• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar

Blog Temuduga Kerja Kerajaan

Info, Tips & Panduan Temuduga Kerja Kerajaan

  • Lepasan Ijazah / Sarjana
  • Lepasan SPM/SPMV/Sijil
  • Lepasan Diploma/STPM
  • Peperiksaan Online
  • Tips & Panduan
    • Berita / Semasa

Pegawai Imigresen Gred KP17

June 6, 2013 by Tim Infokerjaya 15 Comments

Pegawai Imigresen Gred KP17

 

Mengikut jadual terbaru dari laman SPA, temuduga jawatan kerja kerajaan Pegawai Imigresen Gred KP17 bakal dilangsungkan pada 16/6/2013-28/6/2013. Ramai dari rakan-rakan yang telah tersenarai untuk menghadiri seisi temuduga ini. Bagi yang belum membuat semakan bolehlah buat semakan di link berikut :

 

https://domino.spa.gov.my/online/jadual_temuduga.php

 

Tahniah buat yang telah berjaya dipanggil ke seisi temuduga Pegawai Imigresen Gred KP17. Buatlah persediaan sewajarnya agar dapat menampilkan prestasi terbaik semasa temuduga nanti. Khabarnya ramai yang dipanggil untuk ditemuduga jawatan Pegawai Imigresen Gred KP17 kali ini bagi merebut sejumlah kekosongan.

 

Pegawai Imigresen Gred KP17

Jom tengok statistik pengambilan untuk tahun 2013 bagi jawatan Pegawai Imigresen Gred KP17.

Jumlah permohonan yang diterima untuk jawatan ini adalah sebanyak 213,641. Wow ! 1 jumlah yang cukup banyak. Jumlah yang dipanggil ke seisi temuduga Pegawai Imigresen Gred KP17 pada 16/6/2013 – 28/6/2013 pula adalah seramai 8494 calon bagi mengisi kekosongan sebanyak 219. Manakala calon simpanan berjumlah 200 orang.

 

Sekali imbas, memang kecut calon dibuatnya. Persaingan sangat sengit. Hanya calon yang benar-benar layak sahaja akan terpilih. Don’t worry, be happy. Jika mahu berjaya dalam temuduga ini, buatlah persiapan yang terbaik. Hanya dengan membuat persiapan terbaik ianya mampu membantu anda, selain dari permohonan doa kepada Tuhan. Temuduga ini tidaklah sukar kerana kelayakan minimum yang diperlukan ialah SPM berbanding dengan jawatan yang lebih tinggi dalam Jabatan ini, seperti Penolong Penguasa Imigrisen KP27, Penguasa Imigrisen KP41.

 

 

 

Berikut adalah tips temuduga  Pegawai Imigresen Gred KP17 :

 

 

1. Ketahui jawatan Pegawai Imigresen

 

Anda perlu tahu apakah grednya, gajinya, jabatannya, kementeriannya, tugas-tugasnya. Yang popular dalam temuduga kerajaan adalah tugas jawatan yang dipohon.
Gred  : KP17
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : Jabatan Imigresen
Jadual Gaji :

P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 – P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 – P3T24 RM2397.95

 

Deskripsi tugas pegawai imegresen :

Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.

 

2. Pastikan anda lulus ujian fizikal dan pancaindera terlebih dahulu

 

Memang semasa ditemuduga ianya akan dinilai, tapi sebaiknya anda nilai fizikal dan pancaindera anda terlebih dahulu. Patuhi syarat-syarat permohonan yang pernah dinyatakan semasa anda memohon dahulu.
Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu dan BMI adalah baik. So, pastikan BMI tubuh badan anda ok/normal.

 

Cara check BMI(Body Mass Index)
Pengiraan mudah BMI adalah membahagikan berat (dalam kilogram) dengan ketinggian kuasa dua (dalam meter square)

 

BMI = kg/m2

 

Petunjuk Indeks
Bawah 18.5 Kurang Berat
18.5 – 24.9 Normal
25.0 – 29.9 Terlebih Berat
30.0 ke atas Obesiti

 

Contoh tinggi anda 1.70meter dan berat adalah 85kilogram.
Kuasa duakan tinggi menjadi 2.89. BMI adalah 85kilogram dibahagi dengan 2.89m2.
Maka akan dapat BMI 29.4. Maksudnya terlebih berat, hampir nak obesity tu.

 

TIPS:

 

BMI – terlebih tu, contohnya obesity tu, digalakkan jangan pergi, nanti dia suruh balik (ni bukan saranan, [pandangan sahaja). Yang kurang berat tu, makan pisang banyak-banyak untuk tambahkan berat badan dalam jangka masa pendek.
-berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita. (berat boleh kawtim tapi tinggi tak boleh)
-mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja)
-lulus Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata. So, sesiapa yang sememangnya rabun yang pakai cermin mata/contact lens tu, biasanya memang gagal dalam temuduga. Jabatan ni memilih mereka yang ‘terang benderang penglihatannya’.
-pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.

 

Setelah anda nilai sendiri, anda mempunyai kekurangan dari segi fizikal dan penglihatan, seperti kurang tinggi atau rabun saya nasihat anda tak payah pergi. Bukan apa, anda pun dah boleh agak bukan? Jadi jangan buat masa penemuduga & masa anda! Patutnya awal-awal lagi semasa memohon anda, anda dah nilai diri anda. Maka anda juga tak perlu bersedih jika gagal sebelum layak ditemuduga.

 

3. Persiapan Semasa hari temuduga

Standby dengan pakaian sukan. Maknanya datang terus dengan pakaian sukan. Dan jangan lupa bawa pakaian khusus untuk ditemuduga (baju kurung (wanita), kemeja,tie (lelaki). Selepas ujian fizikal/pancaindera anda lulus, anda akan menjalani sesi temuduga. Jika melepasi ujian fizikal dan berjaya ke temuduga seterusnya. Barulah tukar kepada pakaian yang formal seperti yang ditetapkan SPA seperti di bawah:

 

 

 

Nanti calon akan diperiksa ketinggian, berat badan, ujian penglihatan, BMI. Jika lulus, baru akan hadapi temuduga pula. Jika gagal, calon disuruh balik lah:-)

 

-Semasa temuduga, soalan-soalan yang pernah ditanya:

 

Please introduce yourself in English

 

Isu semasa berkenaan imegresen  (kena terangkan)

 

Isu melibatkan Negara (kena terangkan)

 

Kenapa minat dengan jawatan pegawai imigresen

 

4 fungsi utama jabatan imigresen

 

objektif jabatan imigresen malaysia

 

apa tugas pegawai imigresen

 

3 buah pintu masuk ke Melaka

 

pintu masuk yg telah diwartakan – udara, darat, laut

 

Jabatan imigresen bawah kementerian mana- Kementerian Dalam Negeri

 

Siapa menterinya – Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein

 

proses pengeluaran produk (visa,permit,passport)

 

apa kepentingan bahasa asing/English dlm profesion ini

 

Anda dinasihatkan membuat preparation dengan membaca laman web Jabatan imigresen Malaysia seperti di sini https://www.imi.gov.my/

Dan jangan lupa, jika anda dah dapatkan ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan, sila baca panduan lengkap di dalamnya. Ianya sangat membantu anda. Jika anda mahu tahu lebih lanjut soalan yang ditanya dalam temuduga boleh dapatkan panduan ini. Panel penemuduga bukan sahaja dari jabatan imigresen, tapi dari SPA juga.

 

p/s : Kalau kena kawat, kawat je macam biasa. Macam kawat hari sukan tu. Pastikan anda jalan tegak lurus ke hadapan. Tangan hanyun 900C.

 

Semoga berjaya!

 

Pegawai Imigresen Gred KP17

Bacaan Tambahan:

  • Soalan Peperiksaan Penguasa KastamSoalan Peperiksaan Penguasa Kastam
  • ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?””Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”
  • Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?

Filed Under: Lepasan SPM/SPMV/Sijil

Reader Interactions

Comments

  1. Rahman says

    June 7, 2013 at 3:34 pm

    -adakah jawatan ini, akan terus bekerja setelah lulus temuduga?

    -bagaimanakah proses kenaikan pangkat?

    -adakah mereka yg rabun berpotensi untuk ditolak?

    -sila terangkan tentang gaji minima..sekian

    mohon pencerahan.

    Reply
  2. iema says

    June 16, 2013 at 10:23 pm

    ade x sesiapa kt sini ade kawan2 yg dapat post Penolong Penguasa Imigresen KP27 hr tu?leh bg info cket x?

    Reply
  3. Anis says

    June 26, 2013 at 6:08 am

    saya kena temuduga ni esok, 27/6. saya dah buat persediaan dekat sebulan. sy dah baca dan faham segala isi kandungan ebook RLTKK dan segala yg berkaitan dengan imigresen. tp malangnya bru hari ni dapat taw yg BMI juga dikira semasa ujian fizikal. BMI sy 28…sedihnya tepaksa batalkan niat utk pegi intview esok..resume dah print, smua sjil yg dplukan dh fotokopi…doakan sy dpt tawaran lg utk jwtn yg xplukan BMI normal…

    Reply
    • as says

      June 26, 2013 at 11:20 am

      saya dpt twrn tmuduga nie.. persediaan dah ad tp mslahnya bert sy skrg sgt jauh dr yg disyaratkn.. bmi sy xnormal.. dah cuba tmbh bert tp degil xmau nak naek2 jugak.. mslh kedua plak mata.. sy pkai spek.. rabun jauh. sy dah ptah smgt nk g intervw nie memandangkn mslh yg sy hdpi dan jugak persaingan yg sgt tinggi tp ayah sy plak yg smgt suh g..

      Reply
  4. hunter B says

    July 5, 2013 at 5:50 am

    nkk tnye cket….org yg dpt kje sbgai pegawai imigresen kp17 ni dpt tak diorang ni naik pangkat??? bkn ape,bknnye nk bsikap gilekan pangkat,cume yela….harga brg kan sume da naik….kalo stakat harapkn gaji kp17 ni mne ckup….gaji sribu pn da mcm sringgit je kalo bwk pg psr….hehehe,jgn mrh ye….sy cme btanye

    Reply
    • syamsul mohamad says

      September 23, 2013 at 3:38 pm

      Terbuka luas utk kenaikan pangkat tuan. Melalui peperiksaan kpsl dan jika berkhidmat 10thn lebih akan di timbang kenaikan pangkat ke kp22.

      Reply
  5. syamsul mohamad says

    September 23, 2013 at 3:35 pm

    Mak aih.. ramainya yg pohon jawatan ni.. kepada yg telah berjaya, tahniah sy ucapkn. Moga tuan2 dan puan2 mmberi perkhidmatan yg cemerlang kepada jabatan. SEMANGATT! SEMANGAT IMIGRESEN!!!!!

    Reply
  6. abey says

    August 20, 2014 at 1:57 pm

    bila tarikh permohonan untuk lepasan spm tahun ini?

    Reply
  7. moda says

    November 15, 2014 at 10:14 pm

    aasalamualaikum nak tanya..ada latihak fizikal x untuk jawatan ini?

    Reply
  8. moda says

    November 15, 2014 at 10:14 pm

    adkah kene memakai pakaian sukan terlebih dahulu?

    Reply
  9. moda says

    November 15, 2014 at 10:16 pm

    dan apakah flow sekiranya berjaya temuduga?

    Reply
    • Amin says

      November 24, 2014 at 5:26 pm

      Untuk interview ni, ada ujian fizikal terlebih dahulu. Mula2, ukur fizikal/ badan (BMI, tinggi, ukuran dada etc). Kemudian ujian mata dan ujian kawad ringkas. Ujian fizikal ni sangat strict, tanpa budi-bicara. Tinggi tak cukup 1 cm pun boleh kena reject (mungkin kerana bilangan calon yang sangat ramai, so mereka nak eliminate pun ramai). Setelah lulus semua ujian, barulah proceed ke temuduga. Jika berjaya temuduga, tunggulah saat lapor diri ke Akademi Imigresen untuk sesi rekrut. Yang pastinya sesi rekrut ni taklah seteruk PDRM, SPRM atau Penjara. Tapi bagi yang x tahan, boelh menangis jugak lah siang malam.

      Reply
  10. ayu says

    December 15, 2014 at 2:56 pm

    br je lps tebiu pen peg imi kp27….3 mggu lg result klua….nebes…adoiii…minta nyawaaaaaa…..

    Reply
    • Berudulaut83 says

      December 29, 2014 at 2:50 pm

      Result da boleh tgk cik ayu kat laman web spa.
      saya hanya berjaya jadi calon simpanan / simpanan lantikan.
      hurm….saper ader pengalaman jd simpanan ni? agak2 akan diterima masuk atau tak?

      Reply
      • ayu says

        January 7, 2015 at 10:45 pm

        Awk kt dpt calon simpanan juga lah…hehe…awk da print ka result calon simpanan tu…denga kata result tu kt kena simpan incase kalo x terima apa2 surat dr spa…kt bleh fax surat tu atau kt bleh guna results tu juga utk interview akan dtg..

        awk kt sama2 bdoa lah tau cepat atau lewat di panggil sy pcaya itu bgtg kpd rezki masing2 tau…

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Daftar Percuma

Dapatkan Tips Peperiksaan dan Panduan Temuduga Kerja Kerajaan Terkini dari Blog Kerja Kerajaan secara percuma. Daftar di bawah.

Panduan Kerja Kerajaan

Panduan Separa Perubatan

Terkini Dari Blog Kerja Kerajaan

  • ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”
  • Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?
  • Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
  • Temuduga Latihan Separa Perubatan
  • Peperiksaan Online Pereka
  • Penolong Pegawai Penerangan
  • Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
  • Peperiksaan Online Penguasa Kastam – FORMAT & TIPS
  • Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41 2014
  • Punca GAGAL Temuduga Kerja Kerajaan
  • Soalan Exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
  • Panduan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
  • Tips Exam Pegawai Penerangan Gred S41
  • 1,452 Pelatih Separa Perubatan Diperlukan
  • 100 KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN GRED N17

Tips Kerjaya Mengikut Kategori

  • Berita / Semasa
  • Lepasan Diploma/STPM
  • Lepasan Ijazah / Sarjana
  • Lepasan SPM/SPMV/Sijil
  • peperiksaan
  • Peperiksaan Online
  • Tips/Panduan/Motivasi

Komen Pembaca

  • ikhwanfahmi on Penolong Penguasa Kastam
  • ikhwanfahmi on Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
  • ikhwanfahmi on Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?
  • Ikhwan on Peperiksaan Online Penguasa Kastam – FORMAT & TIPS
  • Ikhwan on Peperiksaan Penerbit Rancangan Gred B41

© 2021, TIM INFOKERJAYA