Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Pegawai Tadbir Diplomatik M41


 

Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik M41

 

Berdasarkan info terbaru dari Portal SPA, tarikh temu duga bagi jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 akan diadakan pada 19 Jun 2013 – 28 Jun 2013.

 

KLIK LINK DIBAWAH UNTUK SEMAKAN LAYAK TEMUDUGA :

 

–>http://domino.spa.gov.my/online/jadual_temuduga_pg.php

 

 

 

Bagi yang layak ke temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik M41, kami ucapkan tahniah. Impian untuk menjawat salah satu jawatan elit dalam skim perkhidmatan awam semakin dekat. Hanya 1 lagi peringkat pemilihan yang perlu dilalui sebelum layak dipilih menjawab Pegawai Tadbir Diplomatik M41.

 

Gunakan masa yang ada untuk membuat persediaan secukupnya agar mampu memberiakan prestasi terbaik di hadapan panel penemuduga semasa seisi temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik M41 nanti.

 

 

Info Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

 

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem./Jab.: Jabatan Perkhidmatan Awam

Jadual Gaji:

 

Gaji Minimum ->RM2,252.80

Gaji Maksimum ->RM6,884.12

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan ->RM225.00

 

 

Syarat Lantikan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

 

Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,252.80 ] atau

 

Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau

 

Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan

 

LULUS peperiksaan memasuki perkhidmatan tadbir dan diplomatik yang ditetapkan; dan

 

Kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan PTD dan mereka yang lulus akan menghadiri ‘Assesment Centre’ di INTAN. Hanya calon yang melepasi ‘Assesment Centre’ itu akan ditemu duga. Calon-calon yang berjaya dalam temu duga dan diluluskan oleh Suruhanjaya untuk perlantikan ke jawatan PTD Gred M41 dikehendaki mengikuti latihan Diploma Pengurusan Awam di INTAN dan lulus latihan berkenaan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.

 

 

Deskripsi Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik M41

 

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

 

Statistik Pengambilan Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

 

Pegawai Tadbir Diplomatik M41

 

Bilangan Permohonan : 84963
Bilangan Calon Temuduga : 570
Bilangan Kekosongan : 100
Bilangan Calon Simpanan : 50

 

 

Etika Pemakaian Temuduga Jawatan Kerajaan

 

 

Baca artikel ‘Rahsia LULUS Temuduga Kerja Kerajaan’ :

 

–>http://www.kerja-kerajaan.com/blog/motivasi/rltkk-kunci-utama-kejayaan-calon-temuduga-kerja-kerajaan/

 

 

Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Comments

  1. Wow! Thank you! I constantly wanted to write on my blog something like that. Can I take a fragment of your post to my website?

  2. Perfectly composed content, regards for information. “No human thing is of serious importance.” by Plato.

Speak Your Mind

*