• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar

Blog Temuduga Kerja Kerajaan

Info, Tips & Panduan Temuduga Kerja Kerajaan

  • Lepasan Ijazah / Sarjana
  • Lepasan SPM/SPMV/Sijil
  • Lepasan Diploma/STPM
  • Peperiksaan Online
  • Tips & Panduan
    • Berita / Semasa

Prosedur Pengambilan Calon Kerja Kerajaan

December 30, 2013 by Tim Infokerjaya Leave a Comment

Apakah kaedah yang digunakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dalam prosedur pengambilan calon untuk perjawatan dalam sektor awam?

 

Kaedah pengambilan secara profiling (MyRecruitment) merupakan transformasi kaedah pengambilan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). MyRecruitment bertujuan untuk mengesan calon yang mempunyai profil yang sesuai dari aspek personaliti, minat, sikap, kecerdasan dan kemahiran. Padanan antara keperibadian dan tugas serta jenis pekerjaan adalah penting bagi menjamin kepuasan dalam menjalankan tugas, meningkatkan motivasi kerja dan pencapaian produktiviti yang tinggi.

 

 

Pelaksanaan MyRecruitment melibatkan calon perlu melalui empat (4) proses saringan sebelum ditawar lantikan iaitu tapisan awal, peperiksaan, penilaian kompetensi dan temu duga seperti di Lampiran. Proses saringan dalam MyRecruitment dibuat secara berstruktur seperti berikut:

 

 

(i) Tapisan Awal Calon yang mendaftar secara online dengan SPA akan ditapis permohonannya sama ada memenuhi syarat skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon;

 

 

(ii) Peperiksaan Calon yang telah melepasi tapisan awal dikehendaki menduduki peperiksaan bagi menilai pengetahuan am, pengetahuan bidang yang dipohon, daya menyelesaikan masalah dan kemahiran bahasa. Di samping peperiksaan ini, ujian sahsiah dan minat juga diadakan;

 

 

(iii) Penilaian kompetensi (Competency Assessment) Calon yang berjaya melepasi tapisan peperiksaan akan melalui sesi ini. Sesi ini bertujuan mengukur kompetensi calon dari aspek Attitude-Skill-Knowledge (ASK) dengan tugas dan jawatan yang dipohon. Calon-calon akan dinilai dari segi kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris atau bahasa-bahasa lain yang diperlukan, serta penilaian kompetensi yang diperlukan seperti komitmen, disiplin, teamwork dan lain-lain; dan

 

 

(iv) Temu duga Sesi ini bertujuan menilai kesesuaian dan perwatakan calon dengan keperluan sesuatu jawatan di agensi tertentu. Sesi ini akan menentu sahkan penilaian yang dibuat di peringkat sesi penilaian kompetensi.

 

 

Pelaksanaan MyRecruitment membolehkan proses pemprofilan calon dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil Sepanjang Masa (e-SMSM) dan disenarai pendek mengikut syarat asas dalam sesuatu skim perkhidmatan. Setelah melepasi penyenaraian pendek tersebut, calon dikehendaki melalui peperiksaan, sesi penilaian kompetensi dan temu duga. Melalui kaedah peperiksaan dan penilaian kompetensi ini, hanya calon-calon yang ideal dari segi psikologi, aptitud, sahsiah dan kompetensi sahaja akan layak untuk dipanggil temu duga. Kaedah ini juga membolehkan bilangan calon dipanggil temu duga lebih rendah dan proses temu duga dapat diselesaikan dalam tempoh yang lebih singkat. Setelah selesai urusan temu duga, calon terbaik di kalangan calon-calon berkualiti ini akan diperakukan untuk lantikan.

 

 

Transformasi kaedah pengambilan sedia ada kepada MyRecruitment oleh SPA diharap akan meningkatkan persepsi positif calon terhadap ketelusan Kerajaan dalam urusan pengambilan apabila calon dinilai dan dipertimbang, bukan berdasarkan kepada tahap kecemerlangan akademik semata-mata tetapi juga kesesuaian dan kompetensi mereka terhadap jawatan yang dipohon mengikut keperluan kementerian/jabatan. Pelaksanaan MyRecruitment diharap dapat melahirkan penjawat awam yang ideal iaitu cemerlang, memiliki kemahiran yang bersesuaian dan berfikiran strategik supaya sentiasa relevan dengan peredaran masa dan perubahan persekitaran.

 

 

Bacaan Tambahan:

  • ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?””Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”

Filed Under: Berita / Semasa

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Daftar Percuma

Dapatkan Tips Peperiksaan dan Panduan Temuduga Kerja Kerajaan Terkini dari Blog Kerja Kerajaan secara percuma. Daftar di bawah.

Panduan Kerja Kerajaan

Panduan Separa Perubatan

Terkini Dari Blog Kerja Kerajaan

  • ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”
  • Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?
  • Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
  • Temuduga Latihan Separa Perubatan
  • Peperiksaan Online Pereka
  • Penolong Pegawai Penerangan
  • Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
  • Peperiksaan Online Penguasa Kastam – FORMAT & TIPS
  • Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41 2014
  • Punca GAGAL Temuduga Kerja Kerajaan
  • Soalan Exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
  • Panduan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
  • Tips Exam Pegawai Penerangan Gred S41
  • 1,452 Pelatih Separa Perubatan Diperlukan
  • 100 KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN GRED N17

Tips Kerjaya Mengikut Kategori

  • Berita / Semasa
  • Lepasan Diploma/STPM
  • Lepasan Ijazah / Sarjana
  • Lepasan SPM/SPMV/Sijil
  • peperiksaan
  • Peperiksaan Online
  • Tips/Panduan/Motivasi

Komen Pembaca

  • Ikhwan on Peperiksaan Online Penguasa Kastam – FORMAT & TIPS
  • Ikhwan on Peperiksaan Penerbit Rancangan Gred B41
  • liza on ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”
  • wanie wanie on Tips Exam Pegawai Penerangan Gred S41
  • su on Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

© 2022, TIM INFOKERJAYA