Adakah anda mendapat keputusan temuduga sebagai calon simpanan?

Dapat calon simpanan je saya ni..huhuhu

Seperti yang saya janjikan, kali ini topik perbincangan kita dalah mengenai “calon simpanan”.

Ini merupakan topik antara yang paling popular yang sering ditanya oleh rakan – rakan kita.

Antara soalan – soalannya:

1. Apakah maksud calon simpanan tu?
2. Berapa lama tempoh calon simpanan tu tunggu keputusannya samada diserap atau tidak?
3. Berapa peratus kah keberangkalian calon simpanan ini akan diserap ke dalam sektor awam?
4. Bolehkah calon simpanan ini memohon ni memohon pekerjaan lain di sektor awam seperti SPA?
5. Adakah saya dikira berjaya apabila mendapat calon simpanan ini?
6. Berapa paling cepat dan paling lambat calon simpanan ini akan diserapkan dalam jawatan dalam sektor awam?

Banyak soalan bukan? Maafla saya tidak menjawab serta – merta sebelum ini..saya agak mem’bz’kan diri..

Calon Simpanan ini adalah mereka yang telah menghadiri temuduga di SPA dan mendapat result – sebagai calon simpanan. Ini bermakna mereka tidak gagal dalam temuduga yang dijalankan, tetapi masih juga belum berjaya. Mereka ini boleh dianggap telah melangkah sebelah kaki untuk mendapatkan pekerjaan di sektor awam.

INGAT! Sebelah kaki saja. Belum kesemuanya..Calon simpanan ini akan diserap ke dalam sektor awam sekiranya terdapat calon yang telah berjaya di dalam temuduga sebelumnya menolak jawatan yang ditawarkan. Maknanya dia taknak bekerja dengan kerajaan la walaupun dah berjaya temuduga..

Jadi, jawatankuasa pemilihan akan memilih calon – calon simpanan yang ada ini untuk menggantikan mereka yang telah menolak jawatan tersebut. Sekiranya calon simpanan tadi juga menolak, calon simpanan kedua pula akan dipilih. Begitulah alkisahnya….

Atau ada kes – kes tertentu…calon simpanan ini akan diserap masuk ke dalam perkhidmatan awam. Contohnya: PM arahkan mereka yang berstatus ‘calon simpanan’ diberikan kerja serta merta ataupun terdapat keperluan kakitangan yang segera oleh sektor awam.

Biasanya, calon simpanan ini diberi tempoh menunggu setahun dan ada juga diberi masa 6 bulan. Maknanya, mereka perlu menunggu dalam tempoh tersebut samada dipanggil untuk melaporkan diri untuk jawatan tetap di sektor awam atau tidak. Jika mereka dipanggil melaporkan diri dalam tempoh tersebut, tahniah diucapkan. Mereka telah berjaya menjawat jawatan di sektor awam dengan status TETAP atau Kontrak SPA. Kedua – dua status ini adalah baik untuk mereka di mana kedua –duanya berjaya memasuki sektor awam. Yang kontrak SPA ini biasanya akan ditawarkan kepada status TETAP dalam masa setahun perkhidmatan.

Berapa cepat calon simpanan akan diserap ke dalam sektor awam ini?

Ada juga calon yang menunggu hanya dalam 2 bulan sudah dipanggil melaporkan diri untuk jawatan tetap tersebut. Rezeki….Dan ada juga calon simpanan yang selepas setahun 2 bulan baru dipanggil untuk melaporkan diri. Walaupun tempoh menunggu dijanjikan setahun, tapi masih ada peluang selepas tempoh tersebut tamat.

Dan ada juga yang memang tak dapat – dapat juga walaupun dah lebih setahun menjadi calon simpanan. Memang tiada rezeki untuk mereka. Pada pandangan saya, peluang calon simpanan ini untuk diserap ke dalam sektor awam adalah kurang dari 50%.

Bagi calon simpanan ini, sementara menunggu keputusan samada diserap atau tidak, mereka digalakkan untuk mencari peluang kerja yang lain. Mereka boleh menghadiri mana – mana temuduga lain yang dianjurkan oleh sektor kerajaan mahupun swasta. Usah berharap 100% untuk diterima memasuki sektor awam dalam masa menunggu tersebut. Kadang kala, jika mereka bernasib baik, mereka berjaya mendapatkan jawatan di sektor awam yang lain. Jika perlu mengemaskini borang permohonan SPA semula, sila kemaskinikan. Tiada masalah..

Itulah serba sedikit mengenai calon simpanan. Jika anda mendapat keputusan sebagai Calon Simpanan, usahlah kecewa. Itu adalah satu kejayaan juga buat anda. Jika ada rezeki, anda akan dipanggil melaporkan diri. Jika tidak, usaha lagi di lain masa. Dan simpan result ‘calon simpanan’ itu baik – baik. Ini kerana ianya boleh digunakan sekiranya anda dipanggil temuduga lagi di lain – lain masa. Anda boleh menunjukkan/masukkan dalam fail keputusan tersebut untuk rujukan/tatapan panel penemuduga pada masa akan datang. Ini mampu mempengaruhi emosi panel yang menemuduga anda di lain masa nanti. Manatahu dia berkata “Wah! Calon ini dah berjaya menjadi calon simpanan rupa – rupanya…Bolehla tolong sikit…”.

Sekian saja info yang tidak seberapa dari saya..

p/s: Jika berminat nak dapatkan ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan dan ebook – ebook sokongan yang lain, boleh dapatkannya di www.kerja-kerajaan.com sahaja.

Share/Save/Bookmark

Komen dan SHARE pada rakan anda di Facebook

Comments (142)

 

  1. nana says:

    sy pn ade call spa..die ckp keputusan final akan hantar surat ke umah..in case kalau korg dh dpt result or surat,inform la kt sini k..tq

  2. abudine83 says:

    Salam suma. Td saya ade call SPA berkenaan keputusan temuduga berstatus “tertakluk kepada kelulusan mesyuarat suruhanjaya”. Dorang tgh check dgn JPA berkenaan kelayakan degree dgn bidang yg kita pohon. So means blom ade lg keputusan yg tetap, calon simpanan or KIV. Yg dh dpt dukacita tuh, mmg bebetul keputusannya gagal. Keputusan yg betul2 akan di pos dlm masa 2 minggu lg. Itu kata person incharge 03-88856357

  3. diela says:

    yeke?xtau plak sy..sy col then die mnx ic no..die cek sy nyerk..die ckp sy calon simpanan..b4 dat,sy tnye mksd ‘Tertakluk kepada Kelulusan Mesyuarat Suruhanjaya’.tula die ckp calon simpanan.mmg xphmla…patut result biala clearkan…farz..awk try col la..then post kat cnie..mne tau awk dpt info len ker…

  4. diela says:

    abudine83..sy rse mmg btul..sbb dgree sblm nie ada mslh sket psal akriditasi..time sy col tu pun org tu mcm nk ckp sy ada mslh psal akriditasi n tnye sy dr u mane…tp dgree tu da dpt akriditasi dri bem…maybe die nk check blik kot n confemkan…kalo gagal result dietulis gagal ker?

  5. abudine83 says:

    Yg gagal akan di tulis sbg “dukacita anda tidak berjaya dalam urusan ini” & siap ade penjelasan utk di “klik”. Ini betdasarkan keputusan temuduga rakan saya utk PLV (mekanikal am) yg ditemuduga juga dlm bulan 8/2010. So yg dpt result “tertakluk kpd kelulusan…” tu, nama dh dkt JPA utk disemak kembali kesesuaian bidang & degree. Itu yg telah di terangkan kpd sy. So skang kt SPA dh lepas, tinggal urusan JPA jek nk annouce penempatan. byk2 berdoa & bertawakkal. Kalo mmg rezeki kita, InsyaAllah, ada berita baik la tu dlm 2 minggu nih.

  6. diela says:

    yeke?okla tq for da info…ade info lg jgn lupe post yerk..awk bru pas intrvw gak ker?

  7. diela says:

    ade berita terkini x psal status tue?plik2..

  8. diela says:

    kiv tu ape erk

  9. diela says:

    farz..awk da col x?

  10. nana says:

    korang ade ape2 perkembangan x?kalu dh dpt surat inform2 la kt sini ye..

  11. diela says:

    so far xde…

  12. nana says:

    kalau korang dh dpt any news or surat,inform2 la ek..

  13. diela says:

    tp tgk kat intnt nie da k ke 7 org y stats cmtu…nana pn kalo dpt surt gtaula yerk…nana x try col spa ?mne tau jwpn die len2 ker…

  14. fairus says:

    salam,nnt ade ape2 perkembangan share2 ye

  15. diela says:

    member saya cakap bedasarkan expernce kwn2 die mksdnya gagal…tp xtaula…mlas nk mghrap…

  16. nana says:

    salam korang..sy dh call spa..keputusan dh kluar..cek la..

  17. Dre0505 says:

    aku bru jer check result spa tp dpat calon simpanan..ini kali kedua dah…tp aku tahu aku tak akan dpt lg…huh…harap2 aku dpt di terima kali ni….

  18. diela says:

    cek ktne?td try cek kat portal result die sme jerk tertakluk kpd kelulusan mesyuaarat suruhanjaya..ke dpt surat?nana dpt x?

  19. diela says:

    cek katner yer?nape result sy still sme n tergntung???

  20. diela says:

    sape2 ley jwb solan sy???cek ketne yer?

  21. diela says:

    ade sape2 y berjaya?

  22. nana says:

    sorry g solat td..alhamdulillah sy dpt..call no ni 03-88856348 en. putra

  23. diela says:

    kene col ke dapat surat x

  24. diela says:

    atau cek kt portal?awk plv ape?

  25. diela says:

    congrate nana….

  26. nana says:

    thanx..die kate surat die pos arini..so mungkin lusa dpt kot..awak kena call..kat portal die x update pn..gud luck diela..sy plv networking

  27. diela says:

    ooo ok….tq2 for da info…die ckp x awk dpt ngaja ktner?

  28. diela says:

    bkn xpat..da lpas ofis hour kot..gonrmnt lgla blik awl..hehe…abudine83…awk plv apa?

  29. nana says:

    korang dpt call x?

  30. Diela says:

    Ait.tgh td de col.die ckp sy nyerk xde keputsan lg kne tggu nxt week.kat cni slain nana sape lg dpt?

  31. Diela says:

    Ada sape2 da dpt surt?

  32. Diela says:

    Kalo ada y da dpt surt infom erk

  33. Lolipop says:

    Salam,
    Saya pergi interview untuk jawatan plv last august.
    Saya nak tanya, kalau di tulis kat laman web SPA tu, “Tahniah! Anda telah berjaya dan surat tawaran akan dikeluarkan oleh:…..” Adakah bermaksud saya telah berjaya mendapat jawatan tersebut? Surat tawaran belum dapat lagi.

  34. Diela says:

    Better col spa la tny..plv apa yer?

  35. diela says:

    nana da dpt surt?

  36. nana says:

    salam,sy dh dpt surat..23/11 report duty..

  37. abudine83 says:

    wah..tahniah..selamat menjalankan tugas

  38. macherz says:

    congrate nana…sy plak col spa.die ckp untk bidang sy lum de result sbb tggu surt dr jpa psal pengiktirafan…dgree sy da iktiraf xtaula nk cek pe…erm abunine83 da dpt x?

  39. abudine83 says:

    blom terima ape2 lg surat..spa pon sy x call..sy letak alamat kampung..tu la psl..cik nana dpt surat tu bile?

  40. nana says:

    thanx sumer..insyaAllah sy doakan korg sume pn dpt gak..amin..sy baru dpt surat harini..

  41. macherz says:

    bes nyerk nana…time nana col tu die ckp ape yerk???

  42. abudine83 says:

    Just want to ask..Nana duk area mane??bandar besar ke??smlm sy call ibu kt kg tp die ckp x de ape2 surat yg smpi pon..maklumlah, duk di kwsn agak dalam..

  43. nana says:

    marcherz : time call tu,die cakap sy berjaya dan surat dh dipos pada tarikh hari sy call tu

    abudine83 : sy dok area klang,maybe surat awak lambat sampai kot..dh try call spa?

  44. macherz says:

    kalo dpt kptsn “tertakluk kpd kelulusan mesyuarat suruhanjaya” tu kemungkinan dpt besar x?n

  45. Lolipop says:

    Salam semua..
    Saya dah dapat surat semalam… Sama macam nana, lapor diri 23/11… Jadinya kena penalti dengan company sekarang…

  46. abudine83 says:

    cmne ek skang nih..surat dh sampai..sama gak kene lapor diri 23/11..tp nk tender resign kene 2 bulan plak tuh..kalo X kene byr 2 bulan gaji..agak2 kalo lepas lapor diri bleh minta penangguhan x??

  47. macherz says:

    ooo majority y dpt result “tertakluk kepada kelulusan mesyarat suruhanjaya” tu dpt erk?abudine kne duty katne?duk area mne?npe col spa die ckp lum de result lg erk untk mekatronik?ade x sape2 kaat cnie plv mekatronik?

  48. macherz says:

    nana kne duty mne?bes nyerk korg..sy nie jerk y tergntg lg..huhu..hope dptla…

  49. abudine83 says:

    InsyaAllah..Kalo ade rezeki, confirm dpt py lah..Sy x tau lg kene duty kt mn..just kene lapor diri kt Putrajaya jek dulu. Kt sana baru bgtau kot posting mn..Sy duk Area Kulai..

  50. Lolipop says:

    saya da call spa tu semalam.. Dia cakap x boleh penangguhan… Sebab 23hb da start kira gaji.. by hook or by crook saya kena bayar penalti juga lah.. posting pula akan dapat tahu selepas lapor diri di Putrajaya… macherz, insya Allah kalo ada rezeki, dapat nanti… :)

Leave a Reply