• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar

Blog Temuduga Kerja Kerajaan

Info, Tips & Panduan Temuduga Kerja Kerajaan

  • Lepasan Ijazah / Sarjana
  • Lepasan SPM/SPMV/Sijil
  • Lepasan Diploma/STPM
  • Peperiksaan Online
  • Tips & Panduan
    • Berita / Semasa

”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”

August 28, 2017 by Tim Infokerjaya 48 Comments

Kali saya ingin berkongsi satu lagi tips temuduga. Saya harap anda tidak bosan menerima tips dari saya.

Cuba lihat semula tajuk post yang saya berikan. Ianya menunjukkan satu soalan popular yang sering ditanya semasa temuduga. Mungkin anda pernah ditanya soalan sebegini dan juga mungkin juga tidak. Akan tetapi, apa yang saya boleh katakan, soalan ini memang popular ditanya oleh panel penemuduga semasa sesi temuduga. Tak kira temuduga SWASTA atau temuduga kerja kerajaan

Kelihatan macam mudah saja untuk kita nak menjawab soalan sebegini bukan? Tapi, cuba anda cuba menjawabnya sekarang. Jawab, jawab,…Pasti anda teragak-agak untuk menjawabnya bukan? Anda pasti terfikir seperti ini:-

– “apalah aku nak jawab ni ye? Takkan nak puji
diri sendiri, nanti orang kata masuk bakul angkat
sendiri”.-

Kebanyakan calon temuduga gagal ketika menjawab
soalan seperti ini. Ada yang menjawab begini:

– ”Saya memang minat kerja ni, saya memang patut
dapat.”

– ”Saya memiliki CGPA tinggi, atas 3.5, memang saya
rasa saya layak. Bukannya senang nak dapat CGPA
tinggi ni di universiti.”

– ” Mak ayah saya bekerja di jawatan yang sama
juga seperti saya minta ni, jadi saya memang dah
tahu macamana kerjanya”

– ” Saya dari dulu memang minat sangat jawatan
ini, dari zaman saya sekolah lagi. Mesti lulus temuduga kerja kerajaan sebab saya nak kerja kerajaan!”

– dan bermacam-macam lagi jawapan yang kurang
tepat yang diberikan oleh calon.
temuduga kerja kerajaan
Sebenarnya, anda perlu melihat soalan ini dalam dimensi yang lain seperti ini:

“Mengapakah anda merupakan calon yang sesuai untuk jawatan ini?”

Ya, benar! anda memang perlu berfikir seperti ini. Berfikir mengenai apa yang tersirat di sebalik soalan yang ditanya oleh panel. Kesesuaian anda untuk jawatan tersebut sebenarnya amat diambil berat oleh penemuduga.

Jadi, bagaimana anda untuk menjawabnya?

Jadi jawapan anda seharusnya begini;

“Saya rasakan diri saya sesuai untuk menerima jawatan ini kerana:

• Saya mempunyai kebijaksanaan dan kemahiran
menilai yang tinggi untuk mengenali serta mencari
penyelesaian yang sesuai kepada sesuatu masalah
yang sukar.

• Saya juga seorang yang mempunyai tahap
keyakinan dan jati diri yang jitu, serta
berkebolehan untuk berkomunikasi dan mampu
menerima sebarang maklumat dan tugasan dengan
baik.

• Saya mampu bekerja secara berpasukan dan
boleh menyokong ahli-ahli pasukan yang untuk
mencapai sesuatu visi dan misi yang seterusnya
mampu meningkatkan produktiviti organisasi/jabatan
saya.

• Saya juga bijak menguruskan masa dan seorang
yang menjalankan tugas secara teratur. Di mana
setiap kali melakukan tugasan besar, saya akan
merancang beserta perancangan masa yang baik. Saya
berpegang pada kata hikmat ”GAGAL MERANCANG
ADALAH MERANCANG UNTUK GAGAL”.

• Akhir sekali saya seorang pekerja yang
berdedikasi dan mempunyai keinginan yang membara
untuk mencapai visi saya dan jabatan/kementerian
ini. Jesteru itu, saya pasti merupakan calon
terbaik untuk mengisi jawatan yang ditawarkan ini.

Contoh – contoh jawapan di atas menunjukkan betapa hebatnya dan sesuainya anda untuk jawatan yang ditawarkan. Mungkin anda mampu menjawab soalan sebegini dengan lebih baik dari apa yang saya berikan.

Semoga tips kali ini dapat menyediakan diri kita dengan lebih baik semasa temuduga kelak. Apapun, persediaan sebelum temuduga adalah amat penting dibuat oleh kita

Yang penting, kita telah membuat persediaan, keputusan samada lulus atau gagal, kita berserah kepadanya. Dan ingat, jangan pula jadikan kegagalan sebagai pelemah semangat untuk kita  berjaya dalam hidup. Kita hanya mampu berusaha, Tuhan yang menentukannya.

Temuduga Kerja Kerajaan

Filed Under: Tips/Panduan/Motivasi

Reader Interactions

Comments

  1. syda syakilla says

    August 31, 2009 at 9:17 pm

    salam…
    arrrrgghhhh…. tension spa tuk pembantu perangkaan da kuar. br jap td check… resultnya xdapat…

    rs nak menjerit jer… asal aku xdapat rsnye aku jwp da betol cnfident lak tu… emmmm adehla… sedey nye….

    Reply
    • nurul aini zuel says

      April 21, 2011 at 5:23 pm

      sabar la ye,,maybe xde rezki lgi

      Reply
    • apis says

      March 5, 2014 at 6:16 pm

      anak da nk lahir bulan 4.tp still xde kerja,bru bis vto tp duedate present last lmbt..sgt2 kecewa.

      Reply
  2. ct says

    September 1, 2009 at 2:44 pm

    sama la..ct pon baru check.. pembantu tadbir mmg bukan rezki ct .. 🙁

    Reply
  3. Nor Asmah says

    September 3, 2009 at 11:42 pm

    sebenarnya saya dah banyak kali gagal dalam temuduga kerja kerajaan ni..sampai rase nak give up je…yalah…bermula pegawai perangkaan,cikgu kpli dah 4 kali..cikgu dpli pun dah tiga kali.. macam 2 la…rezeki untuk di panggil temuduga murah tapi untuk lulus temuduga memang belum sampainya lagi..hanya ALLAH je yang tahu bagaimana saya melalui dan menghadapinya…yang pasti saya sedar banyak kekurangan dan kelemahan dalam diri saya…persediaan dan keyakinan dalam diri ketika ditemuduga terlalu lemah….banyak kali soalan yang di ajukan tak dijawab dengan sebaik mungkin..termasuk lah soalan kenapa saya patut dipilih dalam jawatan ini…lepas ni saya akan buat yang terbaik berpandukan kepada jwapan encik jamaluddin ini terhadap soalan itu…tima kasih..

    Reply
  4. norliza says

    October 14, 2009 at 4:04 pm

    salam……xpe nor asmah…cuba lagi.jgn putus asa.mcm sy jgk mula2 dulu…5 tahun menunggu baru skrg dapat.yg penting jgn putus asa.

    Reply
  5. nura says

    October 27, 2009 at 11:19 am

    erm saya memang pernah ditanya soalan cm nie..terus saya jawab untuk sambung warisan family yg bkerja kerajaan huhu

    Reply
  6. rohaiza says

    November 18, 2009 at 10:25 am

    assalamualaikum…

    saya betul2 sedih sebab setiap kali temuduga saya hanya di bagi status calon simpanan. tetapi status simpanan tidak kekal lama, akhirnya tempoh calon simpanan tamat. Saya sendiri tidak tahu dimana kekurangan saya. setiapa kali keputusan tidak pernah menyebelahi saya.

    Reply
  7. mazia says

    November 30, 2009 at 4:06 pm

    salam…

    caner nk jawab bila panel tanya pasal isu2 politik?

    Reply
  8. wilma says

    January 7, 2010 at 4:44 pm

    saya ingatkan bljr di u dulu rjn2. dpt dean list dan cgpa 3.5 ke atas senang cr kerja gov tp rupa2nya ssh jga. mcm2 temuduga gov yg dihadiri tp satu pun tak dpt. nape ye? soalan2 temuduga pun dpt djwb tp msh juga tak de rezeki..

    Reply
  9. Miesha-Png says

    January 8, 2010 at 1:03 pm

    wilma jan benti berusaha…insyaallah rezki akan dtg

    Reply
  10. nurul-muar says

    January 30, 2010 at 12:58 pm

    salam..saya baru jer intrvw mgu lepas utk jawatan pereka di salah sebuah bdn kerajaan..n tgh tgu result…..
    aduyai mase tu ade soalan nie gak..tapi arini baru jumpe blog nie..arhhh dh terlambat baca plakkk…ruginyerrr

    Reply
  11. mizz_yna says

    April 18, 2010 at 12:17 pm

    boleh x bgtau sy pasal interview untuk penolong akauntan??? kat RISDA
    please urgent sgt sok nk interview tp x ada persediaan lg..

    [email protected]

    Reply
    • liza says

      May 4, 2017 at 12:36 pm

      RISDA bnyak pkai kabel je klu nk berjaya pkai kabel la dlu saya pnh dpt interview pastu terdengar calon ni ckp dia dtng interview cuma nk cukupkan syarat pdhl mmg dia da dpt jwtn tu sbb kabel.. RISDA, MAJLIS PERBANDARAN (MBSA) FAMA ha semua tu ada kabel.. mengharap jangan tawakal iye

      Reply
  12. siti fairuz says

    April 27, 2010 at 12:06 pm

    kepada semua yg gagal interview..jgn berputs asa..saya bru lps study trus dpt interview dan trus brjaya..lusa sya akn hadiri 1 lg interview..gov jgak..jd saya nak bg tips..kita kna cool dan x mengelabah bila interview dan kalo kita xtau pon jwpan tu..kita goreng je..diaorg nak tgok kite ni mampu bcakap atau tidak..byk baca paper jgak..so gluck

    Reply
  13. fizi says

    May 6, 2010 at 8:02 pm

    hujung bln ni ade intervew spa x tahu la dah 4 kali intevew tp x dpt juga

    Reply
  14. iqien says

    May 24, 2010 at 2:09 am

    salam,
    lagi 2 hari saya perlu menghadiri interview..
    ini adalah interview pertama saya..
    sy terasa begitu kerdil bila berhadapan situasi begini…
    tapi, saya dapat sedikit semangat dari maklumat yg dikongsikan disini dan bersyukur coz smpt jmp blog ni..
    tq sume!=)

    Reply
  15. ILAA says

    June 17, 2010 at 9:34 am

    ERMM..kite pon dh byk kali temuduga tp x pernah dapat,,dr kabel..sampai lah YB tlog..semua x dapat…kadang2 rasa putus asa nk mohon..penat je mintak cop sana sini…..ambik cuti kerja lg…skg ni baru mohon kerja MPJB..x tau la dapat ke x …jawatan yg sama mohon dh 4 kali temuduga……sedih sgt3..teringin sgt nk kerja kerajaan…@_@

    Reply
  16. secret says

    September 6, 2010 at 1:55 pm

    salam saya lagi la dah nak 6tahun mohon dkat spa… lngsung xde pngil interview..huhuhuhuhu

    Reply
  17. beautyfly says

    September 30, 2010 at 10:16 am

    Sy dr lps skolah 2004,mmohon kj ngan spa,spp,smua job gov la,skarang dh 2010 dh,x penah dpanggil ntvu,ada kn pggil untk pem pendaftaran p surat plak yg lwt smpai..camner…org yg br2 mohon dh kj dah skrang..sy rs result sy xlah teruk,ada lg yg lbh teruk dr sy skarang dh dpt kj ngan gov…mb x ada nasib utk kj ngan gov la ni…..

    Reply
  18. rohaya says

    October 7, 2010 at 11:53 am

    salam..
    tq kpd encik jamal krn bg tips tuk soalan tu…soalan tu mmg glemer tuk tmuduga, tak kira kerajaan atau swasta..

    Reply
  19. clara says

    November 8, 2010 at 11:06 pm

    hmm..sy plak tgh tngu rsult lthn spara prubatan nie.nthla npe slu xdpt je.dh 7kli ni.ase tnsen arr..bla agkny sy akn dpt pluang ni?mnat sy lbh mndlm kt bdg mdical ni

    Reply
  20. wanted says

    December 7, 2010 at 3:39 pm

    terima kasih en. jamal atas tips yang berguna ni, mudah2an tips ni dapat membantu sy tuk hadapi temuduga besok……

    Reply
  21. khalid says

    December 8, 2010 at 3:40 pm

    Tuan website,
    Mintak halalkan segala ilmu di sini. Saya akan gunakan untuk temuduga.
    Terima kasih saya ucapkan.

    Reply
  22. einn says

    April 25, 2011 at 11:14 am

    minta halalkan jugak…saya ada interview pembantu makmal 5 mei nanti 🙂

    Reply
    • watie says

      April 25, 2011 at 11:37 am

      hi..jangan lupa surat khbr setiap hari…be confident…masa i dulu ..pegawai tu tanya kenapa pilih keje ini..apa fungsi jawatan yg kita apply..kalau tak dapat jawab..minta maaf dgn pegawai tu..good luck 4 u….

      Reply
  23. Noor Hafiza says

    April 25, 2011 at 12:11 pm

    Bersiap sedia sebaik mungkin…bykkan membaca dan bertanya kpd kakitangan awam yg telah menjawat jawatan tersebut…tanya fungsi kerja,tugas2,berkaitan buku rekod perkhidmatan,cuti, dan perlbagai lagi berkaitan tugas2 awam…

    jadilah peserta paling awal…kalau boleh peserta pertama…kerana kebiasaannya pagi2 penemuduga masih fresh dan dlm mood yg baik…

    pertuturan biar jelas…jgn berhenti ulas apa yg ditanya oleh penemuduga…biar penemuduga tercengang dgn kebolehan kita…dgn persiapan kita…tetapi biarlah jawapan anda berkaitan dgn soalan yg ditanya…

    ni lah antara pengalaman2 saya sepanjang 5 kali menghadiri temuduga kerajaan…Alhamdulillah kali ke-5 baru sampai rezeki saya…

    Reply
  24. konpius says

    October 26, 2013 at 11:16 pm

    jd sungguh ko ni? ambo kno intebiu pg esk ni

    Reply
  25. gurl says

    April 7, 2014 at 11:28 am

    CMNER NK BG KOMEN…jd calon simpanan pn 6thn lps..apa pn teruskan berusaha,bedoa kpd yg ESA

    Reply
  26. calon says

    April 7, 2014 at 1:17 pm

    Alhamdulillah…tq admin utk tips ni

    Reply
  27. Reen Aii says

    April 18, 2014 at 12:57 pm

    Myzluv sama la kita…sy pn interview kamis ni 24.4..good luck!!

    Reply
  28. addinfarhani says

    April 18, 2014 at 3:46 pm

    assalamualaikum…

    wah… jumpa jgak post yg dicari2… thanks for sharing… (^^,)

    Reply
  29. julia says

    April 27, 2014 at 10:09 pm

    sy pulak interview 7hb 5 ni…doakan sy;)..interview PTD dah byk kali tp xde rezeki..dapat pulak iv Peg Tadbir…berdebar rasanya

    Reply
  30. seteres says

    June 15, 2014 at 1:53 am

    Salam.. sy bakal di iv isnin ni di institiut kerajaan.. 16 jun, da study sume yg patut.. tp kurg kyakinan diri.. hummmm… Neves sgt.. taktaula cmner nt.. tlg sume doakan sy..

    Reply
  31. Perantau says

    July 25, 2014 at 9:22 am

    SAlam Semua… Terima Kasih diucapkan kepad admin… Nanti 12/08/2014 di panggil nterview tuk Pem. Penguasa Kastam dapatla saya manfaatkan tips ini….. Mohon dihalalkan tuk digunakan.

    Reply
  32. emy says

    August 1, 2014 at 1:38 am

    thank you

    Reply
  33. paeh says

    August 4, 2014 at 4:50 pm

    Weh doakan aku..rabu ni aku intebui JAV di spaj..Ya Allah permudahkanlah urusanku..amiin..

    Reply
  34. amal says

    August 18, 2014 at 2:56 pm

    Thanks untuk maklumat berguna..esok saya ada interview n41,harap2 dipermudahkan..

    Reply
  35. noorma says

    September 22, 2014 at 4:50 pm

    salam…esok Insha Allah 23sept14 saya dijemput untuk hadir temuduga jwtan pembantu setiausaha pejabat kt terengganu..thanks untuk kongsi ilmu di blog ini sbgai persediaan…alhamdulillah de rezeki dan masa dpat tengok blog ni…

    Reply
  36. rose says

    September 26, 2014 at 11:42 am

    Thank u utk panduan. Ia dapat memberi sedikit panduan dan contoh utk menjawab soalan tersebut. Dah berkali-kali gagal temuduga,mungkin dsebabkan cara menjawab soalan yg dberikan tidak mmenuhi syarat

    Reply
  37. akmal says

    September 29, 2014 at 12:45 am

    Pehhh soalan ni mmg wt sy terdiam skejap..bia pon dh bnyk kali g temuduga..tp lau ad yg brtanya soalan ni..terus diam..tp lepas dpt panduan ni..insya Allah..sy akn guna kn ny tok menjawap..

    Reply
  38. shreen says

    October 15, 2014 at 12:37 pm

    sy penah pegi interview gov sebanyak 4 kali. 3 utk jawatan N17 dan 1 jawatan W17. Alhamdulillah rezeki pada interview yg ke-3 iaitu jawatan W17. Apa pun utk dpt keja gov ni bergantung pd keyakinan diri, rezeki dan penemuduga tu sendiri. Sbb so far yg interview sy W17 tu sgt ok dan x strict mcm penemuduga yg lain. Yg penting tau isu semasa, fungsi dan senarai tugas jawatan yg di apply dan tau speaking in english sbb ada jawapan yg perlu dijawab in english.

    Reply
  39. fad says

    November 28, 2014 at 10:42 pm

    aku dh 2x xdpt, kedua2nya temuduga, setiausaha pejabat gagal temuduga, penolong penguasa penjara pon gagal.. kui kui, tapi aku xtension pon,

    knpe sesetengah org tu tension gila kalau xdpt ? aiyoo, company swasta kn byk, keje lah dlu, wtpa nk tension2..
    lagi pon company swasta gaji besar

    Reply
  40. amer says

    January 16, 2015 at 5:27 pm

    korang mmg ksian .hahahaahaha …sama dengan sy,sy pon xpenah lepas interview . file dr skola rndah smpai U ad bwak sume n mcm2 drg tnya soalan dah soalan bi pon sy jwab terer.(bukan lah nk tnjuk pndai),last2 xlepas juga .apakah kkurangan sy?huhu ..dri tahun 2006 sy xpenah lepas tmuduga kjaan,skg sy sale jea,tu pon pakai sijil spm jea. .sarjana sy slama ni xpkai pon . lg sdeh sy da 2kali xjd kawin n 3 kali putus tunang . awek sume nak lari . knpe ?huhu . .sy da xmampu trus kan idop ini . ssah nk cri idop yg lg baik . tp sy pegans satu kata2 yg dimana ”orang yang idop malang dan susah akan dpt idop best akhir nya” sy pon xtwu dri mna dtg nya semangat ni . .lov u ols ..

    Reply
  41. moonlight says

    March 8, 2015 at 9:16 am

    pernah d pangil interview sekali je dari tahun 2007… tapi gagal .. sedih smpi skg sy masih menunggu pangilkan dari SPA…. tak tahu nak buat apa lg….da hbis belajar d sebuah kolej tapi kerja pun tak tetap.. sabar je la… ;(

    Reply
  42. DANIA QISTINA says

    March 11, 2015 at 10:35 am

    hurm…..nak kena interview ngn ckg sebab nak jadi pengawas koperasi…ape agknya soalannya ye??harap i dpt jwb…

    Reply
  43. Bunga says

    March 24, 2015 at 11:20 am

    Ermm…sy kalau bab2 intv ni memang fail..seram sejuk je badan time intv..lain yang ditanya lain yang dijawab..ayat pun berterabur…siap terketar-ketar lagi padahal saya ni jenis yang peramah n suka bercakap…darah gemuruh kot..huhu..esok ada intv tak tahulah camner..harpnya ok tp ni pun dah rasa debarannya…biasa masa praktis bukan main tapi ms intv jawab yang pendek2 je sebab nak cepat habis haha..memang resah gelisah nak2 depa tanya soalan yang kita tak tau jawapannya…ada tips x untk mereka yang darah gemuruh cam saya? hihi

    Reply
  44. mishlalaa says

    April 22, 2015 at 9:35 pm

    terima kasih sgt2.. thankssss for all your ideas !!!!! now , i boleh teruskan dgt semua maklumat2 yg u bagi.. terima kasih sgt2 sbb bagi idea.. sye boleh buat karangan dgn maklumat2 tersebut 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Daftar Percuma

Dapatkan Tips Peperiksaan dan Panduan Temuduga Kerja Kerajaan Terkini dari Blog Kerja Kerajaan secara percuma. Daftar di bawah.

Panduan Kerja Kerajaan

Panduan Separa Perubatan

Terkini Dari Blog Kerja Kerajaan

  • ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”
  • Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?
  • Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
  • Temuduga Latihan Separa Perubatan
  • Peperiksaan Online Pereka
  • Penolong Pegawai Penerangan
  • Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
  • Peperiksaan Online Penguasa Kastam – FORMAT & TIPS
  • Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41 2014
  • Punca GAGAL Temuduga Kerja Kerajaan
  • Soalan Exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
  • Panduan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
  • Tips Exam Pegawai Penerangan Gred S41
  • 1,452 Pelatih Separa Perubatan Diperlukan
  • 100 KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN GRED N17

Tips Kerjaya Mengikut Kategori

  • Berita / Semasa
  • Lepasan Diploma/STPM
  • Lepasan Ijazah / Sarjana
  • Lepasan SPM/SPMV/Sijil
  • peperiksaan
  • Peperiksaan Online
  • Tips/Panduan/Motivasi

Komen Pembaca

  • Ikhwan on Peperiksaan Online Penguasa Kastam – FORMAT & TIPS
  • Ikhwan on Peperiksaan Penerbit Rancangan Gred B41
  • liza on ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”
  • wanie wanie on Tips Exam Pegawai Penerangan Gred S41
  • su on Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

© 2023, TIM INFOKERJAYA