Assalmmualaikum wbt… diharapkan para pemca budiman berada dalam keadaan sihat. Mungkin ramai di kalangan kita pernah mengambil exam PTD kan?.Bagaimana dengan exam PTD anda? Boleh jadi ada yang kecewa, ada yang berpuas hati, ada juga yang konfiden tahap ‘cipan’! Hehe.Lumrah lah semua itu. Suka untuk dinyatakan sekali lagi, setiap tahun hampir 60 000 calon di panggil untuk menduduki peperiksaan atau exam bertulis PTD ini tapi bukan semuanya hadir. Ada yang masa mengisi borang tu hanya sekadar suka-suka sahaja.
Exam PTD ini diadakan bagi tujuan untuk
1-menguji kebolehan calon berfikir secara sistematik
2-menguji sejauh mana calon dapat menggunakan ilmu pengetahuan yang telah diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalamannya
3-Tegasnya peperiksaan ini adalah adalah untuk menguji kematangan pemikiran anda yang telah anda semai dan pupuk sepanjang riwayat persekolahan dan pengajian anda.
Kesimpulannya matlamat akhir exam ptd ini adalah untuk mengukur kualiti dan potensi anda sebagai bakal Pegawai Tadbir dan Diplomatik.
Ramai yang sudah maklum bahawa Exam PTD untuk tahun ini akan diadakan pada 12 Mei 2012 seperti yang telah dinyatakan di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.Sedarkah anda bahawa anda yang terpilih merupakan diantara mereka yang beruntung…??? kerana anda mempunyai peluang yang terbentang luas dihadapan bagi mencipta karier anda dalam bidang yang berprestij ini…oleh itu JANGAN SIA-SIAKAN PELUANG YANG ADA…!!!
Mengapa kami begitu ingin menekankan betapa anda “WAJIB” menghargai peluang yang ada ini… ini kerana terlalu ramai yang akan mengikuti exam PTD ini. Lihat sahaja rekod yang lepas, tidaklah dapat dianggarkan secara tepat tetapi kalau bersandarkan jumlah calon menduduki peperiksaan PTD pada November 2011 lepas, jumlahnya adalah seramai 35 000 calon! Saya eja – tiga puluh lima ribu orang yang mendudukinya.
Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana jawatan sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik memang berada pada kelasnya tersendiri.
Sesiapa yang menjadi seorang PTD bakal menjadi bos dan mengarahkan orang bawahannya. Siapa tidak mahu bukan? Lagipun, jawatan ini memang dikhususkan dalam hal-ehawal pengurusan (di dalam pelbagai jabatan kerajaan). Bergantung di dalam jabatan mana anda ditugaskan kelak, yang pasti – anda jadi bos atau sekurang-kurangnya penolong kepada bos.Disebabkan itulah orang berebut-rebut memohonnya. Dan jika surat panggilan peperiksaan sudah sampai ke tangan – sudah tentu sesiapa jua mahu meningkatkan peluang diri sendiri untuk lulus.
Jika anda graduan Sarjana Muda,anda pasti tahu yang tempat anda ada di Perkhidmatan Awam dengan tangga gaji Gred 41. Tapi tahukah anda antara kebanyakan skim gred 41, yang mempunyai kelebihan dari aspek gaji ini adalah Gred M41 iaitu Pegawai Tadbir Diplomatik. Ianya adalah satu jawatan yang amat eksklusif dalam perkhidmatan awam dan merupakan satu-satunya saluran untuk anda memegang jawatan nombor 1 sektor kerajaan iaitu Ketua Setiausaha Negara. Hanya mereka yang bermula dengan gred M41 layak menjawat jawatan ini!
Jom kita lihat FAKTA yang pernah direkodkan pada tahun 2008,untuk pengetahuan anda bahawa 92.68% calon GAGAL dalam exam ptd iaitu peperiksaan penulisan Pegawai Tadbir Diplomatik pada tahun tersebut…! Kerajaan hanya menyediakan lebih kurang 600 tempat kosong sahaja tetapi permohonan yang dibuat melebihi 54400 ketika itu.
Ya, inilah statistiknya. Ianya realiti dan bakal menjadi teruk lagi pada masa akan datang kerana semakin ramai orang sedar akan manfaat yang akan mereka dapat apabila menjadi pegawai gred M41.
Agak-agak la kan….mereka yang tidak melepasi exam PTD sejak tahun 2008 ini akan cuba untuk kesekian kalinya tak??? Kami yakin anda mampu untuk memikirkan persaingan yang berlaku bagi menduduki exam PTD ini.Sebab itulah langkah pengambilannya amat ketat dan sukar. Mereka yang mahu menjawat jawatan ini perlu melepasi 3 tapisan yang melibatkan ujuian bertulis, ujian fizikal juga di Assessment Center dan temuduga pada akhirnya.
Walaupun begitu ramai yang gagal bukan kerana gagal menjawab dengan betul soalan-soalan exam ptd ini, tetapi gagal menghabiskan soalan-soalan yang diberi. (Ini bermakna kalau mereka tahu bagaimana untuk menjawab, menjawab senang sahaja!) Hanya mereka yang betul-betul melakukan persediaan sahaja mampu menjawab semua soalan yang diberikan.
Namun bagaimana untuk melakukan persediaan jika anda tidak tahu apa yang bakal ditanya? Terdapat
banyak persoalan yang boleh ditimbulkan. Kenapa anda gagal dalam peperiksaan bertulis SPA. Ini perlu anda ketahui supaya tidak melakukan kesalahan serta kesilapan lagi dalam ujian peperiksaan yang akan datang.
Terdapat berbagai masalah yang dirasai buat para calon exam PTD ini. Diantaranya ialah Calon tak tahu format, Calon tapi tak tahu jenis soalan, Calon tak dapat ‘cope’ dengan skop pertanyaan kerana tak pernah tahu ianya akan ditanya, Calon serabut dengan buat pencarian di internet kerana maklumat semuanya bercampur baur, Calon menghabiskan masa membuat persediaan, tetapi persediaan tersebut tidak relevan. Hanya mereka yang betul-betul melakukan persediaan sahaja mampu menjawab semua soalan yang diberikan.
InsyaALLAH kami akan kongsikan tips-tips juga panduan yang boleh digunakan oleh para calon Exam PTD nanti. Teruskanlah berusaha dan mempersiapkan diri sebaik mungkin bagi menghadapi exam PTD pada tahun ini. ingat pesan kami… JANGAN SIA-SIAKAN PELUANG YANG ADA…!!! apa yang penting adalah usaha dan lakukan yang terbaik. Boleh jadi tahun ini merupakan rezeki anda menjawat jawatan tersebut!. Namun segalanya bermula dengan langkah pertama iaitu menghadapi exam PTD.
This can be a great website, and i need to take a look at this just about every day on the week .
I do believe all of the ideas you have presented on your post.