamba allah says

    May 19, 2015 at 4:42 pm

    Assalamualaikum. Saya baru sahaja menyertai kerajaan pada Februari 2015. Untuk pengetahuan semua, saya telah melalui temuduga tanpa kabel mabel dan dari pembacaan saya, maklumat yang anda baca diatas tidak sama langsung dengan pengalaman saya. Panel penemuduga pada mulanya sangat serius menyoal saya tetapi berakhir dengan gelak ketawa apabila penemuduga membuat lawak tentang jawapan saya. Saya juga bercakap agak banyak kerana soalan diberi terus menerus dan temuduga dijalankan agak lama lebih kurang 45 minit. Saya menjangkakan panel penemuduga sukakan saya. Alhamdulillah…betul tekaan saya. Jika belum diterima mungkin rezeki anda belum sampai. Yakinlah dengan rezeki Allah dan diri anda sendiri. Tips dari saya, jadilah diri anda sendiri.

    Reply
  51. Muhd alif says

    February 22, 2017 at 3:56 pm

    Salam kak.. sy smlm iv tp smlm sy scra x sgja n prasan da gelar panel tu akak instead of puan sepanjang iv.. adkh prmhonan sy akn trus d tolak?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Daftar Percuma

Dapatkan Tips Peperiksaan dan Panduan Temuduga Kerja Kerajaan Terkini dari Blog Kerja Kerajaan secara percuma. Daftar di bawah.

Panduan Kerja Kerajaan

Panduan Separa Perubatan

Terkini Dari Blog Kerja Kerajaan

  • ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”
  • Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?
  • Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
  • Temuduga Latihan Separa Perubatan
  • Peperiksaan Online Pereka
  • Penolong Pegawai Penerangan
  • Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
  • Peperiksaan Online Penguasa Kastam – FORMAT & TIPS
  • Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41 2014
  • Punca GAGAL Temuduga Kerja Kerajaan
  • Soalan Exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
  • Panduan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
  • Tips Exam Pegawai Penerangan Gred S41
  • 1,452 Pelatih Separa Perubatan Diperlukan
  • 100 KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN GRED N17

Tips Kerjaya Mengikut Kategori

  • Berita / Semasa
  • Lepasan Diploma/STPM
  • Lepasan Ijazah / Sarjana
  • Lepasan SPM/SPMV/Sijil
  • peperiksaan
  • Peperiksaan Online
  • Tips/Panduan/Motivasi

Komen Pembaca

  • ikhwanfahmi on Penolong Penguasa Kastam
  • ikhwanfahmi on Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
  • ikhwanfahmi on Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?
  • Ikhwan on Peperiksaan Online Penguasa Kastam – FORMAT & TIPS
  • Ikhwan on Peperiksaan Penerbit Rancangan Gred B41

© 2021, TIM INFOKERJAYA