RUJUKAN TERKINI 2018 PENERBIT RANCANGAN B41 & B29
Format TERKINI 2018, ada 2 Seksyen Penilaian. Ujian Psikometrik dan Ujian Pengetahuan AM. Untuk rujukan terkini dan UPDATE terus buat semakan di;
[+] Exam Penerbit Rancangan (klik)
——————————-
Penerbit Rancangan Gred B41 FORMAT 2015 (OUTDATED)
PEPERIKSAAN JAWATAN KERAJAAN PENERBIT RANCANGAN GRED B41
Peperiksaan bagi jawatan Penerbit Rancangan Gred B41 ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka, soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.
Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi untuk dilantik sebagai Penerbit Rancangan, Gred B41.
Peperiksaan ini melibatkan Bahagian I dan Bahagian II. Bahagian I merangkumi Ujian Amali dan Bahagian II merangkumi Ujian Bertulis.
Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ’Assessment Centre’ akan ditemu duga sebelum diserap sebagai penjawat awam bagi jawatan Penerbit Rancangan Gred B41.
Panduan Umum Peperiksaan Memasuki Skim Perkhidmatan Penerbit Rancangan, Gred B41
1. Pada hari peperiksaan calon hendaklah membawa
(i) Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.
(ii) Kad Pengenalan.
(iii) Pensil 2B, pen dan pemadam lembut.
(iv) Peralatan lain yang difikir perlu.
2. Calon perlu berada di pusat peperiksaan 30 minit sebelum peperiksaan dimulakan.
3. Calon perlu mematuhi arahan Ketua Pengawas.
4. Calon tidak dibenarkan berkomunikasi dengan calon-calon lain. Sila angkat tangan jika ada masalah atau sebarang pertanyaan.
5. Calon hanya boleh meninggalkan pusat peperiksaan 30 minit selepas peperiksaaan dimulakan.
6. Jawapan hendaklah dibuat dalam (i) Kertas OMR (ii) Kertas tulis SPA
7. Nombor Kad Pengenalan pada kertas jawapan hendaklah sama seperti dalam Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.
8. Rujukan kepada mana-mana bahan adalah tidak dibenarkan.
9. Calon mesti berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.
10. Penggunaan mesin kira adalah tidak dibenarkan.
Sukatan Peperiksaan Memasuki Skim Perkhidmatan Penerbit Rancangan Gred B41
Peperiksaan ini mengandungi dua bahagian iaitu:
• Bahagian I – Amali
• Bahagian II – Bertulis
BAHAGIAN I – AMALI
Bahagian ini mengandungi dua seksyen iaitu :
• Seksyen A : Suara
• Seksyen B : Penyampaian
Semua calon dikehendaki menjawab kedua-dua seksyen.
Seksyen A – Suara
1. Calon-calon akan diuji suara dalam dua bahasa.
2. Satu di dalam Bahasa Melayu dan satu lagi di dalam bahasa/ dialek lain yang ditentukan tertakluk kepada keperluan jabatan.
3. Penilaian terhadap bacaan calon adalah berdasarkan kepada mutu suara seperti berikut :
(i) Jelas dan terang
(ii) Nada Suara
Seksyen B – Penyampaian
1. Calon-calon akan diuji bakat, kebolehan dan kreativiti dalam perkara-perkara berikut:
i) Penyampaian Berita (WAJIB)
ii) Penyampaian Pengulas Acara Sukan
iii) Penyampaian Pengulas Siaran Langsung
iv) Penyampaian Laporan Wartawan Lokasi
v) Penyampaian Hiburan
2. Calon-calon adalah diwajibkan untuk menjawab soalan Penyampaian Berta manakala bagi soalan seterusnya calon dikehendaki memilih salah satu di antaranya sahaja dan menyampaikan dalam bahasa pilihan masing-masing.
Contohnya: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Tamil, Cina dan lain-lain bahasa/ dialek yang diperlukan oleh jabatan.
3. Calon-calon akan diberi masa 20 minit untuk membuat persediaan sebelum ujian dijalankan.
4. Penilaian akan diberikan seperti berikut :
a. Kreativiti
b. Pengolahan
c. Kelancaran
d. Sebutan
e. Penghayatan
BAHAGIAN II – BERTULIS
Bahagian ini mengandungi tiga seksyen iaitu:
• Seksyen A – Pengetahuan Am
• Seksyen B – Karangan
• Seksyen C – Terjemahan
Seksyen A – Pengetahuan Am
1. Masa yang diperuntukkan bagi Seksyen A ini ialah 30 minit.
2. Bilangan soalan ialah 40, iaitu terdiri daripada soalan aneka pilihan.
3. Soalan-soalan dalam seksyen ini adalah berbentuk aneka pilihan 4 pilihan jawapan.
4. Calon-calon dikehendaki menjawab semua 40 soalan yang disediakan.
5.. Soalan bagi Seksyen A adalah menguji pengetahuan calon mengenai bidang- bidang berikut:
i) Kenegaraan
ii) Isu-isu semasa
iii) Ekonomi
iv) Sosio Budaya
v) Media
vi) Hiburan
vii) Sukan
Seksyen B – Karangan
1. Masa yang diperuntukan ialah 70 minit.
2. Bilangan soalan yang dikemukakan ialah 6. Calon diwajibkan menjawab 2 soalan sahaja.
3. Calon akan diberi enam tajuk mengenai isu-isu semasa dan dikehendaki menulis 2 karangan.
4. Satu dalam Bahasa Melayu dan satu lagi dalam bahasa/ dialek lain yang ditentukan tertakluk kepada keperluan jabatan.
5. Setiap karangan tidak melebihi 300 patah perkataan.
Seksyen C – Terjemahan
1. Masa yang diperuntukkan ialah 40 minit.
2. Hanya 2 soalan dikemukakan dalam seksyen ini.
3. Calon-calon akan diberi dua petikan karangan yang mengandungi lebih kurang 100 patah perkataan setiap satu.
4. Satu petikan karangan dalam Bahasa Melayu dan satu lagi dalam Bahasa Inggeris/ Bahasa Lain yang ditentukan tertakluk kepada keperluan jabatan
i) Petikan Karangan A – Bahasa Melayu
• Petikan karangan ini hendaklah diterjemahkan ke Bahasa Inggeris atau satu bahasa yang ditentukan.
ii) Petikan Karangan B – Bahasa Inggeris dan Bahasa Lain.
• Petikan karangan ini hendaklah diterjemahkan ke Bahasa Melayu.
Panduan Menjawab Soalan Peperiksaan Penerbit Rancangan Gred B41
Nasihat-nasihat berikut diharap dapat membantu calon-calon dalam peperiksaan ini.
Soalan Objektif
(a) Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian, terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Soalan-soalan tersebut, walau bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain yang berpengetahuan dalam bidang tersebut. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab dinasihatkan agar calon tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-soalan yang berikutnya. Apabila masa mengizinkan kembali kepada soalan tersebut.
(b) Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan, 4 opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih 1 jawapan sahaja. Jawapan yang diberi hendaklah betul dan merupakan jawapan yang paling tepat. Oleh itu, calon-calon hendaklah membaca dan mengkaji ke semua opsyen yang dikemukakan.
(c) Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja. Sekiranya calon menggunakan alat tulis yang lain seperti pen, jawapan calon tidak diambil kira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.
Penutup
Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang terbaik. Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temu duga. Ini bermakna peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Penerbit Rancangan, Gred B41 adalah lebih baik.
salam, sy bru dpt msj drp SPA utk menduduki ujian amali&bertulis ini.. agak terkejut, dan juga gembira, diberi peluang ini, kalau sesiapa yg pernah ad pglaman/tips..sudi2 la berkongsi dgn sy..sy bdk baru belajar..
Salam…sy pn terima msg dr SPA mngenai exam ni…klu boleh mtk sesiapa yg pernah mnduduki exam ni share tips atau contoh format exam …terima kasih..
Salam..sy pun baru dapt surat dr spa..klu ade yang sudi share experience sgt dialu alukan..
tq:)
sy pon dpt..takotnye sbb bidang yg jauh berbeza…
Saya pun dpt.
yg amali tu disediakan teks ke
As salam…. sye pn dpt pngln buat exam nie…earmmm de spe2 yg bleh tlng shre pglman…plez3
aku lak tgh tggu turn group lain interview nih…dia ckp kol 11 start tp nih dh kol 12 xmula2 lg…ad group2 dlm 10 org dua lpaskn dlu bg ujian amali
Sy kena pagi nnti pkul 11…takot takle tido ni..so amali tu… Seksyen A -suara just baca text bm & english kn..
Seksyen B -penyampaian. Kena baca berita..
Bg la tips hehe
heheh aku dh lpas…bhagian 1 tu mmg nk uji suara…aku baca pasal remaja suka baca novel..n bhasa inggeris psal malaysia…t bhagian ke2 tu korang akn d beri tugasan 1 n 2 ….yg 1 tu korang wat ringkasan dlm bhasa mlayu…tugasan 2 lak korang kne wat krangan sndri berdasarkn point2 yg d beri ad 4 tajuk so plih laa stiap org yg g interview berlainan hari soalan xkn sama
tugasan ke 2 tu kene buat bahasa melayu ker english….? semoga berjaya buat yg terbaik untuk semua. hehehe
tugasan ke 2 tu tajuk2 n point2 dia bhasa melayu tp korang kne translate ke bhasa english ….bler baca tu jgn guna bhasa baku taw silap hari bulan kne reject awl2 haha…bace jee cm biasa dgn gaya n bakat korang yg tersendiri
Untuk seksyen B – Penyampaian Ada tak dialog diberi? Atau kita kena reka sendiri??
pengalaman sy plak mase pergi interview 2 mmg mcm2 org jumpe…tp mase mule2 tu plek la skit sbb kne jawab mcm periksa tp rupenye tulis ape yg nk bace lam bilik record 0\9ti..yg kelakar sy xckop mase then mase keluar tulis balik ayat yg soklan b 2..sy plih hiburan 2 intonasi kne mcm pengacara tv skit la…tp in eng la..sbb syarat die da
Salam,
Saya telah menduduki peperiksaan ni dan selang sebulan telah mendapat jawapan saya telah lulus bahagian bertulis (yang saya periksa di laman SPA sendiri.. Lalu apakah hala tuju selepas ini. Kerana ini merupakan kali pertama saya menduduki peperiksaan kerajaan. Apa lagi langkah seterusnya? Sekian.
Salam Farah..tahniah kerana lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan B41…saya juga telah lulus seperti anda…untuk mendapat kepastian, saya telah menghubungi pihak SPA…mereka mengatakan bahawa panggilan temuduga dijadualkan pada hujung disember atau awal januari…sama2 kita nantikan keputusan tersebut melaului emel dan laman web SPA…sentiasa pantau kedua-dua medium tersebut…semoga berjaya…
tuggue je spa panggil interview lepas lulus ujian ni…
boleh tak bagi tips tentang temuduga terakhir nie?
nervous
Dpt email dr SPA tuk temuduga..harap buat yg terbaik setelah lulus ujian suara dan lisan aritu..doakan saya yer :
.
Temuduga saya nanri di kedah..wisma persekutuan pd 15 April 🙂
sis…gud luck…1 week to go….
nnti share ye ape yg ditanya…
Alhamdulillah, akhirnya jadual temuduga kua juga…hari2 tgk SPA nk tngu date interview..now neves then xtaw nk prepare ape utk jwb interview…
interview di K.TRg 29/4 ni….
**gud luck for iris aafiya,nnti boleh share ye apa yg ditanya.. =)
mojoriti perempuan dtg berbanding laki..
ada sesiapa yg da gi interview penerbit rancangan B41?? mtk share ckit apa2 soalan yg ditanya..tq
Jangan takut semasa temuduga….saya dah lepas pada 15/04/14. Semuanya cakap santai. Jawab dalam bahasa inggeris lau dia tanya dalam english. Isu semasa tak tanya kot tapi just prepared. Dia akan tanya mcm mana nak promote rtm? Atau mcm mn nak tarik youngsters tengok rancangan rtm. Bisness utama rtm adalah news bukan entertainment. Skop kerja penerbit rancangan adalah luas. Prepare ur resume well. Be confident.
alhamdulillah dapat tawaran berkenaan tahun lepas dan lulus untuk kedua2 ujian I & II..pada 30 april 2014 nie akan diuji lagi secara berdepan dengan wakil spa & rtm..so nak tnye..dye nye soalan more kpd ctitical thinking je la..?? any others info xnak share..hehehe..tq btw..
Setahu saya saya mewakili penang,pulau…. So total kami ada 17 0rang. 17 0rang nie adalah direkemen oleh ketua panel waktu seisi ujian suara. So xdak istilah ada orng siap2 dipilih oleh rtm. Cakap dengan yakin, jujur. Jngn sesekali bw surat recomendation sbb ada incident dato panel takdak mood nak interview dan dia akn tanya soalan yg akn jatuhkn keyakinanan anda. Memang dia kasi btl2 tiaw…… Jwtn penerbit rancangan ini multitasking.
Setiap pendapat yg ingin dishare terutama bila dia tanya mcm mn nak promote rtm……. Mulakan dngn ayat saya amat berbesar hati sbb diberi peluang untuk memberi komen sebagai penonton, n bla…bla…bla
Paling penting……CONFIDENT.
seronok lah dapat gj start 2k taraf spm je
Ini format lama, contoh soalan dan jawapan terkini ada dalam blog saya.