Temuduga Dalam Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris?

Hari ni saya nak cerita satu topik penting iaitu Dalam Temuduga Kena BM ke BI ye?

Ni antara soalan yang famous juga yang sering ditanya ramai kepada admin kerja-kerajaan.com..saya la…hehehe

Memang ramai di antara kita takut kalau semasa temuduga disuruh berbahasa Inggeris. Mana tak cuak, tahu cakap “ Yes, no..je..hehehe” (gurau je)


Dalam temuduga kerja kerajaan, tidak dinafikan penggunaan bahasa Inggeris amat penting, terutamanya bagi mereka yang memohon jawatan professional (yang berijazah). Panel penemuduga akan menyoal anda dalam BI. Mungkin bukan 100% BI tapi biasanya dalam 30 – 70 % BI akan digunakan.

 

Mengapa dalam kerja gov ni interview dalam BI juga?,,kan dalam sektor awam BM amat diutamakan?

Ya, betul! Dalam perkhidmatan awam, BM memang diutamakan, tetapi BI juga amat meluas digunakan, terutamanya melibatkan urusan – urusan luar Negara, pelanggan/orang awam berstatus tinggi, urusan – urusan dokumentasi dan sebagainya.

Kan penjawat awam ni akan berhadapan dengan bermacam – macam bangsa, bermacam – macam ragam orang. Walaupun orang Malaysia sekalipun, tidak semua mereka fasih berbahasa Melayu…Untuk memudahkan urusan, BI digunakan…

Itulah antara salah satu sebab dari banyak sebab kenapa BI penting dalam sektor awam…Jadi, semasa temuduga, anda akan dinilai dalam penguasaan bahasa Inggeris..

Adakah amat bagus, biasa, ataupun teruk….

Sebenarnya, apakah yang dinilai semasa dalam temuduga tersebut?

“Adakah grammarnya?

“Adakah komunikasinya?

“Adakah pemahamannya?

Sebenarnya, yang paling utama dinilai dalam temuduga adalah
“MAMPUKAH ANDA BERCAKAP DALAM BAHASA INGGERIS?”

Ini bukan bermaksud anda perlu mahir atau fasih berbahasa Inggeris seperti mat salih dalam TV tu..

Apa yang dinilai adalah, adakah anda faham dengan soalan BI yang ditanya dan mampu menjawabnya secara spontan. Grammar usah dipedulikan…Janji anda boleh bercakap dalam Inggeris…

Jika anda ditanya soalan dalam BI, maka jawablah dalam BI. Dan jika anda ditanya dalam BM, jawablah dalam BM. Jangan panel tanya
“ What is your name?” anda jawab “name saye Joyah bt Abu…”.

Biasanya soalan paling famous ditanya dalam BI ini adalah
“Please Introduce Yourself”.
Soalan ni memang la kacang..Tapi adakah anda mampu menjawabnya dengan lancar? Jika tak lancar tu, beringat – ingatlah sikit ye…….

Tu baru soalan yang ‘simple – simple’..Belum soalan susah lagi…Jika anda ditanya soalan seperti ini
“ What do you know about PIN (Pelan integriti Nasional)?
Please explain….
”Haaaaaa…Camne nak jawab ye? Berbelit – belit lidah nak menerangkannya nanti…

Apapun jika kita sememangnya lemah dalam BI, memang akan bermasalah…

Setakat pandai cakap “My name is….” Budak tadika pon pandai..

Kenapa kita ni lemah dalam BI ye? Padahal kita belajar BI ni sejak dari tadika sampai la ke universiti..dari umur 6 tahun hinggala ke 23 tahun…nak dekat 20 tahun belajar BI tapi tak reti – reti cakap BI…Apa salahnya ye…

Sebenarnya sistem pengajaran bahasa Inggeris di Malaysia ni tidak mengajar kita untuk bercakap BI, tapi mengajar kita untuk mendapat A dalam BI…Tu antara puncanya…

Sistem pengajaran BI sepatutnya perlu dikemaskini dengan lebih baik lagi supaya pelajar dapat mahir dan fasih berbahasa Inggeris dengan masa yang lebih pantas..

Saya malas nak ulas panjang lagi mengenai isu ini, bukan apa..takut kena “gam” pula..:)

So, apakah persediaan BI anda untuk menghadiri temuduga? Di sini saya syorkan beberapa kaedah:

1. Baca paper BI setiap hari..Baca The Star ke NST ke..baca 30 minit sehari pun ok

2. tak faham makna buka je kamus…jangan malas

3. dengar lagu Inggeris…tak kira la rap ke, rock ke, …ianya membantu..

4. tonton movie BI – yang ada subtitle BM dan BI…syok ni, sambil berhibur kita belajar…

5. Bercakap BI dengan kawan – kawan..secara melawak…tak kisah la ayatnya tunggang – langgang…Ini banyak membantu..

6. Bercakap dalam BI depan cermin…ni cara belajar juga ni..

7. Belajar basic grammar saja..past tense dengan present tense pon dah cukup:)

8. Jangan baca buku BI yang tebal – tebal macam buku teks tu..takde gunanya..

9. dan bermacam – macam cara lagi..

Dengan kemampuan anda dalam berbahasa Inggeris semasa temuduga kerja kerajaan, ianya mampu menyumbang markah penilaian kelak. Bukan untuk masa temuduga saja, tapi ianya juga membantu
untuk masa depan dan juga kehidupan seharian…

Saya ada membeli SATU PANDUAN UNIK UNTUK MAHIR DALAM BERCAKAP BAHASA INGGERIS dalam masa yang singkat dari internet…Ternyata kaedah – kaedah yang diajarkan dalam menguasai BI amat unik, PRAKTIKAL dan berkesan..

Ternyata berbeza dari buku – buku yang ada di pasaran yang sudah tentu malas nak membacanya..Saya amat yakin kaedah yang dipekenalkan ini membantu anda dalam menguasai bahasa Inggeris..
anda memang perlu tahu kaedah ini, ni webnya:

Sekian saja tips kali ni..jumpa lagi next week..see you soon:)

Daripada

JaMaL – Admin Kerja-kerajaan.com

p/s: dulu saya pernah beli panduan belajar cakap BI iaitu dari Linguaphone dekat RM2 ribu…last – last simpan dalam stor je..

p/s: Masih tercari – cari panduan lengkap untuk temuduga kerja kerajaan? Lawati www.kerja-kerajaan.com

Comments

  1. MiesHa-Png says:

    Salam,

    Temuduga kedua sy bg jawatan n27 bru2 ney adalah 70% dalam englsh….susah…tp njoy

  2. bagusnyerr

  3. Anda juga boleh memlk ebook n..ebook mahr bahasa nggers.. Teknk terkn dan berkesan. Segala masalah anda mengena bahasa nggers akan selesa..yang pentng kta berusaha..dan jangan putus asa. Terus belajar dan belajar. Ilmu ada d mana2..

  4. hhmm.. bulan lepas saya perg ntervew PTD d Putrajaya. tap saya pelk kenapa panel ntervewer har tuh tak bertanyakan soalan dalam bahasa nggers langsung kat saya? saya tunggu juga.. takut pulak nnt da ngat saya x boleh berbahasa nggers. Tp smp ke penghujung ses ntervew tuh. TIADA soalan BI. kenapa eh agaknya?

    tp mengkut tps.. kalau dtanya dalam BM, jawab dalam BM. So, saya rasa bertuah sgt har tuh. hh..

  5. last yr kot saye ad g tbu PTD
    eng or BM tu x jd su.sbb dye tye ntroduce urself je
    n eng yg laen malay.
    problemnyer de tanyer tau tak aper PTD tu.pastu ble sy cter ape yg sy tau dye kate tu bace ntenet ye.
    pastu dye terang bjela2 pasal PTD job decrpton dlm 10 ment.sy pon dengar dgn khusyuk lah xdelah nterrup walau pon spatutnyer sy yg bcter bkn dye.then dye tgk sy ade degree n acctg so dye suggest sy pg jd akauntan
    mslhnye…maser tu xm akauntan x n-take lag. sy rase frust lah jugak dahle byk stage nak g ptd pahtu FAIL plak.

  6. Sengat saya, saya dah ntvu gov ne hampr 5 kal. tap satu pun tak dapat. setelah saya kaj rupanya b memang jad kretera pentng dlm pemlhan peg kerajaan n. maklumlah b spm 7, so mungkn sbb tu la tak dpt.

    Alhamdulllah, skrg berada d swasta yang semua urusan menggunakan b. nak try mntak gov semula la camn. dengan panduan dar abg jamal n nsyallah dpt menebus segala keslapan lalu. rasanya terlalu banyak keslapan masa g ntvu dulu.

    thanks abg jamal.

  7. salam. terngat dulu masa ntervew pen. pegawa pendaftaran dulu. Bla ntervewer suruh certa pasal kelantan dalam bahasa nggers, tergagap-gagap jadnya. bla da cakap “tell me somethng else.. n englsh …” lag saya tergagap. pastu da tengok kat resume aku tuls hob tengok gust da suruh cakap pasal gust, lancar pulak saya certa..

    • JULIA AWANG.DIN says:

      salam..hh..tyme2 ngantok dah n berhabs car nformas sal temuduga terbaca komen n..hlang ngantok plak..hehehehehehehheeh…..

  8. aduh.. BI aku ne lemah. leh x klau de soal b, kta jawab campur2.
    hh. klau campur2 tu aku leh lag. klau full BI, mau tersekat2

  9. haha. terngat dulu ntervew PKP n17 da suruh kta bercakap pasal anythng n englsh. pastu muke bkn man konfden. last2 ayt tunggang langgang. sampa kene gelak ngan ntervewer..(wat malu jek)

  10. br n peg ntervew pembantu tadbr n17. dah tnye tu n, tba2 penemuduga tu nk test b. saya sbb ada dploma. soalan: ntroduce yourself. sbnrnya saya blh ckp b. tp saya n cpt pank so masa tu b. jd tunggang langgang..

  11. Ada lnks utk lathan bahasa nggers free kat blog http://jombelajarenglsh.blogspot.com. Rasanya antara benda yang pentng alah confdence bla peg temuduga:)

  12. saya nk g ntvw peg mgresen kp17 pd 7/2 n..ade tps2 x..n kal yg ke5 g ntvw..harap sangkut la kal n..

  13. 590078 794458Yay google s my world beater helped me to locate ths excellent nternet web ste ! . 684687

  14. Que tal, creo que es un buen aporte Muy útl la nfo, gracas

  15. There are some nterestng cut-off dates on ths artcle however I have no dea f I see all of them center to coronary heart. There s some valdty but I’ll take hold opnon untl I look nto t further. Good artcle , tnx! and we wsh more! Added to FeedBurner as ncely:go to our web ste: http://www.jercbas.com

  16. Wth havn so much wrtten content do you ever run modosas nto any ssues of plagorsm or copyrght nfrngement? My ste has a lot of completely unque content I’ve ether wrtten myself or outsourced but t appears a lot of t s poppng t up all over the web wthout my permsson. Do you know any methods to help stop content from beng stolen? I’d really apprecate t.

Speak Your Mind

*