• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar

Blog Temuduga Kerja Kerajaan

Info, Tips & Panduan Temuduga Kerja Kerajaan

  • Lepasan Ijazah / Sarjana
  • Lepasan SPM/SPMV/Sijil
  • Lepasan Diploma/STPM
  • Peperiksaan Online
  • Tips & Panduan
    • Berita / Semasa

Penolong Penguasa Kastam

January 29, 2012 by Tim Infokerjaya 13 Comments

Temuduga Penolong Penguasa Kastam bakal diadakan oleh SPA 14 Feb – 24 Feb 2012 ini. Memang ramai calon yang dipanggil menghadiri temuduga Penolong Penguasa Kastam WK3-1 ini. Dalam seminggu dua ini, ramai bertanyakan pihak admin berkenaan soalan temuduga Penolong Penguasa Kastam ini.

Sedikit info berkenaan pengambilan calonyang memohon bagi jawatan Penolong Penguasa Kastam ini.

Dari info di atas, didapati memang ramai calon yang memohon jawatan ini, iaitu seramai 52,672 calon. Calon yang dipanggil hadiri temuduga adalah seramai 1149 orang. Manakala bilangan kekosongan jawatan adalah sebanyak 101 kekosongan saja, Dan calon simpanan sebanyak 100 tempat.

Memang ramai yang dipanggil, tapi kekosongan hanya 10% dari jumlah calon yang hadir temuduga bagi jawatan Penolong Penguasa Kastam ini.

Calon yang membuat persiapan awal, insyallah akan lebih bersedia dalam temuduga ini dan mampu menyumbang kejayaan kepada mereka.

Di bawah, sedikit tips dari admin untuk calon yang bakal menghadiri temuduga ini.

Anda baca saja info berkenaan jawatan ini di bawah:

KLASIFIKASI:PERKHIDMATAN KEWANGAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN:PELAKSANA
GRED GAJI/JAWATAN:
WK3-1
JADUAL GAJI:
T1:RM1410.00 – T20:RM4185.00
SYARAT LANTIKAN1.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a)
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WK3-1: T1); atau
(b)Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WK3-1: T1); atau
(c)Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WK3-1: T2).
SYARAT KELAYAKAN
BAHASA MELAYU
2.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
SYARAT PENINGKATAN
SECARA LANTIKAN
3.
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguasa Kastam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred WK3-1, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a)
(i)mempunyai kelayakan di perenggan 1 di atas; atau
(ii)lulus Peperiksaan Khas; dan
(b)berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
DESKRIPSI TUGAS4.
(a)Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank.
(b)Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti.
(c)Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan.
(d)Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah.
(e)Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi.
(f)Menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kad-kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman yang lain.

Info sebegini mampu membantu anda dalam sessi temuduga nanti.

Seterusnya, saya syorkan anda baca tips-tips yang terdapat dalam blog ini, antaranya:

Soalan Yang Bakal Ditanya Dalam Temuduga Kerja Kerajaan

Kisah-Kisah dan Pengalaman Temuduga Calon Sebelum Ini

Soalan – Mengapa Nak Kerja Kerajaan?

 

Anda baca saja apa yang admin share di atas tu! Insyallah akan membantu! Baca artikel dan juga komen-komen dari pembaca di blog ini. Banyak ilmu dan pengalaman yang bakal anda terima.

 

Sekian saja. dari admin.

 

Jika anda mahu komen, berikan pendapat, kongsikan pengalaman untuk info temuduga Penolong Penguasa Kastam ini, silakan!

 

 

 

 

 

 

 

Filed Under: Lepasan Diploma/STPM Tagged With: Lepasan Diploma/STPM, soalan temuduga, soalan temuduga Penolong Penguasa Kastam, tips temuduga, tips temuduga Penolong Penguasa Kastam

Reader Interactions

Comments

  1. zairina says

    February 14, 2012 at 11:38 am

    21.2 tarikh saya interview..sape2 yg dah pegi kongsi2 laa..hehe.. wish me luck guys xD

    Reply
  2. Hawk says

    February 15, 2012 at 12:10 pm

    yup tarikh interview saya 24.2 nanti. hari last temuduga.

    Reply
  3. ikhwan says

    July 24, 2014 at 9:46 am

    Terima kasih atas makluman, rujukan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred W27 ada di sini :
    –>https://bit.ly/penolongpenguasakastam

    Reply
  4. Zuhaida says

    July 24, 2014 at 1:28 pm

    Salam pda rakan sy rase bersyukur di jemput ambk exam online position penolong penguasa kastam W27. First time sy dpt temuduga utk gov selama tidk pnh pgil mhu pon surt ke tawaran ke..mungkin rezki thun mne thu hrp dpt gov x kisah la kja mula dr bwh dlu ke..sy nk.mtk pandangan rakan kt mne sy nk dpt tips dn soaln online mengenai jwtn tersebut..tq hrp dpt bntu sy..

    Reply
    • isya says

      July 24, 2014 at 9:11 pm

      zuhaida: awk dpt jgk ka? 5 ogos 2014 kn…sma la gn sy..bru dpt email ptg tdi..

      Reply
      • mimiey ashri says

        August 22, 2014 at 8:56 pm

        Macam mne awak punye ujian online ? Lulus tak ?

        Reply
  5. jue wawa says

    July 26, 2014 at 1:38 pm

    Salam ,, kalau blh nk mnx tlg share cket pasal ujian online kastam gred w27 .. Pasal tips-2 ke cnth soalan ke .. Tq .. 🙂

    Reply
  6. ain says

    September 9, 2014 at 11:18 am

    Salam,

    ada tak contoh soalan bagi yang sudah kerja di dalam sektor kerajaan?

    soalan macam lebih mencabar.

    contohnya:

    1) Sila perkenalkan diri puan, latar belakang, taraf pendidikan, jawatan sekarang serta berikan kelebihan yang ada pada puan sekiranya puan terpilih untuk menjawat jawatan ini.

    2) Sekarang puan berkhidmat di jabatan mana dan terangkan tugas-tugas puan.

    3) Terangkan mengenai Pekeliling Perbendaharaan Bil.2 Tahun 2014. Senaraikan dua perkara dalam pekeliling tersebut.

    4) Apa yang puan tahu tentang GST? Bezakan cukai sekarang dengan GST. Berapakah peratus GST? Kepada siapa GST itu dibayar/ siapa yang memungut GST?

    5) Jabatan Akauntan Negara akan melaksanakan satu pelaksanaan dalam akaun dan kewangan Kerajaan Persekutuan, jelaskan pelaksanaan tersebut.

    6) Apakah yang dimaksudkan aset dipermodalkan?

    7) Dalam sistem terimaan, borang kew. berapakah yang digunakan untuk penerimaan pungutan?

    8) Semasa mengeluarkan L/O (pesanan tempatan) bagi bekalan atau perkhidmatan berapakah had maksimum yang dibenarkan? Sekiranya amaun telah melebihi had maksimum tersebut, apakah yang harus puan lakukan?

    9) Sekiranya puan ditawarkan jawatan ini, bersediakah puan ditempatkan di Sabah atau Sarawak?

    Reply
  7. sheriena says

    September 9, 2014 at 11:20 pm

    salam 🙂 saye just nak share pngalaman temuduga kastam w27. mula2 mmg nervous la mula masok bilik interview. tapi nasibla interviewer tu baik die srh tenangkan diri skjp then bila dh ready die tnye soklan. soklan nyerr 🙂
    mcm biase, intro urslf
    then, apa etiqa pekerjaan awk sblm ni
    pastu tnye apa yg awk tahu tntg kastam? terangkan jenis2 cukai?
    apa cukai perkhidmatan? tu jerrr 🙂
    saya harap apa yg saya share ni sdikit sbanyak dpt bantu k. goodluck kpd ssiapa yg attend interview nnti. doa byk2, yg penting kita ada usaha pastu kita tawakal k. insyallahh~ smoga kita dpt rezeki dan tempat dlm sektok kerajaan

    Reply
  8. Jamilah says

    September 11, 2014 at 9:36 am

    Terima kasih atas info..saya dapat interview minggu depan..hope ada lg sharing dari kawan2

    Reply
  9. sheriena says

    September 18, 2014 at 7:02 pm

    xde pulak ujian fizikal dan bmi haritu. interview

    Reply
  10. rain says

    September 24, 2014 at 12:26 am

    saya baru interview minggu lepas.tapi hairan pulak penat aku blaja ttg kastam cukai.. tgk2 dier tanya kenapa awak suka memasak .. mase tu aku kna jawab 8 soalan.. introduction mesti dalam BI.. kompom… . tu je aku dpt share . . good luck all

    Reply
  11. yana says

    September 24, 2014 at 4:02 pm

    Saya baru je interview kastam miggu ni…die tanye pasal isu semasa n bidang keje saya sekarang..mudah mudahan ade la rezeki saya kali ni..amin.gudluck semua 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Daftar Percuma

Dapatkan Tips Peperiksaan dan Panduan Temuduga Kerja Kerajaan Terkini dari Blog Kerja Kerajaan secara percuma. Daftar di bawah.

Panduan Kerja Kerajaan

Panduan Separa Perubatan

Terkini Dari Blog Kerja Kerajaan

  • ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”
  • Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?
  • Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
  • Temuduga Latihan Separa Perubatan
  • Peperiksaan Online Pereka
  • Penolong Pegawai Penerangan
  • Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
  • Peperiksaan Online Penguasa Kastam – FORMAT & TIPS
  • Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41 2014
  • Punca GAGAL Temuduga Kerja Kerajaan
  • Soalan Exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
  • Panduan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
  • Tips Exam Pegawai Penerangan Gred S41
  • 1,452 Pelatih Separa Perubatan Diperlukan
  • 100 KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN GRED N17

Tips Kerjaya Mengikut Kategori

  • Berita / Semasa
  • Lepasan Diploma/STPM
  • Lepasan Ijazah / Sarjana
  • Lepasan SPM/SPMV/Sijil
  • peperiksaan
  • Peperiksaan Online
  • Tips/Panduan/Motivasi

Komen Pembaca

  • Ikhwan on Peperiksaan Online Penguasa Kastam – FORMAT & TIPS
  • Ikhwan on Peperiksaan Penerbit Rancangan Gred B41
  • liza on ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”
  • wanie wanie on Tips Exam Pegawai Penerangan Gred S41
  • su on Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

© 2023, TIM INFOKERJAYA