• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar

Blog Temuduga Kerja Kerajaan

Info, Tips & Panduan Temuduga Kerja Kerajaan

  • Lepasan Ijazah / Sarjana
  • Lepasan SPM/SPMV/Sijil
  • Lepasan Diploma/STPM
  • Peperiksaan Online
  • Tips & Panduan
    • Berita / Semasa

Pelancaran Sistem Semakan Maklumat Individu (SSMI)

December 23, 2013 by Tim Infokerjaya Leave a Comment

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari telah melancarkan Sistem Semakan Maklumat Individu (SSMI). Majlis pelancaran yang diadakan di Dewan Temu duga S.P.A telah disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun.

 

Turut hadir, Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg Dato’ R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya serta wakil-wakil dari Kementerian/Jabatan dan agensi kerajaan.

 

Dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh YB Datuk Joseph Entulu, beliau berkata S.P.A telah mengorak langkah ke hadapan, menambahbaik sistem tapisan keselamatan calon secara kasar dengan membuat tapisan keselamatan secara online sebelum calon-calon dilantik ke dalam perkhidmatan melalui SSMI.

 

Terdahulu dalam ucapan aluan, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam berkata pelaksanaan sistem ini juga merupakan pendekatan National Blue Ocean Strategy Iniatives (NBOSI) seperti mana yang disarankan oleh pihak Kerajaan.

 

Menurutnya lagi Proof Of Concept (POC) telah diadakan mulai 25 Januari sehingga 21 Julai 2013 yang melibatkan tiga (3) agensi utama iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Malaysia (CGSO).

 

YBhg. Tan Sri Mahmood Adam juga berkata sistem ini akan dipanjangkan kepada pihak kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dan sistem SSMI ini merupakan “Produk 1 Malaysia Transformasi SPA” yang memberi satu faedah dan keuntungan bersama kepada perkhidmatan awam.

Bacaan Tambahan:

  • Soalan Peperiksaan Penguasa KastamSoalan Peperiksaan Penguasa Kastam
  • ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?””Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”
  • Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?

Filed Under: Berita / Semasa

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Daftar Percuma

Dapatkan Tips Peperiksaan dan Panduan Temuduga Kerja Kerajaan Terkini dari Blog Kerja Kerajaan secara percuma. Daftar di bawah.

Panduan Kerja Kerajaan

Panduan Separa Perubatan

Terkini Dari Blog Kerja Kerajaan

  • ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”
  • Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?
  • Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
  • Temuduga Latihan Separa Perubatan
  • Peperiksaan Online Pereka
  • Penolong Pegawai Penerangan
  • Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
  • Peperiksaan Online Penguasa Kastam – FORMAT & TIPS
  • Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41 2014
  • Punca GAGAL Temuduga Kerja Kerajaan
  • Soalan Exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
  • Panduan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
  • Tips Exam Pegawai Penerangan Gred S41
  • 1,452 Pelatih Separa Perubatan Diperlukan
  • 100 KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN GRED N17

Tips Kerjaya Mengikut Kategori

  • Berita / Semasa
  • Lepasan Diploma/STPM
  • Lepasan Ijazah / Sarjana
  • Lepasan SPM/SPMV/Sijil
  • peperiksaan
  • Peperiksaan Online
  • Tips/Panduan/Motivasi

Komen Pembaca

  • ikhwanfahmi on Penolong Penguasa Kastam
  • ikhwanfahmi on Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
  • ikhwanfahmi on Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?
  • Ikhwan on Peperiksaan Online Penguasa Kastam – FORMAT & TIPS
  • Ikhwan on Peperiksaan Penerbit Rancangan Gred B41

© 2021, TIM INFOKERJAYA