Temuduga Pembantu Tadbir N17

Info ni berkenaan Temuduga Pembantu Tadbir N17.
Mungkin anda terlibat dan mungkin juga
tak terlibat. Jika tak terlibat, bolehlah forward
kan info ini kepada rakan-rakan yang perlukannya.
Pembantu Tadbir N17 (Perkeranian/Operasi) sememangnya
banyak kekosongan sekarang especially di kementerian
- kementerian kerajaan di Putrajaya..Staff tak cukup!
Oleh itu..
SPA memanggil beribu-ribu calon berkelayakan untuk
menjalani temuduga di pusat temuduga SPA bermula
29 Nov – 31 Disember 2010 ni.
Itulah! Ramai dipanggil, ramai juga yang akan diambil.
Apakah tugas Pembantu Tadbir ni?
—————
Deskripsi Tugas:
—————
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian
dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi
aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad
kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel,
perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan
maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).
————————–—-
Skop Fungsi dan Bidang Tugas:
————————–—
Aspek Perkeranian
a) Pentadbiran pejabat.
b) Pengurusan personel.
- perjawatan, pembangunan organisasi dan perancangan sumber manusia
- perkhidmatan, latihan dan kerjaya
- gaji, elaun dan kemudahan
- faedah persaraan
c) Pengurusetiaan.
d) Menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan.
e) Pengurusan Rekod.
f) Pengurusan Kewangan.
g) Pengurusan Fail.
Itulah serba ringkas berkenaan deskripsi tugas
Pembantu Tadbir ni…
Bagaimana nak prepare untuk hadiri temuduga N17 ni?
Jom ikuti sedikit tips..
1) Buat preparation awal. Kaji apakah tugas bagi
pembantu tadbir ni. Anda boleh lihat di atas
di bahagian skop fungsi/bidang tugas. Contoh
kerjanya:
# urus punch kad staff di jabatan/unit
- siapa lewat, siapa MC
# Jaga fail. Termasuk kena cari fail.
# Jaga cuti, gaji, kebajikan staff
# Menaip dan buat surat/dokumen
# Jadi POSMEN
# Kadang-kadang jadi PA
# Jadi urusetia meeting, seminar ke, kursus..
# Jadi operator telefon..Berhubung dengan
rakyat…
# Macam-macam lagi kerja Pembantu Tadbir ni
yang penting-penting. Kata mudahnya, tiada
pembantu tadbir, tak jalan juga operasi
sesuatu jabatan/unit dalam sektor kerajaan.
2) Baca pekeliling bagi perkhidmatan awam. Ini
bagus, dan berguna masa ditemuduga. Saya sering
dimaklumkan ramai juga calon ditanya soalan
berkenaan pekeliling ini. Contohnya, ditanya
berkenaan tangga gaji pembantu tadbir, pasal
cuti, pasal kenaikan pangkat. Tapi tak semestinya..
Ada juga yang tak ditanya pasal pekeliling ni.
Bagi saya, tahu basic-basic sudah memadai:-)
3) Jangan fikir pasal nak menjawab soalan temuduga
saja. Anda akan dinilai dari segi akhlak, keyakinan,
adab, air muka dsb nya. Untuk jawatan pembantu
tadbir ni, anda perlu kelihatan sentiasa ramah
sentiasa senyum. Almaklumlah, tugas pembantu
tadbir nanti akan membuatkan anda berjumpa dengan
ramai orang. So, kenalah sentiasa ramah, senyum
semasa temuduga supaya si panel penemuduga akan
berkata “Dia ni peramah, dia ni suka senyum. Memang
sesuai dengan jawatan ini”.
4) Jangan terkejut dengan soalan-soalan PELIK.
Contohnya: ” Kenapa Suami Awak Nak Kat Awak Ye?”
Apakebenda soalan macam tu? Maksud tersiratnya
” kenapa awak sesuai untuk jawatan N17 ini dan boleh
membuatkan orang suka pada awak semasa menjalankan
tugas?”. Haaa..Begitulah:-) Jawapannya mungkin
” Saya suka SENYUM kot tuan panel”. Soalan-soalan
sebegini bukannya suka-suka ditanya. Ada maksud
tersiratnya.
5) Jangan lupa study isu-isu semasa, dasar kerajaan,
ekonomi dll. Baca je akhbar:-) Ni nak uji kita
peka dengan hal sekeliling kita atau tidak.
Dijangka ‘famous’ ditanya adalah berkenaan
“1 MALAYSIA”. Study lah. Baca aje kat link
di bawah:
–>http://www.1malaysia.com.my/my/about/about-1malaysia/
Ok lah..
Sekian saja dari saya. Ada info baru saya maklumkan.
opppss…
Comments (1,836)


Bila keputusan pembantu tadbir(p/o) SPA Perak akan keluar…bagi calon yang hadir temuduga pada 5/6/2012?
dah dapat ke surat??
pappu awk dah dapt ke surat nye???saya pun tunggu surat dari spa perak untuk jawatan yang same…dah call spa die ckp sy dpat jwatan tu tp tngah tuggu surat……
alhamdulillah…sy lulus interview hari 2…tgh tggu surat tawaran dr spa n surat lapor diri dr kkm…gud luck all
samalah.. sy pun berjaya dalam interview.. skg ni tunggu lagi surat penempatan.. tahniah ye..
zils, awk dr negeri mane? sy dr kuala tganu…tgh tggu surat tawaran dr spa n lapor diri dr kkm…kalo awk dh dpt, nnt update sy kt email miera_owen07@yahoo.com ye…tq
sy dr sabah tp duk selangor.. hari tu pegi interview kat putrajaya..
kalo awk dh dpt surat dr spa or kkm, inform sy ye zils…
saya dah check keputusan temuduga tu. keputusan tu saya telah dikategorikan sebagai calon simpanan dalam tempoh setahun. camne tu ye? dapat @ tak sebenarnya?
nurul, awk kna tggu la dlm mse setahun tu….kalo ade kosong, dorng anta surat la
sy dh kol pihak kkm td…die ckp lpas raya br nk proses surat n penempatan kite….die suh kol blek pertengahan bln 9 nnt…ermmm mayb bln 10 la lapor diri
rasenye mungkin bulan 9 jg kot kita akan lapor diri.. yelah skg ni org tgh mood nak beraya kan…
Untuk makluman puan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru menerima senarai nama calon-calon yang berjaya dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Sehubungan dengan itu, KKM perlu membuat perancangan penempatan dan mendapatkan persetujuan jawatankuasa mesyuarat sebelum surat penempatan boleh diedarkan kepada calon-calon.
2. Untuk makluman awal puan juga, calon akan diarahkan melapor diri terus ke Jabatan Kesihatan Negeri yang ditetapkan sebelum diarah bertugas di fasiliti di bawah KKM. Tarikh lapor diri juga akan dinyatakan dalam surat arahan yang sama. Tarikh paling awal lapor diri yang dijangka adalah pada bulan Oktober 2012. Walau bagaimanapun, ini adalah bergantung kepada persetujuan jawatankuasa mesyuarat.
3. Sekiranya puan mempunyai pertanyaan lanjut, puan boleh menghubungi pegawai bertanggung jawab di talian 03-8883 2768 (Puan Rosilah).
hopefully suma ditemptkan dilokasi yg berhampiran ngn tmpt tggl kita ya.. hehe
asalamuallaikum…surat lapor dari kkm dah dapat?rasanya lama betul sampai surat lapor diri ni,adoiii…-_-”
sy nak tanya? sy ni OKU tapi 29 ni sy dapat temuduga jawatan pembantu tadbir undang2, so kalo sy ap yg wajib dibawa selain Kad OKU? dan resume dan sijil2?
kalau tgk dari laman web KKM, untuk penempatan PTPO N17 ni lum ade lagi.. yg terbaru penempatan utk jururawat U19.
saya baru nak g interview esok pembantu tadbir undang2 … doakan sy yew….
saya pun ade interview pembantu tdbir undang2 esok..gud luck! tp xtau nak prepare mcm mn?last time interview as pembantu tadbir kewangan,dia tny pengalaman keja..pastu terms kewangan.pastu dia suruh communicate in english..last skali tny bendera penang kaler ape
ok mas..jmper esok…sy mmg x thu nk prepare ape2.ermm boleh x bg tak contoh resume??sy x prepare aper2 pun lg,coz bru thu…
juliana, resume sy ringkas je..tu pun amik cth resume dlm tenet..
Assalamualaikum
sapa dah terima surat posting KKM share la sama
waalaikumussalam..
surt posting kkm blum dpt lagi rs nya.. haha sama2 la kite tggu yer encik ali..
walaikumussalam..sy dah dpt jga..pi skrg tnggu surat tuk pnempatan n lapor dri je..de sape2 dri johor x yg dpat ag????
Untuk penempatan N17 dibawah JPA (gunasama persekutuan) ialah semua Jabatan Persekutuan kecuali Kementerian Pertahanan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, dan Polis Diraja Malaysia. Ketua perkhidmatan ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Sekian..
pembetulan.. sekarangni N17 dibawah PDRM juga ketua perkhidmatan ialah ketua pengarah perkhidmatan awam (JPA)..
sy berjaya dalam temuduga PTPO (under KKM) baru2 ni…surat tawaran dah dpt…medical check up pun dah…surat akuan dah cop&sign….tp surat dr KKM utk lapor diri blm gik tau…agak2 brapa lama ow….result dah lama keluar…7hb ogos hr tu….
cha…
esok awk try kol kkm coz dorng ckp esok da blh tau penempatan n tarikh lapor diri…
cha…awk org mane?nnt da tau dpt mane emel la sy miera_owen07@yahoo.com
Anyone dah call kkm??
sy dh kol kkm check penempatan…sy dpt HKL lapor diri 1oct…awk kol no 03-88832946 en asrol…nnt update ye dpt mane
Tq..sy kol dr td linebz je haha..
Mieyyra..awk org mbe? Sy dh call td die ckp kt ins of medical research kt pj..hurm..
awk dpt kt pj?ok la tu…awk org mane siti?sy dok kuala tganu tp asal kedah…huhu…awk msj sy kt no 012-4347812
sy org jhor mieyrra.. huhu ok nt sy msg awak k..
ala xbesla kn xdpt same2…huhu…kalo x, blh sewa umah sesama…1oct kn lapor diri?
saya pun dapat kat IMR,but kat Jalan pahang kL…huhuhu..surat lapor diri korang dah dapat belom???saya belom dapat lagi arr..-_-”
tempoh lapor diri tu brapa lama erk???
eh.. saya ade kawan kt imr la.. hahaha fazrie.. nt kite jmpa la ye keje sesama. hahaha.. actually imr tu mg kt jln pahang…
asalammuallaikum saudara saudari,tumpang tanya ada sesiapa tau tak tempoh untuk melapor diri sebagai pembantu tadbir ke institut medical research kuala lumpur berapa hari erk???tq..
waalaikumussalam.. sy pon xtahu nak ckp la bpa lama pasalnye surt pon xsmpai lg erm~~
Salam semua,
bagi yang dapat pt di bawah kkm,ada tak pertukaran suka sama suka dari sarawak balik ke putrajaya.Saya nak balik sarawak.tengah mencari pertukaran suka sama suka.
Salam..
Maklumkan jika ada pertukaran suka sama suka nk balik putrajaya..saya pulak nk balik sarawak untuk jwtan pt(p/o) di bwh kkm.
assalamualaikum….
sy nak tnya ade x sape2 yang berjaya temuduga untuk jawatan pembantu tadbir(p/o) SPA Perak…surat dah dapat ke belum yea???
Tahniah pada yang dah dapat kerja
salam. saya dapat surat tawaran pelantikan tetap ke jawatan 12/12/12 aritu tapi sampai rumah pada 31/12/12. saya dah terima surat setuju tawaran. dah buat akuan sumpah & medical checkup macam yang dikendaki dalam surat tu. tapi tak tahu lagi bila & tempat lapor diri tu. call KKM dye kata dalam tempoh sebulan dari tarikh surat tawaran tu keluar.. hmm katanya saya nie intake utk bulan Feb 2013 nanti. risau jugak bila check penempatan dkat laman web KKM by ic num tak keluar ape2 maklumat berkaitan pun.. agak2 sy nie dah comfirm ke dpt kerja nye? Mohon bantuan kgkwan… tq
saya pon sama tarikh surat 12/12/12 jgk.. kol kkm, katanya maybe lapor diri awal bulan 2 nnt..kalau nnt ada info apa2 kongsi eh. haszneeda_90@yahoo.com ..:) lily org mana..~
lily org jb. hasnida org mane? nanti lily emailkan num telefon lily ya. sng siket kita nak contact.. lilyyusof@rocketmail.com
ada yg kata, kalau da dapat surat tawaran tu kira confirm lah. cuma penempatan diorg tgh proses lagi.. ~
hye…saya da dpt tawaran kerja di SUK png…setelah setahun mnanti..alhamdulillah..;)
Nk tnya skit.. dlm tempoh percubaan, blh x klu sy minta cuti ???
As’salam saya nak tanya bagaimana pula persoalan yang akan ditanya semasa sesi temuduga Pembantu Tadbir ( Kewangan) gred W17 serta persediaan yang perlu dilakukan mohon penjelasan. terima kasih
Temuduga Pembantu tadbir N17 pada 1 dan 2 april 2013,saya harap saya boleh lakukan yang terbaik.Saya berminat dalam jawatan sebagai pembantu tadbir n17.Saya telah membaca tips tips anda semua dan saya harap ini dapat banyak membantu saya semasa sesi temuduga nanti.Apa yang penting saya harus tenang dan bijak menjawab semua soalan di berikan dan memberikan senyuman kerana ini mungkin membantu saya yakin ketika menjawab soalan nanti.Saya belum pernah menghadiri temuduga-temuduga kerajaan dan ini adalah yang pertama kali,namun saya sangat berharap agar mendapat pekerjaan ini.Soalan popular yang bakal di tanya adalah isu-isu semasa dan 1 Malaysia serta tugas-tugas pembantu tadbir.Akhir sekali,adalah kemahiran berkomunikasi,ramah dan kemahiran mengendalikan alat telekomunikasi seperti komputer,telefon,media elektronik dan media cetak.Selain itu,penemuduga akan menilai keutuhan keperibadian dan tahap keyakinan seseorang calon semasa temuduga.Terima kasih atas tips tips anda semua dan berkongsi pengalaman anda semua.
emmmmmmmmm..
for the cert part normally highest to lowest but i pun tak tahu y that day di spa cakap macam itu, n then semua yang dtg pun arrange frm highest to lowest so every 1 panik. even one of the blog pun di cakap lowest to highest tapi yesterday baru check blog itu.
jini. np nk risau. kn sebelom kte masuk intvw ad pemeriksa kt luo. sy aritu pemeriksa yg susun sijil ikot syarat. sume candidate dye susun blik . hehe