Temuduga Pegawai Penyelidik Gred Q41

Pegawai Penyelidik Gred Q41

 

Salam buat rakan-rakan pembaca blog.Agak lama admin tak updatekan sebarang info & tips berkaitan kerja kerajaan.Agak busy dengan tugasan seharian.

 

Untuk entri kali ini admin akan berkongsikan info & tips berkaitan temuduga kerja kerajaan untuk jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q41. Berdasarkan indo dari Portal SPA seisi temuduga bagi jawatan ini bakal berlangsung dari 2 Julai hingga 12 Julai 2013.

 

–>KLIK SINI UNTUK SEMAKAN LAYAK TEMUDUGA

 

Buat yang layak dipanggil ke seisi temuduga, sekalung tahniah admin ucapkan. Impian untuk berkhidmat dan menyumbangkan tenaga buat negara semakin dekat. Gunakanlah peluang yang ada ini dengan sebaik mungkin agar terpilih untuk menjawat jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q41.

 

Jom tengok statistik pengambilan jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q41 untuk kali ini :

 

Pegawai Penyelidik Gred Q41

Jumlah permohonan yang diterima oleh pihak SPA adalah sebanyak 31,396 permohonan.

Jumlah calon yang disenaraikan untuk seisi temuduga adalah seramai 750 orang.

Jumlah kekosongan bagi jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q41 adalah sebanyak 5 kekosongan.

Jumlah calon simpanan pula adalah seramai 25 orang.

 

 

Info Tentang Jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q41

 

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem./Jab.: Pelbagai Kementerian/ Jabatan

Jadual Gaji:

–>Gaji Minimum : RM2,145.88
–>Gaji Maksimum : RM6,871.56
–>Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

 

 

Syarat Lantikan Jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q41

 

Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang Sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,145.88 ] atau

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pertanian atau perikanan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,249.66 ] atau

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,353.44 ] atau

Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,561.00 ] atau

Ijazah Sarjana dalam bidang Sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,664.78 ] atau

Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Sains daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM2,976.11 ] dan

LULUS B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q41

 

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penyelidik adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

 

mempunyai kelayakan di atas; dan
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

 

 

Skop & Bidang Tugas Pegawai Penyelidik Gred Q41

 

Menjalankan kerja-kerja penyelidikan pembangunan (R & D) dalam bidang mikroelektronik dan teknologi maklumat atau dalam bidang berkaitan.

Menjalankan penyelidikan asas dan gunaan, khidmat nasihat kepakaran, menyebar maklumat-maklumat berkenaan teknologi berkaitan dalam negara.

Melaksanakan kajian dan penyelidikan mengenai jaminan kualiti, penyelidikan serta pemindahan sains dan teknologi dan pembangunan serta latihan, kursus-kursus bagi pengguna-pengguna dalam negara.

 

 

Tips Temuduga Pegawai Penyelidik Gred Q41

 

–>Etika Pakaian Temuduga Kerja Kerajaan

 

–>Soalan-Soalan Lazim Semasa Seisi Temuduga Kerja Kerajaan

 

Soalan temuduga SPA yang sering ditanya oleh panel penemuduga kepada calon berkisar kepada beberapa aspek seperti :

 

Latar belakang & kelayakan calon
Jawatan yang dipohon & berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Dasar kerajaan
Isu semasa dalam & luar negara.

 

 

Contoh soalan temuduga SPA berkaitan latar belakang & kelayakan calon

 

=>Sila perkenalkan diri anda secara ringkas.

=>Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda??

=>Apa yang menarik minat kami untuk anda diambil bekerja dengan kerajaan? Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan?

=>Semasa projek akhir disemester anda, apa yang anda lakukan? Minta ceritakan…

=>Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut?

 

Contoh soalan temuduga SPA berkaitan jawatan yang anda pohon.

 

=>Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh anda jika nanti?
Peranan Jabatan & Kementerian ini? (bergantung kepada jawatan yang anda pohon ketika itu)

=>Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi seorang jurutera yang serba boleh? Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?

=>Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi seorang jurutera yang serba boleh? Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?

=>Sumbangan yang boleh anda berikan jika menjawat jawatan yang dipohon.

 

Contoh soalan temuduga SPA yang berkaitan dengan dasar kerajaan.

 

=>Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?

=>Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?

=>Apakah yang anda faham dengan konsep 1Malaysia? Apa pendapat anda dengan konsep dibawa Perdana Menteri Malaysia?

=>Apa yang anda faham dengan intipati belanjawan negara 2013 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia?

=>Senarai dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia?

=>Apakah tema bajet 2013?

 

Contoh soalan temuduga SPA berkaitan isu semasa dalam & luar negara

 

Isu Semasa Dalam Negara

=>Boleh nyatakan tentang keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013.

=>Jelaskan tentang konflik yang tercetus di Lahat Datu?

=>Isu perkauman yang hangat dibangkitkan ketika ini?

=>Diskaun pembayaran balik pinjaman PTPTN.

 

Isu Semasa Luar Negara

=>Krisis Palestin yang mengorbankan ribuan nyawa akibat kerakusan regim Israel.

=>Krisis yang berlaku di Syria.

=>Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak hak kemanusiaan oleh negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang sama, apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan diplomatik kedua dua hala?

=>Campur tangan asing dalam kedaulatan sesebuah negara.

=>Kegawatan ekonomi yang melanda negara Eropah seperti Greece.

 

Untuk memantapkan lagi persediaan calon menghadiri seisi temuduga jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q41, admin syorkan Pakej Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan yang boleh diperolehi di laman web berikut :

 

–>www.kerja-kerajaan.com

 

 

Salam SUKSES buat calon temuduga jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q41.

 

Pegawai Penyelidik Gred Q41

Comments

  1. When I initially commented I clicked the -Notify me when new comments are added- checkbox and already if a comment is added I get 4 emails with all the precise very same comment. Possibly there’s by any means you might be able to get rid of me from that service? Thanks!

  2. Hi! Would you mind if I share your blog with my zynga group? There’s a lot of folks that I think would really enjoy your content. Please let me know. Cheers

  3. It kind of feels that you are doing any distinctive trick. Furthermore,

Speak Your Mind

*