Pengajar (Jurupulih Cara Kerja) Gred U41
Adakah anda memohon jawatan Pengajar (Jurupulih Cara Kerja) Gred U41 semasa mengisi borang permohonan kerja kerajaan secara online ? Jika YA, lakukan semakan calon layak temuduga untuk jawatan tersebut di link berikut :
https://domino.spa.gov.my/online/jadual_temuduga.php
Anda tersenarai sebagai salah seorang calon temuduga Pengajar (Jurupulih Cara Kerja) Gred U41 ? Tahniah kami ucapkan. Lakukan persediaan secukupnya jika anda serius mahukan jawatan tersebut berbanding calon-calon temuduga lain.
Calon yang berjaya akan berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pengajar (Jurupulih Cara Kerja) Gred U41 merupakan jawatan yang berada dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional dalam skim perkhidmatan awam / kerajaan.
Syarat Lantikan Pengajar (Jurupulih Cara Kerja) Gred U41
Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan P1 : RM2,259.08 ]
Telah berdaftar dengan Lembaga dalam bidang yang berkaitan (jika berkenaan); dan
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Statistik Pengambilan Jawatan Kerja Kerajaan Pengajar (Jurupulih Cara Kerja) Gred U41
Jumlah permohonan yang diterima 617 permohonan.
Seramai 148 calon temuduga dipanggil untuk mengisi 10 kekosongan bagi jawatan Pengajar (jurupulih Cara Kerja) Gred U41.
Calon simpanan pula seramai 5 orang.
Bidang-Bidang Yang Dipertimbangkan:
Applied Rehabilitation (Occupational Therapy)
Occupational Therapy
Sarjana Muda Terapi Cara Kerja
Deskripsi Tugas Pengajar (Jurupulih Cara Kerja) Gred U41
Aktiviti Latihan
Bertanggungjawab dalam aspek pengajaran dan pembelajaran bagi subjek yang dipertanggungjawabkan di unit berkaitan dengan melaksanakan tugas seperti berikut:
- Menyampaikan syarahan.
- Menyelia pelatih/pengajar di bawah tanggungjawab.
- Memantau buku log.
- Menyediakan kemudahan yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran.
- Memberi bimbingan dan kaunseling kepada pelatih yang dirujuk dari semasa ke semasa.
Pembangunan dan Perkembangan Akademik
Bertanggungjawab dalam aspek pembangunan dan penyelarasan subjek yang berkaitan dengan melaksanakan tugas-tugas seperti berikut:
- Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan kandungan subjek berkaitan.
- Menjalankan kajian dari semasa ke semasa bagi tujuan merancang program dan menganalisa keperluan subjek di unit berkaitan.
- Menyediakan soalan-soalan berkaitan dari hasil pengajaran dan pembelajaran untuk membuat penilaian.
- Memastikan pembelajaran berterusan di kalangan pengajar dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa.
Urusan Latihan Amali di Kawasan Klinikal
Bertanggungjawab memastikan dari segi penjadualan, penempatan dan pengangkutan pelatih berkaitan bagi memastikan latihan amali dapat dilaksanakan seperti yang ditetapkan.
- Menguruskan dari segi penjadualan, penempatan dan pengangkutan pelatih berkaitan bagi memastikan latihan amali dapat dilaksanakan seperti yang ditetapkan.
- Memastikan penempatan pelatih memenuhi keperluan harian.
- Melaksanakan penilaian terhadap pelatih semasa berada di kawasan klinikal.
- Memantau aktiviti latihan pelatih.
- Memantau buku log.
Pengurusan Pentadbiran
Bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan pentadbiran dan pengurusan sumber manusia seperti berikut:
- Menyelaras semua hal berkaitan cuti pelatih.
- Menyelaras dan menyediakan laporan prestasi akademik pelatih.
- Menguruskan segala urusan peperiksaan yang berkaitan.
Lain-lain skop tugas yang ditentukan dari semasa ke semasa.
Bagi calon temuduga jawatan Pengajar (Jurupulih Cara Kerja) Gred U41 yang SERIUS ingin meningkatkan peluang berjaya dalam seisi tersebut, pihak admin mencadangkan rujukan Pakej Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan (RLTKK). Pakej ini telah membantu ribuan calon mendapat jawatan di sektor awam.
Testimonial 1
LULUS temuduga jawatan Pegawai Imigresen
Testimonial 2
Sudah bekerja di sektor awam.
Lain-lain testimonial dari pelanggan Pakej RLTKK boleh rujuk link berikut :
KLIK SINI Untuk Dapatkan Pakej RLTKK
Leave a Reply