Temuduga Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41

Temuduga Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41


 

Pihak SPA telah mengumumkan bahawa seisi temuduga bagi jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 akan dilangsungkan pada 22-11-2013 hingga 27-11-2013. Jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 merupakan jawatan sector awam dalam kumpulan pengurusan & professional yang memerlukan kelayakan akademik Ijazah / Sarjana / PHD.

 

KLIK SINI UNTUK SEMAKAN CALON LAYAK TEMUDUGA

 

Untuk menjawat jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41, calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan PTD dan mereka yang lulus akan menghadiri ‘Assesment Centre’ di INTAN. Hanya calon yang melepasi ‘Assesment Centre’ itu akan ditemu duga. Calon-calon yang berjaya dalam temu duga dan diluluskan oleh Suruhanjaya untuk perlantikan ke jawatan PTD Gred M41 dikehendaki mengikuti latihan Diploma Pengurusan Awam di INTAN dan lulus latihan berkenaan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.

 

Deskripsi Tugas Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41

 

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

 

 

Statistik Pengambilan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41

 

 

Temuduga Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41

 

Jumlah Permohonan : 84,963

Jumlah Calon Temuduga :4,561

Jumlah Kekosongan : 200

Jumlah Calon Simpanan : 200

 

Temuduga Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41

 

Comments

  1. Saya memohon kepada tuan dan puan,saya banyak kali gagal temu duag di setiap kemantrian dan jabatan yang lain.saya memohon tolong bentu saya.sakian dan terima kasi.

  2. Saya memohon kepada tuan dan puan,saya banyak kali gagal temu duga di setiap kemantrian dan jabatan yang lain.saya memohon tolong bentu saya.sakian dan terima kasi.

Trackbacks

  1. […] Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 bertanggungjawab merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat. […]

Speak Your Mind

*