• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar

Blog Temuduga Kerja Kerajaan

Info, Tips & Panduan Temuduga Kerja Kerajaan

  • Lepasan Ijazah / Sarjana
  • Lepasan SPM/SPMV/Sijil
  • Lepasan Diploma/STPM
  • Peperiksaan Online
  • Tips & Panduan
    • Berita / Semasa

PTD 2010: Temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik

December 28, 2010 by Tim Infokerjaya 6 Comments

Assalamualaikum dan salam hormat semua..

Temuduga PTD 2010 dan 2011.


Bermula 4/1/2011 – 14/1/2011 (10 hari) temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik gred M41 bakal diadakan. Setelah exam PTD berlangsung pada 26 Okt lalu, kini tibalah masanya untuk ditemuduga pula. Jawatan favoroute di sektor kerajaan! Almaklumlah, PTD ni cepat naik pangkat, gaji pun lumayan, dipandang tinggi oleh umum, dan banyak lagi kelebihannya. Sebab itu ramai orang yang berebut-rebut untuk mendapatkan kerjaya sebagai Pegawai Pembantu Tadbir Diplomatik ini.

Untuk makluman anda, pada Januari 2011 ini, sebanyak 656 calon yang akan dipanggil temuduga di seluruh Negara bagi mengisi kekosongan jawatan sebanyak 300 orang. Maknanya, dari 656 calon yang dipanggil temuduga, 300 orang saja akan berjaya. Dan calon simpanan pula akan diambil seramai 100 orang. Calon simpanan, biasalah, valid dalam setahun. Jika dalam setahun masih tak dipanggil melapor diri, mereka memang tak berjaya .


Dalam temuduga PTD ni biasalah, seperti temuduga kerja kerajaan yang biasa. Tapi ianya lebih mencabar! Kewibawaan calon yang bakal menggalas jawatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik ini akan diuji sepenuhnya! Untuk calon-calon yang terlibat, buatlah persediaan secukupnya. Bukan calang-calang orang saingan anda nanti. Semua mahu membuktikan yang terhebat.

Buat pembaca/pelawat yang pernah menghadiri temuduga PTD ini, bolehlah berkongsikan pengalaman anda di ruangan komen ini supaya dapat dikongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Kongsikan pandangan dan pengalaman anda melalui ruangan komen di bawah.

Bacaan Tambahan:

  • Soalan Peperiksaan Penguasa KastamSoalan Peperiksaan Penguasa Kastam
  • ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?””Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”
  • Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?

Filed Under: Lepasan Ijazah / Sarjana Tagged With: pegawai tadbir dan diplomatik, PTD, ptd 2010, ptd 2011, soalan ptd

Reader Interactions

Comments

  1. Akhtar says

    December 29, 2010 at 9:47 am

    Assalamualaikum…Thanx for information…Alhamdulillah saya lulus dlm peperiksaan dulu dan rs sgt teruja utk pergi interview…interview selalunya akan dibuat di satu tempat aje k?kepada sesapa yang da maklumat tuk dikongsi, bantu2lah ek..salam perkenalan

    Reply
  2. Sheena says

    March 9, 2011 at 1:31 pm

    Result tuk sesi temuduga ni dh pun keluar…. (4jan-14jan 2011). Alhmdlh, akhirnya setelah 4 thn berstatus kontrak, akhirnya sy berjaya lalui temuduga ni… rezeki anak org kate.. 😉
    kpd yg belum berjaya, jgn putus asa k? ckp mmg mudah, tp sy sendiri pernah berada d tpt yg kecundang.. cuba dan terus mencuba.. percaya lah, Tuhan ada perancangan yg terbaik tuk kita… 😉 Senyum sll….

    Reply
  3. kak naz says

    March 9, 2011 at 9:37 pm

    asssalamualaikum..

    Akak seorang PTD dan telah berkhidmat genap 10 tahun.. Memang best jadi PTD..so..akak boleh share tips how to win panels heart..
    Kena confident,,dan beri jawapan penuh dengan diplomasi.. sentiasa senyum dan berpersonaliti cun hari tu..
    Tapi kena baca dan tahu pasal PTD..dan isu-isu semasa..

    soalan mungkin tanya dlm BI ..so be prepare..okay..

    good luck..

    Reply
  4. mazuan says

    March 18, 2011 at 6:09 pm

    Sy pernah hadir untuk exam PTD masa mula2 abis blajar, tapi tak lepas, memang patut pun cz sy tak prepare…skarang saya kerja swasta, sy berkhidmat kepada negara dengan cara sy…kepada semua PTD, teruskan berkhidmat kepada negara dengan cemerlang!!!

    Reply
  5. azizi says

    April 9, 2011 at 10:45 am

    assalamualaikum…

    citer pasal PTD ni saya ada kisah saya tersendiri. dalam tahun 2002 saya telah lulus exam dan assessment. sampai ke peringkat final interview, gagal. saya rasa saya dah buat yg terbaik tapi takde rezeki. then tahun 2003 dipanggil utk special interview dan tak perlu lalui exam dan assessment yang memenatkan. preparation makan masa sebulan. siap kajian mendalam tentang isu2 semasa negara dan dunia.

    sampai turn, ditanya soalan Perlembagaan Persekutuan. memang tak prepare sebab tak jangka langsung. siap ditanya sekian2 fasal dalam perlembagaan sambil panel memegang buku perlembagaan. masa tu nak pitam hanya Allah yang tahu. so dah tahu lah resultnya…

    masa saya dulu assessment 4 hari 3 malam. complete diuji dari segala segi. dengar citer sekarang cuma sehari je.

    so nasihat saya, kalau dah lepas assessment tu, buatlah kajian menyeluruh bukan hanya tertumpu pada isu2 semasa saja. ambik tahu ttg peranan kakitangan kerajaan khususnya PTD of course.

    for me its a great experience to have this kind of interview…good luck.

    Reply
  6. Deloise Landsman says

    August 1, 2013 at 6:25 pm

    Hi there would you mind letting me know which web host you’re working with? I’ve loaded your blog

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Daftar Percuma

Dapatkan Tips Peperiksaan dan Panduan Temuduga Kerja Kerajaan Terkini dari Blog Kerja Kerajaan secara percuma. Daftar di bawah.

Panduan Kerja Kerajaan

Panduan Separa Perubatan

Terkini Dari Blog Kerja Kerajaan

  • ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”
  • Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?
  • Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
  • Temuduga Latihan Separa Perubatan
  • Peperiksaan Online Pereka
  • Penolong Pegawai Penerangan
  • Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
  • Peperiksaan Online Penguasa Kastam – FORMAT & TIPS
  • Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41 2014
  • Punca GAGAL Temuduga Kerja Kerajaan
  • Soalan Exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
  • Panduan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
  • Tips Exam Pegawai Penerangan Gred S41
  • 1,452 Pelatih Separa Perubatan Diperlukan
  • 100 KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN GRED N17

Tips Kerjaya Mengikut Kategori

  • Berita / Semasa
  • Lepasan Diploma/STPM
  • Lepasan Ijazah / Sarjana
  • Lepasan SPM/SPMV/Sijil
  • peperiksaan
  • Peperiksaan Online
  • Tips/Panduan/Motivasi

Komen Pembaca

  • ikhwanfahmi on Penolong Penguasa Kastam
  • ikhwanfahmi on Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
  • ikhwanfahmi on Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?
  • Ikhwan on Peperiksaan Online Penguasa Kastam – FORMAT & TIPS
  • Ikhwan on Peperiksaan Penerbit Rancangan Gred B41

© 2021, TIM INFOKERJAYA