Pembantu Perangkaan Gred E17 adalah jawatan dalam perkhidmatan awam di bawah kategori Kumpulan Sokongan II. Mengikut jadual temuduga di portal SPA [www.gov.my] seisi temuduga bagi pemilihan jawatan Pembantu Perangkaan Gred E17 akan diadakan pada 26-05-2013 hingga 31-05-2013.
Semakan calon layak temuduga boleh dibuat menggunakan link berikut :
=>https://domino.spa.gov.my/online/jadual_temuduga_pk.php
Data Statistik Pengambilan Jawatan Pembantu Perangkaan Gred E17
Jumlah permohonan bagi jawatan Pembantu Perangkaan Gred E17 adalah seramai 64,384 pemohon.
Bilangan yang dipanggil ke temuduga adalah seramai 929 calon bagi mengisi 6 kekosongan jawatan Pembantu Perangkaan Gred E17.
Apakah syarat kelayakan bagi memohon jawatan Pembantu Perangkaan Gred E17?
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut;
[ Gaji Permulaan : RM928.74 ] dan
Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Pembantu Perangkaan Gred E17 akan berkhidmat di bawah Jabatan Perangkaan Malaysia [https://www.statistics.gov.my]
Maklumat Jadual Gaji
Gaji Minimum : RM 928.74
Gaji Maksimum : RM 3091.39
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 95.00
Deskripsi Tugas Pembantu Perangkaan Gred E17
Pembantu Perangkaan Gred E17 bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja berkaitan aktiviti-aktiviti pengumpulan, pemprosesan dan penyebaran data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia dan alam sekitar untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.
Soalan-Soalan Temuduga Yang Lazimnya Ditanya Oleh Panel Penemuduga
=>Soalan temuduga SPA berkaitan latar belakang & kelayakan calon.
Latar belakang diri calon, kelulusan akademik, kelebihan calon berbanding calon lain, sumbangan kepada jabatan jika diambil bekerja, perancangan masa depan dll.
=>Soalan temuduga SPA berkaitan jawatan yang anda pohon.
Deskripsi tugas & skop kerja, kelayakan & kemahiran yang diperlukan, kesesuaian kelayakan & kemahiran yang calon miliki dengan bidang tugas Pembantu Perangkaan Gred E17, maksud ‘perangkaan’ dll.
=>Soalan temuduga SPA yang berkaitan dengan dasar kerajaan
Konsep 1Malaysia, bantuan BRM, program transformasi, wawasan 2020 dll.
=>Soalan temuduga SPA yang berkaitan dengan isu semasa
PRU 13, pencerohohan Lahat Datu, senarai terbaru Menteri Kabinet kerajaan Malaysia dll.
Keluaran statistik terkini 2013 :
Indeks Harga Pengguna Malaysia April 2013
Perangkaan Utama Tenaga Buruh Malaysia, Mac 2013
Keluaran Dalam Negeri Kasar Suku Pertama 2013
Prestasi Imbangan Pembayaran S
Penunjuk Ekonomi Malaysia
Kadar Pengangguran
Calon disyorkan mendapatkan maklumat-maklumat penting di laman Jabatan Perangkaan Negara :
=>https://www.statistics.gov.my
Semoga secebis perkongsian tips berkaitan jawatan kerajaan Pembantu Perangkaan Gred E17ini dapat membantu persediaan calon menghadapi seisi temuduga nanti.
Klik SINI Untuk Ketahui ‘Kunci’ Kejayaan Calon Temuduga Jawatan Kerajaan
eyrmevqaj nlmqi syqhghf puou rokxgvahczsxbqn
I do believe all of the ideas you have presented on your post.
I really enjoy looking at on this web site , it holds great posts .