Temuduga Latihan Separa Perubatan

Temuduga Latihan Separa perubatan

Kini sesi temuduga bagi Latihan Separa Perubatan kembali lagi dan ia merupakan peluang bagi mereka yang telah memohon serta untuk layak bagi mengikuti program ini. Buat mereka yang telah lama menanti serta terpilih untuk ditemuduga, ini merupakan peluang keemasan buat mereka untuk menceburi bidang tersebut.

Download Rujukan Separa Perubatan. Klik imej ini

Mudah-mudahan mereka yang ditemuduga nanti akan berjaya dan dipilih untuk mengikut latihan ini. Justeru itu kami sertakan di sini informasi serta panduan bagi mereka yang akan mengikuti temuduga ini dengan harapan ianya bermanfaat buat anda.

Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita kenali, apa itu latihan separa perubatan?

Latihan Separa Perubatan merupakan di antara salah satu latihan yang disediakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ) bagi mereka yang ingin berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) dan ianya perlu melepasi peperiksaan ataupun temuduga bagi tujuan itu.

Bila pengambilan kalau lulus peperiksaan atau temuduga ni ya…?
Pengambilan untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan bagi mereka yang telah lulus adalah sebanyak 2 kali dalam setahun pada tiap-tiap tahun iaitu pada bulan Januari dan juga Julai.

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis latihan separa perubatan yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)Untuk mengetahui apakah jenis-jenis latihan yang ditawarkan kali ini, Jom kita lihat senarai 4 latihan separa perubatan di bawah ini :

a) Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
b) Latihan Jururawat Masyarakat
c) Latihan Pembantu Kesihatan Awam
d) Latihan Jururawat

 

Hanya Latihan Jururawat sahaja bertaraf DIPLOMA manakala untuk Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian, Latihan Jururawat Masyarakat, dan juga Latihan Pembantu Kesihatan Awam pula bertarap SIJIL.

 

Hanya LATIHAN JURURAWAT yang bertaraf Diploma sahaja yang mempunyai ujian bertulis dan sesi temuduga “face to face” manakala untuk 3 latihan yang lain hanya mempunyai sesi temuduga sahaja.

Untuk peringkat diploma, mereka yang terpilih akan menjalani latihan 3 tahun, manakala 2 tahun bagi sijil. Latihan diberi secara percuma dan diberikan biasiswa sepanjang pengajian.

Selepas berjaya menamatkan latihan, pelatih dijamin pekerjaan tetap dan ditempatkan di hospital atau klinik kesihatan kerajaan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Bagi calon yang layak akan diberi surat untuk menduduki ujian atau boleh semak di Portal SPA.

Tempoh sahlaku permohonan calon yang telah memohon melalui Internet (SPA8i) adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.

Untuk calon Kenaikan Pangkat Secara Latihan(KPSL), boleh melanjutkan tempoh permohonan dengan hanya menulis surat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dengan menyatakan No. Kad Pengenalan dan nama bagi tujuan perlanjutan tersebut.
Sekiranya calon mempunyai pertanyaan atau sebarang masalah, bolehlah menyalurkannya ke:

Alamat Surat-Menyurat:

Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pengambilan Khas
Aras 7, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62520 PUTRAJAYA
Tel: 03 – 8885 6000

 

 

Kita akan melihat perincian yang lebih mendalam bagi setiap latihan separa perubatan yang ditawarkan untuk pengambilan pada kali ini.

 

LATIHAN PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN

Terdapat tiga panggilan untuk Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian ini. Berikut disertakan tarikh dan juga maklumat ataupun statistik bagi setiap pemgambilan.

 

Statistik untuk pengambilan pada 11/3/2012 sehingga16/3/2012


Statistik untuk pengambilan pada 26/3/2012 sehingga 29/3/2012


Statistik untuk pengambilan pada 02/4/2012 sehingga 05/4/2012


 

 

Berikut merupakan maklumat lanjut berkenaan dengan Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian:

Jantina: Lelaki dan Perempuan

Tempoh Latihan: 2 tahun

Biasiswa Semasa Latihan: RM517.15 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan:
Pusat Pergigian Kanak-kanak dan Kolej Pergigian Malaysia, Pulau Pinang

Syarat Latihan:
i) Warganegara : Malaysia

ii) Umur: Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.Pegawai sedang berkhidmat (bukan Peningkatan Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

iii) Kelayakan: Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

iv) Keutamaan: Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Sains/Sains Paduan serta lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik; Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Atendan Kesihatan/Pembantu Perawatan Kesihatan adalah layak dipertimbangkan secara Peningkatan Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: mempunyai kelayakan di para (iii) di atas; dan berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Perhatian: Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan di peringkat sijil akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U4-1.

 

 

LATIHAN JURURAWAT MASYARAKAT

Terdapat tiga panggilan untuk Latihan Jururawat Masyarakat ini. Berikut disertakan tarikh dan juga maklumat ataupun statistik bagi setiap pemgambilan.

 

Statistik untuk pengambilan pada 12/3/2012 sehingga 21/3/2012


 

 

Statistik untuk pengambilan pada 18/3/2012 sehingga 30/3/2012


 

Statistik untuk pengambilan pada 19/3/2012 sehingga 23/3/2012


 

Berikut merupakan maklumat lanjut berkenaan dengan Latihan Jururawat Masyarakat :

Jantina: Perempuan sahaja

Tempoh Latihan: 2 tahun 6 bulan

Biasiswa Semasa Latihan: RM517.15 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan:
Kolej Jururawat Masyarakat, Pasir Mas, Kelantan
Kolej Jururawat Masyarakat, Jerantut, Pahang
Kolej Jururawat Masyarakat, Kluang, Johor
Kolej Jururawat Masyarakat, Batu Pahat, Johor
Kolej Jururawat Masyarakat, Segamat, Johor
Kolej Jururawat Masyarakat, Port Dickson, Negeri Sembilan
Kolej Jururawat Masyarakat, Kulim, Kedah
Kolej Jururawat Masyarakat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Kolej Jururawat Masyarakat, Serian, Sarawak
Kolej Jururawat Masyarakat, Tawau, Sabah

Syarat Latihan:
i) Warganegara : Malaysia

ii) Umur: Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Pegawai sedang berkhidmat (bukan Peningkatan Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

iii) Kelayakan: Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

iv) Keutamaan: Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Sains/Sains Paduan serta lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik. Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Atendan Kesihatan/Pembantu Perawatan Kesihatan adalah layak dipertimbangkan secara Peningkatan Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Jururawat Masyarakat apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
mempunyai kelayakan di para (iii) di atas; dan berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh lantikan.

Perhatian: Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan di peringkat sijil akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jururawat Masyarakat Gred U4-2.

 

 

LATIHAN PEMBANTU KESIHATAN AWAM

Terdapat dua panggilan untuk Latihan Pembantu Kesihatan Awam ini. Berikut disertakan tarikh dan juga maklumat ataupun statistik bagi setiap pemgambilan.

 

Statistik untuk pengambilan pada 09/3/2012 sehingga 09/3/2012


 

 

Statistik untuk pengambilan pada 02/4/2012 sehingga 04/4/2012


 

Berikut merupakan maklumat lanjut berkenaan dengan Latihan Pembantu Kesihatan Awam:

Jantina: Lelaki sahaja

Tempoh Latihan: 2 tahun

Biasiswa Semasa Latihan: RM517.15 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan:
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh, Selangor
Kolej Latihan Pembantu Kesihatan Awam, Batu Rakit, Terengganu

Syarat Latihan:
i) Warganegara : Malaysia

ii) Umur: Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.Pegawai sedang berkhidmat (bukan Peningkatan Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

iii) Kelayakan: Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

iv) Keutamaan: Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Sains/Sains Paduan serta lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik; Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Rendah/Pembantu Am Pejabat, Atendan Kesihatan/Pembantu Perawatan Kesihatan dan Atendan Haiwan adalah layak dipertimbangkan secara Peningkatan Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Pembantu Kesihatan Awam apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: mempunyai kelayakan di para (iii) di atas; dan
berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Perhatian: Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan di peringkat sijil akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U4-1.

 

 

LATIHAN JURURAWAT
Terdapat hanya satu panggilan untuk Latihan Jururawat ini. Berikut disertakan tarikh dan juga maklumat ataupun statistik bagi setiap pemgambilan.

Statistik untuk pengambilan pada 09/3/2012 sehingga 09/3/2012

 

 

Berikut merupakan maklumat lanjut berkenaan dengan Latihan Jururawat :
Jantina: Lelaki dan Perempuan

Tempoh Latihan: 3 tahun (bagi calon Lantikan Terus)
1 tahun (bagi calon PSL daripada Jururawat Masyarakat)

Biasiswa Semasa Latihan: RM621.21 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan:
Kolej Kejururawatan Alor Setar, Kedah
Kolej Kejururawatan Sungai Petani, Kedah
Kolej Kejururawatan Pulau Pinang
Kolej Kejururawatan Ipoh, Perak
Kolej Kejururawatan Taiping, Perak
Kolej Kejururawatan Seremban, Negeri Sembilan
Kolej Kejururawatan Melaka
Kolej Kejururawatan Muar, Johor
Kolej Kejururawatan Johor Bahru, Johor
Kolej Kejururawatan Kuantan, Pahang
Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu, Terengganu
Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, Kelantan
Kolej Kejururawatan Sibu, Sarawak
Kolej Kejururawatan Kota Kinabalu, Sabah
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh (KSKB) Selangor
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kuching Sarawak
Kolej Kejururawatan Sandakan, Sabah

Syarat Latihan:
i) Warganegara : Malaysia

ii) Umur: Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan. Pegawai sedang berkhidmat (bukan Peningkatan Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

iii) Kelayakan: Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; Kepujian mata pelajaran Matematik, Sains dan 3 mata pelajaran lain; dan Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

iv) Keutamaan: Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbangkan Peningkatan Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Jururawat apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
Perhatian: Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jururawat Gred U2-1.

 

 

SOALAN RAMALAN SPESIFIK MENGIKUT LATIHAN

1- Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
a) Apa yang anda tahu tentang Pembantu Pembedahan Pergigian
b) Apakah tugas-tugas yang bakal dipikul sebagai seorang Pembantu Pembedahan Pergigian

2- Latihan Jururawat Masyarakat
a) Apa yang anda tahu tentang Jururawat Masyarakat
b) Apakah tugas-tugas yang bakal dipikul sebagai seorang Jururawat Masyarakat

3- Latihan Pembantu Kesihatan Awam
a) Apa yang anda tahu tentang Pembantu Kesihatan Awam
b) Apakah tugas-tugas yang bakal dipikul sebagai seorang Pembantu Kesihatan Awam

4- Latihan Jururawat
a) Apa yang anda tahu tentang Jururawat
b) Apakah tugas-tugas yang bakal dipikul sebagai seorang Jururawat
c) Sebutkan beberapa etika sebagai seorang Jururawat?

 

 

SOALAN UMUM UNTUK LATIHAN SEPARA PERUBATAN
1. Boleh perkenalkan diri anda?
2. Mengapa anda memohon jawatan ini?
3. Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda?
4. Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu   anda mengatasi kelemahan tersebut?
5. Di manakah anda 5 tahun dari sekarang?
6. Apa yang anda tahu tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Apakah peranan peranan yang dimainkan oleh SPA?
7. Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?
8. Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?
9. Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktivit atau program yang besar dan berjaya.
10. Kenapa jawatan dalam kerajaan yang dipilih. Kenapa tidak swasta? Apa kelebihan dan kekurangan bekerja dengan kerajaan berbanding dalam sektor swasta?
11. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor swasta?
12. Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak hak kemanusiaan oleh negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang sama, apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan diplomatik kedua dua hala?
13. Sebagai seorang pegawai sumber manusia, apakah strategi yang boleh anda lakukan untuk memastikan tahap motivasi pekerja di semua jabatan atau unit berada pada tahap yang tertinggi?
14. Bagaimana anda boleh menyelesaikan konflik atau perselisihan pendapat dengan rakan sekerja anda?
15. Anda baru dilantik ke sebuah jabatan kerajaan. Anda mendapati, terdapat beberapa kepincangan dalam beberapa proses dan prosedur perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan anda. Sebagai orang bawah yang baru sahaja bekerja, bagaimana anda boleh mengutarakan pendapat anda kepada pegawai lain yang lebih tinggi pangkatnya?
16. Seorang pegawai kerajaan akan sentiasa menghadapi kemungkinan untuk dipindah lokasi dan tempat bekerja. Terangkan respons anda terhadap komitmen sebegini. Bagaimana anda akan menyelesaikan segala cabaran yang muncul dalam proses perpindahan ini?
17. Pada pendapat anda, adakah sistem pendidikan di negara ini berada pada landasan yang betul? Apa yang anda mahu lihat pada sistem pendidikan yang masih belum ada buat masa ini?
18. Apakah tema sambutan kemerdekaan pada tahun ini?
19. Siapakah Menteri Kesihatan?
20.Kempen apa yang menteri kesihatan pernah buat?
21.Apakah visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia?
22. Boleh ceritakan serba sedikit penyakit yang anda tahu?
23. Bagaimana kita boleh mencegah Denggi?
24. Apakah faktor yang boleh menghindarkan kita dari terkena keracunan makanan?
26. Siapakah Menteri Kewangan ke-2
27. Apa itu integriti?
28. Apa yang anda faham mengenai konsep 1 Malaysia?
29. Apakah nama klinik rakyat yang disedikan oleh kerajaan?
30. Bagaimana cara yang betul mencuci tangan?
31. Apa itu selsema burung?
32. Bagimana cara untuk kita menambah kesedaran kepada orang ramai tentang cara bagi menhindarkan sesuatu         penyakit?
33. Apa yang anda faham tentang bidang tugas yang anda mohon?
34. Adakah anda bersedia sekiranya dihantar bertugas ke sabah sarawak (bagi mereka yang dari semenanjung) / ke semenanjung (bagi mereka yang dari sabah sarawak)?
35. Ada apa-apa lagi yang anda ingin tanya?

 

Buat para calon yang bakal menghadapi temuduga serta yang sedang menunggu keputusan bagi mengikuti Latihan Separa Perubatan ini, kami mendoakan mudah-mudahan anda berjaya serta tercapai segala apa yang diinginkan. Semoga Berjaya…!

 

Untuk lebih bersedia dalam menghadapi temuduga ini, anda disyorkan membeli dan membaca ebook Rujukan Pantas Temuduga Separa Perubatan.

 

rujukan pantas temuduga separa perubatan

Comments

  1. tq datas maklumat yang sungguh bermakna

  2. terma kash..

  3. maklumat yang sangat bguna

  4. anies miaa says:

    tgh study tuk ntervew 29/04 NNT HEHEHE

  5. thanxx 4 nformaton. . 😀
    ntervew next week. .23/4. .
    wsh we luck!!

  6. saya dpt msg yg myatakan saya dpt temu duga utk lathan jururawat.apa yg saya perlu buat seda?

  7. 23/4 ney sye ntervew .. sy tkod lha .. sy ta brape thu hal-2 poltk ney … tlggggg

  8. trma kash… esok sy temuduga :)

  9. da ntervew. .nsb bek soalan da senang2. .ehehhe
    tp tk tau plk klu dpt. . 😛

  10. semakkn berdebar2….untungla spe yg dpt soaln senang2 =)

  11. Selalu s0alan senang ape je ?
    s0alan susah pulak ape ?
    kpd y da g ntervew ne , share2 .. ^^

  12. takOtnye nk ntervew.. hope soAlan senang jew.. amn

  13. esk ntrvw..hope dprmudahkan sgla2nya terutama sms ses ntrvw face to face…kal kedua n…tp stll ada rasa mcm2..huhuhu..arap sgt kal n berjaya…

  14. saja nak share….
    saya dapat lathan separa perubatan pada tahun 2007. dapat kat kolej kejururawatan pulau pnang (jururawat).
    tap terpaksa tolak coz da tahun akhr dploma d IPTA..
    so, nama kena black lst 3 tahun utk jawatan yg sama… hehehe;)

    • macam mane dy tahu kamu da tahun akhr??

      • once bla kta da reject jawatan yang dtawarkan kt kta, automatk akan d black lst 3 tahun. sebab saya tolak adalah watu tu saya d tahun akhr dploma… dorang tak tau pun sbb pe sy tolak….

  15. skarang ak tnggah bljar kolej perggan kanak2 pulau png…mggu dpan dah nk exam..mntak2 lulus exam untuk pratcel

  16. utk pnlng pgwa prubatan ape soalan slalu d tanye ye??plz help

  17. 29/10 ne ntervew pembantu keshatan awam..hope dapat..(^^)”

  18. 30.10 ne ada tak sesapa yang dapat ntervew lathan jururawat d HSA jb?
    kalau ada add la saya … nervous la xde kawan.. :)

  19. Saya dapat jururawat. Temuduga pada 8.10 nnty :)
    Agak2 soalan apa eh yg dorg tnya?
    Doa2kan saya ya 😉
    Hopefully yg saya dapat.

  20. lusa nk perg ntervu pembantu pembedahan perggan..20/2 /2013 ….agak2 soalan ape ek d org tanye ?

  21. assalammulakum dn selamat pag dn salam 1 malaysa…22 har bulan ne sya ntvu lathan jururawat bertaraf dploma….hrap2 sya lepas temuduga ne…amn….

  22. ha, salam sejahtera 😀 17/04 n ntervew PPP.. and n masuk kal yang ke-4 dah.. help me :'(

  23. ha..salam 1 malaysa..10 me n sy kena peg ntervew utk lathan jururawat..tgh mencar2 maklumat untuk d guna paka msa tmuduga…yg dh peg tu,share lah ape soalan da?…untuk mghlangkan rasa nervous ckt..huhuhu

  24. WONDERFUL Post.thanks for share..more wat .. …

  25. Thank you for your entre labor on ths web page. Betty really lkes workng on nvestgaton and t’s smple to grasp why. A lot of people learn all regardng the lvely mode you gve useful tps through your web blog and therefore encourage contrbuton from webste vstors on that dea whle our own grl s certanly beng taught a lot of thngs. Have fun wth the rest of the new year. You’re conductng a glorous job.

  26. lengthen them a bt from next tme? Thanks for the post.

  27. kalau dah dapat tawaran lathan pastu nak buat apa?

  28. tkut la.esk kne tmu duge

  29. penng la fkr sume n.arap dapat la

  30. terma kash atas nformas yang sgt berguna…..
    hrp2 dpt membatu….(tgh stud
    )

  31. baru2 n saya dapat keputusan temuduga dalam spa sebaga lathan pembantu perubatan. spa emal, kata anda dkategorkan sebaga calon smpanan. boleh saya tau apa maknanya tu ya?

  32. siti roslina bt mohd sopi says:

    bln sept 2013 dpanggl temudugo tetap tahun n 2014 tdak d panggl temudugo???

  33. Saya blom dpt ntervew lg….sabar jak lh

  34. sya da lma hbs stdy nursng..tp stll xdpt twran tuk keja…da 4 years sya menganggur…huhu~

  35. Hey there would you mnd lettng me know whch web host you’re workng wth?

    I’ve loaded your blog n 3 completely dfferent browsers and I must sayy ths
    blog loads a lot faster then most. Can you suggest a good web hostng provder at a reasonable prce?

    Kudos, I apprecate t!

  36. Sy adalah calon smpanan bg lathan jururawat masyarakat pd thun lalu namun shgga bulan jula sy mash blum d panggl mgkut lathan. Adakah status sy sbga calon smpanan mash kekal? Dan blakah sy akn mgkut lathan tersebut?

  37. ermm sgt berguna harap boleh bag detal lag.. byak nk kene belajar n.. tp baru nk exam je… semangat punya pasal kene hard gak

  38. kalau boleh share , nk tahu antara cth soalan exam bg separuh perubatan tuu . penng jgk kalo nk stdy semua . tq

  39. ha salam satu Malaysa…saya dah lulus exam separa perubatan nh tp takot la nk ntervew daorang ckp ntervew bahasa gers yer,,,hermmm x ret la b,,,takot

  40. Bestnyerr baca certa ne .. :)
    Wow tak sangka … korang memang best dlm bab2 ne ..

    Mnta tumpang nak share kat fb…
    Mnta tumpang nak kata ha.. Ha !!! :)
    Mak aku kata… blog ne memang terbaklah..

  41. dah lulus ujan on9 tp na kena ntervew ke2 n pula. sy skrg n bkhdmat dlm jbtn bomba tp sjl spm je.. sy xde dploma/jazah. saya x berapa tahu sgt bdang perubatan n,sy rasa takot sgt na hadr ntervew ke 2 n nant.. adakah kalau sy lulus ntervew ke2 n pertukaran status kerja saya nant sjl bertaraf dploma dan sy perlu smbung blaja untuk jawatan lathan jururawat n? sy mash x pham lag sbenarnya.

  42. yg lulus ntrvw lathan jururawat kena belajar dulu aka kursus selama 3tahun…tp dlm tempoh kursus tu dpt elaun/basswa

  43. err..ntervew nt dlm b ke? mohon pencerahan

  44. doakan saya…..esok 22 oct sy v…. nervousnyerrrrrrrrrr….

  45. assalamualakum. 6/11 n saya ada ntervew untuk separa perubatan spa. saya dapat 6 bdang.admn tau tak ntervew tu berjalan 6 bdang serentak atau lepas satu bdang,satu bdang?
    kalau 6 bdang serentak macam mana nak ntervew?

  46. insan biasa says:

    assalamualakum,sya ntervew 28/10 utk separa perubatan spa,sy dpt 8 bdng serentak masa dan tempat yg sama ,ada x kt sn dh perg nvervew bley share solan yg basa dtanye sbb sy plh MA ..tolong share …..plezzz…frst tme ntervew …hope everythng be okey ,nsya’Allah ..amn doakn sy semoga berjaya…

  47. yusni jaafar says:

    saya dapat 28.10 kat kl .

  48. Sama ah kta

  49. Athilia Azman says:

    me ether. Isnn n. Knd of nervous, heuh

  50. salam semua..
    saya pun ntervew tap untuk 3 jawatan dan 7/11 n kat melaka..
    doa sama2 moga berjalan lancar..

  51. thanks bro..kawan kena study laa n cam mana nak jawab plak… hehehe,bermakna sungguh entr nh..thanks skal lag

  52. salam sejahtera
    saya ade ntervew 28/10/14 n..sy dpt 6 jawatan tap saya bermnat untuk MA…jad cam ne ye ngan ntrvew tu jln serentak utk sume jawatanke…

  53. Salam hye .
    Saya dapat ntervew 5/11 n . tap rasa nervouse dy hanya allah je yang tahu . boleh mnta pencerahan tak sesapa yg dah ntervew baru2 atau admn sendr ntervew dalam BI ke ?

  54. sy pun ntervew 5/11 n kt a.s. tp cek kt emal da tuls pengamblan khas. apa mksud tu eh? sama dgn calon smpanan ke?

  55. same to me. temuduga snn n 3/11/2014 dekat lp melaka

  56. saye dpt kt melake. 6 har bulan sebelas ne. tolongla.

  57. empeni anak belalang says:

    tq 4 your m4maton… sangat mmbntu…

  58. sape ntervew 4/11 ny . takutnya rasa . doakan berjya .

  59. Dny Suehaida says:

    Assalam…
    Maaf lar ckt jwatan untk ntrvw…
    Sy dpt pgln.utk ntrwew ppk(Pembantu perawatan keshatan u11).boleh x kgkwan kt cn yg tahu tps n cntoh soklan.yg dkemukakn ..plzshare.thank n advance

  60. Dny Suehaida says:

    Ade x yg kt cn dpt ntw ppk u11 kat spa shah alam selangor 10/11 n…cer komen ckt.tq ya

  61. 5/11 ne ntervew dkat penang.. hope smuanya ok.. thanks for the nfo.

  62. saya akn temuduga esok kt kompleks kastam alor setar utk separa perubatan 6bdang. hope evrthngs goes fne.evryone pls du’a for me. and thnks to admn. nce revew tqsm :)

  63. albert meuk says:

    salam sejahtera… nak tahu tp dan contoh soalan2 yg bakal dtanya untuk temuduga pembantu perawatan keshatan U11, adk saya akan temuduga pada 23.11.2014 n.. mohon share.. t.kash banyak2.

  64. semoga berjaya, tahnah kepada yang terplh :)

  65. tahnah kepada yang berjaya

  66. Kepada calon temuduga Lathan separa perubatan, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan rujukan n. :)

    Rujukn dar Infokerjya sudah terbukt membantu lebh 60 000 calon sejak tahun 2009 lag.

    Oh ya, anda boleh dapatkan PREVIEW COPY PERCUMA Rujukan Temuduga Lathan Separa Perubatan dsn
    –>> http://tpkerjakerajaan.com/rujukan-temuduga-lathan-separa-perubatan/

  67. Maka har n bermulalah temuduga Separa Perubatan sehngga 17 Aprl nant.

    Good luck untuk semua calon tahun n!

  68. Dah start temuduga, nervous! Apa pun, good luck buat semua calon tahun n :)

  69. Sekarang ne temuduga separa perubatan sedang bermula dar 5 Aprl 2015 hngga 17 Aprl 2015

  70. Sy dapat ntervew dbwh jbtn pertanan..blh trngkan tntg tmdga tersebut

  71. kalau jawatan pembantu perawatan keshatan pon boleh guna tps n ke ?

  72. Salam…sya an brtnya..temuduga untk 2015 bla?

  73. Dila adelina says:

    saya terlepas test onlne spa yg kedua . adakah saya gagal untuk mendapat pangglan ntervew? tetap saya dah jawab untuk test yg frst. atau adakah nama saya akan d blacklst? mohon penerangan :(

  74. Dila adelina says:

    Dan satu soalan lag, saya nak tanya, blakah pangglan temuduga dp separa perubatan untuk pengamblan januar tahun hadapan? mohon respon :)

  75. I smply couldn’t leave your ste pror to suggestng that I really enjoyed the usual nformaton a person supply to your guests? Is gonna be back regularly to nspect new posts.

  76. shahrul says:

    nak tanya kalau lepasan spm 2015 dah boleh apply ke lathan separa perubatan ??

    • Sharul, boleh.

      Awak boleh mohon apabla klan SPA keluar. Iklan akan dkeluarkan dalam akbar-akhbar utama.

      Kena mohon melalu SPA. Langkah pertama yang awak perlu buat, daftar SPA8 dulu. Buat onlne. :-)

Speak Your Mind

*