Adakah anda mendapat keputusan temuduga sebagai calon simpanan?

Dapat calon simpanan je saya ni..huhuhu

Seperti yang saya janjikan, kali ini topik perbincangan kita dalah mengenai “calon simpanan”.

Ini merupakan topik antara yang paling popular yang sering ditanya oleh rakan – rakan kita.

Antara soalan – soalannya:

1. Apakah maksud calon simpanan tu?
2. Berapa lama tempoh calon simpanan tu tunggu keputusannya samada diserap atau tidak?
3. Berapa peratus kah keberangkalian calon simpanan ini akan diserap ke dalam sektor awam?
4. Bolehkah calon simpanan ini memohon ni memohon pekerjaan lain di sektor awam seperti SPA?
5. Adakah saya dikira berjaya apabila mendapat calon simpanan ini?
6. Berapa paling cepat dan paling lambat calon simpanan ini akan diserapkan dalam jawatan dalam sektor awam?

Banyak soalan bukan? Maafla saya tidak menjawab serta – merta sebelum ini..saya agak mem’bz’kan diri..

Calon Simpanan ini adalah mereka yang telah menghadiri temuduga di SPA dan mendapat result - sebagai calon simpanan. Ini bermakna mereka tidak gagal dalam temuduga yang dijalankan, tetapi masih juga belum berjaya. Mereka ini boleh dianggap telah melangkah sebelah kaki untuk mendapatkan pekerjaan di sektor awam.

INGAT! Sebelah kaki saja. Belum kesemuanya..Calon simpanan ini akan diserap ke dalam sektor awam sekiranya terdapat calon yang telah berjaya di dalam temuduga sebelumnya menolak jawatan yang ditawarkan. Maknanya dia taknak bekerja dengan kerajaan la walaupun dah berjaya temuduga..

Jadi, jawatankuasa pemilihan akan memilih calon – calon simpanan yang ada ini untuk menggantikan mereka yang telah menolak jawatan tersebut. Sekiranya calon simpanan tadi juga menolak, calon simpanan kedua pula akan dipilih. Begitulah alkisahnya….

Atau ada kes – kes tertentu…calon simpanan ini akan diserap masuk ke dalam perkhidmatan awam. Contohnya: PM arahkan mereka yang berstatus ‘calon simpanan’ diberikan kerja serta merta ataupun terdapat keperluan kakitangan yang segera oleh sektor awam.

Biasanya, calon simpanan ini diberi tempoh menunggu setahun dan ada juga diberi masa 6 bulan. Maknanya, mereka perlu menunggu dalam tempoh tersebut samada dipanggil untuk melaporkan diri untuk jawatan tetap di sektor awam atau tidak. Jika mereka dipanggil melaporkan diri dalam tempoh tersebut, tahniah diucapkan. Mereka telah berjaya menjawat jawatan di sektor awam dengan status TETAP atau Kontrak SPA. Kedua – dua status ini adalah baik untuk mereka di mana kedua –duanya berjaya memasuki sektor awam. Yang kontrak SPA ini biasanya akan ditawarkan kepada status TETAP dalam masa setahun perkhidmatan.

Berapa cepat calon simpanan akan diserap ke dalam sektor awam ini?

Ada juga calon yang menunggu hanya dalam 2 bulan sudah dipanggil melaporkan diri untuk jawatan tetap tersebut. Rezeki….Dan ada juga calon simpanan yang selepas setahun 2 bulan baru dipanggil untuk melaporkan diri. Walaupun tempoh menunggu dijanjikan setahun, tapi masih ada peluang selepas tempoh tersebut tamat.

Dan ada juga yang memang tak dapat – dapat juga walaupun dah lebih setahun menjadi calon simpanan. Memang tiada rezeki untuk mereka. Pada pandangan saya, peluang calon simpanan ini untuk diserap ke dalam sektor awam adalah kurang dari 50%.

Bagi calon simpanan ini, sementara menunggu keputusan samada diserap atau tidak, mereka digalakkan untuk mencari peluang kerja yang lain. Mereka boleh menghadiri mana – mana temuduga lain yang dianjurkan oleh sektor kerajaan mahupun swasta. Usah berharap 100% untuk diterima memasuki sektor awam dalam masa menunggu tersebut. Kadang kala, jika mereka bernasib baik, mereka berjaya mendapatkan jawatan di sektor awam yang lain. Jika perlu mengemaskini borang permohonan SPA semula, sila kemaskinikan. Tiada masalah..

Itulah serba sedikit mengenai calon simpanan. Jika anda mendapat keputusan sebagai Calon Simpanan, usahlah kecewa. Itu adalah satu kejayaan juga buat anda. Jika ada rezeki, anda akan dipanggil melaporkan diri. Jika tidak, usaha lagi di lain masa. Dan simpan result ‘calon simpanan’ itu baik – baik. Ini kerana ianya boleh digunakan sekiranya anda dipanggil temuduga lagi di lain – lain masa. Anda boleh menunjukkan/masukkan dalam fail keputusan tersebut untuk rujukan/tatapan panel penemuduga pada masa akan datang. Ini mampu mempengaruhi emosi panel yang menemuduga anda di lain masa nanti. Manatahu dia berkata “Wah! Calon ini dah berjaya menjadi calon simpanan rupa – rupanya…Bolehla tolong sikit…”.

Sekian saja info yang tidak seberapa dari saya..

p/s: Jika berminat nak dapatkan ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan dan ebook – ebook sokongan yang lain, boleh dapatkannya di www.kerja-kerajaan.com sahaja.

Share/Save/Bookmark

Comments (44)

 

  1. PERANTAU says:

    ermmm..sya pun pernah jd calon simpanan..tp tak terpikir pulak nak simpan untuk gn inetvw akan dtg…thnaks bg cdgn camtu…pas ni nak g cri balik srt calon simpanan 2..harap2..ada lagi..dlm fail 2..

  2. ieda says:

    saya nk bertanya…status keputusan temuduga saya ialah tertakluk kepada pengesahan kelayakan. dan perlu menunggu surat muktamad dari spa. saya dah inerview pada 17 hb 6. sehingga sekarang sy belum menerima surat muktamad tersebut. adakah saya gagal? atau calon simpanan?

  3. naz says:

    dah 2 kali sy pegi interview untuk jwtn kontrak kerajaan yg berlainan..dan jwpan sy dapat ialah KIV.kira KIV itu mcm calon simpanan ke?.adakah sy ada peluang untuk menjawt jwtn tu?

  4. Mohd says:

    salamualaikum…
    En.jamal saya adalah salah seorang calon simpanan. Hasil persembahan masa inteview tempoh hari membanggakan saya sebab saya amalkan e-book En.jamal. cume saya nak tanya En.jamal, boleh ke jika saya kepilkan surat calon simpanan saya dalam temuduga lain? saya takut Penemuduga salah anggap pada saya nanti.
    Takutnya saya seperti menunjuk2 pada mereka pulak…
    TOLONG BALAS SEGERA SEBAB SAYA ADA INTERVIEW SETERUSNYAN

  5. Harniza Abdul Sahak says:

    Assalamualaikum…En. Jamal saya ada hadirkan dri untuk interview pada 22/7/09..menurut kputsan SPA saya tidak diterima..tetapi saya dipanggil untuk interview untuk jawatan yang sama pada 2 Disember ini..adakah itu di kira colon simpanan??

  6. diana says:

    saya dah dapat status calon simpanan. tapi pada saya baru dapat surat dari SPA untuk temuduga ke 2, jawatan yang sama pada bulan 12 nanti

  7. ainul says:

    salam en.jamal..
    mengenai surat calon simpana tu takde plak pihak spa pos kat sy,yg ada dlm web spa masa cek keputusan.so cmmana?
    mengenai calon simpanan ni perlukan calon simpanan kol pihak spa utk tahu samada betul2 ke sy layak utk jawatn tersebut?

  8. Arniesya says:

    Salam En. Jamal…

    saya merupakan calon simpanan utk N27..Sy temuduga ari tu pada 30 Julai 2009…tapi bila tengok n baca balik kat forum..napa ade yg dua kali kena panggil interview..sdgkan saya calon simpanan…xde pun kana panggil semula..bila baca ada yg kna panggil semula…sdih pun ada..sy nak kol SPA la..nak tanya smanada sy ni masi calon simpanan ke tak..pastu sy lupa pula nak print result aritu…reply k..tanx..

  9. zam says:

    encik..
    saya nak tanya sikit ..
    mybe ni luar sikit daripada topik calon simpnan..
    saya nak tanya berkaitan dengan kontrak SPA dan Kontrak JPA..
    mcm spt yang encik tulis diatas..kontrak spa akan diserap tetap selepas setahun perkhidmatan..tetapi bagaimana pula dgn kontrak JPA.adakah ianya serupa?
    thanks

  10. sue says:

    en.jamaluddin…sy calon simpanan jwtn W17, bln nov ni sy intv untuk jwtn N27..boleh x sy sertakan surat g calon simpanan W17…plz reply k….tq

  11. nik says:

    saya pernah menghadiri temuduga di sektor awam (Pegawai gred 41),takperlulah saya menyebut di mana saya menghadiri temuduga sekadar saya nyatakan bahawa jabatan ini boleh mengambil pekerja sendiri sepertia badan2 berkanun. semasa temuduga hanya 5 calon sahaja yang dipanggil dan kesemua calon tersebut mengenali sesama sendiri, tetapi yang menjadi kehairanan dari pihak kami semua ialah bila result keluar….. kelima2 mendapat jawapan gagal……
    mcm mana ini blh berlaku…..

  12. farah says:

    salam En.Jamal,sy merupakan calon simpnan bgi jururwat masyrkat pelatih…ape yg sy nk tnya pndpt en.jamal..sekiranya sy mhu mengemukakan permohonan bru,adkah status calon simpanan sy akn terbatal….??

  13. saa says:

    sy pun ingin bertanya soalan spt farah diatas..adakah status calon simpanan akan terbatal sekiranya kite mengemukakan permohonan baru dan jwtn calon simpanan tersebut kite masih kekalkan..

  14. Dwan says:

    “Tertakluk kepada pengesahan kelayakan”

    datz mean calon simpanan ke??

  15. zura says:

    sy dpggl tuk interview fasa 2..
    apa mksud fasa 2..
    cma gak ke maknanya dgn calon simpanan?

  16. sima says:

    saya jgak spt yg lain…pena ikt temuduga….hasil result yg saya dpt ialah calon simpanan jgak….
    1.apa saya harus tunggu…..?
    2.bagaimana saya m’dpt tau jika saya d serap…..?
    3.jika gagal,bgmn jgak ianya ble d ketahui…….?

  17. Miesha-Png says:

    dpt jd calon simpanan pn da kira ok sgt2 kn

  18. lyana says:

    saya calon simpanan untuk s27 penolong pegawai pembangunan…..saya dapat temuduga setelah sah jawatan pembantu pembangunan s17 melalui kpsl setelah mengisi borang berkhidmat dengan menggunakan diploma…..ada kah saya berpeluang untuk kpsl ke jawatan s27?status saya adalah calon simpanan

    • lyana says:

      alhamdulillah saya dah dapat tawaran untuk ke jawatan s27…4 bulan menunggu………..kalau dah rezeki tak kemana

  19. sue says:

    ermm..xada brt pun calon simpanan nii…
    dah napk ,masuk sthn nii…

  20. bagi pandangan saya..jika kamu telah mendapat keputusan sbgai calon simpanan, tidak perlu la mengemukan permohonan baru dalam spa8. baik tunggu sehingga dipanggil. jika kamu nak tau sama ada kamu dipanggil atau tidak, pihak spa sendiri yg akan menghubungi kamu melalui telefon,sms, atau surat menyurat. tq

  21. lyana says:

    kepada kawan kawan yang berstatus calon simpanan kalau ada rezeki tak kemana yang penting kita bersabar dan banyak-banyak berdoa………..insyaallah ada rezekinya

  22. lyana says:

    saya juga pernah membuat permohonan baru semasa jadi calon simpanan kerana untuk renew semula permohonanan yang telah tamat tempoh tetapi tidak menjejaskan status calon simpanan saya…………mungkin rezeki masing-masing

  23. ery says:

    slm,sya calon simpanan utk gred p29,bln 4 nie date expired utk tmpoh calon simpanan sya selama 1 thn..adakah selepas trikh tamat calon simpanan sya msih berpeluang agi utk jwatan itu?

  24. nia says:

    saya pon calon simpanan jgk..da dekat 8 bulan da menunggu…
    xde pon sebarang jawapan..cam xde harapan je..huhu

  25. siti ppd says:

    arini genap 1 tahun tempoh reserve saya

  26. siti ppd says:

    tapi alangkah sedihnya hati saya , sy kol spa , spa ckp tempoh dah lput n sy kena memohon semula.. tapi b4 ni ada pihak spa yang ckp wpon slps tamat tempoh calon simpann, masih valid dan akan dipanggil jika ada permintaan.. humm. yang mana satu tue..pendapat anda… walaubagaimanpun, sy pasrah n beljar utk menerima sbb insyaallah rezeki sy myb di jawtn lain dlm sktor kerjaan.. insyaallahh..

  27. nia says:

    siti ppd…
    yeke..kesian kat awak…
    macam mana yer awak kol SPA tue??
    boleh bg no phone??
    saya pon nk try kol la…
    da dekat 9bulan da ni..
    tp kdg2..walaupon tempoh da tamat..still dipanggil lg… :)

    • siti ppd says:

      nia. awak boleh kol 0388856348. ckp je nk semak status calon simpnan.. atau 0388856354. hopefuly kita sm2 dapat 1 hari nnt..

  28. wawa says:

    sy telah mdapat status calon simpanan utk jawatan penolong pegawai sains… bila sy dapat keputusan sy layak atau tidak medapat jawatan tu..

  29. farah says:

    salam…pd 29.04.10 lepas genaplah setahun sy mnjd calon simpanan jwtn Pegawai Penilaian W41. ma sy check result intrvw tu dulu..sttus sy “tertakluk kpd pengesahan kelayakan” sy call SPA. pihak SPA ckp sy termasuk dlm calon simpanan n sy cume perlu hantar degree&trnskrip after konvo sy krn ms intrvw tu sy blum konvo lagi….sy dh hantar by fax……masalahnye…shingge kini msih tiada jwapan drpd SPA….sy nk check semula status sy sbg calon simpanan….kpd sesiapa yg mengetahui..boleh beri sy no tel SPA tuk buat pertanyaan…..

    TERIMA KASH KPD SESIAPA YG MEMBANTU SAYA……

  30. megat says:

    salam..
    kpd farah, sila kol no ni;
    En Razali : 03-88856326
    sy pernah hntr emel kpd beliau dan beliau tdk teragak2 membalasnya..
    try la~

  31. salam saya ana dari kemaman trg,
    saya merupakan calon simpanan spa sejak tahun lepas 2009 sebagai pembantu kewangan Agensi Dadah Kebangsaan.Temuduga di kuantan dan menerima surat jawapan dari spa sebagai calon simpanan.Bagaimana dengan status saya sekarang???

  32. megat says:

    setelah 2 bln, saya masih belum menerima surat drpd SPA yg mengatakan saya adalah calon simpanan..
    saya hanya tahu melalui website SPA..

    adakah ini normal??

  33. din says:

    awak org cter ttg calon simpanan ya, sy ni pula calon gagal temuduga…dlm keputusan temuduga di laman spa ada ke di sebut calon simpanan atau hanya nyatakan kita gagal sahaja…masih berharap jd simpanan ni..

  34. aline says:

    saya sebagai calon simpanan pembantu pergigian..kepada pihak SPA klu ada kekosongan utamakan dulu calon simpanan..kesiannya calon simpanan ni….

  35. debbie says:

    Aslm En. saya sebagai calon simpanan untuk Latihan Health Inspector (HI) atau penolong pegawai kesihatan persekitaran pelatih minta sangat2 supaya dapat SPA ni secepat yang mungkin….tak sabar berkhidmat untuk kerajaan~

  36. Ijan says:

    Salam,

    Saya baru abis study kat UiTM april baru ni dan dah apply dalam spa. Sekiranya saya dipanggil tmduga apakah dokumen pengesahan yang pelu saya bawa sbb transkrip lum dapat, konvo nov ni. Adakah memadai dengan surat pengesahan tamat pengajian dan pengesahan keputusan peperiksaan akhir.

    Saper boleh tlg jawab.

    TQ

  37. Kasim says:

    da 2 kali jd permain simpanan kerajaan.. xde rezeki..

  38. SITI KHALIJAH BINTI JUSOH says:

    SAYA SEBAGAI CALON SIMPANAN W 27. NAK TAHU SAYA CALON SIMPANAN KE BERAPA

Leave a Reply