Bagaimana ingin mengetahui soalan yang bakal ditanya olehpanel penemuduga?

Semoga anda berada dalam keadaan sihat‘sokmo’. Hari ini saya ingin berkongsi satu lagi tips berguna untuk anda mengenai ”apakah yang akan ditanya oleh penemuduga” bagi temuduga kerja kerajaan.

Adakah anda boleh meramalkan apakah soalan yang bakal ditanya oleh panel penemuduga kelak? Tidak boleh! Tidak, anda sebenarnya boleh meramalkan soalan yang bakal ditanya semasa temuduga nanti. Di sini saya memberikan beberapa tips khusus bagaimana untuk meneka soalan yang ditanya oleh penemuduga.
cb108044
Tips 1 – Ketahui dan fahami apakah bidang kerja anda.
===============================================================
Tahukah anda bahawa kebanyakan penemuduga sering bertanya mengenai pengalaman kerja kita. Jika boleh, mereka akan menyoal kita habis-habisan mengenai kerjaya semasa anda. Kadang-kala soalan-soalan yangditanyakan tersebut memakan masa lebih dari 15 minit untuk selesai. Jadi inilah peluang yang perlu anda ambil untuk menambah markah penilaian temuduga.

Tips 2 – Peka terhadap isu semasa dan pengetahuan am.
===============================================================
Ini adalah merupakan antara yang paling digemari oleh panel semasa sesi temuduga. Biasanya, isu-isu hangat yang diperkatakan dalam media massa sering menjadi topik soalan utama dari penemuduga. Jadi, anda dapat mengetahui bahawa penemuduga ini sebenarnya ingin mengetahui bahawa anda sentiasa peka terhadap isu semasa atau tidak. Siapa yang rajin membaca akhbar atau menonton berita, tentu tiada masalah apabila untuk menjangka dan seterusnya dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh penemuduga.

Tips 3 – Bertanya pada mereka yang ada pengalaman temuduga kerja kerajaan.
===============================================================
Ya, hal ni juga tidak kurang pentingnya dalam menjangka soalan temuduga yang bakal anda hadapi. Cuba anda bertanya pada rakan-rakan anda apakah soalan yang ditanya kepada mereka semasa mereka menghadiri temuduga tersebut. Ini sedikit sebanyak dapat membantu anda Manatahu soalan tersebut adalah sama dengan soalan yang bakal ditanya kepada anda. Sudah pasti anda dapat menjawabnya.

Tips 4 – Menganggap diri sendiri sebagai penemuduga.
===============================================================
Haha, tips ni agak istimewa di mana anda perlu membayangkan diri anda sendiri sebagai seorang panel penemuduga. Cuba anda bayangkan, sebagai seorang panel, apakah soalan yang akan ditanya oleh anda jika ingin mengambil seseorang calon untuk mengisi jawatan di tempat kerja anda. Adakah anda akan bertanyakan latar belakangnya, pendidikannya, kerjayanya, kebolehannya,..dan lain-lain. Ini boleh anda bayangkan…

Tips 5 – Baca ebook Temuduga Kerja Kerajaan lah,
===============================================================
Sambil bagi tips sambil promot. Ebook ini akan membantu anda meramalkan soalan-soalan yang bakal ditanya oleh penemuduga. Terdapat 70 koleksi skema soalan dan jawapan yang biasa ditanya dalam temuduga. Juga ebook Teknik Menjawab Soalan Temuduga, ianya amat bagus untuk anda baca. Sudah banyak yang menghantar email kepada saya bahawa hampir 50 – 70% soalan yang ditanya semasa temuduga hampir sama dengan apa yang ada dalam panduan ini.

Ok, sekian saja tips saya kali ini. Kepada sesiapa yang bakal menghadiri temuduga tu, saya ucapkan Selamat Maju Jaya dan saya berdoa agar anda berjaya.

Comments (162)

 

  1. wa says:

    nak g interview kat melaka bulan 5…

  2. cipan says:

    Hye kawan2

  3. cipan says:

    cm na kawan2?

  4. beautiful maria says:

    salam..hai sumer..
    juz nak tanya cikit leh ke saya apply keje sedangkan saya belajar agi di u(bru nk msk thn 3)..takut2 lau da dpt intrvw n keje time still agi belajar ni..
    mesti pening pale nak pilih keje or teruskan belajar sampai hbs lu?? so, pe pndgan u’all???

    • amirul asnawi says:

      sy ase bek awk plih keje
      tp bgus jgk klu awk abiskn blja dlu
      cme keje krajaan ni klu da dpt bek amek je pluang
      tkot awk abes study nnti sush plk nk dpt keje tetap

    • zaimah says:

      wasalam….hai….. tapi lau btol2 nak kje sangt plih la pekerjaan….. bila nak blajar plih blajar….. dan lau apply untuk kerja kerajaan ble dorang tanye anda masih blaja atau tak cakap je tak walaupon anda masih blaja…..:) tq….

  5. amirul asnawi says:

    salam
    sy interview penyelia asrama n17 SPP pada 15hb 7 2010
    sy nk ty,ap bese soalan lazim yg ditanya
    tlg bantu sy
    sy harap sgt temuduga kli ni berjaya
    sy nk ibubapa sy bgga sy dpt keje tetap
    please guys
    please tlg sy admin..

  6. ieyda says:

    sy hnya trus mnunggu je surt pgil intview…INSYAALAH ade r rzekikan.Admin dOakan utuk sy e..TQ…

  7. wan says:

    salam sume..

    wanie, saya nak mintak tips utk spp (jwatan pppt)
    apa yee soalan yang diorg tnya ms interview dlu…

  8. 5zal says:

    Saya akan menghadiri tmuduga AADK S27 pada 21/9/2010. Biasanya apa soalan yang akan ditanya berhubung Peno.Peg Antidadah nie.

  9. ziella says:

    slm…
    alamak,cmna ni….xda experiences hadiri tmudga…
    bru esk first time tmudga ni…
    help me,plz…….

  10. ziella says:

    camne nk prepare dlm msa yg sgt singkat ni………..friend….help me,plz…
    huh..so nervous la…………

  11. sofea says:

    sy de intervw dlm 2 mgu lg.. ni kali 3 sy intrvw spa…
    dan kali kedua utk jawatan yg sama..latihan separa perubatan… boleh bg tips x.. krna sy msh mgeletar lg… adkah mungkin soalan nye same ? bgmn pulak kalau penemuduga tu org sama yg wat interview yg sebelum ni

  12. sofea says:

    untuk intervw yg sama wat kali kedua cm ne lak persediaan nya ek

  13. effendy says:

    alhamdulillah…saya dah diterima bekerja dengan kerajaan sebagai pegawi gred 41. terima kasih semua yg telah membantu memberi tunjuk ajar.

    • zaimah says:

      da bekerja pegawai…tahniah2…bkan snang orang nak dapat kerja kerajaan ni….. nak taknak je…..:)

  14. Aniss says:

    saya dapat temuduga untuk pegawai imegresen tp saya agak nervous dan tkt sedikit, slalunya apakah soala yang sering ditanya oleh pgawai imegreseen dan pegawai SPA??

  15. ida says:

    sy nk hadiri interview 25.11 nie utk jwtn ft17…
    nk tau cmner ye soaln2 yg bkal diajukan..terlalu risau pk smpai serabut..coz sy nie xconfident, xbyk ckp..risau nti xdpt jwb dgn baik…cmner ye..nk jd berkeyakinan sikit…huhu

  16. Hyde says:

    nk tanyer la pendapat korang, agak2 ape isu semasa sekarang yang ditanyer?

  17. mawar pink says:

    ape soalan2 yg ditanyer jawatan pembantu undang-undang L29??

  18. yamie says:

    kalau dia tnya knpa kita bernti dari keja lma…boleh ka kita jawab sbb maslh kesihatan?hehe

  19. alin says:

    salam….
    9/12/2010 date sy pg interview pt n17..tp sy nk tanya jawatan tue tetap ke atau kontrak… masa pg lupa plak nk tanya org spa.. ada sesapa tau tak?????//

  20. LIZA says:

    hai…saya baru pertama kali bukuk web ini…rasa gugup pulak bila mmbaca artikel dn soalan diatas..saya ader interview juga akn dtg ni..

  21. yapp says:

    huuh~~terima tawaran temu duga bagi jawatan juru audio visual tmorow…..tapi pai skrg teda prepare langsung….apa yg kmu akan buat sekiranya kmu d tempat sy….s

  22. alla says:

    3 jun nie sye ader intebi8u sbgai pmbntu prbatan di ijn …so…rase2 aper yg biase ditye oleh pihak panel….plis….sper2 yg pnah intebiu utk krjaya ini tlgla bntu sye….

  23. acam says:

    Saya baru lupas tmuduga pem. Kshtn awam. Xtau la dpt ke x.. Mudah atau x ek untuk dpt jwtn ni?

  24. fifa says:

    saya dh lepas exam penguasa kastam…
    adakah sy layak temuduga pen. penguasa kastam?
    jika tiada apa2 berita untuk dipanggil temuduga hingga kini, kebarangkalian tidak tercalon adalah tinggi?benar??\

  25. nita says:

    apa isu semasa thn 2012 ek?

  26. mimie says:

    Saya da 2 kali temuduga pembantu tadbir and dpat calon simpanan 2 tahun….yang pelik lepas habis tempoh simpanan 2..isi balik jawatan 2 di nyatakan x memenuhi syarat yang di tetapkan….Apa masalah?? ada sesiapa bolh tolong jelaskan?sy call spa tp dia kata kena tanya pegawai..tp x bg pun no dia..aduhhh sedih betul la….

  27. yokai says:

    LOL..sy ni degree,bru sebulan..pastu dapat spa..pmbantu pgawai kastam..so cmner ni??
    coment2

  28. Wilbert Rohm says:

    I do not even understand how I finished up here, however I thought this put up was great. I do not realize who you are but certainly you’re going to a famous blogger in case you aren’t already ;) Cheers!

  29. Ex PENEMUDUGA says:

    Tips untuk semua calon.
    Biasanya dalam urusan temuduga SPA ada 2 orang panel penemuduga. seorang sebagai Pengerusi dan seorang lagi sebagai Wakil Jabatan.
    70% markah oleh Pengerusi dan 30% markah diberi oleh Wakil Jabatan.
    Pengerusi akan memberi markah merangkumi Ketrampilan diri, pengenalan diri, latarbelakang pendidikan, pengalaman kerja ( jika ada ), integriti dan kejujuran, keyakinan serta pengetahuan am (termasuk pengetahuan semasa-berita mutakhir).

    Wakil Jabatan akan menanyakan soalan berkaitan bidang tugas, pengalaman berkaitan tugas (jika ada) serta pengkhususan /kompetensi tugas.
    Soalan berbeza bagi setiap calon sama ada ia sedang berkhidmat atau lantikan baru.

    Jawablah dengan yakin tapi jangan sekali kali menipu. Jika tidak tahu jawab saja tak ahu derngan baik tapi beri komitmen untuk berusaha mencari jawapan.

Leave a Reply