• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar

Blog Temuduga Kerja Kerajaan

Info, Tips & Panduan Temuduga Kerja Kerajaan

  • Lepasan Ijazah / Sarjana
  • Lepasan SPM/SPMV/Sijil
  • Lepasan Diploma/STPM
  • Peperiksaan Online
  • Tips & Panduan
    • Berita / Semasa

10 Tips Untuk Tenang dan Yakin Menghadiri Seisi Temuduga & Peperiksaan SPA

May 23, 2013 by Tim Infokerjaya 2 Comments

Ramai rakan-rakan yang menerima surat jemputan menghadiri seisi temuduga atau peperiksaan jawatan kerajaan sepanjang bulan Mei – Jun 2013 ini terutamanya bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27. Untuk itu admin kongsikan 10 tips ringkas buat calon temuduga / peperiksaan SPA untuk lebih tenang dan yakin menghadiri seisi temuduga & peperiksaan SPA.

 

Tips 1 :  Tidur awal

Tidurlah awal pada malam sebelum temuduga / peperiksaan. Tidur yang mencukupi penting supaya badan dan otak kita segar pada keesokan harinya.

 

Tips 2 : Bangun awal

Cuba bangun seawal mungkin pada pagi hari temuduga / peperiksaan. Bangun, mandi dan tunaikanlah solat sunat 2 raakat. Solat sunat apa-apa pun boleh. Sunat taubat ker, sunat hajat ker, atau sunat tahajjud pun boleh dilakukan. Doa dan minta pada Allah supaya mempermudahkan kita untuk menjawab soalan.

 

Tips 3 : Baca surah Yaasin

Surah Yaasin adalah ‘surah yang memudahkan’. Sebab itu kalau orang sakit tenat digalakkan untuk kita baca surah Yaasin supaya kalau ajal nya sudah sampai, maka mudahlah roh nya untuk keluar dari jasad. Jadi, siapa yang amal membaca surah Yaasin pada pagi hari, InsyaAllah, dengan keberkatan surah ini, semua kerja-kerja kita selama satu hari tu akan dipermudah dan diselesaikan. Jadi, peruntukkan sedikit masa untuk baca surah Yaasin, setidak-tidaknya pada hari kita nak menduduki temuduga / peperiksaan. Baca dan niatkan dalam hati supaya Allah bantu kita.

 

Tips 4 : Telefon ibu-bapa

Doa ibu bapa untuk anak adalah sangat mustajab. Telefon lah ibu/bapa kita sebelum menduduki temuduga / peperiksaan. Minta maaf pada mereka kalau-kalau kita ada buat dosa dengan mereka. Minta mereka doakan kejayaan kita. InsyaAllah, dengan berkat doa ibu/bapa, Allah pasti beri kejayaan pada kita.

 

Tips 5 : Datang awal ke tempat temuduga / peperiksaan

Pastikan diri kita tiba di tempat temuduga / peperiksaan setidak-tidaknya 15 minit lebih awal dari masa temuduga / peperiksaan bermula. Ini bertujuan untuk mengelakkan kita daripada menjadi kelam kabut sekiranya kita terlewat. Saya pernah melihat seorang calon yang sampai lewat ke dewan peperiksaan. Memang kelam kabut dan huru hara dibuatnya. Saya lihat dia termengah-mengah, berpeluh dan nampak kusut pada wajahnya. Sedangkan pada masa itu, orang lain dah bersiap sedia dengan tenang di tempat duduk masing-masing untuk menjawab soalan. Dia pulak, memang nampak kelam kabut dan tidak tenteram. Dalam keadaan begitu, adakah anda rasa dia boleh menjawab soalan peperiksaan dengan baik ? Jadi, sila pastikan diri kita untuk datang awal ke tempat temuduga / peperiksaan SPA.

 

Tips 6 : Senyum dan Sapa

Kalau anda sampai awal di tempat temuduga / peperiksaan, cubalah untuk bertegur sapa dengan calon-calon lain. Macammana nak bertegur sapa ? Mudah saja caranya, anda lontarkan senyuman, beri salam dan hulur tangan untuk bersalaman. Kemudian, perkenalkan diri dan tanya nama dia, dari mana dia datang dan apa-apa sajalah.

Komunikasi ‘ringan’ dengan calon lain ini dapat mengurangkan tekanan atau kerisauan kita pada seisi temuduga / peperiksaan bakal diduduki. Dengan menegur calon lain, kita tidak akan berasa keseorangan, malah kita akan berasa lebih berkeyakinan.

 

Tips 7 : Kunyah gula-gula getah (chewing gum) *Untuk seisi peperiksaan sahaja.

Memang menjadi amalan saya semasa menghadari mesyuarat, saya akan mengunyah chewing gum. Mengunyah chewing gum bukan saja dapat mengelakkan daripada mengantuk, malah dapat merangsang otak untuk terus berputar ligat. Mungkin tiada kajian yang membuktikan perkara ini, tapi ini adalah pengalaman sebenar saya. Saya berasa otak saya tepu kalau tak mengunyah chewing gum semasa meeting.

Jadi, sebelum peperiksaan, saya pasti akan membeli chewing gum dan meletakkan dalam poket. Dan sepanjang peperiksaan berjalan, mulut saya memang akan terkumat-kamit mengunyah chewing gum. Alhamdulillah, cara ini bukan saja membuatkan saya berasa segar, malah saya rasa otak saya lebih pick-up daripada biasa. Jadi, kepada yang tak pernah mencuba tips ini. Cubalah kunyah ‘chewing gum‘ semasa anda menduduki sebarang peperiksaan.

 

Tips 8 : Baca selawat kalau ada soalan yang sukar

Kalau ada soalan-soalan yang sukar untuk dijawab, selawat lah ke atas Nabi SAW sebanyak 3 kali. Dan kemudian, baca kembali soalan dan jawablah dengan sebaik mungkin.

 

Tips 9 : Ucap Alhamdulillah dan bertawakal kepada Allah

Selepas habis menjawab semua soalan. Ucapkanlah Alhamdulillah dan bertawakal lah kepada Allah. Yakin dan bersangka baik lah dengan Allah bahawa Allah akan memberikan kejayaan pada kita berkadar dengan usaha yang kita telah lakukan.

 

Tips 10 : Muhasabah diri

Selepas temuduga / peperiksaan telah selesai semuanya, muhasabah lah diri. Catatkan kelemahan-kelemahan atau kekurangan-kekurangan yang kita telah lakukan dalam menghadapi temuduga / peperiksaan. Catatan ini penting supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan dan anda akan dapat mempertingkatkannya pada masa-masa yang akan datang.

 

Sekian, begitulah 10 tips bagaimana untuk menghadapi seisi temuduga & peperiksaan jawatan kerajaan dengan tenang. Kepada yang bakal menduduki temuduga dan peperiksaan SPA, cubalah amalkan tips-tips ini setakat yang termampu. Saya percaya, anda juga akan merasai kebaikannya, insyaAllah.

Bacaan Tambahan:

  • ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?””Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”

Filed Under: Tips/Panduan/Motivasi Tagged With: temuduga jawatan kerajaan, temuduga spa, tips temuduga jawatan kerajaan, tips temuduga spa

Reader Interactions

Comments

  1. Elektroniksigaraci.Webs.Com says

    May 25, 2013 at 4:55 pm

    Inspiring quest there. What happened after? Good luck!

    Reply
  2. obat ampuh wasir says

    August 31, 2013 at 9:31 am

    You’ve made some good points there. I checked on the web for more information about the issue and found most individuals will go along with your views on this site.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Daftar Percuma

Dapatkan Tips Peperiksaan dan Panduan Temuduga Kerja Kerajaan Terkini dari Blog Kerja Kerajaan secara percuma. Daftar di bawah.

Panduan Kerja Kerajaan

Panduan Separa Perubatan

Terkini Dari Blog Kerja Kerajaan

  • ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”
  • Peperiksaan Penguasa Kastam 6 Sept Ini ?
  • Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
  • Temuduga Latihan Separa Perubatan
  • Peperiksaan Online Pereka
  • Penolong Pegawai Penerangan
  • Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
  • Peperiksaan Online Penguasa Kastam – FORMAT & TIPS
  • Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41 2014
  • Punca GAGAL Temuduga Kerja Kerajaan
  • Soalan Exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
  • Panduan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
  • Tips Exam Pegawai Penerangan Gred S41
  • 1,452 Pelatih Separa Perubatan Diperlukan
  • 100 KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN GRED N17

Tips Kerjaya Mengikut Kategori

  • Berita / Semasa
  • Lepasan Diploma/STPM
  • Lepasan Ijazah / Sarjana
  • Lepasan SPM/SPMV/Sijil
  • peperiksaan
  • Peperiksaan Online
  • Tips/Panduan/Motivasi

Komen Pembaca

  • Ikhwan on Peperiksaan Online Penguasa Kastam – FORMAT & TIPS
  • Ikhwan on Peperiksaan Penerbit Rancangan Gred B41
  • liza on ”Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”
  • wanie wanie on Tips Exam Pegawai Penerangan Gred S41
  • su on Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

© 2022, TIM INFOKERJAYA