Gugup, gemuruh, gagap semasa ditemuduga? Mari baca..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Kali ni saya ingin berkongsi satu tips semasa menghadiri temuduga. Bagaimana ingin menghilangkan rasa nervous atau gugup/gemuruh semasa menghadiri temuduga kelak. Apa yang anda perlu buat sekiranya nervous adalah:

1. Apabila mendengar atau menjawab soalan penel penemuduga, pandang terus pada matanya. Akan tetapi jangan pandang dengan pandangan yang tajam pula. Pandang dengan biasa - fokus. Ia akan meningkatkan keberanian dan keyakinan anda!
2. Apabila menjawab soalan, jawablah dengan jelas dan terang supaya panel penemuduga dapat mendengarnya dan memahami apa yang anda perkatakan dengan jelas. Apabila anda bercakap dengan jelas dan terang, ini akan meningkatkan lagi keberanian anda untuk sesi yang seterusnya.
3. Apabila anda nervous, ambil masa seketika dan tarik nafas perlahan-lahan. Kemudian, lepaskannya perlahan-lahan juga. Ini akan membuatkan dada anda berasa lapang dan anda akan menjadi lebih bersemangat.
4. Bagi yang beragama Islam, saya syorkan anda untuk membaca ayat Seribu Dinar di dalam hati semoga Allah menenangkan hati anda setelah anda bertaqwa kepadanya.
5. Lagi satu tips saya, semasa temuduga, bayangkan panel penemuduga itu adalah orang yang biasa anda kenali atau rakan anda. Dengan anggapan seperti ini, anda akan menjadi lebih relaks dan tenang saja sepanjang sesi temuduga.
6. Dan tips akhir dari saya, apabila menjawab soalan tegakkan badan anda dan berkeadaan menghadap lurus
berhadapan panel penemuduga. Dengan badan yang tegak anda akan lebih bersemangat dan lebih yakin.
Itu sajalah tips dari saya untuk menghilangkan rasa nervous, gugup atau pun gemuruh semasa temuduga nanti.
Sekian tips dari Kerja-kerajaan.com
Comments (43)






assalamualaikum
terima kasih di atas e-book rahsia lulus kerja k’jaan. buat pengetahuan en. jamaluddin, saya sebenarnya telah bekerja di sektor kerajaan sebagai kerani selama 4 tahun. walau bagaimanapun, saya telah dipanggil utk temuduga penolong pegawai tadbir tetapi telah gagal. apabila saya membaca e-book ini, saya rasa patutlah saya gagal dalam interview tersebut. banyak perkara yang saya tak lakukan dlm interview t’sebut. tapi, saya akan cuba mempraktikkan segala tips dan cara yang ada dalam e-book tst dlm interview akan datang. thanks. jika, saya kongsi e-book tst ngan adik beradik boleh ke?
Kongsikan saja:) Tiada masalah..
assalamualaikum…
terima kasih kerana sanggup berkongsi tips-tip tmuduga kerajaan.saya akan mengahadapi inteview pada bln ini.segala yg telah di nyatakan akan sy praktikkan..insyallah..terima kasih
Sama-sama. Good luck
salam admin
saja nak share.. saya pegi temuduga ari tu 1st time.. memang nerves giler.. padahal sebelum tu saya memang da prepare da mcm mana nak jawab sampai praktis depan cermin la.. huhuhu.. tapi rasa mcm tak dapek yooo!! huaaa sedihnye
Takpe:) Jadikan ianya pengalaman buat masa akan datang..don’t be sad…
jgn kata temuduga, peluang keje pn x dapat….
dmana silap nyer
Thank.. hope tips ni boleh bantu saya yang mmg ada masalah gemuruh..
saudara jamal…adakah ebook ini sesuai untuk kerja swasta?
Ramai pembeli mengatakan ianya sesuai untuk kerja swasta juga..cuma dalam ebook ini lebih fokus kepada sektor awam..apapun ianya membantu juga di sektor swasta…kejayaan pembeli sebelum ini telah membuktikannya:)
stau tips saya nak tambah,, untuk mengurangkan nervous,, anda pakai lah pakaian yang anda selesa dan yakin,,tapi kenelah sesuai untuk ketempat temuduga. sebab dengan pakaian yang kita selesa kita berasa lebih selamat dan berani.. apa komen admin?
Sudah pasti saudara:)
satu tips yang menarik…Dengan pakaian yang sesuai, kita lebih selesa. Tapi jika tak biasa pakai kot, anda memang rasa tidak selesa. Tapi ianya boleh diatasi dengan ‘testing’ dulu di rumah sebelum pergi temuduga..Dapatkan ‘feel’ dulu
cool..pglamn saye yg sllu nerv nih…tp dpt datasi sekire yer pemilihan warna n pakaian yg selesa dan skalik gus YAKIN berkomunikasi..senyum jerk.
tq utk informasi yang encik jamal berikan,insyaallah saya akan gunakan apabila ada sesi temuduga yang akan datang.
sebelum ini saya pernah ditemuduga tetapi olh kerana tiada pengalaman saya gagal..
Jadikan pengalaman lalu sebagai sumber kejayaan kita yang akan datang. Jangan mudah menyerah kalah:)
Salam,
sy nk kongsi sedikit ttg pengalaman semasa temuduga..
1. bersedia dan x boleh stress sgt nnt lupa ape yg dh prepare.. kalo rasa nervous sgt bila masuk bilik interview try la selawat2 ke dan senyummmm…
2. ada interviewer yg akan bantu kita utk relax dgn tanya soalan2 santai.. jd amik ler masa tu utk btenang.. senyum jek.. tp jgn sengeh…
3. bacalah surah yusoff ayat 4.. mmg berkesan.. ayat pelembut hati.. bila interviewer tgk muka kita rasa kesian dan lembut hati.. tapi kena la prepare jugak.. kalo jwpn x btul, keras hai la jugak nnt hehehe~~
4. yakin.. muka kena confident.. bila bersedia suma leh jwb.. kalo xtau jgn hentam.. ada member sy main hentam2.. alasan dia interviewer hanya nk tgk confident level tp sebenarnya sy xleh.. sbb kwn sy gagal interview.. moral of the story, kalo xtau jujur..
5. pesanan akhir, jika dh dpt menjadi penjawat awam, jlnkan tggjawab.. tunaikan janji anda semasa temuduga.. jgn janji tinggal janji shj.. biar jd penjawat awam yg berdedikasi, amanah, berkarisma kerana ilmu2 yg kita pelajari dlm e-book tu bukan hanya diaplikasi semasa interview ttp semasa btugas juga.. imej, cara btutur, penampilan, keyakinan, alert, gaya bahasa tu semua penting dan perlu dipraktikkan sbg penjawat awam.. bukan apa, biar org nampak penjawat awam ni disegani kerana kualiti yg ada pada penjawat awam tu sendiri..jgn beri ruang utk org mengata.. ni pesanan ikhlas daripada saya
FIZA
INTAN BK
Ya saya setuju dengan pendapat dan penerangan Fiza tu..
Jadi, kawan-kawan, ambil ilmu yang amat berguna ini untuk temuduga pada masa akan datang.
camne nak jawab soalan situasi bagi jawatan Pembantu pengurusan murid
ni kena tanya orang yang berpengalaman menghadirinya..akan tetapi soalan yang datang dari panel SPA bersifat umum…sama saja seperti bagi jawatan lain seperti isu semasa, keyakinan diri, kejujuran, integriti dn lain - lain
2hb julai lepas saya menghadiri sesi temuduga spa.. alhamdulillah semua ok…
tapi kerana ianya 1st time, buat saya jadi gemuruh tapi saya berterus terang dengan panel bahawa saya dah lupa jawapan……. terima kasih lah kerana memberikan tips untuk menghadapi temuduga ni….
salam..
en. jamal
saya nk tau mcm mane nk hilangkan gagap
sbb saya memang mengidap penyakit gagap sejak lahir lagi.
saya kecewe setiap kali interview saya tidak boleh nk menjawab soalan padahal saya tau jwpnnye disebabkan saya gagap.
jadi penemuduga tidak dapt menilai saya kerana saya gagap. saya sedang berkhidmat dlm krjaan tetapi berstatus kontrak sudah hampir 13 tahun dan menghadiri temuduga sebyk 5-6 kali tetapi sumenye gagal sbb saya gagap
en. jamal bleh tlg bg tips mcm mane nk hilangkan gagap.
Saya bukan pakar dalam bab ini..
Adalah lebih baik berjumpa Dr Pakar, Insyallah ada penyelesaiannya…
En. Jamal, mcm ne ye kalo soalan yg ditanya tu sy xtau jawapan nye dgn tepat?
Adakah perlu jwb jawapan yg salah 2 dgn confident, or juz kte je x tau?
thanx! sgt berguna
salam…
arrrrgghhhh…. tension spa tuk pembantu perangkaan da kuar. br jap td check… resultnya xdapat…
rs nak menjerit jer… asal aku xdapat rsnye aku jwp da betol cnfident lak tu… emmmm adehla… sedey nye….
salam en jamal…..
sy sgt bersyukur kepada Ilahi kerana telah ditemukan dengan e-book en jamal. ketika sesi temuduga berlangsung sy sangat yakin dan mampu memberi isi yang bernas terhadap soalan yg diberikan,atas bantuan drp isi kandungan ebook ini.
sy baru sahaja mendapat keputusan bg jawatan Q41 di Agensi Nuklear walaupun sy dicalonkan sebagai calon simpanan,tetapi sy tetap bersyukur kerana masih lagi ada harapan untk jawatan tersebut..InsyaAllah sy akan terus berdoa dan bertawakal agr sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan perjalanan mencari pekerjaan..
salam,encik thanks for all your advice.i’m appreciate it.hopefully i akan berjaya mendpatkan kerja dgn kerajaan walaupun now i still lg blaja.berkrja ngan kerajaan adlh slh satu impian sy……:)
Kebanyakan jawapan boleh adan lihat di post - post lain ye..
dan jika nak tahu banyak lagi, dapatkanlah ebook RLTKK ye:)
Kepada yang berjaya tahniah saya ucapkan..
bagi yang tidak berjaya, jangan kecewa…mungkin belum rezeki anda lagi..Bersabarlah..kita sudah berusaha, tuhan yang menentukannya
salam…
sy ni bru bebrapa kali jak ikt tmudga..tpi suma tak berjya…npe ek? ..
- yakin tu ada gak, cma rsa tkut tu ada….so apa pandangan..admin
baru jak abis Konvo.Doakan kami semua cepat dapat keja yang baik ya. AMIN YA RABBAL ALAMIN
admin,
saya ni dah 3 tahun
menunggu kerja kerajaan
malangnya setiap kali saya mohon kerja tak pernah di panggil utk ditemuduga pun
rasanya saa dah isi borang dgn kemas dan teliti
sijil2 semua saya susun cantik2 dan siap dgn pengesahan lg
tak tah la dimana kurannya lg
kadang2 rasa nak mnagis n tak nak moon dah kerja
Salam,
Thanks untuk segala nasihat dlm persediaan untuk temuduga. Laman blog ini memang sangat2 membantu sayamenghadapi temuduga. Alhamdulillah sekarang saya dapat 2 twaran kerja Kerajaan. 1 Pegawai Tadbir N41 (Tetap) dkt Badan Berkanun (IPTA) dan 2 Pegawai Penerangan S41 (Tetap) dkat K. Penerangan under SPA (baru semak Jumaat lepas). Cma saya nak minta pendapat saudara yang manakah keistimewaan yg lebih baik dari segi peluang mlnjutkan pelajaran/ naik pangkat dll? Kerja dekat Kerajaan Persekutuan atau Badan Berkanun?. Saya terpaksa buat pemilihan dlm masa terdekat ni. Skrg saya sudah bekerja dkt IPTA tersebut. Baru 2 minggu melapor diri. Terima Kasih banyak2 atas nasihat saudara.
salam… 19hb ni saya akan ditemuduga untuk jawatan pembantu tadbir kewangan W17 di pej.RISDA. saya rasa sedih lak xsempat lg nk beli ebook. saya hanya baca tip2 dlm ni jer.. kalau ada tip berguna bgtaula..
apepun doakan saya aek.. TQ
malang nasib aku x berjaya ppt..huhu 2x dah interbiu jawatan sama
sabar yea owg atas…..mgkn rezki awk lpz neyh…jgn benti berusaha yea
saya pn dh 4x intebiu post ppt, gagal gak..mmg frust, tp maybe ada hikmahnya…pikir positif je la…yg penting jgn sesekali putus asa & teruskan mencuba..Allah uji kita dgn mcm2 cara..mungkin kegagalan ni salah satu caranya…ALWAYS THINK +VE..
U so rite pijah, pape pn twozkn berusaha yea : )
Salam..
Terima kasih di ats tip2 yg diberikan di sini dan jg dlm RLTKK..mmg ckup padat dan berinformasi…:)
esok sy ada iview SPA…jawatan pembamtu pendaftaran…doakan sy…tq
ade x sape2 yg penah g interbiu peg perikanan G41?bley share pengalaman?
salam…
saya sebelum nie penah g interview SPA…tp nasib x menyebelahi saya.
saya ingin bertanya…perlu ke kita bagitahu pada penemuduga kita yang sebelum nie kita penah di interview tuk jawatan yang sama gak??
Salam..
sy rse bg tau jek…mgkin dr situ die blh tgk awk btl2 bmnt ngn jwtn 2..sbb dlu pn sy de intvw jwtn yg sama..pstu die tnye knp intvw yg dlu leh ggl..sy ckp la masa 2 mgkin sy kurang bsedia tp sy akan jdkn kggalan dlu sbg batu loncatan utk sy brjaya…:)gd lck yer…
nurwahida binti zaimy : boleh kongsi ebook tu ngan sy..
mizz_yna88@yahoo.com.my