Temuduga Pegawai Imigresen KP17

Temuduga pegawai imigresen, Gred  : KP17 telah pun bermula pada 10 Februari 2011 dan akan tamat pada 25 Februari 2011. Untuk jawatan ini, terdapat 7939 calon yang dipanggil temuduga. Anda boleh melihat statistik permohonan seperti di bawah:

rujukan http://www.spa.gov.my/

Memang ramai yang memohon, 164,473. Wow! Sangat ramai. Tapi yang Berjaya dipanggil temuduga adalah seramai 7939 calon sahaja dan kekosongan jawatan yang ada 320 manakala senarai calon simpanan adalah seramai 500 orang.

Sekali imbas, memang kecut calon dibuatnya..

Permohonan sangat ramai, dan kekosongan pula tak banyak. Nasihat saya, jangan risau. Yang Berjaya dipanggil temuduga tu, buatlah persiapan yang terbaik. Hanya dengan membuat persiapan terbaik ianya mampu membantu anda. Dan artikel ini juga ditulis khas buat anda. Saya mencuba juga untuk membantu anda dengan memberikan sedikit informasi untuk temuduga ini. Informasi ni saya kaji dari perkongsian rakan-rakan kita di blog ini juga, carian di internet, dan sedikit interview dari mereka yang terlibat dalam jabatan ini. Jom baca.

Tips dari kerja-kerajaan.com buat anda:

1. Ketahui jawatan Pegawai Imigresen

Anda perlu tahu apakah Grednya, gajinya, jabatannya, kementeriannya, tugas-tugasnya. Di bawah, sedikit info yang saya cari buat anda.

Gred  : KP17
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : Jabatan Imigresen
Jadual Gaji :
P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 – P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 – P3T24 RM2397.95

Deskripsi tugas pegawai imegresen –

Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.

2. Pastikan anda lulus ujian fizikal dan pancaindera terlebih dahulu

Memang semasa ditemuduga ianya akan dinilai, tapi sebaiknya anda nilai fizikal dan pancaindera anda terlebih dahulu. Patuhi syarat-syarat permohonan yang pernah dinyatakan semasa anda memohon dahulu.

  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu dan BMI adalah baik. So, pastikan BMI tubuh badan anda ok.

Cara check BMI

Cara Body Mass Index (BMI) ni salah satu cara untuk mengetahui tahap kecerdasan badan kita.

Pengiraan mudah BMI adalah membahagikan berat (dalam kilogram) dengan ketinggian kuasa dua (dalam meter square)

BMI = kg/m2

Petunjuk Indeks
Bawah 18.5 Kurang Berat
18.5 – 24.9 Normal
25.0 – 29.9 Terlebih Berat
30.0 ke atas Obesiti

Contoh tinggi anda 1.70meter dan berat adalah 85kilogram.
Kuasa duakan tinggi menjadi 2.89. BMI adalah 85kilogram dibahagi dengan 2.89m2.
Maka akan dapat BMI 29.4. Maksudnya terlebih berat, hampir nak obesity tu.

TIPS:

BMI – terlebih tu, contohnya obesity tu, digalakkan jangan pergi, nanti dia suruh balik (ni bukan saranan, [pandangan sahaja). Yang kurang berat tu, makan pisang banyak-banyak untuk tambahkan berat badan dalam jangka masa pendek.

  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita. (berat boleh kawtim tapi tinggi tak boleh)
  • mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja)
  • lulus Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata. So, sesiapa yang sememangnya rabun yang pakai cermin mata/contact lens tu, biasanya memang gagal dalam temuduga. Jabatan ni memilih mereka yang ‘terang benderang penglihatannya’.
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.

3. Persiapan Semasa hari temuduga

  • Standby dengan pakaian sukan. Maknanya datang siap-siap dengan pakaian sukan. Dan jangan lupa bawa pakaian khusus untuk ditemuduga (baju kurung (wanita), kemeja,tie (lelaki). Manatahu selepas ujian fizikal/pancaindera anda lulus dan sterusnya anda akan menjalani sesi temuduga. Jika melepasi ujian fizikal dan berjaya ke temuduga seterusnya..barulah tukar kepada pakaian yang formal seperti yang ditetapkan SPA seperti di bawah:

rujukan http://www.spa.gov.my/

    • Nanti calon akan diperiksa ketinggian, berat badan, ujian penglihatan, BMI. Jika lulus, baru akan hadapi temuduga pula. Jika gagal, calon disuruh balik lah:-)
    • Semasa temuduga, soalan-soalan yang pernah ditanya:
  • Pleaser introduce yourself in English
  • Isu semasa berkenaan imegresen  (kena terangkan)
  • Isu melibatkan Negara (kena terangkan)
  • Kenapa minat dengan jawatan pegawai imigresen
  • 4 fungsi utama jabatan imigresen
  • objektif jabatan imigresen malaysia
  • apa tugas pegawai imigresen
  • 3 buah pintu masuk ke Melaka
  • pintu masuk yg telah diwartakan – udara, darat, laut
  • Jabatan imigresen bawah kementerian mana
  • Siapa menterinya
  • proses pengeluaran produk (visa,permit,passport)
  • apa kepentingan bahasa asing/English dlm profesion ini
  • Anda dinasihatkan membuat preparation dengan membaca laman web Jabatan imigresen Malaysia seperti di sini http://www.imi.gov.my/
  • Dan jangan lupa, jika anda dah dapatkan ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan di http://www.kerja-kerajaan.com, sila baca panduan lengkap di dalamnya. Ianya sangat membantu anda.

Perkongsian dari sahabat-sahabat kita mungkin boleh membantu di sini. Ada yang nak dikongsikan? Jom kongsi di ruangan komen ini.

Share

Comments (412)

 

  1. Dhia says:

    Sy dah iv 17hb ritu..xlepas fizikal..hurmm..xpelah mgkn bkn rezeki sy…huhu..sedih gak,sbb sume lepas..mata,ok,bmi pun ok..cuma bahu x tegap..camner nk kawad,ktnya…alahai..cam tue plak..sume dy tgk,kaki,tgn..klu bab mata tue,sape yg rabun,better xyah g,coz compem x lulus..ramai fail bab mata masa sy iv..klu salah sekali mayb xpe..gud luck

  2. lax says:

    sy bru shaja habis interview dkat seremban. Risau sbb BMI xckup tapi last2 diaorg ckp dada xckup kembang n xpndai kembangkn dada..hahahaa.. masa temuduga panel suruh introduce diri, pastu tny psl ap yg ad dlm resume dll. pastu panel ke-2 tny berkaitan imegresen, pnah bca ap2 ke kt website, tv ke…pastu dlm english dia tny apa yg latest news psl imegresen, apa lgkah pncegahan. pada calon2 temuduga ,Steady jer.. xyah gabra2..=D

  3. zafyraa says:

    huhu .. saya memang tak lepas satu huruf .. keliru 97 or 81 .. tapi tuan tu kate , suroh g try kawad .. alhamdulillah .. sekali kawad jea , tuan tu kata , OKAY , tukar baju untuk temuduga ^_^ .. segalanya mudah .. alhamdulillah :)

  4. Dhia says:

    Alhamdulillah…sume lulus fizikal..saye je yg x..ntah la..xkn xbleh bg peluang langsung..semua dah ok..just kawad je..:(

  5. Rias says:

    Berdebar tggu keputusan…;p

  6. Aira Lavender says:

    SEBELUM PERGI TEMUDUGA PASTIKAN BMI OK .. KALAU X NANTI SIA-SIA JE PERGI .. TAPI INGAT KALAU SEKADAR NAK AMBIK PENGALAMAN .. PERGI JE .. TAK USAH RISAU .. RABUN PUN MACAM TU . DAH TU .. BIASANYA UJIAN YG LARI2 TU XDE PUN .. SEKADAR UTK PERSEDIAAN SAHAJA. ^_^

  7. amy aimi says:

    Brapa hri jew lg sblom result kuar nie… Debaran da makin kencang nie… Hehehe

  8. amy aimi says:

    berdebar!!!!

  9. saya says:

    sapa yang nak check keputusan interview da boleh check ari nie,,,gud luck pada yg da berjaya…

  10. lax says:

    Da cek tapi blum ad rezki lagi

  11. jenap jen says:

    saya dapatttttttttt! syukur!

  12. jenap jen says:

    ada suda yg dpt surat ka?bla eh lapor dri?
    ÷

  13. ejot says:

    lau bejaya dye tulis per? lau xbejaya dye tulis per ek?

  14. lax says:

    Kalo xberjaya cm aku ni dia tulis, dukacita anda tidak berjaya dlm urusan ini. Keputusan rasmi akan diberitahu melalui surat.lbih kurang Cmtu le.

  15. jenap jen says:

    kalo bjaya dia tlis > tahniah!anda bjaya.surat akan dkeluarkn oleh kemntrian/jabtan brkenaan.

  16. as says:

    gagal lar,cb bomba lak

  17. fareeq says:

    askm semua……sya ni dpt clon simpanan bg jwatan ni,sy ni clon simpann lantikan 2012,tpi xthu bila surt nk smpai…sy xthu la dpt @ x,bln ni dh msuk 5 bln dah mnunggu,xthu la dia pggil slps rya ni or thun dp…doakn sya ea kwn2…kt sni siapa dpt calon simpnn selain saya?

Leave a Reply