Temuduga Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J29

Temuduga Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred J29

 

Temuduga Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J29

 

Mengikut info terbaru yang dikeluarkan oleh pihak SPA di laman portal www.spa.gov.my, seisi temuduga bagi jawatan kerja kerajaan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J29 bakal diadakan pada 26/8/2013-27/8/2013.

 

Jika anda memohon jawatan tersebut semasa mengisi borang permohonan online SPA8i, boleh lah buat semakan. Link semakan calon layak temuduga Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J29 boleh dibuat menggunakan link di bawah :

 

http://domino.spa.gov.my/online/jadual_temuduga.php

 

Dah semak ? Jika anda disenaraikan sebagai calon Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J29, tahniah dari admin. Gunakanlah peluang tersebut dengan sebaik-baiknya untuk menjawat jawatan di sektor awam dan menyumbangkan khidmat kepada negara.

 

Temuduga Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J29

 

Jom kita bincangkan hal-hal umum berkaitan jawatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J29.

 

Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J29 akan berkhidmat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/ Jabatan Perancang Bandar dan Desa.

 

Dalam skim perkhidmatan SPA, jawatan ini berada dalam kategoti Kumpulan Sokongan I.

 

Skim Gaji enolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J29

 

Gaji Minimum : RM1,750.82
Gaji Maksimum : RM4,456.92
Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00

 

 

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J29

 

i.Diploma dalam bidang perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan: RM1,750.82 ]

ii.Lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

 

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Bagi Jawatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J29

 

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik Perancang Bandar dan Desa adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

 

i.Mempunyai kelayakan di atas ; atau
ii.Lulus Peperiksaan Khas; dan
iii.Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

 

 

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J29

 

Membantu Pegawai Perancang Bandar dan Desa di dalam menyediakan laporan teknikal serta pelan tata-atur bagi perancangan guna tanah serta menyelia kerja-kerja luar dan menyediakan laporan bagi membantu di dalam penyediaan kajian rancangan pembangunan.

 

Calon-calon temuduga Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J29 juga boleh mendapatkan info & maklumat berkaitan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/ Jabatan Perancang Bandar dan Desa di laman web :

 

–>www.kpkt.gov.my

 

 

Bagi calon temuduga yang benar-benar serius, boleh dapatkan pakej Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan (RLTKK) di laman www.kerja-kerajaan.com

 

 

Temuduga Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred J29

Speak Your Mind

*