• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar

Blog Temuduga Kerja Kerajaan

Info, Tips & Panduan Temuduga Kerja Kerajaan

  • Lepasan Ijazah / Sarjana
  • Lepasan SPM/SPMV/Sijil
  • Lepasan Diploma/STPM
  • Peperiksaan Online
  • Tips & Panduan
    • Berita / Semasa

100,000 Pengambilan SPA Kekosongan Jawatan Kerajaan Tahun 2014

January 5, 2014 by Tim Infokerjaya 2 Comments

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjangkakan kira-kira 100,000 kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam untuk diisi pada tahun ini.

 

 

Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam berkata kekosongan jawatan itu melibatkan pelbagai kementerian, agensi dan kerajaan negeri.

 

“Kebanyakan kekosongan di peringkat kumpulan sokongan memandangkan lebih 70 peratus jawatan dalam perkhidmatan awam ketika ini diisi kumpulan itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini Jumaat.

 

 

Mahmood berkata SPA akan sentiasa memastikan calon-calon yang dilantik dalam perkhidmatan awam bukan sahaja memiliki kelulusan, kelayakan dan kebolehan, tetapi juga mempunyai kualiti teras antaranya cepat dan tepat, serta produktif, kreatif dan inovatif.

 

 

Sehubungan itu calon-calon yang berminat menyertai perkhidmatan awam dipelawa menyertai seminar dan kursus Tip Panduan bagi Memasuki Perkhidmatan Awam yang akan diadakan di seluruh negara bermula Sabtu, kata beliau.

 

 

“Sebab itu fokus kita pada tahun ini untuk menjelaskan kepada orang ramai cara nak mohon kerja, apa (ciri-ciri) yang kita cari. Jadi bagi orang ramai, kalau ada nilai yang kita cari ini dijemput hadir.

 

 

“Jadi kalau dia tidak dapat (kerja dalam perkhidmatan awam) pun kita harap dia puas hati kenapa dia gagal dan dia boleh cuba lagi,” kata Mahmood.

 

 

Sementara itu Mahmood berkata sepanjang tahun lepas 60,059 lantikan dibuat SPA melibatkan 38,659 pelantikan tetap dan selebihnya kontrak.

 

Ia melibatkan 45,392 calon lantikan Melayu, 2,901 Cina, 2,018 India dan selebihnya bumiputera Sabah, Sarawak dan lain-lain.

 

 

“SPA menerima 2.1 juta permohonan untuk menyertai perkhidmatan awam pada tahun 2013,” katanya.

 

 

– BERNAMA

Bacaan Tambahan:

  • ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?””Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”

Filed Under: Berita / Semasa

Reader Interactions

Comments

  1. HARTONO BIN HENDRIKUS says

    January 7, 2014 at 2:30 pm

    BIDANG AGAMA

    Reply
  2. rahmat manap says

    January 7, 2014 at 5:54 pm

    Spm 2000 lulus 8 matapelajaran

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Daftar Percuma

Dapatkan Tips Peperiksaan dan Panduan Temuduga Kerja Kerajaan Terkini dari Blog Kerja Kerajaan secara percuma. Daftar di bawah.

Panduan Kerja Kerajaan

Panduan Separa Perubatan

Terkini Dari Blog Kerja Kerajaan

  • ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”
  • Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?
  • Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
  • Temuduga Latihan Separa Perubatan
  • Peperiksaan Online Pereka
  • Penolong Pegawai Penerangan
  • Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
  • Peperiksaan Online Penguasa Kastam – FORMAT & TIPS
  • Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41 2014
  • Punca GAGAL Temuduga Kerja Kerajaan
  • Soalan Exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
  • Panduan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
  • Tips Exam Pegawai Penerangan Gred S41
  • 1,452 Pelatih Separa Perubatan Diperlukan
  • 100 KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN GRED N17

Tips Kerjaya Mengikut Kategori

  • Berita / Semasa
  • Lepasan Diploma/STPM
  • Lepasan Ijazah / Sarjana
  • Lepasan SPM/SPMV/Sijil
  • peperiksaan
  • Peperiksaan Online
  • Tips/Panduan/Motivasi

Komen Pembaca

  • Ikhwan on Peperiksaan Online Penguasa Kastam – FORMAT & TIPS
  • Ikhwan on Peperiksaan Penerbit Rancangan Gred B41
  • liza on ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”
  • wanie wanie on Tips Exam Pegawai Penerangan Gred S41
  • su on Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

© 2022, TIM INFOKERJAYA