Temuduga Pegawai Imigresen KP17

Temuduga pegawai imigresen, Gred  : KP17 telah pun bermula pada 10 Februari 2011 dan akan tamat pada 25 Februari 2011. Untuk jawatan ini, terdapat 7939 calon yang dipanggil temuduga. Anda boleh melihat statistik permohonan seperti di bawah:

rujukan http://www.spa.gov.my/

Memang ramai yang memohon, 164,473. Wow! Sangat ramai. Tapi yang Berjaya dipanggil temuduga adalah seramai 7939 calon sahaja dan kekosongan jawatan yang ada 320 manakala senarai calon simpanan adalah seramai 500 orang.

Sekali imbas, memang kecut calon dibuatnya..

Permohonan sangat ramai, dan kekosongan pula tak banyak. Nasihat saya, jangan risau. Yang Berjaya dipanggil temuduga tu, buatlah persiapan yang terbaik. Hanya dengan membuat persiapan terbaik ianya mampu membantu anda. Dan artikel ini juga ditulis khas buat anda. Saya mencuba juga untuk membantu anda dengan memberikan sedikit informasi untuk temuduga ini. Informasi ni saya kaji dari perkongsian rakan-rakan kita di blog ini juga, carian di internet, dan sedikit interview dari mereka yang terlibat dalam jabatan ini. Jom baca.

Tips dari kerja-kerajaan.com buat anda:

1. Ketahui jawatan Pegawai Imigresen

Anda perlu tahu apakah Grednya, gajinya, jabatannya, kementeriannya, tugas-tugasnya. Di bawah, sedikit info yang saya cari buat anda.

Gred  : KP17
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : Jabatan Imigresen
Jadual Gaji :
P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 – P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 – P3T24 RM2397.95

Deskripsi tugas pegawai imegresen –

Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.

2. Pastikan anda lulus ujian fizikal dan pancaindera terlebih dahulu

Memang semasa ditemuduga ianya akan dinilai, tapi sebaiknya anda nilai fizikal dan pancaindera anda terlebih dahulu. Patuhi syarat-syarat permohonan yang pernah dinyatakan semasa anda memohon dahulu.

  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu dan BMI adalah baik. So, pastikan BMI tubuh badan anda ok.

Cara check BMI

Cara Body Mass Index (BMI) ni salah satu cara untuk mengetahui tahap kecerdasan badan kita.

Pengiraan mudah BMI adalah membahagikan berat (dalam kilogram) dengan ketinggian kuasa dua (dalam meter square)

BMI = kg/m2

Petunjuk Indeks
Bawah 18.5 Kurang Berat
18.5 – 24.9 Normal
25.0 – 29.9 Terlebih Berat
30.0 ke atas Obesiti

Contoh tinggi anda 1.70meter dan berat adalah 85kilogram.
Kuasa duakan tinggi menjadi 2.89. BMI adalah 85kilogram dibahagi dengan 2.89m2.
Maka akan dapat BMI 29.4. Maksudnya terlebih berat, hampir nak obesity tu.

TIPS:

BMI – terlebih tu, contohnya obesity tu, digalakkan jangan pergi, nanti dia suruh balik (ni bukan saranan, [pandangan sahaja). Yang kurang berat tu, makan pisang banyak-banyak untuk tambahkan berat badan dalam jangka masa pendek.

  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita. (berat boleh kawtim tapi tinggi tak boleh)
  • mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja)
  • lulus Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata. So, sesiapa yang sememangnya rabun yang pakai cermin mata/contact lens tu, biasanya memang gagal dalam temuduga. Jabatan ni memilih mereka yang ‘terang benderang penglihatannya’.
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.

3. Persiapan Semasa hari temuduga

  • Standby dengan pakaian sukan. Maknanya datang siap-siap dengan pakaian sukan. Dan jangan lupa bawa pakaian khusus untuk ditemuduga (baju kurung (wanita), kemeja,tie (lelaki). Manatahu selepas ujian fizikal/pancaindera anda lulus dan sterusnya anda akan menjalani sesi temuduga. Jika melepasi ujian fizikal dan berjaya ke temuduga seterusnya..barulah tukar kepada pakaian yang formal seperti yang ditetapkan SPA seperti di bawah:

rujukan http://www.spa.gov.my/

    • Nanti calon akan diperiksa ketinggian, berat badan, ujian penglihatan, BMI. Jika lulus, baru akan hadapi temuduga pula. Jika gagal, calon disuruh balik lah:-)
    • Semasa temuduga, soalan-soalan yang pernah ditanya:
  • Pleaser introduce yourself in English
  • Isu semasa berkenaan imegresen  (kena terangkan)
  • Isu melibatkan Negara (kena terangkan)
  • Kenapa minat dengan jawatan pegawai imigresen
  • 4 fungsi utama jabatan imigresen
  • objektif jabatan imigresen malaysia
  • apa tugas pegawai imigresen
  • 3 buah pintu masuk ke Melaka
  • pintu masuk yg telah diwartakan – udara, darat, laut
  • Jabatan imigresen bawah kementerian mana
  • Siapa menterinya
  • proses pengeluaran produk (visa,permit,passport)
  • apa kepentingan bahasa asing/English dlm profesion ini
  • Anda dinasihatkan membuat preparation dengan membaca laman web Jabatan imigresen Malaysia seperti di sini http://www.imi.gov.my/
  • Dan jangan lupa, jika anda dah dapatkan ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan di http://www.kerja-kerajaan.com, sila baca panduan lengkap di dalamnya. Ianya sangat membantu anda.

Perkongsian dari sahabat-sahabat kita mungkin boleh membantu di sini. Ada yang nak dikongsikan? Jom kongsi di ruangan komen ini.

Comments (456)

 

  1. ct says:

    hehe..busy btl blog pt n17…yg tlh berjaya”tahniah” diucapkan…yg jd calon simpanan diharap “bsabar”…yg dukacita mcm sy ni “byk2 la bersabar”…..tgh pujuk dri sndri…dlm hati…sob sob..

  2. merpati biru says:

    saya risau la kawan2. takot sbnrnye result spa tu salah.

    mane la tau sy sbnrnye gagal ke, tp spa tersalah hantar result ke.

    ye la, org lain sume da dpt surat tawaran. sy punya aje yg belum sampai. risau nyaaaa…..

    • sofie says:

      Napa merpati biru check dalam web spa dapat ke tak sebenarnya. kalau dapat betul la just call bahagian pengambilan putrajaya kalau surat tak sampai.

    • Azza says:

      sabar la…

      sy pun cmtu jugak

      at last dapat gak

      dia panggil by group dulu

      mybe awak group yang lain

      tp, dorang akan panggil awak jugak

      try cal imigresen putrajaya

      tanya ble awak bley dapat surat

  3. Shami says:

    Apa yang nak dirisaukan Merpati Biru…kalau dah nama awak dalam sistem tu ‘tahniah’..dapatla…cuma awak tipon Pejabat Imigresen untuk kepastian dan mengapa surat awak tak sampai lagi…kalau susah sangat awak pergi Pejabat Imigresen tu ..untuk ambik surat tawaran tu..kan….

  4. Miss Rose says:

    Thank’s wat En.Jamal..yg bnyk mmbntu sya dlm wat persiapan utk menghadiri tmuduga pd 17/2..hopefully smuanya b’jln lancar..Congrat’s wat yg b’jaya…

  5. sofie says:

    MERPATI BIRU

    Pakai baju budak sekolah dan kain color budak sekolahrendah, tudung color pun sama macam kain budak sekolah rendah. medical checkup kat GOV sahaja tak yah bayar free je. buku-buku sendiri tanggung, bila dah lapor diri untuk kerja boleh claim perrjalanan untuk lantikan pertama dalam buku Perintah Am ada diterangkan. kat cana nanti pun leh tanya Peg. kat cna.

    SITI

    Tinggi seperti yang ditulis sahaja layak untuk ditemuduga lebih tak pe jangan kurang termasuk pemeriksaan fizikal yang telah ditetapkan. jika semua tak cukup ikut syarat. Maaf anda tidak akan dibenarkan untuk memasuki temuduga. Tapi kalau nak cuba nasib tak rugi kot-kot kurang 1 cm ke kalau pemeriksa nak bagi siti kira bertuah la.

  6. nara says:

    kawan..saya interbiu 24m niyh..masalhnye sy rabun jauh..cmner niyh?sy nak sgt jawatn niyh..tapi..ade x penyelesaian nye???

    • nurin says:

      nara,
      semua yg pakai spek kena reject…contact lens pun xboleh sbb nnt dia suluh mata dgn torchlight…nnt bila ujian penglihatan kalau xlepas sampai level 6 trus kena reject…ada yg sampai level 4 pun xlepas disuruh blk je

  7. nara says:

    24 feb niyh ;p

  8. jija says:

    saya guna mary kay. kat sana tak pasti pula utk pegawai baru camana, tp klu dlm surat minta baju batik kena bawa juga..sbb mgk akan guna uk majlis rasmi, baju putih tu nak yg plain,n kain biru tua kan..cam baju kurung budak skolah rendah tu..hehehe, pastu tudung biru gelap.kami dulu masa 3 bulan sana setiap klu ada kelas pakai baju skolah tu, pastu kat sana drg adabagi baju akademi..kene beli jugala.
    pasal claim pula yg bule tambang perjalanan tu je..klu pasal beli buku takleh claim, yuran pendaftaran klu ada resit simpan sbb bule claim. baju uniform nanti akan diukur di akademi,biasa klu baru masuk uniform free jer.
    my FB zizaliza,
    hehehe

  9. merpati biru says:

    thanks sofie, jija, shami n kwn2 lain. byk nye info.

    kalo ikot kan mmg sy calon yg dpt result tahniah. tp risau tetap risau.hehehehee

    sy da call imigresen. tuan tu soh sy tgu smpi esok, kalo tak dpt gak nanti dia faks kan surat nye. hehehehe

    tp sy risau medical check up kat gomen result dpt 2 minggu ke ape ? cmne ? tak cukup mase la pulak kot. bajet tak mengizinkan nak buat kat luar. aduh….

    risau risau…

  10. zanila says:

    esok iv…………..huhu…takutnye……wish me luck…

  11. merpati biru says:

    gd luck zanila. yg penting confident k…
    doa byk2…

  12. merpati biru says:

    jija… zizaliza ape ? kasik email la sng cket nak cari…. heheheee

  13. zeta says:

    kalu g iv x pake tudung x per ker?

  14. azroi says:

    ap yg d maksudkan jarak penglihatan v6/9?

  15. merpati biru says:

    zeta , tak jadik masalah kalo tak pakai tudung. awak tgk kat atas tu, cara berpakaian utk menghadiri temuduga.

    sy pun sbnrnye freehair tp mase intebiu sy pakai tudung… hehee

    azroi. v6/9 tu, macam kat kedai cermin mata tu, huruf2 kat board tu, drpd huruf besar, sampai yg kecik2 punya. mesti tak kurang dr level 6 tu la…

    • miemie says:

      nak tanya boleh?
      kalau tinggi 1.46 terlalu pendek ke…
      boleh bagi pandangan tak nak tambah sampai 1.53 dalam masa yang terdekat…
      saya interview pada 16/4 ni…
      ada pandangan lain tak nak tambah ketinggian dalam masa yang terdekat ni..plz…bagi tips sikit..

  16. nurul says:

    merpari biru.
    u ade fb? nak add u..

  17. merpati biru says:

    ade. tp malu nye nak kasi kat cni.. heheee

  18. merpati biru says:

    jija, sy da ade awak tau.. accept ea…

  19. Deanna says:

    Salam sume..
    Thx Jamal cuz link me 2 diz blog..
    Actly i iv 23/2 ni kt JIP..
    Excited sgt ms dpt surt pgln sb 1st time dpt offer kje gov..huhu
    Tp yg seram sb dgr cte iv gov ni mcm2 di uji..
    Cume hrp dpt wt yg tbaik,smg sgla dipermudahkn & doa ade la rezki dpt kje ni..
    Thx alotz 2 all bg byk tips yg sgt2 mbantu ;)

  20. merpati biru says:

    salam…
    gud luck deanna…. doa byk2 k..

  21. zanila says:

    alhmdulillah…sy da lepas iv td……ayu n alay….,g x td???cmne???

  22. merpati biru says:

    zanila, mcmane td ? ok tak ?

    ape yg ditanya, share ;a ngan kwn2 yg lain.. =)

  23. alay says:

    sy dah selesai temuduga..tapi tak tau dapat ke tak..
    tawakal je la..suda buat yang terbaik..apa2 pun terima kasih pada admin kerana memberi info yang berguna dan tips2 yang amat berguna… :)

  24. bunga says:

    baru g interview pg tadi.. aper yg dia tanya.. lebih kurang jer aper yg ader dlm blog tue… yg lain2 pasal kejer..

  25. ct says:

    nervous pla…ari smakin mhampiri…resume pun x print la…aduhhh

  26. syafiq says:

    merpati biru interview bile?

    • Shami says:

      SyafiQ…

      Merpati Biru tu..dah berjaya temuduga dia..cuma nak kene pegi lapor diri jer..he,he,he…

      Mida…

      Berat terlebih..kene balik la…he,he..

  27. mida says:

    kalo bmi terlebih berat masih ok ke???

  28. merpati biru says:

    hehe, thanks shami jwb kan.

    da p cek up lum ? sy sok pagi baru nak p. buat kat klinik luar je…. tak tau la bpe kene cas.

    mida, kalo bmi telebih, tak digalakkan pegi sbb nanti hampa je….

  29. nurin says:

    alhamdulillah, sy pun dah lepas intw…masa sy intw sy sorg je yg lps ujian fizikal tu…lps sy kuar dr bilik intw br ada 2 org lg yg masuk…huhuhu harap2 berjaya

  30. Shami says:

    Merpati Biru,

    Saya pun mungkin medical checkup buat kat luar ajer la..maybe kene antara rm 80 ke rm 100 kot..nak buat kat hospital kerajaan dah tak sempat nih..Banyak lagi yang saya tak prepare ni..maybe next week baru nak siapkan semua…

  31. nurin says:

    antara soalan yg ditanya oleh panel SPA:
    1) sila perkenalkan diri?
    2) apa pengalaman keje?
    3) klau dihantar training selama 2bln adakah awk masih larat?(jika jwpn larat sahaja xcukup kena yakinkan panel dgn penjelasan sokongan)
    4) klau dihantar bertugas di kelantan mcm mana dgn anak dan suami?(utk org dah kawin dan ada anak)
    5) kenapa berminat keje kerajaan?
    6) why should we hire you? (kena jwp omputih ye)

    antara soalan dr panel imi:
    1) apa yg awk tahu mengenai jab imigresen?
    2) tugas2 peg imi?
    3) pintu2 masuk yg diwartakan?
    4) apakah maksud intergriti?
    5) apakah kesalahan2 yg dilakukan oleh warga asing yg memsuki m’sia secara sah?

    p/s:moga ianya dpt membantu…kepada bakal2 interview nnt sy ucapkan good luck :)

    • ct says:

      nurin…ujian fizikal..dia just tgok jari,tangan,kaki je ke??? mcm mn dia cek a..

      • nurin says:

        mula2
        -ukur tinggi dan timbang berat
        -check mata, baca huruf yg dkt dinding…ikut panel tu tunjuk satu persatu
        -check gigi
        -lurus tgn dan kaki (lurus/bengkok)
        -kena kawad (tp jgn risau sbb panel tu ajar kawad dulu)
        -kena selak baju dan seluar,tudung kena buka(jgn risau sbb berdua dgn panel wanita je,panel lelaki dihalau keluar)
        (check rambut,telinga,jari,badan,kaki)
        -dah lulus akan dpt sekeping surat,salin baju formal dan masuk bilik temuduga bg surat tu pada pembantu tadbir di situ.

        haha detail tak…:D

        • nurin says:

          -lupa plk lepas baca huruf kena buat pengecaman warna(baca huruf yg dikelilingi tompok2 warna)
          -sblm kawad kena test jalan dulu

          semuanya kena berkaki ayam…kekdg sy tertny knp perlu pakai kasut sukan…sbb dr awal masuk sampai keluar berkaki ayam

        • ct says:

          hehehe….k detail la tu,siap check gigi lg kena beros gg 2,3 kli la ni..he3..thanks nurin…

    • alay says:

      nurin,byknye awak kena tanya..sy hari rasanya tak sampai 15 minit kot..panel spa 2 soalan je..yg pegawai tu adalah dlm 5 soalan gitu..tp yg lucunya siap gelak2 lg tu dgn pegawai..takut juga ni..huhuhu

      • nurin says:

        alay,
        sy ni byk gagap sbb tu byk soalan di tnya…nebes sgt time tu sampai sume yg di baca abih lupa…sy rasa sy gagal la…:(

  32. nurin says:

    tq merpati biru sbb bgtau suruh pakai baju sukan dari rumah…walaupun sy sorg yg pakai baju sukan dr rumah…yg lain semua dtg pakai baju formal…malu jgk la tp lepas dgr taklimat dr panel dari jab imi putrajaya dia suruh semua salin baju sukan…katanya lain kali pakai trus dr rumah…jgn buang masa sy katanya…

  33. noriza says:

    apa jwpan bg soaln pintu2 msuk yg dwartakan n ape mksd intrgriti?

  34. nurin says:

    noriza,
    pintu2 masuk yg diwartakan ada dlm lmn web imigresen…contohnya bukit kayu hitam,padang besar,wang kelian,rantau panjang dan byk lg lah…xpa bgtau 2@3 pun dah cukup.

    maksud integriti kejujuran,ketulusan,kesempurnaan dan keutuhan…itu yang sy tgk dlm kamus dewan bahasa dan pustaka…

  35. merpati biru says:

    nurin nasib baik awak pakai baju sukan trus, sbb mmg pun die akan adakan ujian fizikal dlu, so, mmg dia pun tak nak kita buang masa p tuka baju bagai…

    time sy dlu ramai da standby baju sukan awal2.. ade 2 3 org je yg pakai baju formal dlu….

  36. syafiq says:

    mksd sy merpati biru kan da dpt kptsn interview tu,persoalan sy bile merpati biru g interview? da lame ea?

    hehe :)

  37. merpati biru says:

    syafiq,

    sy intebiu last yr 18/11 ke 19/11 cmtu.. lupe la..
    hehehehe

  38. noriza says:

    la..bln 11 last year da de intrviek ek..

  39. dollydoll says:

    merpati biru,,,
    nk tnya sket..yg awk pnya awk interview bila ae???
    best la awk da dpt…sy da intrview 8hb2 bru2 ni…
    agk2 law dpt bla msk induksi ae???

  40. dollydoll says:

    admin….
    nk tnya law yg kitaorg ni da interview 8hb2 ari 2,law dpt bla msk kursus induksi ae??
    tlg la jwb sape2 yg taw…
    sy da mula rsa sedey ni…
    law xdpt jgk nk nangis sminggu….wawawawa

  41. dollydoll says:

    eh nurin msa awk intrview 2 kn brp org peg yg dtg??

    • nurin says:

      yang interview tu 2 org je…sorg dr SPA(pompuan), sorg lg dr imigresen(laki)

      ms ujian fizikal 3 org…sorg dr imi putrajaya(pompuan), 2org dr imi a.setar(laki)

  42. merpati biru says:

    dollydoll,

    sy intebiu bulan 11 last year….
    alhamdulillah. rezeki sy ade nmpknye.. =)

    sy ade tebaca kat fb sumber manusia imigresen, next induksi adalah bulan 9..

    maybe siapa yg dpt nanti akan masok next induksi…
    agaknye la……
    maybe jugak masuk lapor diri kerja mcm biasa,,, pastu bulan 9 baru g kursus…hehehehe

    memandai2 je kan ? sy agak je.. .

  43. syafiq says:

    e2 yg mksdkn.thanx merpati biru.hopefully rezeki sy ade d jbtn imigresen wlupn kekosongan terlalu sedikit berbanding calon2 temuduga.Amin :)

  44. kuzi says:

    ad lg tip2 nk d kongsi kn ?kongsi same2 dari mula hingga akhir temuduga

  45. merpati biru says:

    shafiq,,,

    inshaallah,, buat reseach n bykkan bedoa. inshaallah ade rezeki dpt la….

    yakin kena ada….

  46. ct says:

    ct rasa ct punya knee ada prob la…jd kaki tu mcm nmpak bengkok ckit…risau sgt ni mcm x mau jak p interview tu nt…
    kdg2 kita x perasan kan tp over stand kli ni…
    rasa giveup pun ada ni…what should i do now…

  47. farra says:

    salam, sy dh g interview, sy lulus peringkat fizikal n go to next peringkat interview. sy nk thu kalo dh smpai peringkat temuduga. ada x peluang sy utk dpat jawatan 2?? dia tnya sy smpai sy rase nk nangis. hehe

  48. david villa says:

    kalu pakai cermin mata memng x lyk ke??diarg cek x klu pkai cnct lense?

  49. merpati biru says:

    ct, try je p… kalo tak obvious sgt bengkok tu maybe boleh consider kot…
    ape yg penting jgn give up. kena yakin.
    sy doakan awak berjaya k.

    • ct says:

      a’AH kena p jg sbb mak yg nak teman nt g interview 23hb ni….ya ALLAH tktnya……
      thanks mepati biru…insyaALLAH sy akan bt yg tbaik dlm hidup ni…utk negara tercinta…hehehe

  50. merpati biru says:

    w’salam fara,,

    kalo ade rezeki inshaallah….

Leave a Reply