Tips Temuduga SPA 2013

Tips Temuduga SPA

 

Mengikut jadual temuduga yang dikeluarkan di laman SPA, terdapat beberapa temuduga yang bakal berlangsung sepanjang Mei – Jun 2013 ini. Antara seisi temuduga jawatan kerajaan yang bakal dilangsungkan ialah :

 

Pembantu Perangkaan Gred E17 [26/5/2013-31/5/2013]
Juruteknik Komputer Gred FT17 [03/6/2013-07/6/2013]
Pembantu Penilaian Gred W17 [21/5/2013-22/5/2013]
Pembantu Pendaftaran Gred KP17 [09/6/2013-21/6/2013]
Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 [2/5/2013-14/6/2013]
Pembantu Veterinar Gred G17 [27/5/2013-28/5/2013]
Juruteknik Perubatan Gred U19 [27/5/2013-31/5/2013]

 

Semakan calon layak ke temuduga jawatan di atas boleh dibuat di link berikut :

 

=>http://domino.spa.gov.my/online/jadual_temuduga.php

 

Ramai dari rakan-rakan kita yang turut tersenarai untuk seisi temuduga tersebut terutamanya bagi seisi temuduga jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27. Mengikut statistik dari SPA hampir 50,000 calon untuk Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 dipanggil ke seisi tersebut.

Tips Temuduga SPA

Panggilan ke seisi temuduga SPA adalah satu peluang yang patut digunakan sebaik mungkin dalam mengejar cita-cita menjawat jawatan kerajaan. Lakukan persediaan yang secukupnya agar dapat memberikan prestasi terbaik buat memikat panel penemuduga SPA. Entri kali ini admin kongsikan beberapa tips umum dalam menghadapi seisi temuduga jawatan perkhidmatan awam SPA.

 

Tips Temuduga SPA I – Etika Pakaian Semasa Temuduga

 

Apabila menghadiri seisi temuduga SPA, aspek pemakaian perlu diberi perhatian. Bukan hanya persiapan mempertingkat IQ dan kemahiran sahaja. Persediaan untuk pemilihan pakaian juga perlu diutamakan.

Jangan sesekali mengabaikan aspek pemakaian semasa menghadiri seisi peperiksaan dan temuduga. Tahukah anda aspek pemakaian turut mempunyai ‘aura’ tersendiri semasa anda menghadiri peperiksan dan temuduga? Bukan hanya mempengaruhi panel penemuduga, malah untuk diri anda.

Dengan pemakaian yang beretika dan hebat, ianya bukan sahaja mempengaruhi panel penemuduga, malah memberi pengaruh besar kepada tahap keyakinan, ketenangan dan kehebatan anda.

 

Tips Temuduga SPA II : Tampil Kemas & Profesional

 

Tips temuduga ke-2 pula akan menerangkan tentang panduan ringkas untuk calon temuduga tampil kemas dan kelihatan professional. Kelihatan professional, kemas dan boleh dipercayai amatlah penting semasa sesi temuduga. Dengan perlakuan yang disarankan di bawah anda dapat menimbulkan tarikan penemuduga terhadap anda.Sekiranya penemuduga mula selesa dan percaya atas kata-kata anda,anda sudah pun melangkah sebelah kaki untuk jawatan yang dipohon. Berikut adalah tips temuduga & panduan ringkas untuk kelihatan professional di mata panel penemuduga :

 

1. Sentiasa yakin dengan diri sendiri dan setiap langkah untuk memasuki bilik temuduga diselang-selikan dengan bacaan selawat.

2. Bayangkan anda seperti bertemu rakan pejabat atau kenalan sahaja untuk menghilangkan rasa gemuruh dan gementar.

3. Jaga bahasa anda apabila berkomunikasi.Ucapkan selamat pagi ataupun berilah salam setelah anda melangkah masuk ke bilik temuduga. Ingat, kemesraan penting kerana anda hanya dapat tunjukkan dan tonjolkan keperibadian anda dalam tempoh 30 minit sahaja.

4. Tunggu penemuduga menghulurkan tangan dahulu. Kemudian barulah berjabat tangan.

5. Sentiasa tegakkan badan dan tunggu dahulu jemputan dari penemuduga barulah anda mengambil tempat duduk.Ucapkan terima kasih.

6. Setelah duduk, elakkan daripada meletakkan siku atau barangan di atas meja.

7. Duduk dalam keadaan tenang dan jangan mengoyangkan kaki.

8. Setelah penemuduga itu memulakan kata barulah anda bersuara. Setiap soalan yang ditanya sebolehnya dijawab dahulu didalam hati. Cara ini dapat mengelakkan anda dari menjawab sesuatu soalan dengan tergopoh-gapah.

9. Jawapan yang diberikan pula hendaklah tepat dan pendek. Sentiasa menjawab soalan yang diajukan ditambah dengan contoh kelebihan dan pengalaman anda dalam sesuatu bidang.

 

Contoh Soalan: “Ceritakan serba sedikit berkenaan diri anda”

 

Jawapan yang baik :

 

“Nama saya Nazmi Bin Hamat. Saya lulusan daripada Infotech Mara Kuala Lumpur dimana sesi pembelajaran disitu menekan kan 70% praktikal dan hanya 30% teori. Setelah hampir 3 tahun bekerja di syarikat Chaligat Trading & Engineering Company, saya berpeluang bekerja dengan ramai jurutera-jurutera dari Petronas, Sime Darby dan sampai sekarang masih mengekalkan hubungan dengan mereka”

 

*Tunjukan kemahiran anda yang tinggi,kebolehan anda bergaul dengan pekerja atasan dan sebagainya.

 

Jawapan yang sederhana :

 

“Nama saya Noraini Binti Saleem. Saya berumur 27 tahun. Saya berkelulusan dari Infotech Mara. Saya berasal dari negeri Perlis.”

 

*Tiada kebolehan dan kepakaran yang ditonjolkan dalam jawapan yang diberikan.

 

10. Sentiasa mengawal fokus mata ke mata untuk melahirkan rasa percaya antara anda dengan penemuduga.

11. Kenal pasti siapa ketua panel penemuduga berikan jawapan dan segala tumpuan kepada beliau.

12. Jangan sesekali meninggikan suara. Cukuplah sekadar bertindak tegas untuk menunjukkan keperibadian anda.

13. Ucapkan terima kasih dan jgn lupa akhirkan kata-kata dengan harapan anda agar dapat menjadi sebahagian dari jabatan/syarikat itu sekiranya diterima.

 

Semoga tips temuduga SPA yang dikongsikan ini dapat membantu rakan-rakan calon seisi temuduga SPA dalam persediaan menghadiri seisi temuduga yang bakal berlangsung nanti. Admin mendoakan 1001 kejayaan anda. Usaha dan tawakal pada-NYA.

 

Bagi yang inginkan persediaan lengkap & efektif, 1 panduan yang admin syorkan adalah Pakej Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan (RLTKK) v4. Panduan yang telah membantu ramai calon temuduga SPA sejak 2009 dan ianya sesuai diaplikasikan untuk apa jua temuduga jawatan sektor awam / kerajaan. Boleh layari laman web berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Pakej RLTKK : www.kerja-kerajaan.com

 

Tips Temuduga SPA

Comments

  1. Hello There. I discovered your weblog using msn. That is a really neatly written article. I’ll be sure to bookmark it and come back to read extra of your useful info. Thank you for the post. I’ll definitely comeback.

  2. Upon this she threw herself at her husbands feet, and begged his pardon with each of the signs of true repentance, vowing that she would never more be disobedient. She would have melted a rock, so spectacular and sorrowful was she; but Blue Beard had a heart harder than any rock!

  3. According to my observation, after a in foreclosure home is sold at an auction, it is common for the borrower to be able to still have some sort ofthat remaining balance on the mortgage. There are many loan merchants who try and have all expenses and liens paid back by the following buyer. Nevertheless, depending on particular programs, rules, and state legal guidelines there may be quite a few loans that are not easily solved through the exchange of lending options. Therefore, the responsibility still lies on the lender that has had his or her property foreclosed on. Thanks for sharing your opinions on this blog. kizec89hzd

  4. Fantastic glance at, I emphatically accepted this onto a friend who was doing a insufficiently examine taking place that. Plus he actually bought me dine as I establish it for him smile As a result allow me rephrase that: Thanks for lunch!

  5. Really informative blog article.Really thank you! Really Cool.

  6. I like the efforts you have put in this, welcome it for all the great content.

  7. you made blogging look easy. The overall look of your web site is fantastic, as well as the content!

  8. Howdy very cool site!! Man .. Beautiful .. Amazing .. I will bookmark your web site and take the feeds additionally¡KI am glad to find so many helpful info here within the put up, we want work out extra techniques in this regard, thank you for sharing. . . . . .

Speak Your Mind

*