Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

Untuk tahun 2015, tiada lagi panggilan terus ke sesi temuduga. Calon harus melepasi sesi tapisan awal yang merupakan peperiksaan online Pembantu Tadbir N17. Sesi pertama tahun 2015 untuk jawatan ini adalah pada 3 April 2015. Semakan panggilan boleh dilakukan di sini.

Mengikut hebahan SPA sebelum ini, ada 700 kekosongan untuk tahun 2015.

 

Peperiksaan Online Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

Update terkini untuk jawatan Pembantu Tadbir N17 untuk tahun 2015 oleh kerana terlalu ramai calon, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengadakan sesi ujian online terlebih dahulu sebelum dipanggil ke temuduga.

Format Peperiksaan Online Pembantu Tadbir

Untuk sesi ini ianya akan diuji melalui 3 Seksyen iaitu;

  • Seksyen A: Pengetahuan Am. Seksyen ini amat luas skopnya mencakupi pengetahuan mengenai bidang pentadbiran, teknologi maklumat, dasar-dasar kerajaan dan banyak lagi.
  • Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah. Ianya lebih kepada penilaian kemahiran logik, penyelesaian masalah dan kemahiran matematik
  • Seksyen C: Penaksiran Personaliti. Seksyen ini paling menyeronokkan. Anda hanya perlu jujur dalam menonjolkan aspek positif diri anda

 

Maklumat Mengenai Jawatan dan Temuduga

Soalan temuduga SPA bagi kerja kerajaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 dicari oleh ribuan calon temuduga jawatan tersebut yang dijadualkan berlangsung dari 5.6.2014 hingga 27.6.2014.

 

KLIK SINI UNTUK SEMAKAN LAYAK TEMUDUGA

KLIK SINI UNTUK SEMAKAN LAYAK TEMUDUGA

 

 

Faktor Kegagalan Temuduga Pembantu Tadbir Gred N17
1-Ramai calon temuduga tidak mengambil serius persediaan menghadapi temuduga jawatan kerajaan. Persediaan yang dibuat ala-kadar dan tidak komited. Tanpa persediaan dan persiapan yang bijak, anda bakal menemui titik kegagalan dalam temuduga.

 

 

2-Temuduga bagi jawatan Pembantu Tadbir ( Perkeranian / Operasi ) Gred N17 bermula 5 JUN hingga 27 JUN 2014 merupakan seisi saringan bagi memilih calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Pembantu Tadbir ( Perkeranian / Operasi ) Gred N17 dan bakal berkhidmatan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

 

 

3-Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa calon yang membuat persediaan/persiapan yang rapi sebelum temuduga mempunyai peratusan yang tinggi untuk berjaya. Mereka berusaha keras membuat persediaan dan tidak bergantung kepada nasib.

 

 

4-Calon tidak membawa dokumen sebagai bukti kelayakan yang dinyatakan di dalam borang permohonan jawatan kerajaan. Jika dokumen tersebut hilang, calon seharusnya mendapatkan dokumen sementara sebagai sokongan pada dokumen yang hilang itu.

 

5-Terdapat calon yang tidak tahu langsung tentang isu-isu semasa dan tahap pengetahuan am amat rendah. Seperti ‘katak di bawah tempurung’. Hanya tahu tentang dunianya sahaja.

 

 

6-Jangan sesekali mengabaikan aspek pemakaian semasa menghadiri temuduga. Tahukah anda aspek pemakaian turut mempunyai ‘aura’ tersendiri semasa anda menghadiri temuduga? Bukan hanya mempengaruhi panel penemuduga, malah untuk diri anda.

 

 

7-Dengan pemakaian yang beretika dan hebat, ianya bukan sahaja mempengaruhi panel penemuduga, malah memberi pengaruh besar kepada tahap keyakinan, ketenangan dan kehebatan anda.

 

 

 

8-Terdapat calon yang tidur lewat atau berjaga sehingga pagi menjelang hari temuduga. Situasi ini pastinya memberi kesan kepada kesegaran dan kecergasan diri calon. Rehat dan tidur yang tidak cukup boleh memberikan kesan negatif. Anda akan gagal menampilkan prestasi terbaik semasa temuduga akibat dari rehat dan tidur yang tidak cukup. Juga memberi kesan kepada tahap kecerdasan minda anda. Tanpa minda yang cerdas, anda bakal ‘bergelut’ menahan ‘asakan’ soalan dari penemuduga.

 

 

 

9-Terdapat calon yang bersikap pasif semasa proses temuduga berjalan. Tidak wujud elemen interaksi dan komunikasi dalam diri calon. Ibarat sepatah yang ditanya, sepatah yang dijawab. Tidak menggambarkan kredibiliti sebagai bakal penjawat awam.

 

 

10-Terdapat calon yang hadir lewat ke seisi temuduga jawatan kerajaan. Walaupun calon mampu menjawab soalan yang ditanya oleh panel penemuduga, akan terdapat komen negatif kepada calon. Pertama, calon tidak komited terhadap jawatan yang dipohon. Kedua, mungkin calon akan bersifat sedemikian apabila berkerja nanti.

 

 

11-Aspek penting yang perlu diberi perhatian. Panel penemuduga akan menilai aspek kejujuran dalam diri calon. Aspek kejujuran di sini adalah melibatkan perkara-perkara baik, bukan jujur mendedahkan sesuatu yang negatif. Kejujuran anda untuk berkhidmat sebagai penjawat awam dinilai.

 

 

PEMBANTU TADBIR ( PERKERANIAN / OPERASI ) GRED N17



Pembantu Tadbir ( Perkeranian / Operasi ) Gred N17 merupakan salah satu jawatan kerajaan yang dikategorikan dalam Kumpulan Sokongan II. Kelayakan untuk jawatan ini adalah LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Berdasarkan pengumuman dari pihak SPA, terdapat 300 kekosongan bagi jawatan Pembantu Tadbir Gred N17 dan seisi temuduga untuk jawatan ini bakal dilangsungkan sekitar Mac 2014. Peluang untuk anda yang mempunyai impian memegang jawatan dalam sektor kerajaan.

Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

Skop Fungsi dan Bidang Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

 

  • a) Pentadbiran pejabat.
  • b) Pengurusan personel.
  • c) Pengurusetiaan.
  • d)Penyediaan dokumen rasmi.
  • e) Pengurusan rekod.
  • f) Pengurusan kewangan.
  • g) Pengurusan fail.

 

Tips LULUS Temuduga SPA Pembantu Tadbir ( Perkeranian / Operasi ) Gred N17

 

Buat calon temuduga SPA khasnya untuk jawatan Pembantu Tadbir ( Perkeranian / Operasi ) Gred N17, admin ingin syorkan panduan yang telah membantu ribuan calon temuduga memperolehi jawatan dalam sektor awam. Panduan tersebut ialah Pakej Rahsia LULUS Temuduga Kerja Kerajaan (RLTKK).

Pakej RLTKK adalah perkongsian tips,panduan, maklumat & info yang DIJAMIN dapat membantu calon temuduga yang mahu LULUS temuduga dan bakal menjawat jawatan sektor kerajaan sebagai Pembantu Tadbir ( Perkeranian / Operasi ) Gred N17. Baca kandungan pakej e-book RLTKK ini dan praktiskan segera! Usah bertangguh lagi.

Setiap tips, panduan & info yang dihimpunkan dalam pakej ini hasil penelitian, kajian & pengalaman Sdr Jamaluddin Bin Bahari, iaitu penulis RLTKK. Beliau juga pernah melalui beberapa seisi temuduga jawatan kerajaan dan pernah menjadi penjawat awam. Namun begitu, apa yang ingin ditekankan di sini adalah, setiap isi kandungan yang terdapat dalam e-book RLTKK ini memberikan gambaran selok-belok seisi temuduga kerja kerajaan yang bakal calon lalui kelak.

 

Jelas sekali pakej RLTKK bukan untuk semua. Ianya amat sesuai untuk calon temuduga yang betul-betul serius mahu LULUS temuduga sektor kerajaan / SPA dan bakal menjadi sebagaian ‘keluarga’ penjawat awam kerajaan Malaysia.
5 Modul Pakej LULUS Temuduga Kerja Kerajaan

 

 

 

Modul 1 : Rahsia Persiapan Temuduga
Modul 2 : Rahsia Teknik Menjawab Soalan Temuduga Secara Efektif
Modul 3 : Contoh Soalan Dan Skema Jawapan Temuduga
Modul 4 : Kegagalan dan Kejayaan Temuduga (Kisah Realiti Dan Motivasi)
Modul 5 : Penulisan Resume Untuk Temuduga

 

Ini bermakna, apabila pembeli e-book RLTKK sebenarnya telah menjimatkan ratusan ringgit dan berjam-jam masa untuk mendapatkan maklumat,info & tips bagi mempelajari cara yang betul untuk LULUS dalam temuduga kerja kerajaan.

 

 

 

 

Kelebihan Pakej LULUS Temuduga Kerja Kerajaan

 

Penggunaan bahasa dan penerangan yang mudah difahami. Anda diajar langkah demi langkah apa yang perlu dilakukan dari mula hingga akhir.

 

Pembahagian isi kandungan mengikut modul-modul membolehkan anda memberi tumpuan satu persatu secara teratur dan berkesan.

 

Kandungan ditulis berdasarkan pengalaman luas En Jamaluddin sendiri dan juga kajiannya yang meliputi perbincangan bersama calon-calon yang telah berjaya lulus, perbincangan bersama panel-panel temuduga kerja kerajaan, rujukan terhadap bahan-bahan bacaan ilmiah berkaitan temuduga yang lain.

 

Panduan ini boleh digunapakai untuk semua jawatan dan bukan untuk jawatan yang tertentu sahaja.

Jaminan pulangan wang sekiranya anda tidak berpuas hati dengan isi kandungan Pakej LULUS Temuduga Kerja Kerajaan. Sekiranya anda rasakan kandungan pakej ini tidak memberikan sebarang maklumat yang anda inginkan, anda boleh meminta pulangan wang (refund) dari pihak penerbit pakej ini.

 

Pakej RLTKK – Jaminan Pulang Wang Semula
Pakej RLTKK yang ditulis oleh Sdr Jamaluddin Bin Bahari sudah membantu ribuan calon temuduga kerja kerajaan sejak tahun 2009. Andai kata pembeli gagal dan tidak berpuas hati dengan isi kandungan e-book RLTKK, terus minta semula wang serta merta.

 

 

 

 

 

 

Sdr Jamaluddin Bin Bahari berani membuat jaminan ‘berani mati‘ ini kerana beliau yakin & percaya dengan apa yang disampaikan dalam pakej RLTKK. Beserta dengan kemaskini percuma untuk setiap edisi kepada pembeli edisi terdahulu.

 

Jadi, tidak ada sebarang kerugian yang berpihak pada pembeli. Semua risiko ditanggung oleh Sdr Jamaluddin Bin Bahari. Sekiranya anda sudah melakukan tindakan seperti:

 

1.Beli Pakej RLTKK (Klik di sini).
2.Ulangkaji e-book & mempraktikkannya.
3.Hadir ke temuduga Pembantu Tadbir ( Perkeranian / Operasi ) Gred N17

 

Kemudian anda dapati setiap maklumat yang dibekalkan langsung tidak membantu. Terus hubungi Sdr Jamaluddin Bin Bahari untuk dapatkan semula 100% wang anda.

 

Bagaimana Pakej RLTKK dapat membantu calon temuduga Pembantu Tadbir Gred N17 ?

 

Membantu anda membuat persediaan secara menyeluruh.

Isi kandungan pakej ini ditulis berdasarkan pengalaman luas En. Jamaluddin sendiri dan juga melalui kajiannya yang mendalam tentang temuduga kerja kerajaan. Kajian yang dibuat termasuk perbincangan dengan ramai calon-calon yang telah berjaya lulus, perbincangan dengan bekas-bekas panel temuduga kerja kerajaan dan membuat rujukan terhadap bahan bacaan lain.

 

Menjimatkan masa anda dan memudahkan persiapan temuduga anda.

Anda tidak perlu lagi tercari-cari soalan yang selalu ditanya oleh panel, tidak perlu teragak-agak tentang apa yang diinginkan oleh panel dan tidak perlu menghabiskan berjam-jam mencari tips bagaimana menjawab soalan temuduga dengan berkesan.

 

Mengetahui perkara penting yang perlu diberi penekanan dan perhatian.

Anda hendaklah fokuskan usaha anda pada perkara yang penting dan apa yang ingin didengar dan dilihat oleh panel temuduga. Kebanyakan dari kita memberi tumpuan kepada perkara yang kurang penting sekaligus menjejaskan peluang mereka untuk berjaya dalam temuduga tersebut.

 

Mengajar anda bagaimana untuk memberi jawapan yang berkesan.

Jawapan anda memainkan peranan yang penting untuk anda lulus. pakej ini membantu anda tentang bagaimana anda boleh memberikan jawapan yang berkesan sekaligus memikat hati panel temuduga.

 

Tips menulis resume yang berkesan.

Perkara ini diterangkan dalam modul 5 Pakej LULUS Temuduga Kerja Kerajaan.

 

Dengan adanya 5 perkara di atas, persediaan menghadapi temuduga Pembantu Tadbir ( Perkeranian / Operasi ) Gred N17 akan menjadi lebih mudah dan mampu memberikan keputusan yang memberangsangkan.

 

 

 


Comments

  1. assalam.en jamal..sy mendapat panggilan temuduga pembantu tadbir. dan sy sgt risau sebab dalam dilemma.patot pg atau x. sy mempunyai degree dan jawatan ni hnye untuk spm. dan ianye sgt jauh skali untuk ambil pekerja yng berkelulusan degree, pada pndapat admin, sy patot pg atau x?

  2. Cennysia Jenny Anak Duncan says:

    Saya sangat berminat untuk menjawat jawatan tersebut dan saya berharap saya dapat diterima. Sila hubungi saya jika perlukan pertanyaan,0198903809.

    • hye jenny….
      kamu hadir interview baru-baru ini jawatan pembantu tadbir jabatan perkhidmatan awam??? boleh kongsikan soalan-soalan temudugaa…?? terima kasih

  3. azura azizan says:

    saya bakal ke temuduga 19 Jun 2014, secara ringkasnya saya bersedia dari segi jawapan skop tugas cuma agak gementar kerana ini adalah kali pertama untuk ditemuduga dalam Jabatan Perkhidmatan Awam setelah 11 tahun menunggu. Sekiranya ada tips untuk dikongsikan sudilah kiranya berkongsi soalan-soalan temuduga, terima kasih..

  4. hye… sy pon bakal temuduga pd 23 jun ni… rse nerves plak… hihii… harap dapatla share sikit info utk temuduga ni ye.. thanks…

  5. saya pun sama…dh bnyak kali g teviu n gagal jea. tapi ini 1st time untuk jawatan ini.. sila kongi tips soalan apa yg dorg akan tnya yaaa

  6. first kena perkenalkan diri dlm bahasa melayu….
    ckp kena yakin….
    dia x bnyk tnya soalan,tp panel akan soal dlm bentuk phsikologi….
    pasal menteri-menteri panel x tnya lngsung….
    lebih kpd soalan terbuka dan menguji minda….
    gunakanla kreatvt anda utk menjawab soalan phsikologi yg panel tanya….
    jgn takut atau gemuruh sbb nnt akan mempengaruhi sedikit emosi anda dalam bilik temudugaa….bnykkn rilek dan santai…cool….

  7. sye interview 26 jun nie..tp sye pelik sye ada letak kat spa yg sye nie ada degree,tp bila sye dpy iv nie,sye xpasti nk ckp sye nie ada degree ke x??

    • psl degree tu, klu panel x tnya xpayala bgtau…
      just jwb apa yg ditnya oleh panel, tp dlm sesi tmuduga panel akn tnya soaln dlm bntuk phsikologi tau…so, pandai2lah jawab nt.

  8. nida calon simpanan utk jwtn apa? Pembantu tadbir? besanya klu calon simpanan, konfirm akan dapat surat tawaran keja dri SPA…

    • spa… tp dipggil temuduga… xde rezki kot,… xpela…
      sblm ni sy ade jiran calon simpanan gak tp trus dpt… sy kne intebiu plk… da lepas aritu..tp sy mcm xprepare pape… xtau la ape kputusannye..

  9. Bagi saya, better kita standby dngan isu2 smasa. in case klau dya tnya nti x la blur dpan panel tmuduga.. soalan yg djngka ditnya, knapa anda nak kerja dngan kerajaan dan kenapa pihak kerajaan nak amek awak kerja?? so standby la kwan2.. 🙂

  10. zila orang perlis ka??

  11. safarin says:

    Yg mana da degree tunjukkan yg kamu da degree..xperlu menipu..kita kena jujur..nak jadi penjawat awam kena da intergriti..dia orang akan tahu kita da degree ka x..

  12. no rujukan calon yg mana?xdpt pun..ble tkn yg at ats tu yg Maklumat Peribadi-2 | Pendidikan Persekolahan | Pendidikan Tertinggi | Kegiatan/Kemahiran | Pengalaman | Rujukan | Maklumat Tambahan die ckp save dulu..tapi ble tkn seterusnya..die ckp permohonan tlh dhtr..xbg pun no rujukan calon

  13. Sya pun intview 26 ni jgak.. nervous la..ssapa yg dh intvew kongsi la ckt soaln2 intview.. huhu

    • nurul…
      jgn rsau psl soalan sbb panel lebi guna pendekatan dlm bntuk phsikologi…mereka akn saiko kita berabis,smpai kita down tau.
      sya nshtkn, jgn down ok kuatkn smgat dan pndirian anda…
      gud luck…

  14. salam…ade x sesape yg intebiu esok, 26hb kat melaka?

  15. mansor.. says:

    Sya akan temuduga 27 nie…spa2 boleb bg tips kat sya x mcm mana nak jawab soalan dia…

  16. jeffery says:

    Salam sejahtera semua,
    Last month saya ada dipanggil temuduga jawatan ptpo n17. Semasa mendaftar mmg agak gementar. Walau sblm tu sy sudah sedia susunan dokumen, pakaian, pengetahuan dan persediaan yang patut. Lepas tandatangan kehadiran, sy tunggu..ramai gak org dtg temuduga sbb byk jwtn temuduga masa tu. Sy org ke2 temuduga…mudah2an dpt jwtn ni kan..no giliran memanggil..ketuk pintu 3x. Nampak 2 panel ppuan tgh berborak. Bg salam, hantar dokumen, panel suruh duduk. Panel buka cter lah tanya guna apa dtg tdi…sy bgtau lah. Panjang sangat cta sy sampai panel layap tgok sy citer. Lupa dia nak tanya latar belakang so sy go head lah sbb dia org nak dgr cta sy. Lepas tu panel jpa tanya pasal kerja. Apa itu spa dan jpa? Ringkas je jawap. Lepas tu tanya ciri2 pentadbiran kaunter krjn. Yg panel pengerusi tanya pm 1sampai 6. Jwpn penuh ye. Siapa tpm? Siapa km? Sy jawap dgn tepat dan konfiden. Ok siap dan sblm ambil dokumen, sy ckp kat panel tu sy berminat utk jawatan ini dan bhrp puan dpt pertimbangkan temuduga tdi. Habis …sy bersurai dgn senyuman dan harapan.

  17. resume kena masukkan dalam file holder ke? senarai semak letakkan kat bahagian depan sekali dalam file holder ke? belakang tu baru letak sijil-sijil lain ke?

  18. Ada yg dapat job ne tak..sy dpt calon simpanan jer

  19. alhamdulillah sye dpt jwatan ni
    tp sye bru 19 then seisi kluarge desak suruh further degree dlu
    slrg ni mseh tpikir2 lg ptot g k degree or kje dlu

  20. saya calon simpanan.. tapi pertengahan bulan 9 , sistem tu tulis LANTIKAN TETAP agak2 surat lantikan tu bila akan sampai? dan surat lapor diri tu lak? .. untuk pengetahuan umum.. saya berumur 18 tahun 🙂

  21. hi…i ada ujian bertulis bulan ini…i sgt nervous …. blh share tak biasanya…apa ditanya dalam ujian?

  22. nak tanya, saya kena interview SPA . first time ni.dokumen fotostat kena dicop pengesahan tak??

  23. Saya rasa terkilan kerana saya dapat peperiksaan online Pembantu Tadbir (P/O) N17 pada 03.04.2015 tetapi saya terlepas tarikh..lmbt terima email

  24. bit.ly/temudugapembantutadbir

  25. nk tnya..pliss…smua salinan dokumen wajib buat pengesahan ke utk intrview..??

  26. Senarai Penempatan : Semakan Penempatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 kuatkuasa 1 September 2015

    http://www2.moh.gov.my/placement_masters/417/placements

  27. Fico apaixonada por suas makes Camila, eu vejo vários vídeos de outras pessoas mas nenhum superou os seus, parabéns continue sempre assim, simpática, extrovertida, alegre e linda,beijuuuuuuu[]

  28. As salam… besok sya akn hadir temuduga jawatan p/o 11, bole share kan soalan2 yg selalu diaju kan… tq…

  29. boleh kongsikan soalan-soalan temuduga….

Trackbacks

  1. […] bagi jawatan Pembantu Tadbir ( Perkeranian / Operasi ) Gred N17 bermula 5 JUN hingga 27 JUN 2014 merupakan seisi saringan bagi memilih calon yang berkelayakan […]

  2. […] Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 […]

Speak Your Mind

*