Temuduga Jururawat Gred U29

Jururawat Gred U29

 

 

Adakah anda memohon jawatan Jururawat Gred U29 semasa mengisi borang permohonan pekerjaan sector awam SPA8i di www.spa.gov.my ? Jika YA, anda bolehlah membuat semakan panggilan temuduga untuk jawatan Jururawat Gred U29 kerana terdapat sejumlah 2050 kekosongan untuk jawatan tersebut. Bermula 11 Nov hingga 15 Nov 2013, pihak SPA akan menjalankan seisi temuduga bagi jawatan Jururawat Gred U29.

 

 

KLIK SINI Untuk SEMAKAN LAYAK TEMUDUGA JURURAWAT GRED U29

 

 

Sekiranya nama anda tersenarai sebagai sebahagian calon temuduga Jururawat Gred U29, admin ucapkan tahniah. Gunakan peluang panggilan temuduga ini dengan sebaiknya untuk diserapkan ke dalam perkhidmatan awam sebagai Jururawat Gred U29. Lakukanlah persediaan terbaik untuk menghadiri seisi temuduga ini.

 

 

INFO TENTANG JAWATAN JURURAWAT GRED U29

 

Jawatan : Jururawat

Gred : U29

Kod Skim : 6310

Kumpulan : Sokongan

Kem/Jab : Kementerian Kesihatan

 

Jadual Gaji :

 

P1T1 RM1160.69 – P1T27 RM3057.39

P2T1 RM1231.78 – P2T27 RM3279.74

P3T1 RM1305.89 – P3T27 RM3476.28

 

 jururawat gred u29

 

 

 

Syarat Lantikan Jururawat Gred U29

 

i) Diploma Kejururawatan daripada Kolej Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan minima ialah pada Gred U29: P1T6 RM1493.44]

 

ii) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

 

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Jawatan Jururawat Gred U29


Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jururawat dan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Jururawat Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

 

i) mempunyai kelayakan di atas; dan

ii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

 

 

 

Deskripsi Tugas Jururawat Gred U29

 

1) Tugas-tugas Jururawat Kesihatan

 

1.1) Perawatan Kesihatan Keluarga

 

– Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak.

– Perkhidmatan lawatan ke rumah.

– Perkhidmatan kesihatan di sekolah.

– Perkhidmatan perancang keluarga.

– Pendidikan kesihatan.

 

1.2) Latihan

Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan mereka.

 

1.3) Menyelia

– Menyelia pekerja-pekerja ‘Auxilliary’ dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi.

– Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.

 

1.4) Pentadbiran

 

– Mentadbir klinik.

– Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah.

– Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi.

– Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.

 

2) Tugas-tugas Jururawat Di Hospital

 

2.1) Penjagaan Pesakit

– Mengurus dan melayan makan minum pesakit.

– Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit.

– Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin.

– Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran.

 

2.2) Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan.

 

2.3) Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan.

 

2.4) Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih.

 

2.5) Rawatan-rawatan lain mengikut arahan.

 

STATISTIK PENGAMBILAN JURURAWAT GRED U29

 

 

Berdasarkan info dari pihak SPA, untuk seisi temuduga bagi jawatan Jururawat Gred U29 pada kali ini adalah seperti berikut :

 

Jumlah Permohonan : 46,477

Calon Temuduga : 8563

Jumlah Kekosongan : 2050

Calon Simpanan : 2750

Jururawat Gred U29

Comments

  1. Salam..saya nk tanyela..bolehkah mminta pertukaran kolej apabila dapat mengikuti kursus jururawat atas sebab2 tertentu..

  2. Assalamualaikum..
    sy nk tanya slpas mndapat kputusan tmuduga spa sbg calon simpanan,brapa lama tmpoh sah sy sbg calon simpanan,adakah sy prlu update atau tmuduga smula atau ada langkah lain?sy sdh tmuduga pd nov.2013
    mohon penjelasan..
    terima kasih

Trackbacks

  1. […] Jururawat Gred U29 (Calon Sabah) [ Tarikh Temu Duga: 11 November 2013 – 15 November 2013 ] […]

  2. […] KLIK SINI Untuk SEMAKAN LAYAK TEMUDUGA JURURAWAT GRED U29 […]

Speak Your Mind

*