Anda perlu beringat bila nak pergi temuduga!
Sekarang saya sudah agak kurang sibuk. Jadi, kali ini dapatlah saya berkongsi satu rahsia baru.
Mungkin anda tahu rahsia ni kot?
Jika belum tahu, saya teruskan…
Anda perasan tak, banyak iklan kekosongan jawatan di sektor awam diiklankan baru-baru ini.
Contohnya, iklan temuduga terbuka, temuduga untuk jabatan-jabatan ataupun kementerian – kementerian dll. Dan temuduga SPA seperti biasa, pasti ada.
Mengapa begitu banyak kekosongan jawatan pada masa ini? Jawapannya adalah Pakej
Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita yang khusus
untuk merangsang pertumbuhan ekonomi di zaman kemelesetan ekonomi ini.
Dengan pengumuman oleh PM ini, ianya telah membuka peluang pekerjaan yang besar di sektor swasta dan juga kerajaan. Dan peluang ini diharapkan dapat membantu para penganggur / graduan universiti/mereka yang telah diberhentikan kerja untuk menyara hidup mereka.
Bagi kekosongan jawatan di sektor awam, banyak calon telah dipanggil temuduga. Yang dipanggil temuduga memanglah amat ramai jika dibandingkan dengan kekosongan yang ada. Walaupun jawatan yang ditawarkan bersifat kontrak atau sementara, tetapi ramai yang menghadiri temuduga tersebut. Tidak kiralah mereka penganggur ke, pekerja yang diberhenti ke, malah mereka yang sudah bekerja di sektor swasta mahupun kerajaan(kontrak) tetap datang ke temuduga tersebut.
Tetapi adakah mereka berjaya? Hanya panel penemuduga yang tahu…
Pssst…saya ada rahsia sebenarnya nak bagitahu anda pasal kriteria pemilihan calon temuduga yang akan berjaya dipilih bagi pakej rangsangan ekonomi ini.

Yang mereka nilai adalah…..
1. Status kerja calon
————————————
Di bawah pakej rangsangan ekonomi ini,calon-calon yang tiada kerja/menganggur lebih diutamakan berbanding mereka yang telah bekerja. Mengapa? Kerana tujuan pakej rangsangan ekonomi ini sendiri bertujuan membantu mereka yang hilang/tiada sumber pendapatan mendapatkan sumber mata pencarian mereka.
Tetapi adakah 100% golongan yang tiada kerja ini diambil? Tidak sama sekali. Seperti yang saya beritahu tadi, golongan ini adalah yang diutamakan! Mereka yang sudah memiliki pekerjaan tetapi berminat juga dengan jawatan yang ditawarkan, peluang mereka tetap ada. Tapi, mereka perlu lebih menunjukkan prestasi yang terbaik semasa temuduga.
Bagi yang memang penganggur/tidak bekerja pula, jangan sangka mereka dengan mudahnya akan berjaya dalam temuduga tersebut. Persaingan di kalangan mereka juga sangat tinggi. Hanya calon yang memberikan persembahan terbaik saja yang akan berjaya.
2. Mereka Yang Bersungguh, Berkeyakinan….
———————————————————-
Sudah pasti sifat inilah yang dicari-cari oleh penemuduga. Bersungguh? Bagaimana tu? Ianya bermaksud, calon yang datang menghadiri temuduga, menunjukkan
minat mereka yang sebenarnya untuk memasuki sektor kerja kerajaan. Ini dapat dinilai dari segi pemakaian mereka, penampilan mereka, gaya dan stail mereka. Adakah mereka hadir temuduga dengan memakai kot, memakai tali leher, berambut pendek dan kemas ataupun bagi wanita, berpakaian ekslusif seperti mereka seorang pengarah syarikat atau CEO.
Berkeyakinan? Apa yang dimaksudkan dengannya?
Bagi calon yang menghadiri sesi temuduga, keyakinan semasa menjawab soalan temuduga adalah penting. Setiap soalan yang ditanya, mereka hendaklah menjawabnya dengan tenang, dan penuh keyakinan. Jangan sesekali ragu-ragu dengan jawapan anda! Walaupun kita tak tahu jawapannya, jawablah dengan memberikan kaitan kepada soalan yang ditanya. Jika benar-benar tidak tahu, katakanlah ”maaf tuan, saya memang tidak tahu dengan jawapan yang sebenarnya”.
Tidak merbahaya ke jawapan yang diberikan seperti ini? Jangan risau, panel penemuduga bukannya mencari calon yang 100% boleh menjawab soalan yang ditanya. Yang sebenarnya, mereka mencari calon-calon yang benar-benar berkelayakan. Nilai kejujuran, keyakinan, sikap dan keikhlasan diambil kira di sebalik soalan-soalan
yang ditanya.
3.Calon-calon yang hadir dengan kelayakan sesuai
—————————————————————–
Ramai yang datang untuk temuduga bagi kelayakan SPM dengan menggunakan Diploma ataupun Ijazah mereka. Walaupun jawatan yang ditawarkan hanya untuk mereka yang
ada SPM saja, tetapi mereka tetap inginkan jawatan tersebut. Janji kerja kerajaan, betul tak?
Saya bukannya melarang anda berbuat sebegitu. Tapi anda tahu satu perkara, iaitu pengambilan temuduga di bawah skim pakej rangsangan ekonomi ini mengutamakan mereka yang ada kelayakan sesuai.
Jika jawatan yang ditawarkan untuk kelayakan SPM, hanya mereka ada setakat sijil SPM sajalah akan dipilih. Bukan apa, jika jawatan tersebut diberikan kepada mereka yang memiliki kelayakan lebih tinggi, ketidak adilan akan berlaku. Yang SPM ni bukannya boleh apply jawatan yang lebih tinggi dari kelayakan mereka.
Akan tetapi jika anda ada Diploma atau Ijazah, dan anda tetap juga inginkan jawatan bagi kelayakan SPM tadi, boleh kah? Lebih-lebih lagi anda pula tiada pekerjaan..Ada caranya,
iaitu anda terpaksa berbohong sunat. Saya tidak menggalakkan cara ini, cuma berkongsi cerita sedikit. Tipsnya:
1.Jangan isi borang permohanan melalui ijazah/diploma anda
2.Sebelum temuduga anda perlu tahu nak mereka cerita
3.Jangan sampai ”terkantoi” semasa temuduga
Sebenarnya cara ini berisiko, takut anda terlepas cakap atau diperangkap. Jika saya, saya lebih suka berterus-terang. Supaya hati saya lebih tenang dan yakin semasa menjawab soalan temuduga. Saya rasakan ianya adalah lebih baik dari ”berbohong”.
Jika ada rezeki, adalah. Jika tidak, saya redha menerimanya.



sy pun nak g intervw 24hb ni N17.neves la..skrang ni tgh fikir mcm mane nak jwb soalan klau panel tye kenape resign kerja pertama sdgkan gaji lumayan dan skarang maseh bkerja d syarikat swasta dgn gaji tak seberape?kerje pertame dulu sy resign sbb byk keje yg sy kene settle sorong.pekerje tak ramai sbb tu gaji lumayan.bos atas sy yg die tahu keje suma settle.tp bile keje dah beres bos sy yg dpt name.aisss…geram nye.sbb tu sy resign.tak kan sy nak bagitau cm tu plak mase intrvw nanti…tolong la saye…tqvm
Results dah keluar..kte dapat calon simpanan jer sampai 12 Jun 2011..harap2 masih ada peluang lagi..
mggu dpan ada temudga pembantu makmal gred c17. . sy sedang berusaha sedaya upaya mncari maklumat yg berkaitan supaya mudah jwb apabila ditanya oleh penemuduga nanti. . harap2 sy dpt jwb semua soalan dengan tenang dan lancar. . amin. .
aiii….sy dapat interview SPP jawatan pembantu makmal C17…soalan ape yer yang selalu ditanya…
fieyza: awk tmuduga dekat mna?. .brape hr bln?. . bca lah apa yg patot untuk persediaan nanti. .klau ada masa nanti pergi kat tajuk KISAH-KISAH TEMUDUGA UNTUK RENUNGAN. . banyak info kat stu. . good luck. . .
kat politeknik ungku omar ipoh…hari khamis nie….gerun pun ada…
awak eyln bile plak kena g interview
fieyza:sy pun temuduga kat politeknik ungku omar. . tp hari rabu. . 13 hb. .
oh ye ke….same le kite…hari je berbeza….sekarang awak student or dah keje
khamis ni intervw pembantu tadbir undang2… kelayakan jwtn ni under spm. tp mula2 daftar dh masukkan diploma..ermmm…nasib agak tipis utk lulus….pe pon result nt, Allah yg tentukan….kalau diizinkan kte lulus, lulus lah..klo tdk…perlu redha….
* de tips utk soalan2 dlm jawatan undang2 ni x?
saya ada ujian bertulis untuk jawatan pembantu tadbir kewangan.pliz help me.pada sp2 yg pnh hadap ujian tu.soalan per yg kuar????memang nervous giler ni.first time.
salam..saya ade intebiu utk w17 kamis nih…ape ea tips2 yg berkaitan..pening da nk bc ape..nebes pun ade..sbnrnye skang sy tgh praktikal kt agensi ni n then dpt intebiu kt agensi ni jgk..tp post tu utk spm holder..sy ni diploma ade n degree xabis lg..huhuhu..
adoi…19 aibln ni nk g intrbiu jururwat…tp x aw ape y nk kne hafal…nme2 mntri lgsung x taw…tlong la pnning da ni duk pkkir…
sye akan mghadiri tmuduge setiausah pejabat gred N27..ade sape2 bllh bntu?tak tahu nk pakai ape dan soklan2 yg dtnye nti mcm mne?lau la ditnye npe nk jawatan tu dn nape nk tukar keje. nk jwab ape ea..?tk tahula…