Temuduga Pegawai Imigresen KP17

Temuduga pegawai imigresen, Gred  : KP17 telah pun bermula pada 10 Februari 2011 dan akan tamat pada 25 Februari 2011. Untuk jawatan ini, terdapat 7939 calon yang dipanggil temuduga. Anda boleh melihat statistik permohonan seperti di bawah:

rujukan http://www.spa.gov.my/

Memang ramai yang memohon, 164,473. Wow! Sangat ramai. Tapi yang Berjaya dipanggil temuduga adalah seramai 7939 calon sahaja dan kekosongan jawatan yang ada 320 manakala senarai calon simpanan adalah seramai 500 orang.

Sekali imbas, memang kecut calon dibuatnya..

Permohonan sangat ramai, dan kekosongan pula tak banyak. Nasihat saya, jangan risau. Yang Berjaya dipanggil temuduga tu, buatlah persiapan yang terbaik. Hanya dengan membuat persiapan terbaik ianya mampu membantu anda. Dan artikel ini juga ditulis khas buat anda. Saya mencuba juga untuk membantu anda dengan memberikan sedikit informasi untuk temuduga ini. Informasi ni saya kaji dari perkongsian rakan-rakan kita di blog ini juga, carian di internet, dan sedikit interview dari mereka yang terlibat dalam jabatan ini. Jom baca.

Tips dari kerja-kerajaan.com buat anda:

1. Ketahui jawatan Pegawai Imigresen

Anda perlu tahu apakah Grednya, gajinya, jabatannya, kementeriannya, tugas-tugasnya. Di bawah, sedikit info yang saya cari buat anda.

Gred  : KP17
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : Jabatan Imigresen
Jadual Gaji :
P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 – P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 – P3T24 RM2397.95

Deskripsi tugas pegawai imegresen –

Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.

2. Pastikan anda lulus ujian fizikal dan pancaindera terlebih dahulu

Memang semasa ditemuduga ianya akan dinilai, tapi sebaiknya anda nilai fizikal dan pancaindera anda terlebih dahulu. Patuhi syarat-syarat permohonan yang pernah dinyatakan semasa anda memohon dahulu.

  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu dan BMI adalah baik. So, pastikan BMI tubuh badan anda ok.

Cara check BMI

Cara Body Mass Index (BMI) ni salah satu cara untuk mengetahui tahap kecerdasan badan kita.

Pengiraan mudah BMI adalah membahagikan berat (dalam kilogram) dengan ketinggian kuasa dua (dalam meter square)

BMI = kg/m2

Petunjuk Indeks
Bawah 18.5 Kurang Berat
18.5 – 24.9 Normal
25.0 – 29.9 Terlebih Berat
30.0 ke atas Obesiti

Contoh tinggi anda 1.70meter dan berat adalah 85kilogram.
Kuasa duakan tinggi menjadi 2.89. BMI adalah 85kilogram dibahagi dengan 2.89m2.
Maka akan dapat BMI 29.4. Maksudnya terlebih berat, hampir nak obesity tu.

TIPS:

BMI – terlebih tu, contohnya obesity tu, digalakkan jangan pergi, nanti dia suruh balik (ni bukan saranan, [pandangan sahaja). Yang kurang berat tu, makan pisang banyak-banyak untuk tambahkan berat badan dalam jangka masa pendek.

  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita. (berat boleh kawtim tapi tinggi tak boleh)
  • mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja)
  • lulus Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata. So, sesiapa yang sememangnya rabun yang pakai cermin mata/contact lens tu, biasanya memang gagal dalam temuduga. Jabatan ni memilih mereka yang ‘terang benderang penglihatannya’.
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.

3. Persiapan Semasa hari temuduga

  • Standby dengan pakaian sukan. Maknanya datang siap-siap dengan pakaian sukan. Dan jangan lupa bawa pakaian khusus untuk ditemuduga (baju kurung (wanita), kemeja,tie (lelaki). Manatahu selepas ujian fizikal/pancaindera anda lulus dan sterusnya anda akan menjalani sesi temuduga. Jika melepasi ujian fizikal dan berjaya ke temuduga seterusnya..barulah tukar kepada pakaian yang formal seperti yang ditetapkan SPA seperti di bawah:

rujukan http://www.spa.gov.my/

    • Nanti calon akan diperiksa ketinggian, berat badan, ujian penglihatan, BMI. Jika lulus, baru akan hadapi temuduga pula. Jika gagal, calon disuruh balik lah:-)
    • Semasa temuduga, soalan-soalan yang pernah ditanya:
  • Pleaser introduce yourself in English
  • Isu semasa berkenaan imegresen  (kena terangkan)
  • Isu melibatkan Negara (kena terangkan)
  • Kenapa minat dengan jawatan pegawai imigresen
  • 4 fungsi utama jabatan imigresen
  • objektif jabatan imigresen malaysia
  • apa tugas pegawai imigresen
  • 3 buah pintu masuk ke Melaka
  • pintu masuk yg telah diwartakan – udara, darat, laut
  • Jabatan imigresen bawah kementerian mana
  • Siapa menterinya
  • proses pengeluaran produk (visa,permit,passport)
  • apa kepentingan bahasa asing/English dlm profesion ini
  • Anda dinasihatkan membuat preparation dengan membaca laman web Jabatan imigresen Malaysia seperti di sini http://www.imi.gov.my/
  • Dan jangan lupa, jika anda dah dapatkan ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan di http://www.kerja-kerajaan.com, sila baca panduan lengkap di dalamnya. Ianya sangat membantu anda.

Perkongsian dari sahabat-sahabat kita mungkin boleh membantu di sini. Ada yang nak dikongsikan? Jom kongsi di ruangan komen ini.

Comments (452)

 

  1. merpati biru says:

    david,,

    kalo mmg rabun teruk baik tak payah pegi.

    kalo rabun cket2 takpe. try je pegi, tp jgn pakai spek..

    kalo awak pakai CL pun diorg akan cek…

  2. david villa says:

    kalu pakai cermin mata memng x lyk ke??diarg cek x klu pkai cnct lense???

  3. david villa says:

    mlpas ler g2..mcm x adil je g2.

  4. ShinO says:

    berapa juri yg nak buat interview untuk pegawai imegresen ?? :D

  5. tiekah says:

    As Salam…sy ada interview 22hb nie..
    gementar pn ada..
    sy nk tnya pendapat kwn2..
    yg psl sumbangan nie nk tulis apa yer..
    xphm la…

  6. suhadah jelita says:

    kawan2 sy nervous spe3 yg da p interview boleh kongsi dari mula pancaindera hingga intervie,soalan2 interview pleaseeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!!

  7. sudu n garpu says:

    kwan klau ad parut jahit kat kaki lpas x ?bukan parut xsiden pn cumpa parut tersepak kaca dalam semak time budak2 dlu cuma ad kesan jahit pn cm ne!

  8. mohd ridzuan says:

    nak p interview sat g dalam kul 6 betolak,
    seram sejuk lak :D

  9. atie says:

    agak2 klu lepas ujian fizikal, berapa peratus utk berjaya keseluruhan ye? ada hrpn utk dpt jwtn ni tak?

    hr tu msa temuduga, hampir sejam jgk dlm bilik.. rasa nk pitam dh bila byk soalan ditanya.. cmna la agaknya resultnyer tu ye..

  10. florina says:

    sa pn ada intvw ni jwtn tp sa x pegi coz kalo p sma jg x kna tmudga 2.syg ja belanja p tp x dpt d intvw.sa ni krg brat bdn.

  11. asmira rashid says:

    lau rabun mmg tk de harapan ke nk dpt? kesiannye lh kn?

    • atie says:

      dpt ke tak dpt ke lain cerita.. hadir temduga dlu.. nti nama kena gantung.. rugi 3thn tk dpt tmduga lg wlupn layak.. lps 3thn tu bru ada peluang lg taw.. apa jwtn sekalipn..

  12. amani says:

    sy ni nk intviu esk kt kota bharu……nervous nya ya allah…mcm2 dlm kpala ni fkir dpt ke aku mhadapinya esk?,psl BMI n check pysical body sy xrisau sgt,apa yg sy risau sgt adlh nk bhadapan dgn panel pnemuduga ni,sy ni cpt gelabah n mggeletar bla tgk diorg,rs tkt tu xdpt nk dikawal xtau apa sbb dia,tlg la aku ya allah………….

  13. mohd ridzuan says:

    gagal la pulak, tibe2 je berat turun mendadak
    sampai 6kg, klu tak mungkin lepas kot :(
    penat je nek moto besejuk-sejuk pepagi bute.
    tiada rezeki nampaknye.

  14. anuar says:

    huhu sok pg interview bedal je la….da bnyak kali interview badan uniform harp2 yg ni ad rezeki amin….

  15. derk says:

    berat bole kawtim? pei..penipu la..aku bmi lebey 1 je..aku siap ckp “ala 1 je bang”..dia reply “eh dek..satu ni bukan sket..3,4 kilo gak..” eleh 3,4 kilo pon nk berkira ke..aku tgk yg ada lagi besar dr aku lepas la plak..xtau la aku..aku tgk ada la jugak pegawai yg dtg kejap,talk ngn membe2..pastu chow..mintak tolg la tuh..pei la

  16. Shami says:

    Derk: Ini pengalaman saya sewaktu temuduga tempohari, ada satu calon di depan sy berat BMi nyer..27..memang tak lepas..dan dinasihatkan kurangkan berat badan. Saya pulak BMi 26..cuma cukup2 makan..kalau tidak nasib saya sama macam calon yg sebelum ini.. Sebab tu saya musykil..bila dikatekan berat bole kawtim…Ape2 pun awak jgn give up, cuba next temuduga pulak. Memangla rase sedih skit..sebab kita ibarat kalah sebelum berjuang..!!

    Mohd Ridzuan: Alahai ciannyer..berat badan pulak kurang..takper..awak muda lagikan..Insyaallah ada rezeki lagi tu..yg penting jangan give up.

    Anuar: Bedal ..jangan tak bedal…yang penting kita mencoba…dapat tak dapat ..belakang kira..

  17. anuar says:

    tq shami:cite sikit pengalaman interview he3

  18. ayu says:

    HMMM…RISAU NYE DENGAR…SAYA LAGI..TENGAH PREGNAN PLAK…..TAPI…SAYA TETAP NAK PEGI PEMERIKSAAN FIZIKAL TU…WALHAL..DAH MMG TAU..CONFIRM TAK LEPAS KAN…BMI MMG CONFIRM LARI NYA..NAK AMEK PENGALAMAN….

  19. merpati biru says:

    shami,
    mcmane ? da buat preparation ??
    medical check up tu takde report kan ?
    Doktor juz isi borang2 tu n nanti dia attachkan skali x-ray kan ?

  20. Shami says:

    Merpati Biru,

    Aku dah pergi buat Medical Check up smalam..Ok..ari tu jugak dapat result sebab buat kat hospital swasta..so..Doktor tu isi la borang Medical Checkup yg disediakan oleh Kerajaan tu..Tak silap aku kita bawak surat yg telah disahkan oleh doktor jer..X-ray tu tak perlu kot. Yang lain tu aku tak prepare lagi..maybe esok,lusa baru nak pi cari baju putih dan baju batik…

  21. merpati biru says:

    shami,,

    sy pun baru nak wat med cek up esok.
    result tu pun ari tu jugak dpt.
    awak kena cas bape ?
    tp kan, kalo tgk dlm borang tu ade x-ray.
    bole ke skip x-ray ?

  22. Shami says:

    Cik Merpati Biru..

    X- ray tu wajib buat..selepas X- ray ..Doktor tu akan tulis laporan di dalam borang medical check up yang kerajaan bagi tu..kat situ doktor tu akan komen..Kalau bahagian pengambilan tak puas hati dgn result kita..dia akan hubungi doktor yg buat medical checkup tu …

    Kos medical checkup saya semalam dalam RM 90. Mahu tak mahu kene buat gak ..yang penting lepas dan dpt rekomen boleh keje..kan..

  23. merpati biru says:

    shami,

    ok, clear.
    betul la tu….hehehe
    ok la RM90. Murah sgt la tu.
    Sy tanye buat kat jb,, makaikhhh… RM150.
    Survey2 byk klinik mintak 120..
    LAstly dpt gak tmpt yg ok cket…
    RM95. FUhhh.. LEga…

  24. ina says:

    saya dapat taraf simpanan…interview tahun lepas bulan 11…keputusan keluar aritu bulan 1…

    tapi xde pape surat tawaran lagi :( sedihnya

  25. david villa says:

    bl plak interview imigresen dibuka?

  26. david villa says:

    bl lg interview imigresen dibuka?

  27. merpati biru says:

    Ina, sabar k. Inshaallah mane tau awak di pnaggil gak nanti.
    SY pun intebiu bln 11 aritu. Now tgh sebuk kursus induksi kat Akademi di N9. Mula 1.3 sampai 30.4 ni. Lama kan ???
    Muka pun da bebelang2 ni berakit bekayak bekawad sgale.

  28. atie says:

    sapa kt sini yg interview jwtn ni bulan lepas? agak2 bila result keluar ye?

  29. amani says:

    hrp2 rezki bpihak pd sy kali ni………insyaallah……..

  30. david villa says:

    pglan ke bl lg ek???

  31. david villa says:

    pngillan ke 2 bl lg ek untuk interview jwatan ni??sape tau?

  32. david villa says:

    bl interview imingresen lagi?

  33. fariza says:

    result kuar 30hb ni..

    • nurin says:

      sy pun br buka website spa…igtkan dah ada result mmg excited sgt2 la td siap baca doa mcm2…tiba2 klik hanya makluman je result kuar 30hb…sabar jelah

  34. fariza says:

    hehe..bca doa ape 2?share ckt.hihi

  35. farra says:

    salam, sy dh g temuduga dah, kate arini leh check result. Cal xdpt pn,
    website pn keputusan lama, mcm mane ni, ade sape2 bleh bg thu mcm mana
    nk semak keputusan tmuduga yg 11feb 2011 pnye? Tlg la huhu

  36. fariza says:

    farra:kt website dh inform 30/3/11 (rabu) ni kuar result peg. imigresen kp17..

  37. farra says:

    fizza, thanks. Knape sy buka http://www.spa.gov.my in chinise versition huhu
    agak2 kalo dh g interview dpt ke x ya? Huhu risau la

  38. dollydoll says:

    hai korang…
    mst sume tgh neves tngu rsult kuar kn…sma la sy pn…
    eeeiiiii takut nyer rsa….
    best kn bg yg da dpt n da msuk akedemi 2….
    harap2 rezeki sy ada untuk jawatan ni…
    amin…

  39. dollydoll says:

    hai fariza n amani…
    korang brdua ni org klantn gk ae…
    senegri la kita….

  40. iema says:

    esok dh kuar result..tkotnyer..uhh..mglahkn jmpe hntu..nervousnyer…

  41. fariza says:

    mmg pn..brdebar je rsa..

  42. nurin says:

    saya dpt jwtn dukacita huhu…xpelah dah xde rezki…try lg dilain kali

  43. fariza says:

    sy plk, mklumat anda tiada dlm urusan ini..sabor je la..
    cmne ni?

  44. ifti says:

    alhamdulillah saya berjaya dapat keje ni

  45. fariza says:

    cgrats ye..ifti intrview kt mne?

  46. mantarey says:

    fariza~ same mcm jawapan yg aku dpt..apekah maksudnye..dapat ke tak?

  47. fariza says:

    try kol spa tanye..

  48. ifti says:

    dulu masa apply spa8 apply secara online or manual? kalau online selalunye dia akan email keputusan cam saya. try check inbox

  49. mantarey says:

    call x angkat2 pun..huhu..
    email pun xde antar lagi…
    kalau xdpt xpe, just tertanye2, kenape die tulis maklumat anda tiada dlm urusan…

  50. syafiq says:

    maklumat anda tiada dlm urusan.how come nie.

Leave a Reply