• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar

Blog Temuduga Kerja Kerajaan

Info, Tips & Panduan Temuduga Kerja Kerajaan

  • Lepasan Ijazah / Sarjana
  • Lepasan SPM/SPMV/Sijil
  • Lepasan Diploma/STPM
  • Peperiksaan Online
  • Tips & Panduan
    • Berita / Semasa

Mengapa anda berminat dengan kerja kerajaan?

August 28, 2009 by Tim Infokerjaya 88 Comments

Cuba lihat tajuk post di atas? Anda pasti sering ditanya soalan sebegitu bukan?

Soalan seperti ini memang dianggap mudah oleh sesetengah calon yang menghadiri temuduga bagi sektor awam.
k0292609
Adakah jawapan anda seperti ini?

” Saya minat kerja kerajaan ini sebab ianya
terjamin berbanding kerja swasta.”

atau

” Saya minat kerja kerjaan ini sebab ayah saya
juga kerja di sektor awam”

atau

” Saya datang je temuduga kerja kerajaan ini,
manatahu ada rezeki”

atau

”Banyak kelebihan jika saya dapat kerja
kerajaan ini. Cuti banyak!”

atau

” Tak tahulah, sebab dah puas saya minta kerja
swasta tak dapat, ni saya cuba la pula di sektor
awam”

Bermacam-macam jawapan yang diberikan oleh calon apabila ditanya soalan cepuemas ini. Adakah salah jawapan-jawapan ini? TIDAK, ianya adalah OK, tapi kurang tepat atau kurang sesuai.

Mahukah anda tahu jawapan yang sesuai bagi soalan yang ditanyakan ini?

Tunggu ye:) Saya bagi jawapan yang sesuai untuk anda ketahui. Sebenarnya, untuk soalan ini, bermacam-macam jawapan boleh diberikan oleh anda. Contoh – contoh jawapan yang disyorkan adalah seperti berikut:

”Saya berminat untuk bekerja di sektor awam adalah kerana:”

1. Berjaya menempatkan diri sebagai penjawat awam
adalah merupakan satu kebanggaan buat diri saya
kerana saya dapat berbakti kepada negara,
bangsa dan agama dengan memberikan perkhidmatan
yang terbaik untuk rakyat.

2. Bidang kerja di sektor awam adalah merupakan
minat dan cita-cita saya sejak zaman persekolahan
lagi dibantu dengan sokongan dan dorongan dari
keluarga saya terutamanya dari ibu dan ayah yang
amat berharap saya berjaya memasuki kerjaya di
sektor awam. Jadi, saya amat berharap saya dapat
diterima sebagai seorang penjawat awam dan
seterusnya dapat berbakti untuk negara.

3. Selain berkhidmat di sektor awam, saya juga
akan berterusan mendapat peluang untuk menambahkan
ilmu terutamanya ilmu-ilmu terkini dalam bidang
kerja yang diceburi dengan adanya seminar,
bengkel, kursus, peperiksaan penilaian dan banyak
lagi yang sememangnya amat bernilai bagi saya yang
tidak dapat saya perolehi di luar sana. Ini bakal
menjadikan saya seorang penjawat awam yang bukan
saja cemerlang, tetapi cekap dan juga berilmu
pengetahuan yang tinggi.

4. Saya juga berpeluang untuk menyambung
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dari
kelayakan yang saya miliki sekarang dengan bantuan
dan sokongan pihak kerajaan yang seterusnya dapat
menyumbang kepada perkhidmatan awam itu sendiri.

5. Tidak dapat dinafikan bahawa berkerja di
sektor awam ini memberikan jaminan masa depan buat
saya dan juga keluarga saya. Biarlah orang berkata
”kerja kerajaan ini gaji sikit je” tetapi
bagi saya, terjamin masa depan. Tidak ada risiko dibuang
kerja jika berlaku kegawatan ekonomi seperti yang
berlaku di sektor swasta kini.

6. Ya, kenaikan pangkat! Semua orang menginginkan
kenaikan pangkat dan juga gaji. Dalam sektor awam
semuanya akan diberikan termasuklah kelebihan –
kelebihan lain seperti cuti bersalin, cuti
tahunan, KWSP, mudah buat pinjaman bank, dan
lain-lain. Jadi ini memberikan galakan kepadaa saya
untuk memasuki sektor awam berbanding swasta.

Bagaimana dengan jawapan – jawapan yang saya syorkan tersebut? Anda bersetuju? Jika
anda mahu tahu, itulah jawapan yang lebih sesuai berbanding jawapan ringkas yang diberikan sebelum ini.

Bacaan Tambahan:

  • Soalan Peperiksaan Penguasa KastamSoalan Peperiksaan Penguasa Kastam
  • ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?””Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”
  • Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?

Filed Under: Tips/Panduan/Motivasi

Reader Interactions

Comments

  1. Sha says

    August 28, 2009 at 8:47 am

    sy pernah beberapa kali menghadiri temuduga disektor kerajaan..mmg setiap kali temuduga sy akan ditanya “mengapa sy berminat dgn kerja kerajaan”..tp sukar untuk memberikan jawapan yg tepat..setelah membaca segala tips yg berada di blog ini..sy bersetuju dgn semua tips2 ni…& sy juge dapat ilmu br dr sini..terima kasih… ;o)

    Reply
  2. Masnizah says

    August 28, 2009 at 9:55 am

    saya baru gi interview dan mmg ada soalan ni..nasib baik dh baca tips dari jamal, so dgn confidentnya saya jwb soalan tu..thanx jamal 😉

    Reply
  3. riana says

    August 28, 2009 at 11:06 am

    saya belum pernah lg pergi mana2 temuduga kerajaan.. tp sy berharap sgt akn mndapat peluang 2… dan sy amat berpuas hati dgn saranan jawapan di atas… ianya padat, ringkas dan mudah 2k d fahami… thx alot to Blog Kerja Kerajaan… thx Jamal.. 🙂

    Reply
  4. fikah says

    August 28, 2009 at 11:23 am

    Baru2 ni saya ada pergi interview,dia tanya,kenapa kita nak kerja dengan kerajaan.So,jawab la,dapat berbakti kepada negara, bangsa dan negara, then panel tu tanya lagi,sekarang ni pun awak kerja, dapat berbakti kepada negara,huh,pening dah,camner tu?sebelum ni saya ada kerja sebagai kerani dengan security guard n sebelum tu gak,kerja sebagai lab technician di bahagian R&D department…camner ye nak jawab?

    Reply
  5. fara says

    August 28, 2009 at 3:23 pm

    Salam dan selamat berpuasa!

    Saya pernah ditanya soalan begitu oleh KP , dan menjawab dengan tenang. Saya berminat kerana saya inginkan ilmu pengetahuan yg luas dan pengalaman2x superior yg lain melalui kursus2x dan seminar2x yg diberikan olh kerajaan. Namun demikian saya disangkal giler2x oleh KP tersebut! Saya nk cuba jawab yg lain selepas ini kalu diberi peluang lg, insyaALLAH. mungkin jawapan yg lebih relevant adalah terjamin masa depan..

    Reply
    • admin says

      September 9, 2009 at 1:08 pm

      Ganaz tu..KP! Kena cari jawapan yang lebih advanced tu:)

      Reply
  6. Jamila says

    August 28, 2009 at 5:30 pm

    thanks for the tip!

    Reply
    • sahhasrol says

      March 20, 2011 at 12:28 pm

      soalan2 apa je yang ada bila nak jadi pengawai bomba ye

      Reply
    • miza says

      April 5, 2011 at 1:51 pm

      saya pun akan interview pembantu makmal c17…dekat penang…

      Reply
      • elyn says

        April 5, 2011 at 6:15 pm

        miza : awk interviu bila?. . sy 13 hb ni. .

        Reply
        • miza says

          April 12, 2011 at 10:49 am

          saya 20.4.11…awak dulula elyn nanti kongsi la soklan yg ditanya nanti yea…

          Reply
  7. syda syakilla says

    August 31, 2009 at 9:16 pm

    salam…
    arrrrgghhhh…. tension spa tuk pembantu perangkaan da kuar. br jap td check… resultnya xdapat…

    rs nak menjerit jer… asal aku xdapat rsnye aku jwp da betol cnfident lak tu… emmmm adehla… sedey nye….

    Reply
  8. che kamal says

    September 1, 2009 at 12:21 pm

    salam dan slmt berposa

    sy xpernh lg interview kerajaan, tp sy rasa jwpn tersebut amatlah terbaik. isi yang padat dan ringkas.thanx

    Reply
  9. ct says

    September 1, 2009 at 2:33 pm

    salam.. slamat berpuasa.. saya skang dalam proses tunggu kptsn intvw.. x taula camne.. hopeful dapat la eh.. doa-doakan la…

    Reply
  10. azue says

    September 3, 2009 at 12:22 pm

    salam..
    saya dh 3 kali interview kerja kerajaan tapi still belum ada rezeki..
    soalan ni selalu ditanya bila saya ditemuduga. jawapan yang diberi bagus untuk saya praktikkan bila ada temuduga nanti..thanks coz bagi tip2 berguna ini 🙂

    Reply
    • wawa says

      May 23, 2010 at 12:08 am

      Insayallah, lepas nie dpt
      amin

      Reply
  11. cik_jururawat says

    September 20, 2009 at 1:12 am

    sy nak bg pandangan sy kat sni..ermm yg pnting sijil2 kelulusan korg tu smblm dtg interview kna la teratur rapi, jgan lupa sarapan tau..huhu..ermm..time tmuduga tu klu ada soalan pnemuduga tu korg xdpt jwb, ckp scara jujur yg kmu tidak tahu..dan korg kna yakin msa jwb soalan tu..bahasa badan dan mimik muka tu pnting msa temuduga tersebut..anggaplah temuduga yg bakal korg pergi tu mjadi peluang terakhir bagi diri korg..supaya korg ada semangat yg kuat untuk menjadi salah seorang calon terbaik dl interview itu…jgan lupa byk2kan berdoa k..klu tak berjaya dalam temuduga tersebut..jangan rasa putus asa..jadikan kegagalan itu sbgai dorongan kamu utk berjaya…apa2 pun good luck k..

    1. masa sy ditemuduga dulu soalan yg ditanya seperti ini :
    1.apa kelebihan yg ada pada diri kamu.
    2.kenapa kmi perlu mengambil kamu untuk berkhidmat bersama kami
    3.apakah perbezaan cergas den cerdas?
    4. senaraikan 5 kementerian dan nama menteri tersebut
    5.berapa warna pada bendera malaysia.
    6.seandainya kamu dapat jawatan ini,adakah kamu sanggup bekerja di lular bandar ataupun pendalaman sabah sarawak?
    hah..jawapan tu korag fikir2 la k..heheh..ni mmg soalan yg sy kna tanya masa interview dulu..alhamdulilah lulus…mybe sy ada kyakinan dan sentiasa memberikan senyuman kpd penemuduga itu..hehe

    Reply
  12. Dwan says

    October 14, 2009 at 1:36 am

    Assalamualikum…

    saya ada interview spa bulan puasa lepas..
    dia ada tanya soalan tu…
    saya jawab je ape yg terkeluar dr otak…hehe
    jumaat nih kuar result..adeh…
    x confident la plak..
    nyesal x buat betul2…
    yela… siap bley gelak2 time sembang ngan panel 2 orang…
    harap2 dapat la…
    amin….

    Reply
  13. ren says

    October 16, 2009 at 11:13 am

    hello…
    ni dah kali ke4 datang intervw…tiap kali buat persediaan untk intrvw memang tak tahu bagaimana untuk mengatur strategi…but…berterima kasih la adanya ruangan ini…thx jamal..u ar the best…kekuatan untk menghadapi temuduga akan dtg bertambah…chayo2… 🙂

    Reply
  14. izzati says

    October 19, 2009 at 9:12 pm

    salam.. saya belum pernah mghadiri mana2 temuduga gov.. tp, sdg mnunggu di pggil interview.. tips yang dikongsi di blog ni sgt b’guna buat sya.. thanks jamal atas tips dan ilmu ni.. ^_^

    Reply
  15. Harniza Abdul Sahak says

    October 22, 2009 at 11:54 am

    Assalamualakum..en.jamal sy nak ucapkan terima kasih untuk tips2 yg encik emailkan pada sy…
    Utk interview kali kedua ni sy akan cuba sedaya upaya saya dan gunakan tips2 yg en.bagi..

    Reply
  16. fiezaoscura says

    November 3, 2009 at 12:56 pm

    Sy dpt g interview ujian bertulis utk jwtn peg tadbir 6hb ni…spe2 leh membantu sy ape soalan2 yg mgkn di tnya…email [email protected]

    Reply
  17. nurul says

    November 22, 2009 at 9:53 pm

    sy dpt interview jawatan penolong jurutera…25nov ni….cuaknyer…bermacam2 persoalan kat minda….dengan ada nye blog en jamal ni…sedikit sebanyak ia dpt membantu….lagi2 orang seperti saya yg tdk pernah hadiri mana2 interview,,,but dengan pengalaman masa study…time presentation final projek dpt membantu keyakinan diri,…

    Reply
  18. wahida says

    December 6, 2009 at 8:43 am

    tima kasih byk2 ats tips2 yg diberi…saya ada interview 17hb Dec ni untuk jawatan juruaudit…mmg harap dapat tapi tak nak la berharap sgt2…yg penting pergi interview tu dgn persediaan yang cukup..kalo tak nanti malukan diri sendiri jgk kalo sume yang ditanya tak dpt jawab

    Reply
    • yanti says

      March 27, 2012 at 2:35 pm

      salam wahida blh sy tau tak cmner ek cnth soklan 4 exam juruaudit…plezz help me…exm 14/4 nie…

      Reply
  19. Miesha-Png says

    January 8, 2010 at 1:02 pm

    nervous!!!

    Reply
  20. yam says

    February 19, 2010 at 9:42 pm

    cik jamal..cmne sy nk bli ebook 2..sy dok area pdalaman gak r..bank yg de kat cni juz agrobank jew..klu nk g bank len,kne kuar r..mik mse lme sket r..kne tgu free n de hal,br sy kuar..sb skg,sy wat 2 job..gr kafa gn 4time kat mini market.ltih da wat 2 job..arap pat r beli ngn cpt..tp cmne??sy de dftr…tp cam xpasti je cre nk patkn ebook 2…

    Reply
  21. kiambang says

    March 17, 2010 at 9:00 am

    sy baru mohon tuk pem. tadbir di lem. per. peladang..ade ape2 tips tuk jabatan itu??

    Reply
  22. leen says

    April 8, 2010 at 2:45 pm

    esok pg saya ade interview ngan gov..bile bace tip kat sini harap sikit sebanyak dapat tlong saya.thanks

    Reply
  23. mawar says

    April 10, 2010 at 4:08 am

    hai…salam 1 Malaysia..
    ahad mggu dpn abg sy ade tmdge polis…
    bg yg ade pngalaman bleh tlg sy…..
    ape soalan yg sering ditye oleh panel pnemudge dan ape nshat anda?
    leh emel pd sye…[email protected]

    Reply
    • Saya Dah Dapat Kerja Kerajaan says

      April 13, 2010 at 4:15 pm

      Salam hormat kepada semua rakan-rakan…
      Rakan-rakan yang belum di panggil temuduga, harap banyakkan bersabar dan terus berusaha.
      Tahniah di ucapkan kepada yang telah di panggil sesi temuduga.
      Ingat, buat persiapan rapi sebelum menghadir sesi tersebut kerana masih ramai calon menunggu untuk jawatan tersebut. Tunjukkan kepada penemuduga bahawa andalah calon yang di cari-cari.

      Reply
  24. mizz_yna says

    April 18, 2010 at 12:24 pm

    boleh x bgtau sy pasal interview untuk penolong akauntan??? kat RISDA
    please urgent sgt sok nk interview tp x ada persediaan lg..

    [email protected]

    Reply
  25. shida says

    May 3, 2010 at 4:30 pm

    kawan2, selalunye kalau soalan untuk post pegawai, dalam english or bm yek???

    Reply
  26. lina says

    May 17, 2010 at 9:53 am

    thanks 4 da tips…..

    Reply
  27. jaz says

    May 24, 2010 at 5:13 pm

    Hi, this becoming June i will have to attend interview sebagai pegawai khidmat pelanggan??ada tips tak?thanks.
    =))

    Reply
  28. aleeza says

    July 6, 2010 at 12:58 pm

    7 july ni ade interview sbg penguasa kastam selepas 3thn sy jd simpanan. boleh bg sedikit tips tak sbb sy takde idea keje di mcm mane selain dr cek brg2 kat airport, port2 & sempadan.

    email:[email protected]

    Reply
  29. fieda says

    July 12, 2010 at 10:45 am

    salam…sape2 ade tips utk soalan intervw spp?urgent sngt2 ..ade intervw 14hb nie..rase cm x yakin jer..intervw 1st time lak tu…

    Reply
  30. cik timah says

    August 11, 2010 at 4:44 pm

    thanks…this info helps me a lot….mekaseh…XD

    Reply
  31. ila says

    August 24, 2010 at 11:03 am

    ade sape2 x ktcini penah pg interview pegawai pendidikan pengajian tinggi???share la pngalaman 2…..nnt sy kne g intrvw 2 pd 1/9..tktnye…xtau nk prepare ape…

    Reply
  32. cik jue says

    August 26, 2010 at 3:12 pm

    saya ada interview pada 01/09/2010 d JB.doakan saya b’jaya untuk jawatan ini. Moga rezeki kerja ini ntok baby yang sdg sy kandung nie..thax ntok tips n info n pengalaman yang ada…byk membantu ntok sy membuat persediaan awl..agk nervous ntok g interview in coz ni 1st time dpt interview ntok post nie…last year punya experience gagal ntok post f41..frust sgt msa tue coz sy rs da try yang terbaik tp fail gak…hope thn nie de rezeki ntok baby…doakan sy berjaya dpt yang terbaik dan lulus…aminnnnn

    Reply
  33. Luna says

    August 29, 2010 at 7:35 am

    saya sudah grad dr 2002 dan masih belum ada rezeki menempatkan diri dlm sektor kerajaan. setiap tahun saya tidak putus asa dan terus menghadiri exam,PAC,AGAC (utk jwtn akauntan) dan juga intw.saya pernah dpt intw kpli,penguasa kastam&ptd (2kali) tetapi gagal.

    esok saya akan menghadapi intw Akauntan di majlis perbandaran. sy harap ini temuduga terakhir yg saya perlu lalui dan memperoleh pekerjaan di majlis perbandaran tersebut.

    Reply
  34. sofia says

    October 15, 2010 at 3:21 am

    Tq kpd abg jamal yg bg tips utk intervie gov. tp sy masih takut utk g interview pd 26/10/10 nie sbg penolong pegawai tanah dan galian…. saya harap ade sesiapa yg akan bg tips lg kpd sy. tolong ye, nie email sy [email protected] harap2 b’jy dlm t’mdga nnt.. doakan sy.

    Reply
  35. ain says

    October 16, 2010 at 1:41 am

    terima kasih abg jamal sbb sudi berkongsi tips temuduga ni.. berdebar jgk saya utk mengetahui apa yg akan ditanya dan dijawab oleh sy pd penemuduga tu…sy akan menggunakan tips2 ni sbb persediaan utk menghadapi temuduga pada 30hb Nov 2010 utk jawatan Pembantu Tadbir Kewangan di SUK PAHANG… TERIMA KASIH & DOAKAN KEJAYAAN UTK MENDPT JAWATAN TERSEBUT.. INSYAALLAH..

    Reply
  36. nurul says

    November 27, 2010 at 7:02 pm

    1hb 12 ni sy da itbiu PT N17.agk2 soklan pa yg bkal dtanya eh? neves2

    Reply
    • Iranilis says

      December 1, 2010 at 9:19 pm

      sy doakn anda bejaya ye

      Reply
  37. Iranilis says

    December 1, 2010 at 9:18 pm

    bdebar2 tggu intvw 20hb dec ni..ni 1st time dpt,5thn tggu bru skrg d pggl..alhmdllh [email protected] belakang kira,jji ni lah msnya wt yg tbaik.kna ykn n bsemangat nt!!! tksh byk en jamal ats tips2 yg bguna ni…sy hargai sgt.doakn sy ye….

    Reply
  38. wanted says

    December 7, 2010 at 1:54 pm

    kepada saudara jamal, saya ada interview tuk besok 8/12/2010……..neves teramat sgt, dah berlatih pun lidah masih mcm rasa gagap…..keluarga pula meletak kan harapan yang tinggi terhadap saya berjaya dalam temuduga ini, agak memberi tekanan juga….sy ingin bertanya kepada suadara jamal, sekiranya soalan dia berbentuk mcm ni, jwapan apakah yg sesuai untuk sy jwab?? soalan: Kenapa anda layak untuk jwatan ini??

    p/s sy akan menghadiri temuduga untuk pembantu tadbir N17

    Reply
    • Nurul says

      December 7, 2010 at 8:35 pm

      to wanted : saye juga akn mghadiri interview yg sama esok! saya doakan smua nya tenang.. 🙂

      Reply
      • wanted says

        December 8, 2010 at 5:38 am

        nurul………semoga semua nya berjalan dgn lancar…..amin.

        Reply
  39. basirah says

    December 9, 2010 at 2:46 pm

    assalamualaikum… saya nak minta tolong ni… esok saya ada temuduga sbg pembantu tadbir n17.. boleh saya tahu soalan yang sering mereka tanya? tlng bantu saya… thanks

    Reply
  40. hurairah says

    December 22, 2010 at 1:44 pm

    Saya ada interview penolong penguasa bomba pada 6/1/2011. Ada tips tak apa soalan yang nak ditanye. Harap harap dapatla. Tolong doakan untuk saya ye. Saya doakan semoga berjaya dalam interview pada diri saya dan sesiapa yang bakal menghadapi temuduga. Buat yang terbaik, solat jangan tinggal, solat hajat jangan lupa. Doa banyak banyak.

    Reply
    • farra says

      January 13, 2011 at 11:46 am

      salam..
      hi hurairah..just nk share. i br jer terbaca post u nie..
      i pon ader interview utk jwtan yg sama. So cmner ng interview u? Ape yg ditya..n ssh x? leh share klu tak keberatan..?

      Reply
  41. zull says

    January 2, 2011 at 5:44 pm

    asalamualaikum..
    saya skrg nk kna standby for intrview 11.1 niie sbgai penoLong penguasa bomba KB29…
    mcam mana arrr…
    first time nie nie…
    gementar gak ler….

    Reply
  42. Shaila says

    January 5, 2011 at 10:06 pm

    Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) N 17.

    Soalan jenis/level apakah yang biasa ditanya untuk jawatan ini? Nervous sangat ni.. Ape yang i kene study?

    Reply
  43. nurul says

    January 19, 2011 at 1:19 am

    salam..saya ade intervw 21hb ni J41 jurutera awam..sape2 ade pengalamn leh crita..soaln yg ditanya..

    Reply
  44. wany says

    February 19, 2011 at 10:37 pm

    saya der interview pnolong pguatkuasa jpj…18/3….sape2 yang ada pengalaman leh la crita….takut sgt2

    Reply
  45. Shila says

    March 11, 2011 at 10:38 am

    Salam

    Selasa ni saya akan menghadiri UJIAN BERTULIS di Majlis Perbandaran, apakah sebenarnya UJIAN BERTULIS dan selalunya soalan berbentuk apa?

    Ujian bertulis tersebut untuk jawatan Pembantu Tadbir N17.

    Saya tidak pernah lihat atau dengar tentang Ujian Bertulis kerana kakak saya yang bertugas sebagai N17 selama 8tahun di sektor kerajaan juga tidak pernah menghadiri Ujian Bertulis semasa dia menghadiri temuduga dulu.

    Diharap tuan dapat membantu memberi tips.

    Shila

    Reply
  46. yaty says

    March 12, 2011 at 6:30 pm

    sy pernah ditanya masa tmuduga dgn spa maksud rahsia besar dan rahsia kecil..mcm mana saya nk jwb soalan di dgn jawapan yg tepat.

    Reply
  47. alawiyah says

    March 27, 2011 at 9:26 am

    encik jamal sy dpt tmdg….pembantu makmal, sy betul2 takut.ini tmdg sy kali ke3..blh bg tips2 soalan yg biasa untk pembantu makmal…C17

    Reply
  48. anis says

    March 29, 2011 at 12:55 pm

    sy akan menghadiri temuduga utk jawatan pembantu makmal c17.. ni adelah first time interviu.. takut sangat2.. biasanya ape soalan yg di tanya utk jawatan tersebut..

    Reply
    • Isra says

      April 14, 2011 at 10:50 am

      Sama la kita… bila n dimana interview?

      Reply
  49. elyn says

    April 4, 2011 at 3:05 pm

    alawiyah & anis. . sy pun dpt tmuduga pembantu makmal C17. . awk berdua interviu dekat mana?

    Reply
  50. ZAHARINA says

    April 11, 2011 at 1:21 am

    SALAM…

    BNYK TIPS YG MENARIK..BUT ADA SAPER2 BOLE BANTU X? SOALAN APE YG DOWG AKAN TNYE TUK TEMUDUGA PEMBANTU TADBIR UNDANG2?.. 1ST TIME INTVW GOV…

    Reply
  51. Isra says

    April 13, 2011 at 4:24 pm

    saya juga mendapat temuduga Pembantu makmal C17 16may ni kat putrajaya.. ada sesiapa yang sama dengan saya?

    Reply
  52. nur fatihah says

    April 14, 2011 at 8:33 pm

    terima kasih kerana perkongsian anda.sya akan menjalani temuduga pd 26 april ini untuk pembantu tadbir (undang-undang)

    Reply
    • Ma says

      August 3, 2012 at 1:23 pm

      Salam Nur Fatihah,

      Cane ngan result interview tu?.. Saya pun akan menghadiri sesi temuduga pada 30hb Ogos ni.. Bdebar jugak sebab 1st time interview kerajaan..

      Boleh share sikit pengalaman?..

      Reply
      • jiwaraga says

        August 8, 2012 at 12:54 am

        27 ogos 2012.. 8.00 am.. pembantu tadbir undang2.. vacancy – 40 org je drp 2000+ .. huh =p

        Reply
        • jiwaraga says

          August 8, 2012 at 1:02 am

          @ma ~ sy pnah gi intviu pembantu tadbir kewangan..

          soalan bkaitan yg ditanya 1)tugas2 sbg pmbantu tdbir kwangan 2)etika kerja 3)itu je.. soalan lain smua borak2 kosong je..

          tapi.. better prepare la sbaik2nya bcoz hari tu intviuer sy sporting sgt2. 28 nih kuar result 🙂

          Reply
    • juliana says

      August 29, 2012 at 12:41 pm

      nur blh share x soalan yg ditanya?

      Reply
  53. ZURIANA says

    June 5, 2011 at 1:11 am

    ESK sy ada ujian bertulis untuk jawatan pembantu tadbir (perkeranian/operasi) apakah bentuk soalan yang akan keluarkan untuk jawatan ini, plese sy nak tau sangat nii…

    Reply
  54. miezmiee says

    December 13, 2011 at 11:03 am

    saya dpt surat intrview utk jwtn pmbntu makmal..nevesnyaaa..da 2 kali saya attend inttview krajaan tp dua2 gagal.hope so kali ni dapat..sesape yang ada pgalaman masa intrview tolong a bg tips n pa solan yg besa d tny.. plesss

    Reply
  55. Tolonglah says

    January 27, 2012 at 3:12 pm

    Ape nk jwb nie bile panel tnye…
    Ade sape2 leh tolong??

    Reply
  56. Tun says

    April 3, 2012 at 8:50 pm

    Sebab mengapa pilih kerja sektor awam.
    1. Senang dapat loan
    2. Pencen
    3. Taip-tiap bulan tetap dpt gaji.

    Reply
  57. shera shea says

    May 24, 2012 at 7:14 pm

    nerves betul nak interview bomba KB17..ada sesiapa boleh share:)

    Reply
  58. Anis Sufiah says

    June 23, 2012 at 10:57 am

    Noted ! thank ya.. 😀

    Reply
  59. nina says

    June 25, 2012 at 11:56 am

    salam, sape ada cntoh resume untuk interview spa bleh email pd sy

    Reply
  60. juliana says

    August 29, 2012 at 12:36 pm

    salam Nur Fatiha and Ma…saya pun akan temuduga pd 30hb nie diputrajaya sbg pembantu tadbir undang2.ini 1st time sy dpt temuduga kerajaan.saya x thu aper yg perlu sy buat.Nur Fatiha blh bg taw serba sedikit pasal temuduga tue??

    Reply
  61. juliana says

    August 29, 2012 at 2:55 pm

    aper maksud sumbangan dan kebolehan istimewa tuh??camner nk huraikan dalam resume??boleh saper2 tolong tak??

    Reply
  62. nadia says

    May 21, 2013 at 7:09 am

    Salam..sy ade intebiu 27/5 ni..sy nk minx tips temuduga jwtn penolong pegaeai tadbir..tlg sy jamal..tq..

    Reply
  63. syl79 says

    September 15, 2013 at 4:45 pm

    sy dpggil temuduga bg jwtn pengajar pen. Peg. Kesihatan persekitaran pd 3.10 ni….
    Sesiapa yg pernah intvw ni blh share ka apa2 soalan yg dtnya ms tu?…

    Reply
  64. Hye Atie says

    September 25, 2013 at 4:24 pm

    Saya da pernah 3 kali intvw gov ni tp masih belum ade rezeki lagi..pada hari jumaat ni saya akan menghadiri temuduga utk jawatan PEMBANTU PENILAIAN – W17..tapi kan,tiap kali masuk bilik intvw mesti saya nerves..macam mana nak hilangkan rasa nerves tu ye..?nak jawab lain tp lain yg kuar dr mulut..arrgghhh!!

    Reply
  65. 10Jun2014 says

    June 10, 2014 at 11:48 am

    Terima kasih. Saya akan cuba menggunakan idea ini sekiranya ditanya dalam temuduga pada masa akan dat

    Reply
  66. Mirza Zhafran Beg says

    June 20, 2014 at 1:52 am

    Salam…mohon bantuan..sape penah interview utk pegawai tadbir n41 di majlis perbandaran?harap dpt share.thank u

    Reply
  67. mariani says

    August 5, 2014 at 2:56 pm

    pernah interview pembantu makmal, aku cakap ikut logik,siap aku yakin..jawapan yg aku berikan.’.. senyum sambil bercakap…n dgn comfiden ye aku cakap, jawapan yg sy berikan semua itu tidak lah setepat yg encik minta,tapi saya ikut logik akal sy’..yg temuduga senyum jeee….last2…..aku dapat la keje….hehehehe,kalu pasal menteri ke pasal negara,kena la hafal.satu lagi org yg temuduga tu nak test kita bercakap dan satu perkara lagi jangan tipu….diorang lebih tahu…..k.

    Reply
  68. dah dpt keje kerajaan... says

    August 5, 2014 at 3:00 pm

    jangan tipu,cakap yg benar….tips sebelum interview…org temuduga tahu bahasa badan kita,bila kita tipu mereka…

    Reply
  69. sheriena says

    August 25, 2014 at 5:04 pm

    salam, saye dipanggil temuduga untuk penolong penguasa kastam. boleh xcerita sapa yang ada pengalaman temuduga kastam sebelum ni?? pleaseee 🙂

    Reply
  70. steff says

    November 24, 2014 at 3:30 pm

    Hai..bsk sa ada tmdga pnlng pgwai pndftrn.blerr tuk p’sdiaan bsk..
    Klo ada sapa2 nak bantu wechat sa d stefeniepenie29..

    Reply
  71. amy says

    April 24, 2015 at 4:01 pm

    minggu depan i ada iv tuk nurse u41..any tips??nervous ah

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Daftar Percuma

Dapatkan Tips Peperiksaan dan Panduan Temuduga Kerja Kerajaan Terkini dari Blog Kerja Kerajaan secara percuma. Daftar di bawah.

Panduan Kerja Kerajaan

Panduan Separa Perubatan

Terkini Dari Blog Kerja Kerajaan

  • ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”
  • Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?
  • Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
  • Temuduga Latihan Separa Perubatan
  • Peperiksaan Online Pereka
  • Penolong Pegawai Penerangan
  • Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
  • Peperiksaan Online Penguasa Kastam – FORMAT & TIPS
  • Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41 2014
  • Punca GAGAL Temuduga Kerja Kerajaan
  • Soalan Exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
  • Panduan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
  • Tips Exam Pegawai Penerangan Gred S41
  • 1,452 Pelatih Separa Perubatan Diperlukan
  • 100 KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN GRED N17

Tips Kerjaya Mengikut Kategori

  • Berita / Semasa
  • Lepasan Diploma/STPM
  • Lepasan Ijazah / Sarjana
  • Lepasan SPM/SPMV/Sijil
  • peperiksaan
  • Peperiksaan Online
  • Tips/Panduan/Motivasi

Komen Pembaca

  • ikhwanfahmi on Penolong Penguasa Kastam
  • ikhwanfahmi on Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
  • ikhwanfahmi on Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?
  • Ikhwan on Peperiksaan Online Penguasa Kastam – FORMAT & TIPS
  • Ikhwan on Peperiksaan Penerbit Rancangan Gred B41

© 2021, TIM INFOKERJAYA