Jurubahasa Gred L17
Jurubahasa Gred L17
(Cina & Melayu)
(Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia)
[ Tarikh Temu Duga: 21 Julai 2013 – 26 Julai 2013 ]
SEMAKAN LAYAK TEMUDUGA JAWATAN JURUBAHASA GRED L17
–>https://domino.spa.gov.my/online/jadual_temuduga_jurubahasa.php
SKIM PERKHIDMATAN JURUBAHASA
1. SKIM PERKHIDMATAN
Jurubahasa Gred L17, L22, L26.
2. PERINGKAT ORGANISASI
Jabatan Mahkamah/Mahkamah Persekutuan/Pelbagai Jabatan.
3. RINGKASAN TUGAS
Menterjemah kes-kes dalam mahkamah terbuka dan kamar hakim, mencatat/merekod prosiding atau keputusan kes-kes di dalam fail-fail yang telah dibicarakan, mengemaskinikan Buku Eksibit dan Diari Mahkamah, menyediakan laporan Harian/Bulanan serta memastikan dan menyediakan fail-fail kes sebelum dihantar kepada hakim.
4. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS
4.1 Penterjemahan/Perundangan
(a) Menterjemah kes-kes kepada pesalah, saksi, peguam dan hakim yang memerlukan penterjemahan;
(b) Membaca kertas tuduhan, fakta kes, laporan akhlak dan dokumen-dokumen lain kepada pesalah/tertuduh dalam bahasa yang difahaminya semasa mahkamah bersidang;
(c) Menyebut atau memanggil kes-kes untuk bicara, sebutan dan jatuh hukum serta menetapkan tarikh baru bagi kes-kes tersebut; dan
(d) Mengambil ikrar dan mendapatkan butir-butir peribadi saksi semasa perbicaraan di mahkamah terbuka.
4.2 Perkeranian
(a) Menerima dan mendaftar kes-kes baru dalam Buku Daftar Mahkamah dan mencatat butir-butir kes ke dalam buku harian, diari mahkamah dan buku eksibit;
(b) Bertanggungjawab menyediakan Laporan Harian Mahkamah untuk hakim setiap hari;
(c) Menguruskan kertas pertuduhan bagi kes yang telah diselesaikan di dalam fail-fail siri akhir; dan
(d) Menerima fail rayuan dan menguruskan dokumen yang diperlukan untuk tindakan selanjutnya.
5. HUBUNGAN KERJA
Dalam melaksanakan tugas, Jurubahasa hendaklah memastikan hubungan yang baik dengan pihak-pihak berikut:-
5.1 Dalaman
(a) rakan sekerja di bahagian/unit yang sama; dan
(b) kakitangan lain di bahagian lain di dalam organisasi yang sama
5.2 Luaran
(a) orang awam/agensi kerajaan; dan
(b) firma guaman.
6. PERSEKITARAN KERJA
Dalam dan luar pejabat/mahkamah.
7. KEBOLEHAN YANG DIUTAMAKAN (PENGETAHUAN/KEMAHIRAN)
Kebolehan yang diutamakan bagi Jurubahasa adalah:-
(a) Berpengetahuan mengenai akta/undang-undang yang berkaitan; dan
(b) Berkebolehan menguasai pelbagai bahasa/dialek.
8. SIFAT-SIFAT YANG BERSESUAIAN DENGAN JAWATAN
Dalam menjalankan tugas, Jurubahasa hendaklah memiliki sifat-sifat berikut:-
(a) Bertanggungjawab, amanah serta sabar; dan
(b) Berupaya menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang melibatkan urusan mahkamah/perundangan.
Hiya, I am really glad I’ve found this info. Nowadays bloggers publish just about gossips and web and this is actually frustrating. A good site with interesting content, this is what I need. Thanks for keeping this web site, I will be visiting it. Do you do newsletters? Cant find it.