• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar

Blog Temuduga Kerja Kerajaan

Info, Tips & Panduan Temuduga Kerja Kerajaan

  • Lepasan Ijazah / Sarjana
  • Lepasan SPM/SPMV/Sijil
  • Lepasan Diploma/STPM
  • Peperiksaan Online
  • Tips & Panduan
    • Berita / Semasa

Pegawai Latihan Vokasional Gred J41

July 6, 2013 by Tim Infokerjaya Leave a Comment

Pegawai Latihan Vokasional Gred J41

 

Bermula 15 Julai 2013 sehingga 26 Julai 2013, pihak SPA akan melangsungkan seisi temuduga bagi jawatan Pegawai Latihan Vokasional Gred J41 (Kimpalan, Pemasangan Paip dan Gas).Jawatan ini dikategorikan dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional yang memerlukan kelayakan minimum ijazah sarjana mudah yang diiktiraf.

 

Semakan calon layak boleh dibuat di Portal SPA atau klik link di bawah :

 

Buat yang layak ke seisi temuduga, tahniah dari saya. Nasihat ringkas dari saya buatlah persediaan secukupnya jika anda benar-benar serius untuk menjawat jawatan Pegawai Latihan Vokasional Gred J41 (Kimpalan, Pemasangan Paip dan Gas).

 

STATISTIK PENGAMBILAN PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED J41

 

 

Bilangan Permohonan : 36,435

Calon Temuduga : 341

Jumlah Kekosongan : 5

Calon Simpanan : 18

 

Seramai 341 calon bersaing untuk 5 jumlah kekosongan.

 

Pegawai Latihan Vokasional Gred J41

 

DESKRIPSI TUGAS PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED J41

 

–>Bertanggungjawab kepada Pengarah di Institusi dalam menyelaraskan kegiatannya pada peringkat kebangsaan di Institusi sebagaimana yang ditentukan.

–>Menjalankan usaha-usaha berbentuk penyelidikan dan pembangunan latihan vokasional sejajar dengan keperluan industri.

–>Menyelia, menyelaras dan mengawal semua Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan kakitangan lain dalam melaksanakan tugas aktiviti latihan.

–>Menyediakan jadual latihan tahunan, keperluan latihan termasuk pembahagian “work load” semua Penolong/Pembantu Pegawai Latihan Vokasional.

–>Menguruskan pelaksanaan program latihan dan persediaan perisian latihan.

–>Mengurus, menyelia dan mengawal kegunaan peralatan, bahan-bahan bengkel serta makmal latihan.

–>Mengendalikan kursus-kursus mengikut keperluan-keperluan sukatan dan piawaian latihan serta bertanggungjawab ke atas kualiti dan keberkesanan kursus yang dikendalikan.

–>Bertanggungjawab dalam membuat promosi, merancang dan menjalankan, menilai pencapaian kursus-kursus jangka pendek yang dijalankan di institusi berkenaan.

–>Membantu dalam menilai dan memperbaiki kursus-kursus latihan dari segi kelicinan dan keberkesanan.

–>Menyertai aktiviti-aktiviti pentadbiran/pengurusan Pusat Institusi Jabatan.

–>Membuat perhubungan dengan industri untuk mendapatkan tempat yang sesuai untuk pelatih-pelatih menjalani aktiviti dalam logi.

–>Merancang dan melaksanakan jadual lawatan susulan latihan dalam logi untuk pengajar-pengajar dan memeriksa laporan pegawai susulan untuk menilai keberkesanan program tersebut.

–>Menyempurnakan tugas-tugas lain dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pengarah dan Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

–>Menyelaraskan perhubungan di antara jabatan-jabatan/ketukangan-ketukangan khususnya yang berkaitan dengan keperluan latihan dan kemudahan bahan mengajar.

 

 

5 TIPS SOALAN UNTUK CALON TEMUDUGA KERJA KERAJAAN GRED J

 

1-Pengalaman Kerja

Soalan mengenai pengalaman kerja. Jika anda memiliki pengalaman bekerja di mana-mana sebelum ini, anda akan ditanya berkenaan kerja dan tanggungjawab anda. Biasa soalan berbunyi sebegini. “Sebelum ini anda pernah bekerja di mana? Dan apakah tugas/tanggungjawab anda?” . Saya syorkan anda cuba senaraikan dan huraikan tugas-tugasan anda sebaiknya. Relaks tapi smart. Jangan terlalu pantas atau gopoh. Anda teruskan bicara anda sehinggalah panel penemuduga menanyakan soalan lain atau mengarahkan anda berhenti bercakap. Sebenarnya dengan cara ini mampu memanjangkan masa anda bercakap, dan mengurangkan soalan yang bakal ditanya oleh panel penemuduga. Selain itu juga, anda kelihatan betul-betul bersemangat menerangkan tanggung jawab anda semasa bekerja. Di sini, panel boleh menilai anda dari segi kesungguhan, sikap dan tanggungjawab anda.

 

2-Subjek / Projek Di Universiti

Soalan mengenai subjek/projek di universiti. Jika anda tidak memiliki pengalaman bekerja (baru grad), biasanya anda diminta menerangkan projek-projek anda ketika belajar, ataupun anda ditanya berkenaan subjek pilihan anda semasa belajar. Terangkan dengan ringkas berkenaan projek anda, contohnya Tajuk Projek, Objektif Projek, Metod Projek, dan juga Output Projek. Jika ditanya berkenaan subjek pula, anda akan ditanya “Kenapa anda meminati subjek ini? “ atau “Apa kaitan subjek ini dengan jawatan yang dipohon”.

 

3-Penyelesaian Masalah

Soalan penyelesaian masalah juga sering ditanya bagi gred ini. Dalam bidang kejuruteraan, kebolehan menyelesaikan masalah sangat penting. Jadi, anda berpotensi diuji dengan soalan sebegini. Soalan akan diberikan mengikut level jawatan yang anda pohon. Contohnya gred J41, soalan yang pernah ditanya adalah seperti ini “Jika projek pembinaan bangunan anda berada di kaki bukit, apakah langkah keselamatan mengikut etika kejuruteraan yang patut anda ambil sebagai seorang jurutera.” Soalan-soalan sebegini biasa ditanya kepada mereka yang memiliki pengalaman bekerja sebelum ini. Penting! Walaupun anda mungkin tidak tahu jawapan secara tepat, anda perlu mencuba beri penyelesaiannya. Jangan katakan tidak tahu! Cuba berikan jawapan berdasarkan logic dan juga ilmu beserta pengalaman anda.

 

4-Teknikal

Soalan teknikal sering ditanya kepada mereka yang baru, atau kurang pengalaman bekerja. Anda akan disoal soalan berkaitan bidang anda. Contohnya, “berapakah kedalaman concrete pile untuk bangunan?”.  Lagi, “Berapa tebal lantai (slab) yang mematuhi BS8810?”. Tips dari saya, anda perlu ketahui asas-asas dalam bidang anda. Asas ini amat penting. Maka sebab itulah, soalan-soalan asas sering ditanyakan semasa temduduga.

 

5-Pengetahuan Am / Umum

Soalan pengetahuan am/umum. Ini soalan popular yang ditanya oleh panel dari SPA. Ini yang menyumbangkan markah terbesar sekali. Soalan yang ditanyakan berkaitan dasar pentadbiran kerajaan, pengetahuan am tentang Malaysia, luar Negara, isu semasa, dll. Soalan-soalan sebegini boleh diperolehi dalam Pakej Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan (RLTKK). Apa yang penting, anda perlu membuat ulangkaji berkenaan topik-topik ini.

 

Semoga perkongsian kali ini dapat membantu calon-calon temuduga kerja kerajaan Gred J.

 

–>KLIK SINI UNTUK MENDAPATKAN PAKEJ RLTKK

 

Pegawai Latihan Vokasional Gred J41

Bacaan Tambahan:

  • ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?””Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”

Filed Under: Lepasan Ijazah / Sarjana Tagged With: PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED J41, temuduga Pegawai Latihan Vokasional Gred J41

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Daftar Percuma

Dapatkan Tips Peperiksaan dan Panduan Temuduga Kerja Kerajaan Terkini dari Blog Kerja Kerajaan secara percuma. Daftar di bawah.

Panduan Kerja Kerajaan

Panduan Separa Perubatan

Terkini Dari Blog Kerja Kerajaan

  • ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”
  • Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?
  • Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
  • Temuduga Latihan Separa Perubatan
  • Peperiksaan Online Pereka
  • Penolong Pegawai Penerangan
  • Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
  • Peperiksaan Online Penguasa Kastam – FORMAT & TIPS
  • Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41 2014
  • Punca GAGAL Temuduga Kerja Kerajaan
  • Soalan Exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
  • Panduan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
  • Tips Exam Pegawai Penerangan Gred S41
  • 1,452 Pelatih Separa Perubatan Diperlukan
  • 100 KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN GRED N17

Tips Kerjaya Mengikut Kategori

  • Berita / Semasa
  • Lepasan Diploma/STPM
  • Lepasan Ijazah / Sarjana
  • Lepasan SPM/SPMV/Sijil
  • peperiksaan
  • Peperiksaan Online
  • Tips/Panduan/Motivasi

Komen Pembaca

  • Ikhwan on Peperiksaan Online Penguasa Kastam – FORMAT & TIPS
  • Ikhwan on Peperiksaan Penerbit Rancangan Gred B41
  • liza on ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”
  • wanie wanie on Tips Exam Pegawai Penerangan Gred S41
  • su on Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

© 2022, TIM INFOKERJAYA