Pembantu Veterinar Gred G17
Temuduga Pembantu Veterinar Gred G17
(Jabatan Perkhidmatan Veterinar & Pelbagai Kementerian/Jabatan)
[ Tarikh Temu Duga: 27 Mei 2013 – 28 Mei 2013 ]
Rujukan link semakan calon layak :
https://domino.spa.gov.my/online/jadual_temuduga_pk.php
Syarat Lantikan Pembantu Veterinar Gred G17:
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM932.15 ] atau
Sijil Veterinar daripada Institut Haiwan Kluang, Jabatan Perkhidmatan Haiwan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM1,326.94 ] dan
Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Tips Temuduga Jawatan Pembantu Veterinar Gred G17
1-Ketahui Deskripsi Tugas Pembantu Veterinar Gred G17
Secara umumnya Pembantu Veterinar Gred 17 akan ditempatkan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau di beberapa kementerian / jabatan kerajaan.
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan haiwan dan penguatkuasaan di peringkat Kumpulan Sokongan dan melaksanakan kerja-kerja di Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT), pengurusan kesihatan haiwan, pengurusan kesuburan haiwan, pemeriksaan di pusat kuarantin haiwan, pemeriksaan ante-mortem dan post-mortem di abatoir dan loji pemprosesan, memberi khidmat nasihat mengenai usaha ternakan, penguatkuasaan undang-undang veterinar, pengumpulan data haiwan dan penyediaan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan yang ditentukan dari semasa ke semasa.
2-Isu Semasa Yang Berkaitan
Peka dengan isu-isu semasa dalam negara dan berkaitan dengan skop tugas Pembantu Veterinar.
Antara isu-isu semasa ialah kabinet baru kerajaan Malaysia, pencerobohan Lahat Datu, pinjaman PTPTN, PRU 13 dll.
3-Etika Pemakaian Semasa Temuduga Kerja Kerajaan
4-Dokumen Yang Perlu Dibawa Semasa Temuduga
Rujuk makluman pada surat tawaran. Pastikan dokumen utama di bawa pada hari temuduga kelak. Kegagalan membawa dokumen penting seperti yang dikehendaki boleh menjejaskan peluang anda untuk lulus.
5-Persediaan Menjelang Temuduga Pembantu Veterinar Gred G17
Buat perancangan & persediaan jika anda betul-betul serius menginginkan jawatan ini. Guna peluang dipanggil temuduga sebaik mungkin untuk memberikan prestasi terbaik untuk memikat panel penemuduga. Usaha & tawakal pada-NYA.
Admin syorkan sebuah rujukan dalam bentuk ebook / pdf format yang diterbitkan oleh En Jamaluddin Bahari iaitu Pakej Rahsia LULUS Temuduga Kerja Kerajaan (RLTKK) v4. Ianya sesuai untuk temuduga semua jawatan sektor awam dan telah terbukti membantu ramai calon sejak diperkenalkan pada tahun 2009.
Klik SINI Untuk Rujukan Laman Web Pakej RLTKK v4
Hi there would you mind letting me know which web host you’re working with? I’ve loaded your blog