Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

 

Pihak SPA telah mengeluarkan jadual temuduga bagi jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 bakal berlangsung pada 20 Ogos 2013 hingga 5 September 2013.

 

KLIK SINI Untuk Semakan Calon Layak Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik

 

Jika anda salah seorang calon yang disenaraikan untuk seisi temuduga jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41, admin ucapkan sekalung tahniah. Anda hanya selangkah sahaja lagi untuk mencapai impian bergelar penjawat awam bagi jawatan kerajaan yang dianggap jawatan ‘elit’ iaitu Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41.

 

Buatlah persediaan yang terbaik agar mampu menampilkan prestasi yang terbaik dan menjadi calon pilihan panel penemuduga.Gunakan masa yang ada untuk membuat persediaan secukupnya agar mampu memberiakan prestasi terbaik di hadapan panel penemuduga semasa seisi temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik M41 nanti.

 

Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41
Info Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

 

 

 

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem./Jab.: Jabatan Perkhidmatan Awam

 

Jadual Gaji:

Gaji Minimum ->RM2,252.80

Gaji Maksimum ->RM6,884.12

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan ->RM225.00

 

 

Syarat Lantikan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

 

 

Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,252.80 ] atau

Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau

Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan

 

LULUS peperiksaan memasuki perkhidmatan tadbir dan diplomatik yang ditetapkan; dan

 

Kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan PTD dan mereka yang lulus akan menghadiri ‘Assesment Centre’ di INTAN. Hanya calon yang melepasi ‘Assesment Centre’ itu akan ditemu duga. Calon-calon yang berjaya dalam temu duga dan diluluskan oleh Suruhanjaya untuk perlantikan ke jawatan PTD Gred M41 dikehendaki mengikuti latihan Diploma Pengurusan Awam di INTAN dan lulus latihan berkenaan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.

 

 

Deskripsi Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

 

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

 

 

15 Contoh Soalan Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

 

1. Apakah kaitan bidang ijazah yang anda miliki dengan bidang kerjaya sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik?

2. Apakah bidang kerja anda sekarang. Kenapa panel penemuduga perlu memilih anda untuk mengisi kekosongan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik berbanding calon lain ?

3. Apakah sumbangan bidang IT kepada kerajaan ?

4. Apa itu MSC ?

5. Apakah 7 aplikasi perdana dan terangkan serba sedikit tentang aplikasi-aplikasi tersebut ?

6. Berapakah agensi dari seluruh dunia yang bekerjasama dengan MSC? Sebutkan beberapa nama agensi yang anda tahu.

7. Apakah bidang tugas Pegawai Tadbir Diplomatik ?

8. Apa yang anda faham tentang nasional integriti ?

9. Sebutkan nama beberapa kementerian yang ada dalam kerajaan Malaysia.

10. Sebutkan hirarki pemerintahan dalam Malaysia.

11. Bagaimana parlimen dibentuk? Berapa orang yang perlu ada dalam parlimen ?

12. Bagaimana anda menghadapi masalah ketika membuat satu pembentangan penting seperti projek syarikat atau projek tahun akhir anda?

13. Dalam sesuatu kementerian, siapakah yang mempunyai kuasa paling tinggi ? kedua tertinggi ? ketiga tertinggi ?

14. Saya lihat anda pernah terlibat dengan program khidmat masyarakat di rumah anak yatim. Jadi apa sumbangan anda dalam program tersebut? Adakah anda masih berhubung dengan pengurusan pusat tersebut @ dengan penghuni di sana? Apakah tindakan yang anda lakukan bagi membantu mereka?

15. Dengan kementerian manakah yang boleh anda rujuk untuk mendapatkan nasihat, sumbangan @ pertolongan kepada rumah anak yatim tersebut?

Soalan-soalan temuduga yang dikongsikan ini adalah sebahagian daripada pengalaman beberapa rakan yang pernah menghadiri seisi temuduga untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41. Mungkin soalan yang disenaraikan itu tidak akan ditanya atau mungkin juga akan ditanya. Jadikan ianya sebagai panduan & latihan dalam persediaan anda untuk menghadiri seisi temuduga jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik yang bakal berlangsung dari 20 Ogos 2013 hingga 5 September 2013.

 

Untuk calon yang benar-benar SERIUS menginginkan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik, admin syorkan membaca artikel berikut :

 

 

–>Artikel Kunci Utama Kejayaan Calon Temuduga Kerja Kerajaan

 

 

 

Salam SUKSES buat semua calon temuduga jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41.

 

 

Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Trackbacks

  1. […] Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 (Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia) [ Tarikh Temu Duga: 01 November 2013 – 27 November 2013 ] […]

Speak Your Mind

*