Temuduga Pembantu Tadbir N17

Info ni berkenaan Temuduga Pembantu Tadbir N17.
Mungkin anda terlibat dan mungkin juga
tak terlibat. Jika tak terlibat, bolehlah forward
kan info ini kepada rakan-rakan yang perlukannya.

Pembantu Tadbir N17 (Perkeranian/Operasi) sememangnya
banyak kekosongan sekarang especially di kementerian
- kementerian kerajaan di Putrajaya..Staff tak cukup!

Oleh itu..

SPA memanggil beribu-ribu calon berkelayakan untuk
menjalani temuduga di pusat temuduga SPA bermula
29 Nov – 31 Disember 2010 ni.

Itulah! Ramai dipanggil, ramai juga yang akan diambil.

Apakah tugas Pembantu Tadbir ni?

—————
Deskripsi Tugas:
—————
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian
dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi
aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad
kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel,
perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan
maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

————————–—-
Skop Fungsi dan Bidang Tugas:
————————–
Aspek Perkeranian
a) Pentadbiran pejabat.
b) Pengurusan personel.
- perjawatan, pembangunan organisasi dan perancangan sumber manusia
- perkhidmatan, latihan dan kerjaya
- gaji, elaun dan kemudahan
- faedah persaraan
c) Pengurusetiaan.
d) Menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan.
e) Pengurusan Rekod.
f) Pengurusan Kewangan.
g) Pengurusan Fail.

Itulah serba ringkas berkenaan deskripsi tugas
Pembantu Tadbir ni…

Bagaimana nak prepare untuk hadiri temuduga N17 ni?
Jom ikuti sedikit tips..

1) Buat preparation awal. Kaji apakah tugas bagi
pembantu tadbir ni. Anda boleh lihat di atas
di bahagian skop fungsi/bidang tugas. Contoh
kerjanya:

# urus punch kad staff di jabatan/unit

- siapa lewat, siapa MC :-)

# Jaga fail. Termasuk kena cari fail.

# Jaga cuti, gaji, kebajikan staff

# Menaip dan buat surat/dokumen

# Jadi POSMEN :-)

# Kadang-kadang jadi PA

# Jadi urusetia meeting, seminar ke, kursus..

# Jadi operator telefon..Berhubung dengan

rakyat…

# Macam-macam lagi kerja Pembantu Tadbir ni

yang penting-penting. Kata mudahnya, tiada

pembantu tadbir, tak jalan juga operasi

sesuatu jabatan/unit dalam sektor kerajaan.

2) Baca pekeliling bagi perkhidmatan awam. Ini
bagus, dan berguna masa ditemuduga. Saya sering
dimaklumkan ramai juga calon ditanya soalan
berkenaan pekeliling ini. Contohnya, ditanya
berkenaan tangga gaji pembantu tadbir, pasal
cuti, pasal kenaikan pangkat. Tapi tak semestinya..
Ada juga yang tak ditanya pasal pekeliling ni.
Bagi saya, tahu basic-basic sudah memadai:-)

3) Jangan fikir pasal nak menjawab soalan temuduga
saja. Anda akan dinilai dari segi akhlak, keyakinan,
adab, air muka dsb nya. Untuk jawatan pembantu
tadbir ni, anda perlu kelihatan sentiasa ramah
sentiasa senyum. Almaklumlah, tugas pembantu
tadbir nanti akan membuatkan anda berjumpa dengan
ramai orang. So, kenalah sentiasa ramah, senyum
semasa temuduga supaya si panel penemuduga akan
berkata “Dia ni peramah, dia ni suka senyum. Memang
sesuai dengan jawatan ini”.

4) Jangan terkejut dengan soalan-soalan PELIK.
Contohnya: ” Kenapa Suami Awak Nak Kat Awak Ye?”
Apakebenda soalan macam tu? Maksud tersiratnya
” kenapa awak sesuai untuk jawatan N17 ini dan boleh

membuatkan orang suka pada awak semasa menjalankan

tugas?”. Haaa..Begitulah:-) Jawapannya mungkin

” Saya suka SENYUM kot tuan panel”. Soalan-soalan

sebegini bukannya suka-suka ditanya. Ada maksud

tersiratnya.

5) Jangan lupa study isu-isu semasa, dasar kerajaan,
ekonomi dll. Baca je akhbar:-) Ni nak uji kita
peka dengan hal sekeliling kita atau tidak.
Dijangka ‘famous’ ditanya adalah berkenaan
“1 MALAYSIA”. Study lah. Baca aje kat link

di bawah:
–>http://www.1malaysia.com.my/my/about/about-1malaysia/

Ok lah..

Sekian saja dari saya. Ada info baru saya maklumkan.

opppss…

Share

Comments (1,836)

 

  1. anis says:

    terima ksh byk utk info ini….
    awal thun depan sy tamat degree dan akn akn mghadiri temuduga spt anda smua…
    mklumat berkaitan dgn resume pun yg diberikan sama dgn resume sy tp boleh ke resume dlm 3keping????
    mmg mklumt yg diperlukan mmg sumenya ade..

  2. dilla says:

    inteview 20/6 nih…mggu depan,, xtw ape nk expect…tp byk dapat tips kt sini..thnks allll…

  3. nabila says:

    salam..sy pun dpt post nie,interview 28/6..kpd yg dah pernahh g kongsi2 la pengalaman..brp orng yg interview kt nanti ek?takot nyer. :(

  4. akma azahari says:

    nabila: same la kite..awak intreview kat mane?

  5. Tres says:

    salinan sijil2 nak disahkan dlu ker? ada sape2 ble bantu? sbb dalam surat tu dia x mention plak nak disahkan..

  6. Tres says:

    ada sape2 tahu tak skop & fungsi tugas pembantu tadbir (P/O)N17 kat KKM ni?

    • Nurul says:

      tres : interview kat mana? under kementerian kesihatan ke?

      • Tres says:

        Nurul : ya under Kem.kesihatan..ada info ttg skop n fungsi PTO ni?

        • Nurul says:

          saya pun tengah carik2 info pasal PTO. saya ada interview under KKM jugak 27/6 ni. risau la tak boleh jawab :’(

          • Tres says:

            oic..sya dah lepas dah…lega sgt…nasib baik dia x tanya langsung pasal fungsi @ skop tugas kkm ni..cuma dia tanya klu diberi pilihan antara pdrm & kkm..pilih yg mana..and tanya menteri kkm je..apapun good luck k! :)

  7. lily says:

    salam .rabu nie saya ada interview SPA jugak sebagai pembantu tadbir .semoga tips dan pengalaman korang semuaa boleh dijadikan sebagian ilmu .thankss ;)

  8. lily says:

    saya punya sijil pun dah hilang semua tapi Alhamdulillah surat beranak yang hilang saya dah buad report polis dan dapat yang baruu .sijil tamat sekulah pun dapat walaupun yang fotocopy je .tapi kena ada pengesahan daripada pihak sekula, macam pengetua ke atau penghulu kampung atau taman..

  9. honda jazz says:

    assalam…

  10. honda jazz says:

    saya nak tnya.. sy dpt interview tok jwtn PT kewangan.. dlm surat tersebut ditulis bahagian pengambilan khas… ada beza ke dengan pengambilan biasa? tkasih

  11. Nurul says:

    saya ada interview 27/6. risau jugak. harap2 dipermudahkan.

  12. Cyndy says:

    Hai..
    thx atas blog ne…
    ada sesiapa ble kongsi pengalaman interview.
    ne 1tym & sy langsung tak tau nak prepare apa..
    resume yg ringkas & padat cam na???
    terima kasih kwn2 yg lain bap share ya.. semoga anda semua berjaya..

  13. Tres says:

    salam. sya dah abis temuduga hari ni kat SPA,Putrajaya . Syukur..semuanya berjalan dgn baik..Soalan temuduga semua berkenaan dgn diri & keluarga saja..x ada tanya pasal fungsi KKM ke isu semasa ke..cuma dia tanya menteri kesihatan..itu saja. Good Luck utk rakan2 yg lain..:)

  14. Tres says:

    ada 2 org penemuduga..1 dr SPA & 1 lagi dr KKM..

  15. stephannie says:

    hello smua…kelmarin sy bru ja hadir temuduga utkk jawatan pembantu tadbir ni..sy share2 la pa yg ditanya k…terutama yg kena d kementerian kesihatan
    1)perkenalkan diri
    2)tugas pembantu tadbir
    3)Isu2 semasa
    4)Apa kempen2 yg dijalankan oleh kementrian kesihatan
    5)apa itu klinik 1 Malaysia
    6)npa berminat kerja goverment
    7)lepas belajar buat apa
    8)lpas hbis intrvew kna tnya klu da pa2 lg mau tnya
    9)lastly..kna tnya klu sangup kena hntr keja semenanjung or x..so sapa2 yg kna intrview 2 gd luck..n doakan sy smoga berjaya..wish me luck..^_^

  16. NOOR EZATLIARTI BTE MUDA says:

    Sy akan hadiri interview utk jawatan Pembantu Tadbir (Pengkeranian/Operasi) esk… 20/06/2012 pkul 8pg…hope smue berjalan dgn lancar..& ditawarkan kerja :D

  17. Zura says:

    Sy itview d alor setar 4/7.jmpa kt sana ye..gud luck for all..

  18. ciklala says:

    nak tanya En.Jamal & kawan2 kat sini.

    before ni sy ada keje di beberapa company. so perlu ke letak dalam file surat pengesahan jawatan? or kena lampirkan sekali utk bagi penemuduga?

  19. ciklala says:

    copy paste dari En.Sibuk-sibuk, post 23/12/2010

    Saya ingin tegur mengenai satu perkara yang pada mulanya saya ingatkan tidak serius iaitu PENIPUAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KHUSUSNYA KEPUTUSAN SPM.

    Ada saya terbaca di sini ada calon yang perasan penemuduga mempunyai laptop. Saya juga mempunyai laptop sewaktu sesi berlangsung. Sebenarnya, di dalamnya ada maklumat2 yang anda semua submit di dalam permohonan2 online SPA.

    Penemuduga akan cross-check maklumat tersebut dan original copy yang anda serahkan kepada panel. Kalau result itu berlainan antara satu sama lain, yakinlah bahawa anda memang tidak akan di ambil. Sesetengah panel mungkin tidak akan menegur semasa temuduga demi menjaga air muka anda tapi anda akan di REJECT serta-merta. malang lah bagi anda jika dimarahi oleh pegawai-pegawai tinggi kerajaan di dalam bilik temuduga, anda mungkin akan disenarai hitamkan terus.

    Sekian, terima kasih

  20. ciklala says:

    ni lagiii….

    Tiada kursus yang tidak related. Perkhidmatan Awam tidak kisah semua itu. Cuma bersedia ditanya lebih lanjut kenapa memilih bidang berlainan.

    Tidak kisah saudari masih belajar tapi macam mana kalau saudari dipanggil untuk lapor diri bulan hadapan dan ditempatkan di negeri lain? Ingat, penempatan pertama adalah penting dan pertukaran bukannya mudah terutama jika saudari dihantar bekerja di kawasan yang amat memerlukan Pembantu Tadbir. Penangguhan lapor diri pula boleh dibuat tetapi tidaklah kami akan tunggu hingga 5, 6 bulan.

    Sekian.

  21. ciklala says:

    ni posting pertama beliau :)

    Salam Sejahtera,

    Saya bangga tengok website ini. Terima kasih atas usaha berkongsi ilmu ini.

    Saya adalah salah seorang pegawai temuduga jawatan ini.

    Ini adalah soalan2 yang biasa saya tanya dan jawapan yang saya “menyampah” nak dengar:

    1) Kenapa nak kerja kerajaan ?
    -> sebab banyak benefit dan ada pencen.
    -> sebab family suruh

    2) Kenapa tak sambung belajar ?
    -> tak minat dan nak cari duit (soalan ini ditanya sebab saya nak tau perancangan dan matlamat masa hadapan)

    3) Ada Facebook ?
    -> Takde (Kami akan check ! bagaimana ? Hanya kami yang tahu. Tak salah untuk mengaku )
    -> Ada, tapi untuk chatting2 je.

    Saudara/Saudari,

    1) sila JANGAN bagi jawapan satu perkataan. sbg contoh: ya, tak, boleh, mungkin, entahlah, tak pasti. Teruskan menjawab sehingga diberi isyarat cukup.

    2) Bila ditanya dalam bahasa inggeris, jawab dalam bahasa inggeris dan sebaliknya.

    3) Sila letak sijil dalam fail YANG ELOK. Jangan letak dalam fail yang dah koyak rabak. saya pernah tegur calon yang bagi kami kertas2 berterabur. Sifat manusia, sukakan benda yang kemas dan cantik

    4) Letak sijil dari tertinggi ke terendah. Resume pula, pekerjaan terkini dahulu BUKAN sebaliknya.

    5) Bagi calon yang mempunyai diploma, bersedia dengan jawapan kenapa tak apply post yang setara dengan diploma.

    Kalau kami laju, percayalah bukan kerana kami dah penat. Penat itu bukan alasan. cuma kami dapat detect dari awal kesungguhan dan keikhlasan untuk bekerja.

    Ingat, keutamaan penempatan pengambilan kali ini untuk kawasan pedalaman, bersedialah mental dan fizikal. Ramai jawab sanggup berhijrah ke sabah/sarawak tapi dari ekspresi muka yang berubah, kami dah tahu apa yg difikirkan.

    Lastly, baca lah sikit doa sebelum masuk tu…supaya aura positif masuk sekali. Semoga jumpa saya…hehe. good luck !

  22. ciklala says:

    encik sibuk-sibuk lagi ;)

    Kesungguhan dan keikhlasan saya nilai dari segi persediaan.

    Macam sebentar tadi, ada calon yang saya tanya tidak tahu langsung apa-apa mengenai jawatan ini. Saya tanya kembali, ada internet di rumah, dia kata ada. saya tanya balik internet guna untuk apa, dia jawab youtube, fb dan blog. tapi bila saya tanya x buat research ke (sbg contoh, baca website ini yang sungguh senang dicari), terus tergamam.

    Saya ada calon minggu lepas yg datang dari kawasan ladang, tapi dia sangat2 bersedia. Kami bukan nak jawapan tepat mengenai tuga2 Pembantu Tadbir, sebab anda belum bekerja, jadi macam mana anda nak tahu, betul x ? Tapi kami cari persediaan dan kesungguhan nakkan jawatan itu.

    Jangka masa interview tak penting, kalau kami kagum dengan calon…..5 minit pun dah memadai.

    Kadang-kadang jadi lama bukannya bagus, cuma saya nak korek dalam2 lagi. Sesetengah calon tu dah bagus tapi saya nak cari sesuatu dlm diri dia.

    sekian.

  23. ciklala says:

    tahun 2010 sy first time pergi intervew PTPO ni,
    so mula2 suruh kenalkan diri, terangkan tugas2 PTPO, kalau dihantar jaoh2 nak ke? nama menteri2, isu semasa tak ditanya langsong. puas jugak sy hafal aritu.

    kalo kawan2 belek post belakang, ramai yang berkongsi soalan2 masa intervew ;)

  24. syifa says:

    salam…seronok pulak baca komen yg mn dh dpt tu…sy esk itvw ptpo…ni msih mencari info,mengharap sgt dpt..ye la,dh 10thn asyik renew spa..huhu…semoga smua yg seangkatan bole menjwb dgn baik ms itvw nt…gnite..:-)

  25. eKIN says:

    Saya dapt Interview PemBantu Tadbir(perkeranian/Operasi) Di Lppkn..ada sape2 tahu tips2?ape nk kne stdy..sebab ni first tiem saya.sile jwab sape y tau tu..

  26. kikilala says:

    huhu..da g intview..19 hb..satu soalan yg kite spot sume tak masuk..so,moral of da value,jgn spot soalan ape yang panel nak tanye..bersedia je..

  27. Damien says:

    nak tanya, temuduga pembantu tadbir kali ni memang betul2 dibawah kementerian kesihatan malaysia ke?

  28. mis diy says:

    lusa sy ada intview n1 tlg doakn sy ye… ni 1st time dpt stlh 4 thun apply gomen…

  29. Anis Sufiah says:

    Saya pun dapat interview 3/7 N17 & 24/7 W17..
    Masuk ni mgkin da 8x kot g interview start dr 2005..
    Rase give up da..tp mao…wish me luck & all of u guys..

  30. tie says:

    saya pula ada interview pengawai tadbir n41 kat Mardi pd 26 jun ini. Sbnarnya takut c0z lnsung xtahu tntg ptadbiran, tpi sya cba wat yg trbaik…insyaAllah lpas interview nnti sya bgthu pngalaman saya ek. Doakan saya

  31. wanie says:

    salam..esok sy akan menghadiri temuduga pembantu tadbir(pengkeranian/operasi)..xthu nk prepare ape dah..mcm xyakin je..ermm..mcm mane nie..

  32. Yaya says:

    salam…27/6 intrvw pmbntu tdbir (p/o)…arap2 ok..tkut gak nie..

  33. job hunting says:

    baru lepas interview…
    prepare ala kadar je
    tak perlu stress
    yg penting dapat jawap soalan dorg
    very frenly yg interview sy td jd tada la nerves sgt
    soalan yg sangat simple..

    1.intro diri anda
    2.bapa masih kerja? di mana ?
    3.brapa adik beradik?
    4.sekolah di mana?
    5.apa usaha anda untuk mendapatkan kerja ini?
    6.apa yg anda tau tentang kerja pembantu tadbir ni?
    7.napa tak minta kerja dlm bidang yg anda pelajari?
    8.tau buat surat rasmi?
    9.jauh ke dr rumah anda dtg ke tempat temuduga ni? brp minit perjalanan?

    yg penting berdoa…kita tak tau rezeki masing2 bila keputusan temuduga kluar nti…asalkan kita dah buat yg terbaik..

  34. ciklala says:

    esok intervew..takotnye..
    kali ni tak semangat langsong nak pegi.
    takde persediaan pon yang nak dibuat.
    redha dan pasrah je lah ..huhu

  35. EEZA says:

    terima kasih diatas info2 yang diberikan..saya akan pergi temuduga spa minggu hadapan..diharap dapat la saya menjawab soalan-soalan yang diberikan panel dengan tenang..

  36. maslina says:

    ad tips untk intvw pmbntu perpustakaan tak?

  37. zety91 says:

    alhamdulillah, tadi siang dah pu g interview. ni interview kali ke 3, tahun ke tiga. sangat2 berpuas hati. apa pun keptusan yang kuar nanti, tak kisah sgt da, sebab da buat yg terbaik, kalo ada rezeki, ada la. xada tu, maknanya mmg xada rezeki dan kena usaha lagi… pada yg interview ptpm yg under kkm tu, juz prepare benda2 berkaitan tugas2 ptpo, dan gak benda2 yg related dgn kementerian. tapi paling penting , bukan setakat tahu menjawab soalan, tapi kena tunjuk kamu tu layak utk jawatan tu. sebab dari pemerhatian saya, kadang2 ada calon yang langsung tak diberi peluang dengan soalan2 yg dijangka. kita sendiri kena pandai tarik perhatian penemuduga yang kita ni layak.

  38. zils says:

    Semekom.. sy akan menghadiri temuduga ni minggu depan 4/7.. sgt2 takut sbb takut x dpt jawab seperti yg penemuduga nak.. apa2 pun terima kasih pd individu yg dah share pengalaman dorg kat sini.. contoh2 soalan yg korang bg tu akan sy praktikkan.. doakan sy yg terbaik dan sama2lah kita berdoa supaya dapat keje ni walaupun dihantar ke mana sekalipun..

  39. Schyaya says:

    Salam bt semua..

    Baru lps interview smlm 29/6 di SPA Putrajaya bilik J. Ada 2 orng penemuduga dan kedua-duanya perempuan. 1 dr SPA and 1 lg dr KKM. Mereka cuma tya apa tugas-tugas pembantu tadbir dan selebihnya hnya beborak dan mereka sycho sy kaw2.. huhuhu…

    Apa pun insyaAllah jika sudah rezeki sy, sy akn dpt jwtn ini..

  40. nadia abidin says:

    4/7 ni intview ptpo n17.. D a.star,, trima kseh kpd smua yg dh brkgsi soalan… Hrp sgt dpt kja ni.aminnn

  41. Jini says:

    Hi semua,

    Saya juga pergi interview on 26/6. based on my experiences di suruh kenal diri,
    Abt KKM i juz remember few ppl so jawab sikit.
    ask abt KK Kedah pula, i tak tahu so said some else name n said sorry.
    then ask issue semasa n
    y with diploma apply for SPM.
    Y gov.
    N one more thing they ask current salary very high pay y go lower one.
    I give them all the answer and also more then they want but need wait for result n see whether i pass or not. jus pray to god.
    Anyone any idea when the result is coming out?

  42. Jini says:

    n one more thing cert kena arrange from the lowest to highest. that day semua kena marah bcoz of this.

  43. tiey says:

    sy nk tny certificate susun from lowest to the highest or highest to lowest?? confuse laaaaa……

  44. farah says:

    salam..saya dh lepas inerview pg td-3/7/12..org kedua plak tu..nk kongsi dengan sume pasl interview td..
    yg interview saya seorang perempuan dan seorang lelaki berbangsa cina..memg peramah dan xsikit pn wt kite jd gabra..soalan yg ditnya td:-

    1)pkenalkan diri
    2)psl integriti-mksud
    3)jbt pmbntu tadbir
    4)tugas pmbntu tadbir
    5)gred gaji p/o
    6)kenaikan gaji p/o setahun brp???

    alhamdulillah soklan ditnya tu xsusah..wlpn ade yg xdpt jwb,terus terang je ckp xtau..jgn menipu.gud luck pd yg intervw tu..

  45. Jini says:

    Thanks tres…

  46. jac says:

    sy interview kat bilik d pd 3/7/2012. die tnye dokumen terperingkat jek..yg lain cite keje yg tgh wt sekrg..lagi satu die tgk sijil berhenti sekolah kebtln selalu pnjt pagar tue yg kedtgn tk memuaskan..hehe..gud luck guys..

  47. aennea says:

    sy bru je lepas intvw pt n17 bln 6 aritu. fuh soalan dye mmg pedas. tp dpt lg jgk sy jwb. hehe . kalo ad rezeki xkemana kn. kalo xda mgkn rezeki kte d tempat len :)

    • aennea says:

      sy nk berkongsi sy ditemuduga aritu :D

      1) introduction urself. speaking ! membebel je sehingga panel stop kn tuk soalan len :)

      2) byk kondem dri sbb ad dip tp why apply spm nye dgn gaji yg sikit berbanding dip yg ad. sesi ni pjg lebar gk duk membebel .panel anggok2 je . hehe

      3) kalo posting kt sabah sarawak awk nk ke?

      4) bg 2 kementerian n jabatan beserta menteri nye. ssh gk memula jwb yg eksekutif n dye nk yg non eksekutif. ponim pale den. tp alhamdullilah dpt jwb . :)

      5) byk cerita pasal praktikal dlu kt tnb sbb xda pglmn keje lg. panel anggok2 lg. hehe

      6) jd awak mmg berhasrat la tuk jawatan ni. sy jawab ye! sy mmg ingin menjawat jawatan ni n jd slh sorg penjawat awam. last panel anggok2 nm senyum, :)

      7) yg paling kelakar, siap tny ad hasrat nk kawen x. hehe, panel ni nk beramah mesra je. sesi 2 byk gelak gk. :D tp bkn gelak besar ye. gelak2 comey je. hehe

      pape pn x pressure sgt la intvw ni, santai2 je. hehe

  48. ida says:

    next week dpt interview pt(po)n17..tetapi ujian bertulis.agak2 apa soalan yang nak ditanya yer..xpernah dengar lg n17 ada ujian bertulis

  49. mieyyrra says:

    xsabarnye nk tggu result interview ari2…bln 8 ni kn result?hope ade la rezeki nnt

  50. mieyyrra says:

    xsbr tggu result bln 8 ni

Leave a Reply