Tips Exam Pegawai Penerangan Gred S41

Pegawai Penerangan Gred S41

 

 

PANDUAN PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN JAWATAN PEGAWAI PENERANGAN GRED S41

 

pegawai penerangan gred s41

 

 

PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN PEGAWAI PENERANGAN S41

 



ARAHAN KEPADA CALON PEPERIKSAAN PEGAWAI PENERANGAN S41

 

 

1. Pada hari peperiksaan calon perlu membawa :

a. Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan
b. Kad Pengenalan
c. Alat tulis; pensel 2B, pen, pembaris, pemadam dan peralatan lain yang difikirkan perlu.

2. Calon mesti berada di pusat peperiksaan tiga puluh (30) minit sebelum Peperiksaan dimulakan.

3. Calon mesti mematuhi arahan Ketua Pengawas.

4. Calon dilarang berkomunikasi sesama sendiri. Angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.

5. Calon hanya boleh meninggalkan Pusat Peperiksaan tiga puluh (30) minit selepas peperiksaan dimulakan.

6. Calon mesti kenal pasti pusat peperiksaan sehari sebelum hari peperiksaan.

7. Calon mesti berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.

8. Calon hanya dibenarkan meninggalkan pusat peperiksaan apabila diarah oleh Ketua Pengawas.

 

 

contoh_soalan_peperiksaan_penolong_juruaudit_gred_w27

 

PANDUAN UMUM KEPADA CALON PEPERIKSAAN PEGAWAI PENERANGAN S41

 

Peperiksaan ini mengandungi empat (4) seksyen seperti berikut :-

 

BAHAGIAN I – KECENDERUNGAN

 

Seksyen A – Pengetahuan Am
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C – Esei Bahasa Melayu
Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

 

Seksyen A – Pengetahuan Am

 

Seksyen ini menguji pengetahuan calon terhadap tanggungjawab Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan) dalam merancang, melaksana, menyelaras dan menilai program-program pendidikan kesihatan serta menilai penggunaan media untuk tujuan promosi pendidikan kesihatan.
Dalam seksyen ini juga calon dikehendaki untuk mengetahui secara umum perkara-perkara yang berkaitan dengan isu-isu semasa, dasar-dasar awam, teknologi maklumat dan komunikasi.

 

Masa : 40 minit

Bilangan Soalan : 50

Markah : 30

 

 

 

CONTOH SOALAN :

 

Apakah laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia?

 

A www.moh.gov.my
B www.kkm.gov.my
C www.kesihatan.gov.my
D www.mygovernment.gov.my

 

Jawapan : A

 

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

 

Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

 

(i) Logik untuk Menyelesaikan Masalah; dan
(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data

 

(i)Dalam seksyen ini calon akan diberikan permasalahan yang berkaitan dengan pengurusan acara, pengurusan media dan perhubungan awam. Calon dikehendaki menggunakan kepintaran pemikiran dan juga logik untuk menyelesaikan permasalahan yang diberikan.

 

 

Logik untuk Menyelesaikan Masalah

 

(ii)Calon peperiksaan Pegawai Penerangan Gred S41 akan diberikan data atau jadual yang menggunakan pelbagai perangkaan. Daripada perangkaan ini calon dikehendaki menganalisis data atau jadual yang diberikan dengan menggunakan kaedah seperti carta pai, carta bar atau graf.

 

 

Kemahiran Menginterpretasikan Data

 

Masa : 45 minit

Bilangan Soalan : 40 soalan

Markah : 30

 

 

CONTOH SOALAN :

 

Piktograf berikut menunjukkan pendapatan yang diperolehi oleh sebuah kafeteria. Sekiranya pendapatan yang diperolehi pada hari Rabu adalah sebanyak RM480.

 

1. Apakah nilai yang diwakili oleh RM X?

contohsoalanexampegawaipenerangan

$ mewakili RM X

 

A RM 20
B RM 40
C RM 60
D RM 80

 

Jawapan : C

 

 

Seksyen C – Esei Bahasa Melayu

 

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

 

 

Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)

Masa : 1 jam

Markah : 20

Panjang Esei : Bebas

 

 

CONTOH SOALAN :

 

Golongan warga emas telah menabur bakti kepada kemajuan negara. Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan untuk memastikan hidup mereka terbela.

 

 

Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

 

 

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

 

 

Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)

Masa : 1 jam

Markah : 20

Panjang Esei : Bebas

 

 

CONTOH SOALAN :

 

 

Education comes not from books but from practical experience. Discuss.

 

 

 

Admin ucapkan SALAM SUKSES buat calon exam Pegawai Penerangan Gred S41 yang dijadualkan berlangsung pada 1 Mac 2014.

 

 

Pegawai Penerangan Gred S41

————————

Untuk peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan boleh terus klik link ini

Comments

  1. Terima kasih sediakan rujukan bagi calon peperiksaan 1 Mac ini 🙂

  2. Perkongsian yang bermanfaat 🙂

  3. Contoh yang ringkas tapi bermakna..:)

Trackbacks

Speak Your Mind

*