Anda Ditanya “Perkenalkan Diri Anda….”

Lama sungguh saya tak hantar email ye berkenaan tips temuduga. Maafkan saya ye..Saya ter’busy’ pula dengan projek - projek baru saya…
Topik kali ini adalah berkenaan….
“Perkenalkan Diri Anda..”
Wah, kacangnya soalan….
Ya.memang amat mudah soalannya…
Tapi, adakah anda mudah menjawabnya…ok, mari kita baca di bawah ini:
Biasanya setelah anda duduk, panel penemuduga akan mula menyoal anda. Soalan / arahan pertama adalah “sila perkenalkan diri anda” ataupun “please introduce yourself”.
Bagaimana anda ingin menjawabnya? Soalannya memang mudah, akan tetapi adakah jawapan anda berikan memang ingin didengari oleh panel penemuduga sepenuhnya. Ada calon apabila ditanya soalan
”kacang” ini, berbuih-buih mulut bercakap tanpa henti menceritakan perihal kehidupannya seolah-olah panel penemuduga itu hendak berkenalan sangat dengannya.
Sebenarnya yang paling penting adalah, anda hanya perlu menceritakan perihal keluarga anda sedikit saja. Yang paling ingin didengari oleh penemuduga di sini adalah mengenai bidang yang anda pelajari semasa di universiti ataupun kolej dan juga pengalaman bekerja anda, TIDAK KIRA APAPUN PEKERJAAN YANG PERNAH ANDA BUAT SEBELUM INI.
Tunjukkan kita komited dalam urusan kerja. Ini mampu merubah markah yang diberi oleh panel penemuduga tadi.
Saya ulangi lagi, apa yang perlu anda tumpukan semasa menjawab soalan ini adalah:
1. perihal diri sedikit saja (jika anda orang susah, ceritakan sedikit kesusahan anda) - ada rahsianya:)
2. Subjek - subjek yang anda ambil semasa belajar dan kaitannya dengan pekerjaan yang anda mohon..Jangan sekadar teori saja.
3. Pengalaman bekerja anda. Jika baru grad, jangan katakan anda langsung tidak pernah bekerja. Kerja sambilan pun tidak mengapa…
Sekian saja dari saya….
Dalam topik berikutnya, saya akan bincangkan mengenai calon simpanan
memandangkan banyak persoalan mengenainya….TUNGGU..dalam masa terdekat..
Comments (10)






mcm mana kalau saya mmg fresh graduate tp blum pernah bekerja?
saya pun tak sabar utk ketahui mengenai calon simpanan
harap-harap saya dapat ketahuinya sebelum hujung bulan depan
kalo tnya perkenalkan diri biasanya sy jwb berpandukan 3. mula sedikit latar blkg keluarga mcm dr mn, anak ke bapa then ke 2 latar belakang pendidikan last pnglmn keja. sbb ikut pnglmn penemuduga akan tnya tntg pnglmn keja then akan tnya bdg tgs utk jwtn yg kita hadir utk ditemuduga pd aritu. ms jwb kena yakin n kena snyum jgn tension sbb kalo kita tension n bnyk diam penemuduga akan tnya bnyk soalan. jd sblhnya jgn kasi chance dorang tnya soalan. if xda pnglmn keja ckp bg tahu kita blm penah keja tp jika di beri peluang akan buat sggh2 n akan cuba mempelajari perkara2 yg kita xtau supaya dpt mnjlnkan tgs yg di beri dgn baik..
sy selalu g intervie tp xlepas2 lg..begang betol…..
de most important is PRAYING TO GOD.then itz gonna be ok…gud luck!
boleh ker terangkan lagi mcm mana nk bgtau mengenai peribadi…. mcm di interview skrg… sy blank ni..
salam
saya akan menghadiri temuduga utk jawatan pembantu tadbir kewangan. blh bagi sedikit tip utk jawatan ni tak. soalan2 yg bakal ditanya oleh panel.
tq
salam
saya juga sama seperti mala..
ada sesape yg blh bg tips?tq
assalamualaikum
baru pi interview 2hari lepas.saya orang pertama sekali.bab perkenalkan diri ni memang biasa soalan pertama yg ditanya.sy pun buget saya diminta buat begitu.tapi dia tak suruh pon.cuma dia tgk nama saya unik sikit.huhu..so saya pon mintak pada dia nak perkenalkan diri saya dulu.utk explain psl nama saya tu..then dia kata ok.. so,semoga saya berjaya kali ni..amin..