Tips Menjawab Esei Bahasa Inggeris Peperiksaan PTD 2012

Peperiksaan Ptd

Peperiksaan ptd

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat pembaca blog sekalian… Anda masih berminat untuk mendapatkan tips-tips tentang peperiksaan ptd 2012? Bagaimana dengan artikel-artikel kami yang lepas? Anda masih berminat untuk menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik? Kami yakin ramai yang berminat terutama bagi mereka yang mendapat panggilan untuk menduduki Peperiksaan PTD 2012 yang akan diadakan pada 12 mei 2012 nanti.Kami berharap anda sudah bersedia untuk peperiksaan tersebut..

Dalam artikel kali ini kami akan menerangkan tentang seksyen yang mungkin sukar bagi sesetengah orang, iaitu bahagian esei berbahasa inggeris…. Kami harap ianya akan membantu memantapkan kefahaman anda tentang soalan-soalan peperiksaan PTD 2012 nanti…

 

Seksyen E : Esei Bahasa Inggeris

Seksyen ini akan menguji tahap kreativiti dan kebolehan anda sama ada menguasai bahasa Inggeris atau pun tidak. Ya, kami tahu ramai yang lemah dalam bahasa inggeris dan bila ditanyakan tentang hal ini, ramai yang mengambil sikap endah tak endah sahaja. Umpama bahasa inggeris tidak penting pada zaman ini.

Untuk seksyen ini, anda perlu menjawab sebanyak 1 daripada 3 soalan dalam masa 1 jam. Ya. 1 Jam. Apa yang perlu anda lakukan untuk menjawab soalan esei ini?

1-Anda perlu menghasilkan esei yang disusun dengan jelas, teratur dan logik.
2-Anda perlu mengarang esei yang mempunyai 200-300 patah perkataan. Jangan terlalu pendek dan jangan
terlalu panjang berjela-jela.Memadai anda pointkan hujah anda dengan teliti dan teratur.

Ramai yang gagal dalam seksyen ini. Ramai yang tidak dapat menghasilkan esei dengan baik. Nasihat kami, anda baca mana-mana contoh karangan bahasa inggeris PMR atau SPM dan lihat flow setiap karangan tersebut. Kaji bagaimana karangan bahasa inggeris dihasilkan.

Jumlah markah yang diperuntukkan untuk seksyen ini ialah 20 markah. Walaupun 20 markah itu nampak sikit, tetapi bila ditambahkan dengan markah dari seksyen yang lain, 20 markah ini merupakan markah yang perlu anda kuasai. Anda perlu pegang 20 markah ini agar tidak hilang.

Nasihat kami, jangan mengalah. Jangan mudah putus asa. Jika sebelum ini rakan-rakan anda berjaya menjawat jawatan PTD, ini tidak bermakna anda tidak boleh. Semua orang layak. Cuma ramai yang gagal dalam peperiksaan ptd ini. Jadi, peperiksaan ptd 2012 ini merupakan langkah pertama yang perlu anda atasi jika anda mahu jawatan yang begitu berprestij ini.

Ps: Katakan pada diri anda, SAYA BOLEH..!

Anda dicadangkan mendapatkan Panduan Exam PTD di bawah ini untuk rujukan lengkap.

Peperiksaan Ptd

Comments

  1. Hey, you used to write magnificent, but the last few posts have been kinda boring… I miss your tremendous writings. Past few posts are just a bit out of track! come on!

  2. I never usually answer posts but I am going to in cases like this, great information… I will bookmark your site. Keep the good perform!

  3. lengthen them a bit from next time? Thanks for the post.

  4. It kind of feels that you are doing any distinctive trick. Furthermore,

Speak Your Mind

*