• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar

Blog Temuduga Kerja Kerajaan

Info, Tips & Panduan Temuduga Kerja Kerajaan

  • Lepasan Ijazah / Sarjana
  • Lepasan SPM/SPMV/Sijil
  • Lepasan Diploma/STPM
  • Peperiksaan Online
  • Tips & Panduan
    • Berita / Semasa

Penguasa Penjara Gred KX41

August 5, 2013 by Tim Infokerjaya Leave a Comment

Penguasa Penjara Gred KX41

 

Anda berminat menceburi kerjaya sebagai Penguasa Penjara Gred KX41 dan telah memohon jawatan tersebut semasa mengisi borang permohonan SPA8i secara online. Jika YA, anda bolehlah membuat semakan di link berikut :

 

 

–>https://domino.spa.gov.my/online/jadual_temuduga.php

 

 

 

Pihak SPA telah mengumumkan bahawa seisi temuduga bagi pemilihan calon berkelayakan mengisi kekosongan jawatan Penguasa Penjara Gred KX41 bakal dilangsungkan bermula 20-08-2013 hingga 03-09-2013.

 

Penguasa Penjara Gred KX41

Jika nama anda tersenarai sebagai calon temuduga Penguasa Penjara Gred KX41 dan anda benar-benar menginginkan jawatan tersebut untuk berkhidmat menyumbang bakti buat negara dalam sektor kerajaan, gunakanlah peluang panggilan temuduga ini dengan sebaik mungkin. Rancang persediaan anda sebaik mungkin untuk memberikan prestasi terbaik semasa seisi temuduga nanti.

 

 

Penguasa Penjara Gred KX41 merupakan salah satu jawatan yang terdapat dalam kategori Kumpulan Pengurusan & Profesional dalam skim perkhidmatan awam yang memerlukan kelayakan ijazah untuk memohon.

 

 

Syarat Lantikan Penguasa Penjara Gred KX41

 

 

a)Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM1,924.18 ] atau

Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,131.73 ]

 

 

b)Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

 

(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

(iv) lulus Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

(vi) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

 

 

c)Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

 

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Penguasa Penjara Gred KX41

 

 

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Penguasa Penjara adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Penguasa Penjara Gred KX41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

 

 

Mempunyai kelayakan di atas; atau

 

Lulus Peperiksaan Khas; dan

 

Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

 

 

Deskripsi Tugas Penguasa Penjara Gred KX41

 

 

Bertanggungjawab melaksanakan dasar dan peranan jabatan bagi pencapaian matlamat organisasi dalam pengurusan keselamatan penjara, pengurusan penahanan dan pelaksanaan hukuman, program-program pemulihan dan rawatan serta pengurusan layanan terhadap banduan.

 

 

Penguasa Penjara Gred KX41

Filed Under: Lepasan Ijazah / Sarjana Tagged With: Penguasa Penjara Gred KX41, temuduga Penguasa Penjara Gred KX41

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Daftar Percuma

Dapatkan Tips Peperiksaan dan Panduan Temuduga Kerja Kerajaan Terkini dari Blog Kerja Kerajaan secara percuma. Daftar di bawah.

Panduan Kerja Kerajaan

Panduan Separa Perubatan

Terkini Dari Blog Kerja Kerajaan

  • ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”
  • Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?
  • Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
  • Temuduga Latihan Separa Perubatan
  • Peperiksaan Online Pereka
  • Penolong Pegawai Penerangan
  • Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
  • Peperiksaan Online Penguasa Kastam – FORMAT & TIPS
  • Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41 2014
  • Punca GAGAL Temuduga Kerja Kerajaan
  • Soalan Exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
  • Panduan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
  • Tips Exam Pegawai Penerangan Gred S41
  • 1,452 Pelatih Separa Perubatan Diperlukan
  • 100 KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN GRED N17

Tips Kerjaya Mengikut Kategori

  • Berita / Semasa
  • Lepasan Diploma/STPM
  • Lepasan Ijazah / Sarjana
  • Lepasan SPM/SPMV/Sijil
  • peperiksaan
  • Peperiksaan Online
  • Tips/Panduan/Motivasi

Komen Pembaca

  • Ikhwan on Peperiksaan Online Penguasa Kastam – FORMAT & TIPS
  • Ikhwan on Peperiksaan Penerbit Rancangan Gred B41
  • liza on ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”
  • wanie wanie on Tips Exam Pegawai Penerangan Gred S41
  • su on Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

© 2023, TIM INFOKERJAYA