• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar

Blog Temuduga Kerja Kerajaan

Info, Tips & Panduan Temuduga Kerja Kerajaan

  • Lepasan Ijazah / Sarjana
  • Lepasan SPM/SPMV/Sijil
  • Lepasan Diploma/STPM
  • Peperiksaan Online
  • Tips & Panduan
    • Berita / Semasa

5 Tips Temuduga Jawatan Bagi Gred J

September 4, 2012 by Tim Infokerjaya Leave a Comment

Salam hormat pembaca blog semua.

Sudah agak lama tak update blog ni. Dah berkarat dah. Hehehe. Almaklumlah busy dengan bisnes dan hal-hal peribadi.

Dalam post kali ini, saya nak share tentang temuduga bagi gred “J” iaitu gred yang melibatkan kejuruteraan. Untuk bulan September ini, memang banyak panggilan temuduga bagi gred-gred J ini. Antaranya:

  1. PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIK) GRED J29
  2.  PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED J41 (MEKANIKAL INDUSTRI)
  3. JURUTEKNIK GRED J17 (AUTOMOTIF)
  4. PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED J41 (ELEKTRONIK)
  5. PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED J41
  6.  PENOLONG JURUTERA (AWAM) GRED J29
  7.  JURUUKUR GRED J41
  8. JURUTERA (AWAM) GRED J41
  9. PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED J29 (TEKNOLOGI MARITIM)
  10. JURUTERA (MEKANIKAL) GRED J41

Ya, bulan September ni memang ada banyak temuduga yang melibatkan gred J, kejuteraan Awam Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Elektronik, Juruukur, dan yang terlibat dengan Program Latihan Vokasional.

Di sini, ada sedikit share berkenaan temuduga-temuduga gred J ini.

  1. Soalan mengenai pengalaman kerja. Jika anda memiliki pengalaman bekerja di mana-mana sebelum ini, anda akan ditanya berkenaan kerja dan tanggungjawab anda. Biasa soalan berbunyi sebegini. “Sebelum ini anda pernah bekerja di mana? Dan apakah tugas/tanggungjawab anda?” . Saya syorkan anda cuba senaraikan dan huraikan tugas-tugasan anda sebaiknya. Relaks tapi smart. Jangan terlalu pantas atau gopoh. Anda teruskan bicara anda sehinggalah panel penemuduga menanyakan soalan lain atau mengarahkan anda berhenti bercakap. Sebenarnya dengan cara ini mampu memanjangkan masa anda bercakap, dan mengurangkan soalan yang bakal ditanya oleh panel penemuduga. Selain itu juga, anda kelihatan betul-betul bersemangat menerangkan tanggung jawab anda semasa bekerja. Di sini, panel boleh menilai anda dari segi kesungguhan, sikap dan tanggungjawab anda.
  2. Soalan mengenai subjek/projek di universiti. Jika anda tidak memiliki pengalaman bekerja (baru grad), biasanya anda diminta menerangkan projek-projek anda ketika belajar, ataupun anda ditanya berkenaan subjek pilihan anda semasa belajar. Terangkan dengan ringkas berkenaan projek anda, contohnya Tajuk Projek, Objektif Projek, Metod Projek, dan juga Output Projek. Jika ditanya berkenaan subjek pula, anda akan ditanya “Kenapa anda meminati subjek ini? “ atau “Apa kaitan subjek ini dengan jawatan yang dipohon”.
  3. Soalan penyelesaian masalah juga sering ditanya bagi gred ini. Dalam bidang kejuruteraan, kebolehan menyelesaikan masalah sangat penting. Jadi, anda berpotensi diuji dengan soalan sebegini. Soalan akan diberikan mengikut level jawatan yang anda pohon. Contohnya gred J41, soalan yang pernah ditanya adalah seperti ini “Jika projek pembinaan bangunan anda berada di kaki bukit, apakah langkah keselamatan mengikut etika kejuruteraan yang patut anda ambil sebagai seorang jurutera.” Soalan-soalan sebegini biasa ditanya kepada mereka yang memiliki pengalaman bekerja sebelum ini. Penting! Walaupun anda mungkin tidak tahu jawapan secara tepat, anda perlu mencuba beri penyelesaiannya. Jangan katakan tidak tahu! Cuba berikan jawapan berdasarkan logic dan juga ilmu beserta pengalaman anda.
  4. Soalan teknikal sering ditanya kepada mereka yang baru, atau kurang pengalaman bekerja. Anda akan disoal soalan berkaitan bidang anda. Contohnya, “berapakah kedalaman concrete pile untuk bangunan?”.  Lagi, “Berapa tebal lantai (slab) yang mematuhi BS8810?”. Tips dari saya, anda perlu ketahui asas-asas dalam bidang anda. Asas ini amat penting. Maka sebab itulah, soalan-soalan asas sering ditanyakan semasa temduduga.
  5. Soalan pengetahuan am/umum. Ini soalan famous yang ditanya oleh panel dari SPA. Ini yang menyumbangkan markah terbesar sekali. Soalan yang ditanyakan berkaitan dasar pentadbiran kerajaan, pengetahuan am tentang Malaysia, luar Negara, isu semasa, dll. Soalan-soalan sebegini banyak saya share dalam ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Apa yang penting, anda perlu membuat ulangkaji berkenaan topik-topik ini.

 

Itulah 5 tips simple dari saya. Buat calon temuduga bagi gred J, saya ucapkan selamat maju jaya. Usaha tangga kejayaan.

Filed Under: Tips/Panduan/Motivasi Tagged With: (AUTOMOTIF), JURUTEKNIK GRED J17, JURUTERA (AWAM) GRED J41, JURUTERA (MEKANIKAL) GRED J41, JURUUKUR GRED J41, PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED J41, PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED J41 (ELEKTRONIK), PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED J41 (MEKANIKAL INDUSTRI), PENOLONG JURUTERA (AWAM) GRED J29, PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIK) GRED J29, PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED J29 (TEKNOLOGI MARITIM)

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Daftar Percuma

Dapatkan Tips Peperiksaan dan Panduan Temuduga Kerja Kerajaan Terkini dari Blog Kerja Kerajaan secara percuma. Daftar di bawah.

Panduan Kerja Kerajaan

Panduan Separa Perubatan

Terkini Dari Blog Kerja Kerajaan

  • ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”
  • Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?
  • Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
  • Temuduga Latihan Separa Perubatan
  • Peperiksaan Online Pereka
  • Penolong Pegawai Penerangan
  • Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
  • Peperiksaan Online Penguasa Kastam – FORMAT & TIPS
  • Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41 2014
  • Punca GAGAL Temuduga Kerja Kerajaan
  • Soalan Exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
  • Panduan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
  • Tips Exam Pegawai Penerangan Gred S41
  • 1,452 Pelatih Separa Perubatan Diperlukan
  • 100 KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN GRED N17

Tips Kerjaya Mengikut Kategori

  • Berita / Semasa
  • Lepasan Diploma/STPM
  • Lepasan Ijazah / Sarjana
  • Lepasan SPM/SPMV/Sijil
  • peperiksaan
  • Peperiksaan Online
  • Tips/Panduan/Motivasi

Komen Pembaca

  • Ikhwan on Peperiksaan Online Penguasa Kastam – FORMAT & TIPS
  • Ikhwan on Peperiksaan Penerbit Rancangan Gred B41
  • liza on ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”
  • wanie wanie on Tips Exam Pegawai Penerangan Gred S41
  • su on Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

© 2023, TIM INFOKERJAYA