Pegawai Sains Gred C41 (Biologi)
Mengikut info dari Portal SPA [www.spa.gov.my] temuduga bagi pengambilan jawatan Pegawai Sains Gred C41 (Biologi) bakal diadakan bermula pada 4 Jun hingga 12 Jun 2013.
=> Klik SINI Untuk Semakan Calon Layak Temuduga Pegawai Sains Gred C41 (Biologi)
Pegawai Sains Gred C41 (Biologi) Jabatan Kimia Malaysia
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab.: Pelbagai Kementerian/ Jabatan
Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,939.89
Gaji Maksimum : RM6,873.16
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
Syarat Lantikan Pegawai Sains Gred C41 (Biologi)
Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,147.45 ] dan
LULUS B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Pegawai Sains Gred C41 (Biologi)
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Sains atau Juruteknologi Makmal Perubatan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Sains Gred C41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
Mempunyai kelayakan seperti di atas; dan
Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Statistik Pengambilan Pegawai Sains Gred C41 (Biologi)
6 Tips Temuduga Jawatan Pegawai Sains Gred C41 (Biologi)
Saya kongsikan beberapa tips untuk semua calon-calon untuk Temuduga Pegawai Sains Gred C41 (Biologi);
#1 Jika anda seorang graduan, tunjukkan kebolehan dan pengetahuan anda setanding dengan ijazah yang anda miliki. Jangan sekali-kali biarkan panel penemuduga mempunyai persepsi bahawa prestasi anda sama sahaja dengan calon-calon yang lain.
#2 Jika anda calon yang sedang berkhidmat, berikan tanggapan yang meyakinkan bahawa seolah-olah anda sedang berkhidmat sebagai Pegawai Sains Gred C41 (Biologi). Jawap semua soalan temuduga atas kepercayaan bahawa anda sedang menjawat jawatan tersebut.
#3 Jika anda calon ‘fresh’, jangan mempunyai persepsi negatif mahupun rendah diri. Tunjukkan kemampuan anda melebihi tahap umur dan kelayakan akademik anda. Pamerkan semangat dan tenaga muda anda yang kuat. Berikan harapan kepada panel bahawa anda adalah calon terbaik yang mesti dipilih. Berikan idea kreatif dan jalan penyelesaian yang kreatif yang akan menguntungkan organisasi. Ambil masa untuk mengkaji kelemahan dalam organisasi awam dan berikan jalan penyelesaian.
#4 Jika anda masih mempunyai banyak masa lagi, pergi bertemu ramah dengan penyandang kerjaya tersebut tidak kurang 10 orang. Tanya pengalaman dan nasihat mereka. Minta mereka tunjuk atau ajarkan bagaimana mereka melakukan tugas mereka. Jika boleh, biar anda yang lakukan dengan penyeliaan mereka. Di penghujung cerita, anda sudah pun mempunyai pengalaman 10 orang Pegawai Sains Gred C41 (Biologi).
#5 Contoh Soalan Sikap atau Personaliti;
“Apa yang saudara/i lakukan selepas tamat pengajian sehingga hari ini memandangkan sudara/i telah tamat pengajian 7 bulan lepas”
Jika jawapannya “tidak melakukan apa-apa” ia menunjukkan calon seorang yang tidak ada inisiatif dan sifat berdikari. Ini bermakna, bila bekerja seseorang itu berkemungkinan tidak proaktif atau pasif. Hanya suka menunggu dan tidak ada daya usaha sendiri. Sudah tentu panel tidak tertarik.
#6 Contoh soalan mengenai kemahiran dan pengalaman,
“Bagaimanakah pengalaman saudara/i sebagai jurujual boleh membantu dalam melaksanakan tugas jawatan yang dimohon ini? Saya nampak macam tidak berkaitan (cuba buat provokasi)
Info & Maklumat Untuk Calon Temuduga Pegawai Sains Gred C41 (Biologi)
Layari laman web berikut untuk memperolehi info berkaitan sebagai persediaan :
Jabatan Kimia Malaysia
=>https://www.kimia.gov.my/
Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi
=>https://www.mosti.gov.my/
Semoga perkongsian ringkas ini dapat membantu calon temuduga jawatan kerja kerajaan Pegawai Sains Gred C41 (Biologi) membuat persediaan.
Untuk meningkatkan tahap persediaan anda, admin syorkan Pakej Rahsia LULUS Temuduga Kerja Kerajaan (RLTKK) yang telah membantu ramai calon temuduga sejak 2009 dari pelbagai peringkat / jenis jawatan dalam skim perkhidmatan awam.
Untuk rujukan Pakej RLTKK sila layari : wwww.kerja-kerajaan.com
lengthen them a bit from next time? Thanks for the post.